Monday, July 26, 2010

PEMASYHURAN GELAR DAN ULANGTAHUN KELAHIRAN SRI RATU SAADONG VII

Kata-kata mutiara dari Sri Ratu Saadong VII ,

" Saya akan menjaga garis keturunan, saya akan melakukan tugas yang dulu sebagaimana nenek moyang saya kerjakan, serta mempertahankan keluarga dan adat tradisi, saya tidak akan mencari penyokong dan minta disokong kerana dulunya keturunan saya pendiri kerajaan yang bergadai harta demi maruah sebuah bangsawan, menang di tangan tidak kalah di medan juang, dan untuk itu sekembalinya saya ke nusantara  ingin membuat diri saya bernilai bagi garis keturunan saya " .


SRI RATU SAADONG VII , 8 JUN 2010


Huraian di atas menjelaskan bahawasanya Putri Anis ini tidak terlarut dalam perasaan kekecewaan  malahan beliau mencari pelajaran untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan dengan menjadikan sejarah keturunannya untuk pencapaian di tingkat kesuciaan  yang membawa maksud  terbebas dari ketamakan, kebencian dan kegelapan batin.  Namun satu langkah yang baik adalah awal perjalanan panjang yang indah sebagaimana dikatakan dengan melangkah satu langkah maka perjalanan seribu langkah telah berkurang jaraknya. Semakin banyak orang melatih diri dalam mengenal asal usul mereka, semakin dekat pula kesucian yang hendak disampai mereka. Ia juga dapat diertikan, sesungguhnya, para pejuang yang sudah mencapai tingkat kesuciaan seperti para pendeta membaca paritta sambil duduk bersila di lantai atau seperti takbiran azan bergema di udara, musuh lari berteriakan tanpa berbuat apa-apa .

Tanggal 8 Jun 2010 tepat jam 11.05 malam genaplah beliau Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali berusia 24tahun sekaligus adalah tarikh keramat bagi beliau kerana secara rasminya beliau menyandang sebagai keturunan ketujuh Puteri Saadong , Ratu Pemerintah Negeri Kelantan satu ketika dulu yang pernah bernaung di Kota Mahligai dan menjadi milik kedaulatan Nusantara umumnya .Majlis adat istiadat pemsyhuran gelar dan ulangtahun kelahiran Putri Anis disaksikan oleh kaum kerabat iaitu keluarga besar Sri Ratu Saadong Vii serta tetamu diraja daripada kepulauan Indonesia yang terkait akan salasilah membuatkan semua yang hadir terpaku dengan acara yang penuh kedamaian ini tanpa sorakan yang terdengar di dalam upacara adat istiadat tersebut . 

Pelbagai tafsiran dan penilaian dari masyarakat yang cetek pemikiran dengan melontarkan beberapa tohmahan yang tidak berasas namun Putri Anis tidak pernah berganjak kerana selama pencariannya ke pelusuk dunia , beliau sudah mendapa perkenan atau do'a restu dari alim ulamak yang bijak pandai serta jalur keturunan yang sah . Hanya keturunan yang terkait sahaja dapat merungkai permasalahan kerana lahirnya bangsawan di alam melayu nusantara bukan diangkat berdasarkan politik dan wang ringgit tetapi adalah berdasarkan nasab keturunan yang sah melalui sabda ibu pertiwi  . Sepanjang majlis berjalan tetamu yang hadir diminta berpakaian adat bagi mewakili daerah dan wilayah masing-masing . Ini kerana Putri Anis merupakan seorang perunding fesyen yang mana beliau sendiri ingin memartabatkan sebuah bangsawan melalui peradaban pakaian adat . Beliau bercadang untuk menghasilkan sebanyak mana pakaian adat di dunia ini untuk dipromosikan sebagai bahan kajian sejarah bangsa yang tiada nilainya kerana melalu seni reka fesyen , kita dapat menghayati akan sebuah peredaran tamadun di dunia ini .


Kenapa Sri Ratu Saadong Vii perlu dimasyhurkan ?
1. Ini adalah wasiat dan amanah yang dipegang sejak turun temurun setelah Puteri Saadong meninggalkan hulu Kelantan .

