Wednesday, November 24, 2010

MAJLIS USRAH BERSAMA USTAZ DAN WARGA KAMPUNG TUMPAT , KELANTAN

SRI RATU SAADONG VII HADIR DALAM ACARA PENGAJIAN AGAMA BERSAMA AHLI USRAH DI KAMPUNG TUMPAT , KELANTAN

Pada kesempatan di bulan Oktober lalu , Putri Anis telah mengatur programnya mengikuti pengajian di sebuah  madrasah yang terletak di daerah Tumpat , Kelantan . Beliau ditemani oleh bondanya , setiausahanya dan isteri kepada Yang Berhormat Adun Kelaboran, Tumpat .Majlis yang diraikan oleh Ustaz dari pondok pengajian Geting membuatkan program ilmu berjalan dengan sempurna . Mukadimah dimulai dengan bacaan doa dan kata-kata penyambutan oleh ketua usrah dan seterusnya Ustaz tersebut meneruskan ceramahnya yang bertajuk ''sifat-sifat orang yang mengenali kewujudan Allah''.Dalam ilmu tarikat dan hakikat yang dipelajari , Putri Anis cukup berbangga dan kagum kerana masih ada masyarakat yang turut serta menjayakan program atau majlis ilmu ini yang mana jarang sekali kita lihat pada hari ini pendekatan ilmu berjaya dilaksanakan dengan sempurna kerana sikap acuh tak acuh segelintir pihak yang kurang peka dengan proses pengendalian ilmu dalaman . Apabila tidak sabar , maka semua akan punah ranah dan menyebabkan kita kembali menduakan Tuhan dan bersekutu kepada syaitan . 

Program dijalankan lagi dengan mengunjungi sebuah rumah yang mana anaknya itu terlibat dalam masalah sosial yang juga membuatkan beliau fobia untuk pergi ke sekolah dan meneruskan pembelajaran seharian . Putri Anis telah meluangkan masa selama satu jam setengah bersama pelajar bermasalah itu dan telah memberi kaunseling kepadanya agar saran-saran tersebut dapat menjadi petunjuk buat dirinya . 

Putri Anis dengan isteri Yang Berhormat Tumpat , Puan Noriah dan usrah dalam pengajian agama bersama Ustaz dari Geting , Tumpat


Putri Anis sedang meluangkan waktu seketika berkumpul bersama ahli pengajian di madrasah
Dalam mencapai aspirasi pembangunan manusia adalah unsur yang paling menentukan. Pembangunan akan tidak bererti kalau manusia itu sendiri runtuh. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menerangkan; "Anak Adam itu ialah binaan/bangunan Allah."
Sudah pasti yang dimaksudkan. dengan perbuatan meruntuh ini bukan sekadar membunuh atau merosak hakikat jasmaniahnya sahaja, malah merangkumi usaha merosakkan pemikiran, hati nurani, akhlaq dan aqidahnya.


Manusia yang runtuh kemanusiaannya tidak dapat menjadi sendi ketenteraman dan kesajahteraan masyarakat. Ia kabur tentang hakikat dan tujuan hidupnya sendiri. Pembangunan itu menurutnya tidak lain dari usaha mencurahkan aspirasi dan khayalan cita-cita yang tidak berteraskan nilai dan norma samawi. Ia menbina gedong, institusi, rancangan-rancangan yang pada hakikatnya menghakis dan meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan dan ketuhanan. Pada hal nilai- nilai abadi ini lebih penting ditekankan untuk kesejahteraan jangka panjang manusia itu sendiri. Apabila nilai-nilai, kesedaran. dan komitment terhadan nilai semakin lemah dan longgar , manusia mula berhadapan dengan persoalan keruntuhan keperibadian, akhlaq dan peradabannya.


Oleh sebab itu soal membangun manusia merupakan soal asas bagi agama samawi. Para Rasul diutus untuk membanqun kemanusiaan yang semakin pudar dan larut dihanyutkan oleh badai nafsu dan godaan syaitan. Pudar lantaran mengikut pimnpinan manusia munafiq dan tidak punya pegangan. Apabila rasul-rasul yang diutus untuk mendidik manusia telah pulang ke rahmat Allah tugas ini dipikul oleh para alim ulama' Mereka mendidik umat rasul dengan ajaran-ajaran yang diwarisi oleh Tuhan Pencinta manusia yang mereka warisi dari para rasul. Dekikianlah, pula terus berkembang. Perkembangan membawa kemajuan dan kesan-kesannya.


