SALAHKAH AKU BERSUMPAH ?
BIOGRAFI SRI RATU SAADONG VII
Secantik Rupa Seindah Bahasa
Secantik rupa seindah bahasa itulah insan yang bergelar dari titisan darah seorang raja dan bangsawan yang dikagumi suatu masa dahulu yang mana Sri Ratu Saadong VII merupakan anak sulung kepada pasangan YM Raja Sazali Raja Hassan dan YM Raja Fauziah Syed Yaacob/Abdullah. Hasil pernikahan pasangan ini selain dari Sri Ratu ,beliau berdua juga mempunyai empat orang cahaya mata dan seorang anak asuhan yang terdiri dari YM Raja Tengku Putra Mohd Hussin, YM Raja Tengku Putri Farhanis Shafifi, YM Raja Tengku Putri Farra Arisha, YM Raja Tengku Putri Solfie Salsabilla dan YM Putra Eedi Mega Che Aziz .
Secara umumnya ramai orang kebanyakan hari ini tidak mengetahui asal usul keturunan ke-7 Puteri Saadong ini melainkan kaum kerabat terdekat dan para ulamak yang sudah mencapai keilmuan yang mendalam. Hal ini terjadi kerana bagi lapisan masyarakat hari ini , ramai di antara mereka yang berpendapat bahawa kisah ataupun cerita mengenai Puteri Saadong adalah mitos yang boleh diertikan sebagai lagenda memandangkan sudah ratusan abad berlalu.Hanya sebilangan sejarawan ,penduduk setempat dan dari cerita lisan rakyat mengatakan bahawa Puteri Saadong meriwayatkan hidupnya di Gunung ayam yang sekarang ini terletak di Gua Musang, Kelantan dan tidak meninggalkan jejak keturunan sampai ke hari ini. Tetapi adakah mereka tahu bahawa Puteri Saadong adalah puteri yang cantik rupa paras dan memiliki kesaktian luar biasa sehinggakan baginda dikenali sebagai srikandi terbilang yang membawa perjuangan cinta kepada tuhan,suami,keluarga,rakyat,agama,bangsa dan negara. Begitu juga dengan YM Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali sudah sekian lamanya Sri Ratu menyimpan rahsia dirinya sebagai keturunan ke-7 Puteri Saadong dan kini sudah masanya juga untuk Sri Ratu mendedahkan identiti sebenar dirinya memandangkan sumpahan Puteri Saadong yang mengatakan bahawa bila mana cukup 7keturunan baginda di masa 420 tahun mendatang iaitu hari ini baginda akan menginjak kaki ke bumi Kelantan dan ternyata Sri Ratu melangkah ke bumi Serambi Mekah dengan sejuta harapan dan keyakinan dengan membawa visi dan misi yang bertemakan “Agama Dikendong Adat Dijunjung” sesuai dengan amant dan wasiat yang telah diperintahkan dari generasi ke generasi . Puteri sulung dalam dinasti diraja turun temurun ini sejak dari kecil lagi telah memperlihatkan teladan yang baik terutama menjadi contoh dan kebanggaan kepada adinda-adindanya dalam banyak aspek . Pengalaman hidup sebagai seorang remaja banyak mematangkan dan mendewasakan beliau tentang hakikat diri sebenar yang mana seorang anak sulung dalam keluarga adalah satu-satunya inspirasi dan kesinambungan keluarga . Dengan memiliki paras rupa yang cantik dan santun budinya membuatkan Sri Ratu amat disegani dan desenangi oleh keluarganya , kaum kerabat , sahabat-sahabat dan terutama sekali golongan fakir miskin . Sikap penyayang baik hati , pemurah dan taat kepada ayahanda dan bondanya adalah asset utama dalam dirinya untuk menempuh kehidupan.
Seperti anakanda-anakanda lain Sri Ratu juga turut mendapat ajaran dan asuhan sepenuhnya daripada keluarga tidak kira dari segi pendidikan akademik mahupun pendidikan agama. Jadi memang wajar Sri Ratu bergelar Keturunan ketujuh Puteri Saadong kerana Sri Ratu merungkai hidupnya dengan lebih cerdas dan berbudaya.