2. Di dalam wangsit atau manuskrip sudah tercatat bahawa setelah usia keturunan ketujuh ini 24 tahun sesuai dengan kalendar nusantara yang menunjukkan 420tahun mengikut hitungannya yang mana sumpahan keramat ini sudah berakhir .

3. Mengangkat warisan dan kesungguhan Puteri Saadong dalam melawan fitnah yang telah melanda dirinya sepanjang hayat baginda bergelar Ratu Pemerintah . Dengan pemasyhuran ini akan membuktikan lebih jelas yang mana waris palsu atau asli kerana yang ditimbulkan bukanlah Putri Anis sebagai Puteri Saadong tetapi yang dibawa adalah janji baginda terhadap negeri ini dan keturunannya .

4. Ini adalah sumpahan keramat yang mana bukan untuk dipamerkan kepada orang yang tidak mengerti tetapi untuk menyambung kembali persaudaraan bagi garis keturunan Puteri Saadong yang sah dan tidak lagi menggunakan nama Puteri Saadong untuk upacara tahyul seperti ilmu perdukunanyang boleh merosakkan akidah masyarakat. Putri Anis bangkit adalah untuk menyambung bukan memecah belahkan keturunan .Bagi yang tiada menerimanya alangkah baik sekali kerana semakin buruk diperkatakan , semakin tinggi darjat kemuliaan kerana yang buruk diperkatan hanyalah dari manusia biasa bukan dari qaramah Tuhan atau kalangan kaum kerabat yang mancapai tahap keilmuan matang .

5. Pemasyhuran ini walaupun dianggap serong atau tidak sah oleh sebilangan pihak itu tidak menjadikan masalah kerana tujuan pemasyhuran adalah berdasarkan petunjuk dan iringan do'a dari ulama-ulama di Nusantara bukan sahaja di Indonesia bahkan di Malaysia dan dunia .

6. Bagi mengakhiri pencarian kerana amanah yang diterima sudah bergenap usia dan barang pesaka sudah layak dimiliki oleh Putri Anis menerusi keturunannya dan dengan itu beliau ingin membina Istana Lagenda atau galerinya untuk mempamerkan khazanah beliau .

7. Untuk menjalankan tanggungjawab di negeri ini dengan kerja-kerja amal sebagai layaknya seorang bangsawan yang dimuliakan bukan kerana singgahsana keemasan tatapi bangsa yang teratas yang dimuliakan kerana hati,budi pekerti dan akal yang tinggi dalam menjalankan setiap tugas yang diamanahkan .


Pengertian bangsawan :
Secara garis besar dapat ditarik kesimpulan bahawa bangsawan adalah kelompok orang-orang yang terhomat. Dalam kehidupan sehari-hari, kita juga menemukan banyak gelar. Gelar kehormatan, gelar pendidikan, gelar bicara dan lain sebagainya. Jadi tidak mustahil Putri Anis bergelar Sri Ratu Saadong Vii kerana beliau adalah orang berbangsa meskipun ia anak orang biasa tetapi dimuliakan oleh keturunannya kerana ia tidak sombong tetapi layak bergelar bangsawan kerana menepati ciri-ciri seorang bangsa teratas yang bukan mengagungkan nama keturunan tetapi mencontohi sikap-sikap baik hasil dari penyampaian yang bermanfaat dari setiap garis keturunan .

Aturcara Majlis Adat Istiadat Pemasyhuran Gelar Dan Ulangtahun Keputerian:

1. Istiadat Pemasyhuran Gelar oleh wakil Raja Nusantara iaitu YM Kanjeng Pangeran Norman Hadinegoro dan YM Kanjeng Ario Temenggung Mas'ud Thoyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat disaksikan oleh raja/sultan/lembaga adat dari kepulauan Indonesia yang berjumlah 21perwakilan .

