Friday, July 30, 2010

KUNJUNGAN HORMAT SRI RATU SAADONG VII KE UTUSAN MALAYSIA




PUTRI ANIS BERKUNJUNG KE  IBU  PEJABAT UTUSAN MALAYSIA

Pada 16 Julai 2010 , Sri Ratu Saadong Vii dan rombongannya telah perkenan untuk berkunjung secara rasmi ke Ibu Pejabat Utusan Malaysia . Mereka disambut baik oleh Pengarang Berita iaitu Puan Marhaini Kamaruddin dan kakitangan Utusan Malaysia . Dalam kunjungan hormat ini , Putri Anis sempat memberi sedikit kata-kata ucapan yang berkaitan status dirinya dan hal keturunannya . Bagaikan seorang puteri yang turun menjelma di alam maya , kesimpulan dan kenyataan yang sungguh luar biasa membuatkan tidak ada orang yang dapat membahaskannya .Semua itu sudah diperjelaskan kepada pihak kakitangan Utusan Malaysia yang memang menyambut baik perkara ini sejak awal kemunculan lagi . Kunjungan ini berlangsung kira-kira satu jam dan rombongan telah dihidangkan jamuan ringan oleh unit yang dipertanggungjawabkan .Sebelum beredar , pihak Utusan Malaysia telah menyampaikan tandamata di atas kesudian Putri Anis melawat pejabat Utusan Malaysia dan Putri Anis juga sudi menyampaikan cenderamata kepada wakil dari Utusan Malaysia sebagai kenang-kenangan . Diharapkan kerjasama pihak wartawan dan media dalam menyampaikan maklumat akan lebih berkesan dan setiap pemberitaan di dalam akhbar haruslah bermutu dan berkualiti .



Rombongan Putri Anis dipelawa masuk


Ruangan Pejabat Utusan Malaysia , Kuala Lumpur

Para Wartawan sedang memulakan langkah pembicaraan

Putri Anis dalam sesi wawancara bersama media di pejabat Utusan Malaysia . Beliau diapit oleh saudaranya , Dr Ikke Dewi Sartika dari Kerajaan Galuh dan bondanya

Sedang melontarkan buah fikiran

Menjelaskan dengan lanjut akan duduk perkara sebenar dan identiti beliau yang menjadi kontreversi di antara pihak Jembal  dan masalah keturunan beliau . Melalui perbidasan yang dilontarkan oleh beliau , hal keturunan bukanlah hal jual beli di pasar malam dan kesepakatan persaudaraan adalah tunjang utama untuk meluruskan sesuatu yang tidak kasat mata bukan menindas bangsa sendiri tanpa menyelidiki dan bersemuka secara terang

Penyampaian buah tangan oleh Ketua Pengarang Utusan yang berupa pena, t-shirt, topi dan banyak lagi

Simbol logo Sri Ratu Saadong Vii adalah wau yang bersenjatakan trisula yang tercatat ''Agama Dikendong , Adat dijunjung "

Putri Anis juga turut menyampaikan hadiah buku yang dilancarkan baru baru ini kepada pihak Utusan Malaysia

Berfoto bersama majalah Wanita . Edisi bulan Ogos memaparkan kisahnya

Sempat berkeliling dan melawat di dalam pejabat Mingguan Malaysia

Para pekerja sedang menyambut kedatangan Putri Anis

Sebelum pulang barisan rombongan dan orang penting Utusan Malaysia bergambar kenangan bersama Sri Ratu Saadong Vii

Dr Ikke Dewi Sartika menerima tanda mata dari Putri Anis iaitu pakej buku yang dilancarkan sewaktu acara The Royal International Culture And Art di PCB Resort

Putri Anis bersama bondanya dan Dr Ikke Dewi Sartika di Holiday Villa . Dalam acara ini Putri Anis menerima surat perlantikan rasmi dari Kebudayaan dan Keseniaan Jawa Barat untuk melaksanakan tugas-tugas yang merangkumi bidang seni dan kemasyarakatan . Ini juga Surat Akuan yang mewakili penduduk Jawa Barat dan Indonesia 

Bersama-sama Setiausahanya , Madam Jenifer, Pembantu Peribadi Putri Anis Dan Raja Fauziah dalam acara penyampaian watikah perlantikan Putri Anis sebagai salah seorang Ratu Kebudayaan Nusantara 





No comments:

Post a Comment