GUA MUSANG DI HULU KELANTAN TELAH MENJADI DESTINASI TAPAK ADAT NUSANTARA YANG DIIMPIKAN OLEH SRI RATU SAADONG VII
Mengambil masa selama seharian mulai perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur lalu singgah ke kota tua yang dikenali Gua Musang sejak berkurun lamanya semasa pra sejarah . Putri Anis dan rombongan telah melewati kawasan tanah yang akan dibangunkan Istana Lagenda Sri Ratu Saadong Vii atau Trisula Puri Sri Ratu Saadong Vii bagi menempatkan segala khazanah dan warisan tujuh keturunan Puteri Saadong. Hasil daripada penelitian kaum kerabat dan pemikiran para ulama nusantara , tapak ini amat strategik dengan pengkisahan sejarah Puteri Saadong serta keturunannya . Dijangkakan istana lagenda ini akan siap dibina menjelang ke tahun hadapan . Segala proses diambil kira terutama dari segi pembinaannya yang mana Putri Anis ingin mengekalkan ciri-ciri senibina kemelayuan asli yang pernah dimiliki sejak zaman pemerintahan Kerajaan Sriwijaya pada kurun ke7 yang juga merupakan keturunan asal berasal beliau . Beberapa arkitek dari luar negara dan pakar hiasan dalaman akan diberi amanah dan tugas untuk menyiapkan pelan bagi istana ini dan pihak-pihak tertentu akan melibatkan diri dalam menjayakan projek itu nanti yang mana salah satu empayar yang pernah bernaung di Nusantara akan kembali wujud melalui jejak peradaban kerajaan dan kesultanan nusantara dan salah satunya adalah tapak adat nusantara atau Trisula Puri Sri Ratu Saadong Vii yang akan terbina dengan gahnya di Gua Musang , Kelantan Darul Naim dan berperanan sebagai The Royal International Palace of Nusantara Golden Age. Insya-allah kita sama-sama berdoa !
|
Rombongan Sri Ratu Saadong Vii menuju ke destinasi Gua Musang |
|
Tanah yang menjadi cadangan Putri Anis untuk dibangunkan galeri atau Istana Lagenda Sri Ratu Saadong Vii sempena memperingati Puteri Saadong dan keturunannya serta muzium jejak peradaban kesultanan dan kerajaan nusantara |
|
Lokasi sejarah agung milik kerajaan Sriwijaya iaitu Dapunta Hyang Sri Jayanasa kira-kira kurun ke7 semasa memimpin di Tanah Melayu . Lokasi ini terletak berdekatan dengan sungai tua di Gua Musang |
|
Putri Anis dalam kenderaan sedang dalam keadaan letih setelah pulang dari melawat tapak tanah yang hendak dimajukan |
|
Berhenti sejenak ke restoran yang ada di kota Gua Musang . Putri Anis bersama Pembantu Peribadinya |
|
Berehat seketika sambil mengucap syukur kepada Tuhan kerana melimpahkan rezeki kepada mereka setelah selesai menikmati hidangan |
|
Kebanyakan keluarga RTPA manoriti terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa . Mereka turut menemani Putri Anis dalam rangka melawat tapak tanah untuk dibangunkan Puri |
No comments:
Post a Comment