THE ROYAL INTERNATIONAL CULTURE AND ART
SEMPENA PELANCARAN BUKU
SRI RATU SAADONG VII
SEMPENA PELANCARAN BUKU
SRI RATU SAADONG VII
The Royal International Culture And Art adalah salah satu aktiviti yang dirancang oleh Raja Tengku Putri Anis bersama keturunannya di Nusantara dalam mewujudkan persaudaraan dan kasih sayang . Kisah Puteri Saadong sudah sinonim dengan masyarakat negeri Kelantan bahkan seluruh pelusuk dunia mengenali Baginda atas semangat perjuangan serta ketokohan sebagai Ratu pemerintah ,isteri dan srikandi rakyat sehingga kemunculan generasi ketujuh ini diragui semua pihak . Apapun inilah kekuasaan Tuhan yang menjadikan segala makhluk dan setiap yang berlaku adalah rahsiaNya . Baru-baru ini pada tanggal 7 jun 2010 telah diadakan pelancaran buku yang bertajuk " SRI RATU SAADONG VII " . Acara yang dihadiri seramai 200 orang termasuk Raja dan Sultan dari Kepulauan Indonesia , pengkaji sejarah nusantara dan dif-dif kehormat telah memeriahkan suasana majlis pada malam tersebut diikuti persembahan kebudayaan yang sudah mendapat latihan terlebih awal . Turut menghadiri majlis adalah Y.B Dato' Haji Nik Mohd. Amar Nik Abdullah (Panchor) - Exco Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah mewakili Menteri Besar Kelantan Y.A.B Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PROGRAM
Majlis pelancaran buku mengenai salasilah keturunan Puteri Saadong yang telah disiapkan penulisan bukunya diberi tajuk “SRI RATU SAADONG VII”.
OBJEKTIF
1. Ingin menyatakan kewujudan dan kemunculan keturunan Puteri Saadong yang pernah wujud sebagai seorang ratu pemerintah di negeri Kelantan dan menghapuskan kesyirikan masyarakat tentang keghaiban Puteri Saadong .
2.Lahirnya buku ini yang telah dilancarkan secara rasmi akan dapat memperbetulkan fakta dan latar sejarah Puteri Saadong yang sebelum ini telah dibuat dan terjadi berbagai persepsi dan pelbagai andaian yang boleh mengelirukan dari aspek sejarahnya.Di antaranya ialah tentang pembunuhan Raja Abdullah menggunakan cucuk sanggul Puteri Saadong sebenarnya sudah dilisankan fakta dan beberapa versi Puteri Saadong tidak pernah dikhabarkan baik oleh mana-mana rujukan sejarah melainkan mengatakan Puteri Saadong membunuh suami kerana cemburu dan menjual maruah kepada Maharaja Siam serta mara
3.Ingin mewujudkan satu ruang bagi para penyelidik, para sarjana dari berbagai agensi untuk membuat kajian dan penyelidikan secara ilmiah berdasarkan beberapa fakta yang boleh dibuktikan sendiri oleh keturunan Sri Ratu Saadong VII iaitu YM. Raja Tengku Putri Anis bt. Raja Sazali serta keturunan yang terkait .
4.Melestarikan khazanah dan warisan Puteri Saadong yang sudah diamanahkan oleh keturunan ketujuh ini dengan mewujudkan istana lagenda atau galeri SRI RATU SAADONG VII untuk mempamerkan harta warisan tinggalan moyangnya dan akan dilihatkan kepada masyarakat di nusantara khusunya .
5.Merealisasikan impian dan harapan sebagai peneraju Nusantara Golden Age sempena kebangkitan para bangsawan di abad 21 yang disokong penuh oleh Raja dan Sultan Nusantara serta tokoh ulama dunia untuk kesejahteraan masyarakat demi agama,bangsa dan tanah air tercinta .
6.Mengimbau kembali tamadun awal dan kemuncak peradaban sebuah bangsa agar manusia khusunya kaum melayu mengerti akan kita yang hidup hari ini adalah hasil dari masa yang lampau dan haruslah menjaga adat dan istiadat agar jati diri menjadi utuh dan tidak tenggelam ditelan arus pemodenan .