2. Istiadat penganugerahan keris oleh Raja-raja Jawa kerana garis keturunan asli Puteri Saadong yang dibuktikan juga adalah dari kepulauan Jawa termasuk negeri Kelantan purba adalah Jawa kotti yang bermaksud "titik jawa" dan pemasyhuran ini adalah sah kerana garis keturunan yang teratas sudah memperakui beliau sebagai jalur keturunan yang layak bergelar Sri Ratu Saadong Vii dengan perkenan para ulamak nusantara .

3. Istiadat Menjulang sempena ulangtahun kelahiran seorang puteri . Ia dimulai dengan bacaan doa selamat ke atas RTPA seterusnya keluarga dan kaum kerabat .Istiadat ini diraikan setiap tahun apabila Putri Anis genap mencecah usia pada setiap tahun adalah bertujuan untuk mengangkat darjat kemuliaan agar terbebas dari segala ketamakan ,kebencian dan sentiasa mengingati keturunan. Kebiasaan ianya akan diraikan bersama fakir miskin ,anak-anak yatim,orang-orang istimewa dan orang orang yang tidak berkemampuan . Sebelum pemasyhuran beliau , Putri Anis telah menumbangkan beberapa ekor lembu dan solat hajat di kawasan pedalaman daerah terpencil di Negeri Kelantan .


4. Istiadat Suapan Pulut Kuning dan manisan juga turut dilaksanakan pada malam tersebut yang melibatkan bonda RTPA dan kaum kerabat terdekat . Ini adalah syarat yang mana pulut kuning adalah makanan tradisi bagi golongan bangsawan untuk mencapai sesuatu hajat dan sekiranya ia termakbul manisan inilah sebagai pemanis atau tanda kesyukuran . Dalam konteks ini RTPA sudah bersyukur dan menerima segala tanggungjawab dari segenap lapisan keturunannya kerana beliau juga dinanti-nantikan oleh masyarakat kecil mahupun bangsawan di Indonesia untuk menjayakan misi pendamaian salah satunya adalah membanteras ilmu hitam dan kecacatan dalam menjalani kehidupan yang mana telah pupus adat istiadat bagi keturunan Aulia Allah .


5. Istiadat Pemakaian Mahkota dari Dr Hj Ikke Dewi Sartika , Ratu atau Pewaris Kerajaan Galuh yang mana mahkota ini adalah sebahagian harta pesaka tinggalan Puteri Saadong kepada RTPA yang diperkenankan untuk dipersembahkan kepada Sri Ratu Saadong Vii kerana mahkota ini adalah milik beliau yang sah .
 
Pengawal dan biduanda sedang mengawal masuk tetamu bangsawan

Persembahan tarian asyik sebelum istiadat dimulakan


Adinda RTPA iaitu RTP Mohd Hussin , RTP Farhanis Shafifi dan RTP Farra Arisha

Penyampaian mahkota oleh pewaris Kerajaan Galuh , Dr Hj Ikke Dewi Sartika kepada Sri Ratu Saadong Vii . Mahkota ini adalah sebahagian dari peninggalan warisan Puteri Saadong di nusantara


Penganugerahan keris oleh Kanjeng Pangeran Norman Hadinegoro dan Kanjeng Ario Temenggung Mas'ud Thoyyib kepada Sri Ratu Saadong Vii sempena istiadat pemasyhuran gelar dan ulangtahun kelahiran

Songket yang ditempah khas sempena adat istiadat pemasyhuran beliau


Puteri lagenda sedaang bersemayam di singgahsana menunggu istiadat seterusnya berlangsung

Para undangan khusunya tetamu bangsawan sedang merafak hormat kepada Sri Ratu Saadong Vii

Kurniaan dari para bangsawan Sumatera

Kurniaan dari permaisuri dan puteri dari keraton berdaulat Sumatera


Ym Ir Raden Rosa Rahmadjasa sedang menyampaikan kurniaan sempena ulangtahun kelahiran Sri Ratu Saadong Vii

Ratu Papua Dr Hj Rustuty Rumagesan  , Putri Al-Alam Ugar Pik-Pik Sekar menyampaikan hadiah burung cenderawasih asli kepada keturunanya , Sri Ratu saadong Vii