Perkembangan ledakan ilmu pengetahuan membawa berbagai perubahan dalam berbagai bidang kehidupan . Antara yang datang dengan kemajuan ialah penjajahan .
Penjajahan yang datang silih berganti menguasai negara Islam bukan sahaja menjajah kekayaan umat tetapi juga merosakan keperipadian dan meninggalkan pendekatan keilmuan yang sekular. Golongan apa yang dipanggil agamawan bukan sahaja diketepikan tetapi juga diruntuhkan imej mereka sebagai golongan ulama' atau ustaz dakwaan yang dikatakan sebagai palsu. Institusi agama dikembirikan.


Ilmu-ilmu yang tidak bertitik tolak dari agama tetapi kerap didorong menentang nilai-nilai agama. Gejala kemunduran yang lahir daripada kemiskinan dan hasil pemunggahan penjajahan terhadap kekayaan umat atau hasil tidak keadilan sosial ...
Pergertian akhlaq dalam tasawur Islam tidak difahami dan 'dihayati. Persoalan ketuhanan atau ibadah tidak ada kena mengena dengan masalah akhirat. Seseorang boleh dianggap contoh insan berakhlaq atau bermoral meski ia tidak pernah mengenal dan menyembah Tuhan atau mengindahkan nilai agama Akhlaq tidak ada kena mengena dengan keadilan sosial dan kemestian mematuhi undang-undang Allah.


Demikianlah, perubahan demi perubahan dilalui. Kini pendidikan tidak lagi merupakan golongan ustaz atau ulama. Sifat' dan pesatnya perkembangan ilmu itu sendiri tidak lagi memungkinkan demikian. Yang mungkin ialah para pendidik ilmu diserapkan dengan pendekatan Islam dalam bidang ilmu takhassus yang mereka pelajari. Dengan penyerapan ini diharapkkan unsur-unsur akhlaq akan membajai pengajaran mereka dalam berbentuk keperibadian bangsa dan warganegara.


Di samping proses Islamisasi ilmu-ilmu. yang bercorak sekular. Para pendidik tersebut perlu memperdalamkan pencapaian dan peningkatkan bentuk penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Dengan demikian ber berkuranglah perbedaan dalam kesan pembelajaran yang ditinggalkan oleh para guru terhadap murid-murid. Mereka perlu didampingkan dengan para ulama untuk merujuk pandangan Islam dalam hal-hal yang mereka sendiri kurang arif. Hubungan ini perlu demi mamastikan pertautan semula pemikiran Islam di kalangan umat Islam Dalam waktu yang sama para ulama harus meningkatkan daya penggarapan mereka terhadap ilmu umum demi meneguhkan kepercayaan umat terhadap kecendikiawanan mereka.


Berkait dengan peranan guru dalam bidang akhlak maka peranan yang paling. Penting ialah memahamkan pengertian akhlak yang sebenar menurut perspektif Islam . Akhlak dalam Islam mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Rasulullah diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia. Rasulullah menerangkan "Addin atau agama ialah akhlaq yang baik. Orang yang paling hampir di sisiku pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaqnya." Banyak lagi hadith-hadith dan ayat-ayat al-Qur'an yang menerangkan tentang akhlaq tidak dapat kita perturunkan di sini.


Apakah yang dimaksudkan dengan akhlak? Adakah persoalan- persoalan pokok yang menjadi topik-topik perbicaraan ilmu akhlaq ? Bagaimana membangunkan akhlaq ? Inilah soalan-soalan yang perlu difahami sebelum seseorang guru berjaya dalam melaksanakan tugas murni mereka.


PENGERTIAN
Dari segi bahasa, "Akhlaq ialah kata jama' dari "Al Khulq". Dalam lisan 'l Arab ia bermakna tabiat atau watak .Ia juga bermakna maru'ah, ADDIN atai FITRAH menurut Qamus 'l Muhit.
Pada hakikatnya ia adalah penyifatan tentang gambaran batin seseorang. Gambaran jiwa, ciri-cirinya dan kandungannya yang tersendiri. Ini mencerminkan lahiriah , sifat seseorang dan segala kandungan sifat itu. Gambaran ini samada yang zahir atau batin boleh disifatkan dengan sifat yang terpuji dan sebaliknya yang tercela.


Menurut Imam Al Ghazali, Al-Khulq ialah suasana kejiwaan yang mantap yang menerbitkan perbuatan, perbuatan itv terbit begitu sahaja tanpa berfikir dan merenung panjang. Sekiranya suasana kejiwaan yang menjadi sumber perbuatan itu memerlukan tindak-tanduk yang baik. Tetapi kalau muncul yang sebaliknya, maka suasana kejiwaan itu dinamakan sebagai akhlaq yang buruk.
Para failasuf dari aliran sosialisme positif seperti Livi Brill menerangkan tiga pengertian akhlaq :

  • Gagasan yang mengandungi konsep, hukum dan adat istiadat. Iaitu yang berkait dengan hak-hak manusia, kewajiban manusia antara satu sama lain yang diakui dan diterima oleh tiap-tiap individu pada umumnya pada masa tertentu atau peradaban tertentu.