7.Mengembangkan idea yang bernas bagi mewujudkan kecemerlangan para bangsawan agar tidak bodoh dalam mentadbir sesuatu urusan dan terhasilnya buku ini sedikit sebanyak akan menyedarkan sesetengah bangsawan akan tanggungjawab mereka amatlah besar dan bukan mengharapkan manfaat atau keuntungan sahaja .
ANJURAN
Majlis pelancaran buku ini dianjurkan oleh Persatuan Anak Seni Ucok Tara Kelantan, iaitu sebuah badan NGO budaya yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negara bersama dengan YM. Raja Tengku Putri Anis bt. Raja Sazali iaitu keturunan Puteri Saadong yang ke VII
PENULISAN BUKU
Buku latar sejarah keturunan Sri Ratu Saadong VII ditulis oleh seorang penulis En. Ayob b. Mamat berdasarkan bahan rujukan dari manuskrip lama yang masih tersimpan secara turun temurun oleh keturunan Puteri Saadong. Selain dari itu penulisan ini berasaskan dari sumber cerita oleh Sri Ratu Saadong VII, iaitu YM.Raja Tengku Putri Anis bt. Raja Sazali beserta keturunannya atau pemegang wasiat dari kerajaan nusantara.
PERLAKSANAAN
Pelancaran buku ini diurus kendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan khusus untuk program ini oleh beberapa tenaga pakar yang biasa dan mahir membuat pengurusan acara (event management).
PENUTUP
Terlaksananya majlis pelancaran buku ini ia akan menjadi satu titik mula untuk edaran buku bagi menandakan bahawa akan wujud satu lagi lembaran dalam mencungkil kembali khazanah warisan sejarah bangsa kita yang amat berguna bagi Negara demi untuk memperbetulkan fakta sejarah salasilah keturunan Raja-raja Melayu. Selain dari itu ingin menyatakan kewujudan dan kembalinya keturunan Puteri Saadong setelah tamatnya sumpahan beliau kira-kira 420 tahun yang lalu mengikut tafsiran para ulama terkemuka dunia dan hitungan Kalendar nusantara berdasarkan ilmu falak yang diperkirakan jatuh pada 8 Jun 2010 sesuai dengan ulang tahun keputeriaan Sri Ratu Saadong Vii. Hadirnya Sri Ratu Saadong VII kembali ke tempat asal titihnya maka bertambah satu lagi khazanah warisan bangsa kita yang amat berharga kepada sebuah Negara melayu seperti Malaysia dan nusantara alam melayu keseluruhannya demi mengekalkan jatidiri bangsa melayu yang kelihatan kini agak mula hendak hilang arah dan halatuju.
Kain rentang sepanjang majlis berlangsung |
Y.B Dato' Haji Nik Mohd. Amar Nik Abdullah - Exco Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah bersalaman dengan Raja Dan Sultan Nusantara |
Bergambar bersama raja-raja senusantara yang terdiri dari Kesultanan Gowa, Daulat Raja Agung Panuturi Hasadaon,Keraton Surakarta Hadiningrat dan banyak lagi |
Raja-raja dan permaisuri sedang menantikan acara bermula |
Tetamu yang hadir pada malam acara |
En Hassan Jali bekas Pengarah Keseniaan dan Kebudayaan Negeri Kelantan iaitu selaku penasihat The Royal International Culture & Art memberikan ucapan |
Dari Kesultanan Sumatera |
Perwakilan dari Kesultanan Indonesia |
Hj. Dr. Rustuty Rumagesan of Sekar(Papua)Putri Raja Al Alam Ugar Pik-Pik Sekar yang merupakan keturunan terdekat Sri Ratu Saadong Vii melalui Daeng Umar |
Sultan dari Istana Hasadaon dan Toh Puan Heryati |
Daulat Tuanku dari Istana Tunggang Besar iaitu keluarga besar raja ulamak nusantara |
YM Sultan Ali Bosar dari Tapanuli Selatan , Sumatera |