Sri Ratu Saadong VII selamat dilahirkan pada 8 Jun 1986 tepat jam 11.05 malam iaitu pada malam hari raya aidilfitri di Machang , Kelantan . Setelah tujuh das tembakan dilepaskan sesudah melahirkan Sri Ratu , seluruh kaum kerabat terutama ayahanda dan bonda menyambut dengan tanda keriangan dan melahirkan ucapan syukur ke hadrat ilahi. Seperti biasa ,setelah mengetahui Sri Ratu adalah keturunan ke-7 Puteri Saadong pelbagai adat istiadat telah disempurnakan bermula dengan istiadat bercukur.Sehinggalah hari demi hari beliau dibesarkan dengan penuh adat dan pantang larangnya. Di rumah , Sri Ratu senantiasa diawasi dan dikawal rapi gerak geri demi keselamatan dan Sri Ratu sekarang pun sedang mencecah usia 24tahun. Sebagaimana ayahanda dan bondanya, Sri Ratu juga turut mendapat asuhan dan didikan ilmu keagamaan sejak dari peringkat bawahan lagi bahkan Sri Ratu telah khatam al-quran dalam usia yang masih muda iaitu 7tahun. Menyingkap tentang persekolahannya, Sri Ratu telah menerima pendidikan awal pada tahun 1990-1991 di Sekolah Didikan Kanak-Kanak yang bertempat di Tapah, Perak Darul Ridzuan kemudian pada tahun 1992-1994 apabila Sri Ratu berusia 7 tahun beliau menerima pengajian awal dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Satu, Tapah Perak memandangkan pada masa itu ayahandanya bertugas sebagai pegawai perhutanan di sana. Pada tahun 1995-1998 Sri Ratu melanjutkan pembelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Islah, Kota Bharu Kelantan. Tidak lama kemudian setelah lulus pengajian darjah enam Sri Ratu terpaksa mengikuti ayahandanya lagi ke Jerantut, Pahang Darul Makmur dan mendapat pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut, Pahang pada tahun 1999-2001.Setelah itu Sri Ratu dan keluarga berpindah ke Indonesia mengikuti bondanya yang merupakan ahli perniagaan Malaysia dan Indonesia . Di sana Sri Ratu sempat bersekolah di Jakarta International School selama satu tahun . Setelah lulus cemerlang dan tamat pengajian tinggi pada tahun 2004-2009 Sri Ratu memilih untuk meneruskan pengajian di bidang seni reka fesyen dan hiasan dalaman di salah sebuah pusat pengajian swasta di Singapura dan Indonesia kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang tersebut memandangkan ramai ahli keluarganya yang menetap di Kepulauan Indonesia dan sekarang Sri Ratu sedang dalam persiapan menyambung pelajaran dalam bidang tatanegara iaitu sains politik&kemasyarakatan di luar Negara disokong oleh ayahanda Sri Ratu sendiri kerana ayahandanya merupakan mantan pegawai kanan yang pernah bertugas di agensi kerajaan iaitu di Jabatan Perhutanan Selangor, Perak, Johor, Pahang termasuk Kelantan. Sekarang beliau sudah bersara dari jabatan dan menjalankan tugas sebagai ketua perwakilan rakyat di salah sebuah yayasan yang akan dinaungi oleh anakanda beliau sendiri.
Sebenarnya, Sri Ratu juga adalah seperti pelajar-pelajar lain yang mana beliau sangat aktif dan cemerlang dalam bidang ko-kurikulum dan akademik. Salah satunya memandangkan tingkah lakunya yang baik dan santun perangainya maka Sri Ratu telah dilantik menjadi pengawas sekolah pada setiap tahun . Sri Ratu juga pernah dinobatkan sebagai pelajar contoh pakaian paling kemas di sekolah sehingga menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain. Antara anugerah kecemerlangan yang pernah beliau perolehi ialah mendapat kedudukan yang memberangsangkan dalam pertandingan perbahasan ala parlimen di sekolah, diumumkan juga sebagai pelajar dedikasi kerana komitmen terhadap pelajaran, sering mewakili sekolah dalam pertandingan pantun , beberapa kali menang dalam syarahan agama . Pernah juga Sri Ratu memasuki pertandingan pancaragam di sekolah , mendapat johan menulis esei mengenai hari kemerdekaan di sekolah , turut mendapat tempat dalam pertandingan forum remaja dan pernah bergiat dalam persembahan seni pentas lakonan dalam bahasa inggeris dan teater melayu .
