Wednesday, July 28, 2010

LAWATAN TAMU UNDANGAN KE PUSAT KRAFTANGAN

Tuan Sulaiman Ismail yang merupakan Pengarah Pelancongan sedang menyampaikan kata-kata sambutan kepada tetamu bangsawan yang hadir 

Para tetamu sedang menonton dokumentasi yang disampaikan berkenaan latar belakang Kelantan serta keseniaan dan kebudayaan negeri ini

Tuan Sulaiman Ismail menyampaikan cenderamata kepada Sri Ratu Saadong Vii
Bergambar bersama Tuan Pengarah Pelancongan . Putri Anis belakang empat dari kanan

Berjalan menuju tempat santapan yang disediakan

Jamuan dari pusat kraftangan

Para tetamu dipersembahkan dengan tarian yang bertemakan 1 Malaysia

Putri Anis dan tetamu bangsawan sedang menikmati juadah citarasa Kelantan. Turut menikmati adalah Sultan dari Sumatera yang cuba merasa hidangan "Budu" 

Bonda Putri Anis dan tetamu sedang menikmati juadah

Santapan yang menyelerakan

Tarian yang memperkenalkan adat dan tradisi sebuah bangsa

Ratu Papua sedang menyampaikan sebuah lagu tradisi Papua yang bertajuk " Sanjojo "

Penyematan pin oleh Raja Ulama dari Sumatera sebagai tanda persaudaraan dan kekerabatan 

Putri Anis sedang menyematkan pin penghargaan kepada Tuan Sulaiman atas kerjasama yang diberikan

Kanjeng Pangeran Norman Hadinegoro dan Kanjeng Ario Temenggung sudah memberikan penghargaan kepada Sri Ratu Saadong Vii


Tuan Sulaiman sedang menyanyikan lagu


Kawasan kampung kraftangan yang mana dulunya pernah menjadi kawasan istana



Wawancara khas bersama tokoh-tokoh bangsawan penting 

Bersama wartawan Utusan sedang mengajukan beberapa soalan kepada mereka berkenaan keturunan Puteri Saadong

Penari kebudayaan negeri Kelantan sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan di pentas acara

Pada 10 Jun 2010 yang lalu satu undangan istimewa dari pihak pelancongan negeri ini telah memperkenan mengundang tetamu bangsawan yang terlibat dalam menjayakan The Royal International Culture And Art . Acara disambut baik oleh Pengarah Pelancongan Negeri Kelantan iaitu Tuan Sulaiman Ismail . Acara ini berjalan di Kampung Kraftangan Kelantan , Jalan hilir Balai , Kota Bharu . Di sini juga para tetamu sempat membeli barangan kraftangan hasil buatan orang Kelantan untuk dijadikan cenderahati . Acara dimulai dengan penyambutan terhormat oleh Tuan Sulaiman sendiri dengan kata-kata sambutan dan penyerahan cenderamata oleh beliau kepada Sri Ratu Saadong Vii beserta paparan dokumentasi melalui skrin layar di ruangan khas yang disediakan . Kemudian kira-kira jam 1 petang , para tetamu dihidangkan dengan juadah masakan negeri Kelantan yang terdiri dengan masakan khas iaitu ulam-ulaman pelbagai jenis, ikan patin masak tempoyak , sayur lodeh , ayam kampung goreng , ikan singgang , ikan keli goreng dan tidak lupa perasa tambahan iaitu Budu negeri Kelantan yang cukup terkenal . Sepanjang santapan berjalan , tetamu juga dipersembahkan dengan tarian kebudayaan oleh penari kebudayaan Kelantan yang terdiri dari kaum lelaki dan perempuan . Tarian yang bertemakan 1 Malaysia adalah lambang budaya asli di negara ini . Tujuan Pengarah Pelancongan juga memperkenalkan budaya dan adat tradisi negeri ini amatlah dipandang tinggi . Disamping itu juga tetamu bangsawan sempat diwawancara oleh pihak media iaitu Utusan Malaysia dan perwakilan-perwakilan telah memberi kenyataan dan sokongan padu terhadap usaha-usaha generasi ketujuh ini iaitu Putri Anis dalam meyampaikan mesej-mesej penting berkenaan masalah dua negara yang kian pudar , semangat kepahlawanan dalam mengembalikan kerukunan dan kesepaduan tanah air , menaiktaraf budaya dan adat istiadat yang telah lama tidak dihiraukan oleh banyak pihak atau individu hari ini dan ini semua membawa kebaikan kepada umum .Putri anis juga turut menerima penghargaan daripada beberapa kerajaan di Indonesia dalam acara ini dalam usaha beliau membersihkan nama negeri Kelantan yang banyak disalah ertikan oleh masyarakat luar terutama sekali penduduk Indonesia .Dengan acara sebegini nama negeri ini setidak-tidaknya akan menjadi pautan maruah rakyat dan pembesar negeri . Sekali lagi jutaan terima kasih atas kerjasama dari pihak pelancongan negeri Kelantan Darul Naim terutama Tuan Sulaiman Ismail atas usaha-usaha meningkatkan kualiti dan mutu dalam memartabatkan pelancongan di negeri ini .Semoga di lain masa dapatlah ahli Kelab Sri Ratu Saadong Vii meraikan acara kebudayaan di sini dengan tujuan untuk membawa para pelancong menyaksikan keindahan negeri Cik Siti Wan Kembang .


No comments:

Post a Comment