  • Perkataan akhlak juga dipakai untuk menunjukkan ilmu yang mengkaji fenomena ini.

  • Kadang-kala juga digunakan ungkapan ini untuk menunjukkan penerangan-penerangan tentang ilmu ini.

  • Menurut Durkheim sifat-sifat akhlaq yang terpenting ialah soal kewajiban atau kebaikan ditinjau sebagai sistem dan kaedah tingkah-laku sosial. Juga ditinjau dari sudut penentuannya tentang tujuan yang baik bagi tingkah-laku manusia dan peranannya mendorong manusia melakukan kebaikan.


    Kewajihan-kewajipan ini menurut beliau digariskan oleh masyarakat sendiri untuk kesejahteraannya. Aliran falsafah yang serba ruh pula menafsirkan bahawa akhlaq adalah sistem ruhaniah dalam suatu kerajaan ruhani Ilahi seperti yang tertera dalam pandangan seorang Failusuf German Leibniz (1646-1716), Kerajaan ruhani ini dihuni oleh ruh manusia dan malaikat. Pemilik tunggalnya ialah Allah sebagai ruh yang paling agung. Di mana ruh-ruh lain mendapat kewujudan dariNya Dalam kerajaan ruhani ini tidak ada kesalahan tanpa ganjaran. Tidak ada keutamman tanpa pahala . Yang mengubal undang-undang akhlaq untuk makhluk yang mempunyai ruh ialah Allah, . Untuk makhluk lain yang mertabat ruhaniahnya tidak seperti mertabat ruhaniah manusia, yang mengetahui kewujudan pencipta, Allah gariskan undang-undang alam atau tabi'i


    AKHLAK-DALAM PANDANGAN FAILASUF MUSLIM
    Aliran rasional dalam kalangan failasuf muslim seperti Ibnu Maskawaih menakrifkan akhlaq seperti berikut :
    "Sesuatu keadaan (sika) diri yang mendorong sesorang bertindak melakukan perbuatan yang serasi dengannya tanpa merenung dan berfikir panjang
    Keadaan atau sikap ini terbahagi kepada dua :

  • Yang tabi'i dan semula jadi

  • Yang diperoleh melalui kebiasaan dan latihan sehingga menjadi sebati dan sifat diriAliran ruhaniah dalam Islam pula pada umumnya diwakili oleh segolongan sufism. Golongan tasauf memang mengganggap akhlaq sebagai pokok persoalan yang penting. Malahan segolongan dari meraka menerangkan bahawa tasauf itu tidak lain dari akhlaq itu sendiri.
    Imam Quraisi memberikan definasi tasauf sebagai :
    "Masuk dalam sifat dan akhlaq yang sunnah dan menjauhkan diri dari sifat yang rendah".
    Al-Junaid pula menjelaskan erti tasauf dengan takrif yang mirip benar dengan makna akhlaq.


    Beliau menjelaskan :
    "Membersihkan hati dari menurut kehendak orang, meninggalkan perangai semulajadi (yang buruk) mereda atau memadamkan sifat manusiawi, menolak ajakan nafsu, menghayati sifat-sifat ruhaniah bersandarkan ilmu yang sebenarnya, sentiasa beramal dengan yang lebih utama, sentiasa menasihati ummah, setia dengan Allah dalam berpegang kepada kebenaran dan menurut Rasul dalam syariah (undang-undang Islam)."


    ILMU AKHLAQ
    Menurut Dr. Taufiq at Tawil :


    "Ilmu akhlaq ialah ilmu yang menggariskan modul contoh utama yang wajar diikuti oleh manusia dalam tingkah-lakunya." Atau seperti yang dijelaskan oleh Dr. Zakaria Ibrahim bahawa ahli falsafah hampir sepakat mengatakan bahawa ilmu akhlaq ialah ilmu yang berusaha menemukan atau mendedahkan contoh-contoh tingkah laku manusia yang utama, menggasaskan konsep dan pengertian , menentukan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dalam tingkah lakunya.


    Menurut Prof. Dr. Omar Attoumi Asy-Syaibini:
    "Ilmu akhlaq ialah ilmu yang mengkaji hakikat atau sifat tingkah laku yang berakhlaq, hakikat kebaikan (al-khair) dan keburukan (asy-syar), hak dan kewajipan, hati -nurani (conscience), hukum-hukum aahklaq, tanggung jawab akhlaq, motivasi dan tujuan tingkah laku. Ilmu ini juga meneliti asas-asas teori yang mendaji dasar keyakinan akhlaq , menentukan contoh-contoh utama, kaedah umum yang seharusnya menjadi pedoman tingkah laku manusia."


