|
Menikmati sarapan pagi di Rantau Panjang |
SRI RATU SAADONG VII MENYELUSURI TAK BAI , THAILAND SELATAN
Mengenang nasib di Selatan Thailand , hati sungguh terguris dan sebak akibat perjuangan yang tiada sudah . Ramai sudah yang meninggal dunia akibat propaganda dan muslihat bagi orang-orang yang berkepentingan . Apakah makna ini semua ? sampai kapan harus berakhir dengan tragedi berdarah . Putri Anis sempat menulis karyanya yang hampir selesai tidak lama lagi iaitu ''Selimut Sohor Darah Patani'' . Dalam misi keamanan dunia , kita sebagai umat muslim merasa terpanggil untuk MISI PENGAMANAN PATANI . Dalam kesempatan ini beliau beserta BKPBM sempat berkunjung ke Tak Bai selama beberapa jam yang diiringi oleh Encik Mohd Najib Badarudin dan terima kasih buat krew Polis yang menjaga keselamatan rombongan . Niat untuk pergi melawat saudara di patani terpaksa dibatalkan kerana situasi di sana tidak mengizinkan untuk mereka berpijak akibat perang saudara yang melanda masih dalam keadaan berwaspada . Dikhuatirkan jika mereka berangkat ke sana akan membawa berita tidak baik . Walau apapun kami sudah mengarahkan beberapa pesentren atau pondok pengajian agar mendoakan kesejahteraan umat muslim di Selatan Thailand yang kian terancam dari masa ke masa . Wallahualam.
Kronologi Peristiwa Penting di Selatan Thailand:
28 April 2004- Kampung Krisek ( Kre Se ), Pattani, sekitar 106 orang remaja dan pemuda Muslim menjadi sasaran bedilan peluru. Mereka dituduh melakukan serangan ke atas pos-pos keamanan pihak keselamatan Thai menggunakan senjata tajam
24 Oktober 2004 (bulan Ramadhan)- Tragedi Tak Bai, 85 orang terbunuh akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar.
2008 – Shukri, iaitu seorang penjaga masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat dibunuh.
30 Januari 2009- Imam Awang Karim ditembak ketika menaiki tangga masjid untuk melaungkan azan solat jumaat. Arwah pernah ditangkap dan dipenjarakan diatas tuduhan-tuduhan palsu tetapi dibebaskan setelah berjaya dibuktikan tidak bersalah.
1 Jun 2009- 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Narathiwat dibunuh secara kejam.
2009 – Ismail b. Che Lah (62 tahun), imam yang telah ditembak di hadapan kedainya.
24 Disember 2009- Manaf @ Mat Romin (44 tahun) dibunuh semasa dalam perjalanan ke masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat untuk mengimami solat Jumaat. Arwah meninggalkan seorang janda, Ayusah bt Lokman (38 tahun) dan 5 orang anak.
29 Disember 2009- Talib,48 tahun dari Kampung Slow, Mkm Resak, Narathiwat ditembak selepas solat isyak di hadapan rumahnya. Arwah meninggalkan seorang janda dan tiga orang anak yang masih bersekolah.
10 Februari 2010- Fauzee Y'Tok,39 tahun dari daerah Thanto,Yala diserang secara mengejut ketika sedang memandu keretanya. Dia ditembak di leher menyebabkan kenderaannya kemalangan.
24 Januari 2010- Haji Kosim b. Haji Mat Sum, imam yang juga guru qiraat ditembak di hadapan rumahnya di Kampung Latoh, daerah Kolam, Wilayah Pattani semasa hendak menghadiri kenduri arwah seorang bilal yang ditembak 2 hari sebelumnya. Arwah meninggalkan seorang janda yang sarat mengandung dan 5 orang anak kecil.
15 Februari 2010- Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama Bardatee Laboor (25 tahun) dari Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Ra’nge, Wilayah Narathiwat. ditembak ketika sedang menorah getah. Pada petang hari yang sama juga Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) telah di tembak semasa mengumpulkan getah beku. Sebelum ini suami Bardatee Laboor telah dibunuh menyebabkan dua orang anaknya yang berumur 3 tahun dan 14 bulan menjadi yatim piatu.
5 April 2010- 6 orang pelajar dan seorang tukang masak Resroran Warisan ditangkap atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pengeboman semenjak tahun 2004 sehingga kini. Tuduhan tersebut masih belum ada sebarang apa-apa bukti.
19 Mei 2010 - Seramai 300 orang askar telah bertempur dengan 6 orang kampung di Kg Slow, Narathiwat selama 7 jam bermula dari 11 pagi hingga 6 petang. Dua orang kampung telah meninggal iaitu Ibrahim Semae (26 tahun) dan Abdi Jeeyerae (umur 28 tahun).Arwah Ibrahim Semae meninggalkan seorang isteri iaitu Rohimah Semae (23 tahun) manakala arwah Abdi Jeeyerae meninggalkan seorang isteri iaitu Sakiroh Sixutae (31 tahun) dan seorang anak Mustakin Jeeyerae (4 tahun).
30 Mei 2010 - Sulaiman Naesa (25 tahun) telah mati ketika dalam tahanan di Kem Ingkhayutabarihan M.Bothong D.Nongcik W.Pattani. Arwah didakwa telah membunuh diri namun bukti-bukti jelas menunjukkan yang arwah telah diseksa sehingga mati.
6 Jun 2010 - Daramae Da’kek (51 tahun) telah ditembak di bahagian leher ketika menaiki motosikal sewaktu pulang dari menziarahi anaknya di Maahad Tarbiyatulwatan Melayu Bangkok, Daerah Meang Jala. Arwah merupakan seorang guru di Ma’had Al Falah Al Islami, juga bekas guru Ma’had Bi’that Ad-Diniyah Yala. Arwah meninggal dunia sewaktu menjalani pembedahan akibat pendarahan serius. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak.
|
Di ruangan menunggu sementara menaiki bot. Putri Anis bertudung kelabu dan diapit oleh bondanya |
|
Menyelusuri sungai untuk sampai ke Tak Bai . Cuaca sangat panas sehingga membuat rombongan mengeluarkan peluh dan keringat |
|
Dari kiri adalah Bonda Sri Ratu Saadong Vii , Putri Anis , Datuk Mahyudin Al Mudra serta Encik Mohd Najib Badarudin
"Sesungguhnya, orang mukmin itu bersaudara,". Di akhirat nanti, kita bakal ditanya apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara kita di Pattani? Ambil teladan daripada burung kecil yang mahu membantu memadamkan api tatkala Nabi Ibrahim dibakar Namrud. Ingatlah, tidak berbuat apa-apa itu satu dosa apatah lagi mereka di Pattani adalah saudara kita. |
|
Buah cempedak di luar pagar , kalau ada tolong jolokan , jika saya tidak pandai belajar , minta tuan tolong tunjukan . Buah cempedak yang digemari Putri Anis semenjak di bangku sekolah lagi |
|
Datuk Mahyudin Al Mudra sedang berfoto dengan Angkatan Polis Marin |
|
Sejenak mendalami tinggalan sejarah di Patung Budha Tidur Terbesar di Asia tenggara dan kedua terbesar di dunia terletak di daerah Tumpat , kelantan
|
|
Encik Kamarul selaku imam muda sangat prihatin dengan persekitaran setempat dan berjaya menjadi usahawan muda di Rantau Panjang . Beliau merupakan penternak ikan dan pendiri masjid untuk anak-anak tahfiz |
No comments:
Post a Comment