Sri Ratu Saadong VII juga mempunyai hobi dan kegemaran tersendiri dan jikalau sekali dengar memang unik. Sejak dari kecil lagi sekiranya ada kelapanganpada hujung minggu Sri Ratu akan menghabiskan waktunya bersiram di air terjun yang bertempat di hutan lipur dan jikalau Sri ratu melancong ke luar Negara Sri Ratu akan mencari air terjun sebagai salah satu destinasi lawatannya . Baginya setiap orang akan mendapat ilham dan ketenangan jiwa apabila berada di sana kerana udara di sekeliling yang nyaman dan segar ditambah pula dengan keindahan flora dan fauna yang juga membuatkan dirinya merasakan sungguh Maha Besar ciptaan Tuhan . Selain itu , apa yang menarik juga pada dirinya, Sri Ratu gemar mengadakan majlis keramaian khususnya kepada kaum kerabat, orang-orang kurang upaya,anak-anak yatim, warga tua dan lain sebagainya. Ini adalah salah satu dari sifat Sri Ratu yang begitu kasih dan saying kepada golongan yang tidak berkemampuan. Sri Ratu ingin mengambil berat terhadap golongan ini kerana tanpa adanya manusia pada hari ini membantu orang-orang begitu, maka tidak akan sempurnalah atas diri masing-masing. Perintah Allah swt juga menyuruh umat manusia di atas muka bumi ini berbuat baik dan berbakti kepada golongan yang susah dan memerlukan pertolongan sesama tidak kiralah sumbangan dalam bentuk apapun . Dengan menjadikan itu sebagai amalan yang diajar dari kecil lagi, hidup Sri Ratu lebih bermakna. Melancong juga salah satu hobi Sri Ratu yang tidak asing lagi. Sebelum ini telah banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah yang pernah Sri Ratu kunjungi iaitu hampir 50 buah negara di dunia . Antara Negara yang pernah menjadi tumpuan Sri Ratu ialah Negara-negara timur tengah seperti Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iran, Syria, Oman, Qatar, Kuwait ,Dubai ,Afghanistan . Negara-negara Eropah termasuk Belanda, England, Sepanyol, Italy, German, Perancis, Sweden dan Negara-negara Asean dan Asia .
Soal pemilihan makanan Sri Ratu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Seperti dirinya seandainya menjadi makanan rutin harian, Sri Ratu lebih menggemari makanan selera kampong dan bubur jagung manakala minuman adalah air kelapa muda.
Sri Ratu Saadong VII hingga ke hari ini senantiasa memilih Fatimah Az-Zahra iaitu anakanda kepada Rasulullah sebagai tokoh yang dikagumi dalam hidupnya.Mengikut cerita sejarah para nabi ,Fatimah Az-Zahra merupakan anak nabi yang paling dikasihi dan juga isteri kepada Saidina Ali bin Abi Talib. Sri Ratu memilih baginda kerana sifat yang dimiliki oleh baginda menepati ciri-ciri wanita solehah yang mana senantiasa mentaati rasulullah serta suami . Selain itu , kerana Sri Ratu adalah lahir dari keturunan bangsawan ,Sri Ratu menjadikan nenek moyangnya iaitu Puteri Udruga Wijaya Malasingha@Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Wijaya Mala@Puteri Saadong sebagai idolanya kerana baginda berdua merupakan salah satu wirawati atau srikandi menang tanpa pasukan yang telah berjaya membawa tanah nusantara termasyhur ke serata dunia yang mana baginda berdua bukan sahaja ratu perempuan memerintah negeri tetapi juga kejayaan kepada berdirinya sebuah tamadun yang pesat membangun satu ketika dahulu .Di bawah pimpinan baginda berdua ,ternyata membuktikan bahawa seorang yang bernama perempuan itu mampu melakukan segala hal termasuk bertempur di medan perang ,berjuang demi rakyat, bergadai nyawa untuk kedaulatan bangsa dan Negara, perwira sejati berteraskan tongkat kesaktian dan qaramah yang dimiliki .Itulah peranan baginda berdua dan dari situlah bermula dan terdetik Sri Ratu untuk menjadikan baginda berdua sebagai idola hakiki yang tidak akan luput dari ingatan kerana Sri Ratu sendiri adalah sebahagin dari amanah baginda untuk melestarikan adat dan kedaulatan sebuah bangsa dan menyambung perjuangan anak cucu di masa hadapan.
