Sunday, July 25, 2010

MAJLIS PENYAMBUTAN PARA TAMU UNDANGAN LUAR NEGARA

MAJLIS SAMBUTAN RASMI THE ROYAL INTERNATIONAL CULTURE AND ART



Pada tanggal 6 Jun 2010 , keluarga besar Sri Ratu Saadong Vii bersama Kumpulan Jalinan Anak Seni Teater Tari Dan Sastera(Jastera) salah satu kumpulan keseniaan di negeri Kelantan telah mengadakan  penyambutan rasmi kepada tetamu undangan dari luar negara sempena The Royal International Culture And Art. Turut hadir adalah seramai 21 orang Raja ,Sultan dan Lembaga Adat dari kepulauan nusantara dan mereka dijemput dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra , Pengkalan Chepa kira-kira jam 3.30 petang waktu Malaysia dan dikawal oleh sepasukan Kelab Kereta (KELPERD) dan Kelantan Wingers Club menuju ke Pantai Cahaya Bulan Resort untuk acara keseniaan .Setibanya mereka di sana  disambut secara adat dan istiadat oleh persatuan silat negeri Kelantan serta kumpulan dikir barat Che Deris .Di bawah ini akan dipaparkan sejumlah gambar sewaktu acara penyambutan berlangsung . Semangat kesatuan Nusantara yang terlahir dari benih yang azali menyebabkan mereka yang hadir adalah bersaudara dan telah memperakui bahawa Sri Ratu Saadong Vii adalah generasi yang mulia kerana pengorbanan generasi ke tujuh ini dalam mengembangkan nilai sejarah keturunan dapat dipuji secara total yang mana tidak ramai di kalangan masyarakat hari ini mempunyai sikap seperti beliau berani memperkatakan yang benar walaupun dikritik kerana tahu bahawa setiap perjuangan adalah pengorbanan mutlak .Itu adalah pendapat sebilangan Raja dan Sultan yang hadir begitu juga semangat juangnya yang sudah sekian lama merantau ke pelusuk dunia mencari jejak keturunan tidak dapat disangkal lagi.


Pasukan bermotor menunggu ketibaan tetamu luar negara


Barisan rider

Kelab Kereta Perdana juga mengiringi tetamu dari luar negara

Raja dan Sultan Nusantara berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Menuju tempat acara 

Tetamu dari luar negara Ym Dr Raden Selamat

Persembahan silat

Krew Sri Ratu Saadong Vii dalam menjayakan The Royal International Culture And Art

Keluarga besar Sri Ratu Saadong Vii sedang menyambut saudara-saudara mereka dari kepulauan Nusantara

Sri Ratu Saadong Vii bergambar dengan carta salasilah keturunan







TEKS UCAPAN PENYAMBUTAN
OLEH SRI RATU SAADONG VII

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat datang ke bumi Kelantan Serambi Mekah.
Merafak sembah YM. Raja dan Sultan se Nusantara serta rombongan kehormat  dari Indonesia, keluarga besar Sri Ratu Saadong Vii , tetamu undangan serta hadirin yang dihormati sekalian.

Adalah terlebih dahulu, setinggi-tinggi ucapan penghargaan buat tetamu yang telah datang dari jauh dan sudi bersama-sama dalam majlis “The Royal International Culture And Art” sempena pelancaran buku “Sri Ratu Saadong VII” yang akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut dimulai pada 7-10 Jun 2010 dengan pelancaran buku yang bertajuk “ SRI RATU SAADONG VII ”, Upacara Adat Istiadat Pemasyhuran Gelar dan Ulangtahun Kelahiran serta Malam Puisi Saadong .Para tetamu undangan juga akan  dipersiapkan bas untuk berkeliling melawat kota dan pusat kraft tangan. Pada malam 7 Jun 2010 akan diadakan pelancaran buku “Sri Ratu Saadong VII” yang akan dirasmikan oleh YAB. Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Negeri Kelantan. Semoga program-program seperti ini akan membuka minda kita agar melangkah lebih jauh dalam menerapkan idea-idea untuk menuju Nusantara Jaya.

Semangat Nusantara jauh lebih hidup dalam hati nurani saya dan Ruh Nusantara jauh lebih berfilosofi dari kerja seharian saya. Nama nusantara adalah motivasi kepada bangsa dan  itu adalah do’a bagi setiap masyarakat yang bernaung di bawah keagungan nusantara. Atas nama itu  dan atas  cita-cita itu , nama nusantara harus hidup, sehingga nama itu pun berjiwa seperti tumbuhnya padi di sawah .

Kenapa kita harus bertengkar dan mempermasalahkan soal wilayah,dan pulau,kebudayaan,pembantu rumah malah ada yang berkelahi dan bermusuh dengan saudara sendiri  hanya karena kepentingan politik dan sebagainya? Mungkinkah kerana kita tidak memahami makna “Persaudaraan Nusantara”? atau makna “Keadilan Sosial Bagi Seluruh Rakyat Di Nusantara”?   Negeri kita adalah ibunda pertiwi seakan sumber inspirasi bagi melahirkan golongan cerdik pandai yang tidak lagi dikongkong oleh manusia durjana. Dimana tanah dipijak disitu langit di junjung. Dimana kita berada, disitu kita harus berkomunikasi dan beradaptasi dengan warga setempat . Saya berharap kesejahteraan bagi seluruh rakyat nusantara akan terpamer indah dengan adanya kemurniaan para bangsawan. Hadirnya kita di sini pada hari ini bukanlah untuk mempamerkan pesona dengan keanggunan paras rupa  tetapi inilah masa untuk kita bekerja secara total . Bekerja menyeimbangkan alam agar sempurna dunia alam dan dunia akhirat  .Untuk membuktikan apa yang kita cita-citakan , kesujudan tanpa beralih arah perlu konsentrasi dalam menjalankan setiap pekerjaan yang bukanlah mengharapkan manfaat atau kepentingan peribadi semata-mata . Etika dan pendisiplinan merupakan tunjang utama pada setiap anggota yang bertindak sebagai pemangkin atau pencetus setiap bidang . Mudahan Nusantara kembali dengan megahnya sesuai dengan berlalunya sejarah dan peredaran zaman sejak berkurun laman ya. Amin.  

Sebagai penutup bicara, pihak kami khususnya keluarga besar Sri ratu Saadong VII dan pihak penganjur menghimpun sepuluh jari dan memohon maaf  sebesar-besarnya seandainya ada ketidak puasan tetamu sekalian atas pelayanan yang kami sediakan.

Akhir kata kemulian Bangsawan itu adalah cerminan sejagat manakala keharmonian rakyat tercipta sebagai nusa berjaya. Amin .
Wabillahi taufik wal hidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Sri Ratu Saadong diapit oleh ayahanda dan bondanya

Memberi kata-kata sambutan kepada tetamu bangsawan dari luar negara

Persembahan kebudayaan di Pantai Cahaya Bulan Resort

No comments:

Post a Comment