Mendapat restu dan salam hormat dari ayahandanya



Putri Anis menyuapkan kek ulangtahun kelahirannya yang ke 24tahun . Kek 7 tingkat ini direka khas sempena pelestarian 7 keturunan

Istiadat memotong pulut kuning menandakan segala hajat yang dicita-citakan sudah termakbul

Suapan pulut kuning dari Ym Andy keturunan tiga kerajaan besar Sulawesi iaitu Gowa, Bone dan Luwu yang merupakan keturunan Sultan Abdul Jalil




Ayahanda dan bonda RTPA mengenakan pakaian adat songket bewarna ungu pada malam acara tersebut


Suapan manisan sebagai pelengkap majlis adat istiadat yang sudah biasa dilaksanakan bila menjelang upacara kelahiran Putri Anis setiap tahun


Barisan Raja/Sultan/Lembaga Adat nusantara berfoto kenang-kenangan bersama Sri Ratu Saadong Vii


Barisan ahli-ahli Kumpulan Anak Seni Ucok Tara Kelantan (KASUT)  semasa mengadakan persembahan tarian di malam tersebut

Bersama Cikgu Zack selaku perancang singgahsana RTPA sempena majlis berlangsung

Turut hadir ialah sebahagian Persatuan Kerabat Long Ghafar negeri Kelantan yang terdiri daripada Cikgu Rosli , Setiausaha Persatuan Ym Fadzillah Husin ,Iskandar Zulkarnain dan isteri serta keluarga yang mana kerabat ini juga adalah sebahagian dari kemuliaan daarjat bangsawan yang ada di negeri Kelantan dan patut diangkat martabatnya .

Keluarga besar Sri Ratu Saadong Vii yang terdiri dari kekanda Putra Eedi Mega , RTP Farra Arisha ,Bonda Raja Fauziah , Sri Ratu Saadong Vii, RTP Solfie Salsabilla , Ayahanda Raja Sazali , RTP Farhanis Shafifi dan Putra Mohd Hussin


Plat atau bukti perakuan dari Raja-raja nusantara


Raja Fauziah bersama saudara terdekat dari Kerajaan Galuh , Dr Hj Ikke Dewi Sartika












WATIKAH  PEMASYHURAN DAN PENGGELARAN SRI RATU SAADONG VII

SEMPENA TAMAT SUMPAHAN  7KETURUNAN PUTERI WIJAYA

MALA/PUTERI SAADONG/PUTERI HIJAU


Dengan lafaz bismilahirahmanirahim adalah dengan ini beta YM Kanjeng Pangeran Norman Hadinegoro dari Keraton Surakarta Hadiningrat mewakili atas nama para raja,sultan dan bangsawan senusantara khususnya dari kepulauan Indonesia pada malam yang penuh bersejarah ini mengisytiharkan bahawasanya Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali sah dinobatkan sebagai Sri Ratu Saadong Vii sempena tamat sudah sumpahan saadong sakti 420 tahun lampau atas negeri Kelantan disaksikan semua kaum kerabat terdekat sekaligus menjadi Ratu Nusantara bagi abad ke 21 yang  akan diberi tanggungjawab dan amanah besar untuk memenuhi kemakmuran sejagat . Tiada hak yang datang melarang melainkan kami bersaudara berdasarkan tali perjuntaian di dalam salasilah keturunan. Amanah yang dikendong bersaksikan Tuhan semesta alam.

Adalah Sri Ratu Saadong Vii  seorang ratu atau bangsawan yang layak menerima pendaulatan kerana salasilahnya dari garis keturunan nusantara dan disini bersaksikan para tetamu agung beta berkenan menyerahkan keris pesaka dari Keraton Surakarta Hadiningrat sebagai tanda hormat dan kasih sempena hari pemasyhuran gelar dan ulangtahun keputeriaan Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali.  KERIS NAGA SASTRA SABUK HITAM , LUK 13 Trah Raja2 Mataram Islam. Manfaat dan kegunaannya.