YM Ir. Raden Rosa Rahmadjasa saudara Sri Ratu Saadong Vii , trah padjajaran turut hadir memeriahkan majlis |
Turut hadir Toh Puan Dayang Heryati binti Abdul Rahim atau D. Heryati merupakan bekas isteri kedua Tun Ghafar Baba bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. |
Santana Dalem Karaton Surakarta Hadiningrat Kanjeng Pangeran Norman Hadinegoro,SE.MM |
Pengelola Taman Mini Indonesia ,Pengkaji sejarah peradaban nusantara dan selaku Badan Silatnas Raja Dan Sultan Nusantara , Kanjeng Ario Temenggung Mas'ud Thoyyib |
Puteri Keraton Desa Nawalu , Sumatera |
Ketua Pengelola Taman Budaya Jawa Barat dan Pewaris Takhta Kerajaan Galuh , Hj Dr Ikke Dewi Sartika |
Bonda Sri Ratu Saadong Vii , Ym Raja Fauziah anggun berbaju coklat keemasan |
Adinda Muda Sri Ratu Saadong Vii , RTP Farra Arisha yang kini berusia 14 tahun |
Adinda tengah Sri Ratu Saadong Vii , RTP Farhanis Shafifi atau panggilan manja Fifi berpakaian tenunan selendang merah |
Adinda bongsu yang amat dikasihi Sri Ratu Saadong Vii , RTP Solfie Salsabilla berpakaian kebaya hijau |
Nenda saudara Sri Ratu Saadong Vii dari Padjajaran , Bandung |
Y.B Dato' Haji Nik Mohd. Amar Nik Abdullah - Exco Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah sedang gembira menyampaikan kata-kata sambutan pada malam acara tersebut . |
Y.B Dato' Haji Nik Mohd. Amar Nik Abdullah sedang melancarkan buku melalui gimik yang sudah dibuat |
Cenderamata berupa salasilah Sri Ratu Saadong Vii dari pihak penganjur iaitu Presiden Kasut ,En Hussin Ismail kepada Y.B Dato' Haji Nik Mohd. Amar Nik Abdullah |
Penulis buku , En Ayob Mamat menyampaikan cenderahati kepada Y.B Dato' Haji Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang berupa buku tulisannya . |
Sri Ratu Saadong Vii berpakaian songket hijau yang ditempah khas hasil rekaan beliau bersama Y.B Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah , En Ayob Mamat dan Presiden Kasut |
Maharaja Narai melakonkan wataknya dengan penuh perasaan dalam teater ini |
Perarakan Sri Ratu Saadong Vii oleh hulubalang-hulubalang ke pentas acara |
Persembahan dikir barat yang bertemakan Puteri Saadong oleh kumpulan dikir barat negeri Kelantan |
Wakil Raja dan Sultan Nusantara iaitu Kanjeng Ario Temenggung Mas'ud Thoyyib sedang memberikan ucapan pada malam pelancaran buku dan menyatakan bahawa Putri Anis adalah serikandi mereka |
Sri Ratu Saadong Vii sedang berbicara masalah kesatuan nusantara dan menyampaikan sesuatu amanat kepada Y.B Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah |
Y.B Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah sedang mendapatkan penjelasan dari wakil Raja dan Sultan Nusantara bekenaan waris Puteri Saadong |
Deklarasi Kelantan menandakan salam persudaraan antara kerajaan dan kesultanan yang ada di nusantara untuk menyongsong abad ke 21 |
Putri Anis sedang mohon perkenan dari saudara-saudaranya |
Sedang menyaksikan persembahan |
Barisan Raja & Sultan Nusantara yang hadir mewakili wilayah dan kerajaan masing-masing |
Kenangan bergambar bersama Sri Ratu Saadong Vii |
Bonda dan ayahanda Sri Ratu Saadong Vii berpakaian sedondon |
Empat puteri yang anggun |
Barisan peserta keseniaan yang menjayakan acara pada malam pelancaran buku tersebut |
Kad Undangan rasmi |
Buku program Majlis Pelancaran Buku Sri Ratu Saadong Vii |
No comments:
Post a Comment