Acara dimulai dengan ucapan dan rintihan melalui puisi yang didendangkan oleh Sri Ratu Saadong Vii sendiri |
Mendendangkan lagu tradisi dalam bahasa Acheh yang berunsur ketuhanan |
Ayahanda Sri Ratu Saadong Vii |
Bonda Sri Ratu Saadong Vii |
Penyair dan penggiat seni terkenal Malaysia , En Roslan Madun menyanyikan lagu puisi yang dicipta khas untuk Putri Anis |
Solfie Salsabilla sedang menuju ke meja makan |
Bunyi piano dan alat muzik yang lain membuatkan semua yang hadir merasa terhibur akan keindahan malam puisi Saadong |
Ratu Papua sedang menyanyikan lagu dalam daerahnya |
Ir Raden Rossa Rahmadjasa sedang asyik melihat rangkap puisi yang didendangkan |
En Yusri sebagai Presiden Kelab Perdana Kelantan menyampaikan cenderamata yang merupakan baju ahli kelab kepada Putri Anis |
RTPA menyampaikan sajak dan puisi yang diambil dari manuskrip peninggalan moyangnya |
Yuss Martinez Dato' Ibrahim ,Putra Mohd Hussin , Solfie Salsabilla , Farra Arisha , Farhanis Shafifi , Raja Sazali dan Raja Fauziah sedang melihat persembahan di pentas acara |
Abby panggilan yang manja adalah adinda bongsu RTPA |
Sedang asyik menikmati suasana malam puisi |
Salah seorang Kerabat Diraja Long Ghafar yang hadir ke acara tersebut dengan mendendangkan kepada Sri Ratu Saadong Vii lagu Cek Mek Molek nyanyian asalnya adalah Dato M Daud Kilau
CEK MEK MOLEK
Oh! Ho! Ho!
Kalau mata dan bertentang mata
Hati didalam bagai nak gila.
Heh!
Pertama kali ku melihat
Wajah si dia
Pertemuan bermula di taman sekebun bunga
Situlah hai mulanya
Berjumpa
Bertentangan mata
Mulai dari saat itu
Hatiku tetanya-tanya
Siapakah geragan si
Cantik jelita
Kelipan hai matanya
Hinggakan aku
Terpesona
Apabila namanya
Ditanya dia masam
Namun begitu
Jelingannya
Aku faham
Senyumlah senyumlah
Ah! Ha!
Cek mek molek
Hai puas juga ak
Bertanyakan
Namanya
Namun begitu dia tetap
Bina tak bina
Aku diam campur geram
Dia senyum lantas
Tanganku di pegang.
Kalau mata dan bertentang mata
Hati didalam bagai nak gila.
Heh!
Pertama kali ku melihat
Wajah si dia
Pertemuan bermula di taman sekebun bunga
Situlah hai mulanya
Berjumpa
Bertentangan mata
Mulai dari saat itu
Hatiku tetanya-tanya
Siapakah geragan si
Cantik jelita
Kelipan hai matanya
Hinggakan aku
Terpesona
Apabila namanya
Ditanya dia masam
Namun begitu
Jelingannya
Aku faham
Senyumlah senyumlah
Ah! Ha!
Cek mek molek
Hai puas juga ak
Bertanyakan
Namanya
Namun begitu dia tetap
Bina tak bina
Aku diam campur geram
Dia senyum lantas
Tanganku di pegang.
Keluarga besar Sri Ratu Saadong Vii dalam sesi fotografi |
Dari hujung kiri adalah pembantu peribadi RTPA , En Zahari Mat Ali , Bonda Raja Fauziah , RTPA , En Hassan Jali selaku penasihat sepanjang acara The Royal International Culture And Art dan paling kanan adalah penyokong setia Sri Ratu Saadong Vii
Mrs Jenny , Ah Wei , RTPA , Mrs Maylyn , Madam Jeniffer@See Bee Wan and Mr Tick |
Barisan pemuisi , penyair dan yang menjayakan majlis pada malam tersebut |
MALAM PUISI SAADONG
Acara di atas menunjukkan pada tanggal 9 Jun 2010 adalah acara kemuncak bagi Majlis The Royal International Culture And Art dan telah diadakan Malam Puisi Saadong sempena memperingati nilai-nilai budaya lokal dan sejarah yang ada di negeri ini .Secara tidak langsung ia memberi impak positif kepada tetamu dari luar negara akan keajaiban malam puisi ini yang telah mempamerkan sejumlah penyair melayu terkenal tanah air seperti Roslan Madun , Abdul Hadi Yussof , Awang Abdullah dan banyak lagi . Apa yang menarik di sini adalah Putri Anis sendiri telah memperkenan untuk mempersembahkan lagu puisi yang diambil dari petikan manuskrip tinggalan nenek moyangnya yang lebih berkisar kepada sejarah Puteri Saadong . Selain itu beliau juga diberi kesempatan untuk berduet bersama penyair Roslan Madun menerusi lagu Gurindam Jiwa yang telah mengembalikan setiap penonton ke zaman lampau .
Acara yang dimulai jam 9.00-11.30 malam ini dihadiri lebih 100 orang tetamu termasuk yang diraikan adalah krew krew TRICAA yang dihidangkan dengan beraneka juadah dan yang paling menarik kerana menu BBQ menepati citarasa setelah penat mengabdikan diri selama majlis berjalan tiga hari berturut-turut . Selain itu Putri Anis juga sempat menghiburkan para tetamu seketika dengan lagu berunsur ketuhanan dalam loghat Acheh dan kelihatan beliau begitu sedih mengenangkan kematian saudara maranya yang ada di Acheh dalam kejadian tsunami beberapa tahun lalu . Roslan Madun juga memperdengarkan kepada umum lagu ciptaan khas untuk Putri Anis sempena kebangkitannya di alam melayu nusantara dan juga lagu ini pasti dirakam sekali lagi dan akan teredar di pasaran . Begitu juga jutaan terima kasih buat penyair Awang Abdullah yang juga turut mencipta puisi dan sajak buat Putri Anis .
No comments:
Post a Comment