KEGIATAN KEBAJIKAN DAN SOSIAL
Sebagai gadis remaja yang meniti usia 24 tahun dan atas dorongan usaha didikan ayahanda dan bondanya, Sri Ratu juga tidak ketinggalan melibatkan diri dalam kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan. Apa yang dilihat dari sudut tingkah laku Sri Ratu dan perwatakannya, beliau tidak jemu untuk memberi segala bantuan atau pun pertolongan baik dari segi kewangan mahupun tenaga malah Sri Ratu lebih rela berhabis segalanya semata-mata untuk menolong orang di dalam kesusahan. Sebagai contoh jelas pada tanggal 26 Mac 2005 yang lalu ,Sri Ratu dengan rela hati dan ikhlas memberi sumbangan yang tiada terkira nilainya kepada mangsa-mangsa banjir tsunami di Naggaroe Aceh Darusalam. Pada kesempatan itu juga, Sri ratu sempat menyaksikan aneka ragam penderitaan yang telah berlaku di Aceh termasuk ramai di kalangan saudara maranya meninggal dunia kerana tsunami. Salah satu acara kunjungan Sri Ratu ialah melawat tapak bencana tsunami milik saudara maranya dan orangorang disana sambil menghulurkan bantuan di kem-kem pengungsian di samping beramah mesra dengan anak-anak yang terkena musibah tsunami. Sejak peristiwa itu Sri Ratu dapat membayangkan alangkah agungnya kekuasaan Tuhan yang sekaligus menghancurkan bumi bertuah ini. Selain itu ke mana tumpah kuah kalu tidak ke nasi. Seperti Sri Ratu Saadong VII, beliau banyak menampakkan persamaan dengan bondanya yang mana kerja-kerja amal tidak pernah diabaikan. Seumpamanya Sri Ratu pernah menjadi sukarelawan setiap kali musim banjir untuk membantu penduduk yang miskin di kawasan pedalaman seperti perkampungan orang asli dan sebagainya. Biasanya Sri Ratu secara peribadi tanpa pengetahuan orang lain menghantar barang keperluan dapur seperti gula, beras, susu, dan pakaian kepada golongan yang memerlukan ini. Sri Ratu banyak mengikuti lawatan-lawatan tertentu secara persendirian mahupun beramai yang mana Sri Ratu banyak meneliti corak hidup dan susah senang kehidupan masyarakat di rantau ini. Soal Sri Ratu masih terlalu muda untuk melakukan perkara sedemikian tidak menjadi masalah dan bukan satu ukuran besar tetapi sudah sememangnya hati Sri Ratu mudah terguris sekiranya ada melihat penderitaan yang dialami oleh setiap insan khasnya golongan yang dizalimi dan ditindas oleh orang-orang yang tidak berperi kemanusiaan. Lantaran itulah Sri Ratu telah banyak mengambil inisiatif memulai dan menggerakkan pelbagai kegiatan terutama bersama bondanya dengan tujuan dapat meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh mereka yang malang. Beliau juga pernah menyimpan hasrat untuk menubuhkan persatuan membela golongan susah ydan menubuhkan yayasan kemiskinan sendiri jika diberi peluang suatu hari nanti. Itulah janji dan harapan Sri Ratu selama ini dan moga kiranya Allah swt memakbulkan doanya. Insya-allah.
Tumpuan juga turut diberikan oleh beliau dalam aktiviti kebajikan sosial. Ia meliputi usaha membebaskan sesame insane daripada belenggu kemiskinan dan penderitaan. Sri Ratu akan dan telah cuba sedaya upaya bagi membantu golongan ini yang dianggap oleh sesetengah orang hari ini adalah sampah masyarakat pada pandangan mata mereka.Contohnya Sri Ratu secara tidak langsung pernah membela dan menyara anak yatim, warga tua yang terbuang tinggal bersama Sri Ratu .
Sri Ratu Saadong VII tidak kekok untuk melibatkan diri dalam kegiatan keagamaan. Sebelum inipun Sri Ratu banyak menghadiri ceramah agama yang disampaikan oleh pendakwah atau guru agama yang bertauliah dalam bidang diceburi. Sewaktu di alam persekolahan menengah beliau turut mengikuti kelas agama berbayaryang mengajar tentang perihal agama islam secara mendalam . Tidak asing bagi diri Sri Ratu sendiri kerana boleh dikatakan keturunan Sri Ratu adalah dari keluarga Raja-raja Ulama yang dikenali di serata dunia yang mana nendanya adalah seorang perawi hadis dan saintis islam yang lebih cenderung kepada ilmu ketuhanan dan sedikit sebanyak Sri Ratu mempelajari dari nendanya yang sekarang ada di Naggaroe Aceh Darussalam.Selama lebih setahun berhijrah ke Negara Arab , Sri Ratu juga sering mempelajari bahan ilmu dari almarhum Prof Sayid Alawi Al-Maliki Al-hasani. Biasanya apabila waktu kelapangan beliau juga gemar mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh ulama-ulama dunia yang popular menerusi pita rakaman.