1.Keris Luk 13- hanya dipakai Raja/permaisuri dalam kenaikan   
 2.Gambar Naga-melambangkan kekuasaan,kepemimpinan karismatik 
 dan panjang umur. 
 3.Puthuk/pegangan keris-selalu mendapatkan penasehat terunggul. 
 4.Tinatah-Keris ini hadiah dari Raja dan Pangeran.


Kami bersaudara dari BrawijayaV yang mengahwini Putri Cina dari Campa kemudian melahirkan Raden Fatah selaku Sultan Demak I yang memeluk islam kemudian melahirkan Sultan Trenggana menurunkan zuriat  Raden Mukmin bergelar Sunan Prawoto seterusnya mengamanahkan Ratu Kalinyamat menjaga anaknya Arya Pangiri menantu Sultan Hadiwijaya Kesultanan Pajang yang mengahwini Ratu Pembayun kemudian mendapatkan putera iaitu Pangeran Mas atau lebih dikenali Raja Pulo Jawo telah mengahwini Putri Mas cayam@Ratu Mas dari Jeumpa, Acheh yang sering disebutkan sebagai Campa bukannya Campa,kemboja lalu mendapatkan zuriat Puteri Wijaya Mala. Akibat perbalahan agama Hindu dan islam dan berlaku selisih faham antara Raja Pulo Jawo dengan Ratu Mas yang ketika itu Ratu Mas masih beragama hindu lalu Puteri Wijaya Mala dihanyutkan ke negeri selatan. Ratu Mas adalah anak kepada Raja Sakti dari Pulau Melaka(Kota Jembal) keturunan Sriwijaya dengan Ratu Langkasuka/Patani yang bergelar Ratu Hijau. Raja Loyor adalah bapa saudara kepada Puteri Wijaya Mala(puteri yang mendapat kemenangan)dan juga saudara kandung kepada Ratu Mas. Setelah dihanyutkan ke negeri selatan di Pulau Melaka Raja Loyor menamakan Puteri ini sebagai Puteri Saadong yang bermaksud puteri yang berbahagia . Raja Loyor bernikah dengan Puteri Nang Cayang bergelar Ratu Kuning dan mengambil Puteri Saadong untuk dipelihara sehinggalah meningkat usia diambil anak angkat oleh Raja Perempuan Kelantan Tua Paduka Cik Siti Wan Kembang . Puteri Saadong bernikah dengan Raja Abdullah,putera Raja Bahar juga merupakan anak saudara Raja Loyor .Pengkisahannya terletak kepada Puteri Saadong yang terpaksa ke Siam demi menyelamatkan tanah air. Sekembalinya ke Mahgilai Istana bertakhta di Kelantan,pulang dengan kekecewaan akibat Raja Abdullah yang tidak setia.Cucuk Sanggul menadi sejarah dan Raja Abdullah mangkat. Merajuk dirinya ke Bukit Marak mendapat penghinaan oleh rakyat. Berkelana sehelai sepinggang ke Naggaroe Aceh dengan gelaran Ratu Hijau mengambil nama sempena nendanya. Di sana beliau bernikah dengan Sultan Gowa , iaitu Mappadulu Daeng Muttimung Karaeng Sanrabone Sultan Abdul Jalil Tuminanga Lakiyung . Beliau menurunkan zuriat Kesumawati Jumpro Kapilin menurunkan zuriat Siti Aisyah dengan memakai gelaran Ratu Dimas Dam Namkrit seterusnya zuriatnya adalah Puteri Kenchana Dewi dan seterusnya lagi meninggalkan zuriat Puteri Cempaka Biru dan pewaris seterusnya adalah Raja Meriam yang meninggalkan zuriat Raja Fauziah iaitu keturunan ke-6 Puteri Saadong dan meninggalkan zuriat iaitu generasi ke-7 Puteri Saadong,iaitu Raja Tengku Putri Anis,Sri Ratu Saadong VII.

Untuk itu, beta memperakui bahawasanya pewaris ketujuh bagi Puteri Saadong ini benar-benar nyata.Wassalam.


No comments:

Post a Comment