Visi dan misi Sri Ratu Saadong VII pada masa akan datang ingin melihat rakyat di Kelantan dan nusantara khusunya hidup dalam rumpun beradat bersantunkan tiang agama. Sri Ratu juga berseru pada semua agar mendatangkan segala kemakmuran tanpa persengketaan dan menjauhi segala kemungkaran, kezaliman, penindasan dan sebagainya. Sri Ratu berhasrat untuk membina sebuah yayasan sosial dan kemiskinan untuk rakyat Kelantan dalam masa terdekat ini dan dengan tertubuhnya yayasan ini sedikit banyak akan mengurangkan kejerihan dan penderitaan banyak orang. Sri Ratu telah menyusun beberapa perkara untuk kemajuan masyarakat di Kelantan seperti menubuhkan Pusat Akhlak Insaniah untuk remaja-remaja vandalisme dengan tujuan tidak lain dan tidak bukan hanyalah ingin membentuk mereka ke landasan yang benar sebagai manusia yang berguna pada agama,nusa dan bangsa. Bukan itu sahaja, Sri Ratu mempunyai cita-cita untuk membawa nusantara ke sebuah nusantara jaya yang diawali dengan zaman keemasan yang mana bermulanya adab peradaban sejak berkurun lamanya. Hasrat Sri Ratu adalah ingin menyatukan seluruh para bangsawan dan golongan raja-raja yang ada di dunia ini sebagai pautan maruah yang tidak boleh diinjak sewenang-wenangnya. Insya-allah Sri ratu dalam persiapan menubuhkan Yayasan Nusantara Jaya untuk berkumpulnya seluruh bangsawan dan raja-raja dari segenap pelusuk dunia bagi membincangkan segala permasalahan berkaitan masyarakat, ekonomi, perpaduan, pendidikan, pertanian dan pelbagai aspek seperti kebudayaan keseniaan, keagamaan dan di situ nanti kegemilangan sebuah nusantara jaya akan terserlah di mata dunia. Berkat usahanya selama ini , Sri Ratu akan menginjak kaki di bumi Kelantan untuk membina Istana lagenda sempena memperingati keturunannya yang diberi nama Trisula Puri Sri Ratu Saadong VII yangmembawa maksud istana senjata tiga mata Sri Ratu Saadong VII dan istana ini nanti turut menjadi galeri sejarah peradaban dunia yang mana di situ nanti akan mempersembahkan kepada seluruh masyarakat segala harta warisan tujuh keturunan yang sebelum ini tidak ramai masyarakat mengetahui hanya keturunan ke-7 diwasiatkan dalam sebuah manuskrip kuno turun temurun akan mempersembahkan barang-barang tersebut bermula dari Puteri Saadong yang telah pun disokong sepenuhnya oleh raja-raja melayu nusantara khususnya.
Itulah sedikit banyaknya latar belakang mengenai keturunan ke-7 lagenda Puteri Saadong dari Negeri Kelantan Cik Siti Wan Kembang. Berkat usaha dan didikan sempurna semoga Sri Ratu Saadong VII iaitu YM Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali bergelar insan yang terpuji akhlaknya. Segala pencapaian Sri ratu dalam pelbagai bidang amatlah disenangi dan diharapkan akan menjadi contoh teladan kepada setiap insan. Anak yang solehah adalah anak yang berbakti kepada tuhan, ibu bapa, keluarga, tanah air, nusa dan bangsa. Hakikatnya itulah janji Sri Ratu dan sebagaimana amanah yang telah dipikul olehnya bahawa setelah cukup sumpahan 7keturunan Sri Ratu akan pulang ke Negeri Kelantan iaitu pusat peradaban nusantara yang bergelar Majapahit II(Jawa Timur) dan akan menjadi seorang ratu lagenda yang berbudi dan berbakti . |
No comments:
Post a Comment