    Menurut Prof. Dr. Omar Attoumi Asy-Syaibani :
    "Ilmu akhlak ialah ilmu yang mengkaji hakikat atau sifat tingkah-lakunya yang berakhlak, hakikat kebaikan (al-khair) dan keburukan (asy-syar), hak dan kewajipan, hati nurani (conscience), hukum akhlak, tanggungjawab akhlak, motivasi dan tujuan tingkah laku. Ilmu ini juga meneliti asas-asas teori yang menjadi dasar keyakinan akhlak, menentukan contoh utama, kaedah umum yang seharusnya menjadi pedoman tingkah laku manusia."


    Lebih jelas Dr. Miqdad Yalchin menakrifkan akhlak sebagai 'prinsip' dan kaedah yang mengatur tingkah laku (perangai) manusia yang ditentukan oleh wahyu dalam konteks mengatur kehidupan manusia di dunia untuk mencapai matlamat wujudnya yang paling sempurna.
    Huraian-huraian yang diberikan oleh para ulama membayangkan bahawa akhlak Islam mengatur empat perhubungan dasar :

    1. Hubungan manusia dan jin dengan Allah (Pencipta).
    2. Hubungan manusia dan jin sesamanya.
    3. Hubungan manusia dan jin dengan alam.
    4. Hubungan manusia dan jin terhadap dirinya sendiri.

    Dalam hubungan akhlak dengan amal maka akhlak menurut Dr. Mohd Abdullah Darraz boleh dikategorikan kepada :

    1. Akhlak al-Fardiyah -- perseorangan.
    2. Akhlak dalam bidang kekeluargaan.
    3. Akhlak dalam bidang kemasyarakatan.
    4. Akhlak dalam bidang kenegaraan.
    5. Akhlak keagamaan dalam erti kata sempit.



    Pembahagian ini tidak bermakna antara suatu bidang dengan bidang yang lain terdapat tembok pemisah yang jelas. Sebaliknya terdapat jalinan yang rapat dan sukar untuk dapat dipisahkan antara suatu dengan yang lain. Bidang kenegaraan umpamanya melengkapkan bidang-bidang yang lain. Perjuangan untuk mendaulatkan keadilan adalah perjuangan akhlak. Usaha-usaha untuk memantapkan asas-asas kesejahteraan masyarakat adalah usaha-usaha akhlak.


    AHKLAK DAN PEMBANGUNAN HATI NURANI
    Cita-cita untuk membangun keluarga, masyarakat dan negara yang baik bergantung kepada wujudnya individu yang baik. Individu yang baik ialah individu yang subur hati nuraninya dengan kesedaran dan penghayatan akhlak yang tinggi. Sebab itu pembangunan hati nurani juga merupakan tugas akhlak.


    Menurut asy-Syaibani; "Matlamat pokok ilmu akhlak ialah membangun 'conscience' atau hati nurani manusia yang berakhlak, menghaluskan jiwa, membersihkan hati, menyepuh budi, menguatkan hubungan manusia dengan Allah, mengelokkan perangai, menilai perilaku, mengukuhkan semangat ukhuwah, kasih sayang, gotong royong, menegakkan yang benar dan yang baik."


    Bertitik tolak dari ini, para guru harus meningkatkan hati nurani berakhlak di kalangan murid-murid. Hati nurani dibentuk dengan akidah atau pegangan agama yang berkesan. Iman dan akidah yang mantap mencorakkan rasa kasih dan benci yang membina dalam diri seseorang. Rasulullah menerangkan;


    "Tidak beriman atau tidak sempurna iman seseroang dai kamu hinggalah Allah dan RasulNya lebih disayanginya dari yang lain."


    Kant berpendapat; "Penghayatan akhlak tidak mungkin berkembang sempurna tanpa keyakinan kepada Allah." Watson pula berpendapat; "Tanpa iman manusia akan hidup dalam arus serba boleh melakukan apa sahaja. Tidak tunduk kepada mana-mana undang-undang moral kecuali yang sesuai dengan nafsu dan keinginan peribadi."


    HUBUNGAN AKHLAK DAN AKIDAH
    Di sini jelas adanya hubungan rapat antara iman atau akidah dengan akhlak. Soalnya; apakah semua pegangan agama membawa kesan akhlak yang sama ? Tentu tidak.
    Pegangan akidah (keagamaan) yang boleh menimbulkan kesan menyeluruh bukanlah sebarang akidah tapi ialah yang unggul dan mempunyai ciri-ciri yang mampu menimbulkan kepekaan keagamaan yang tinggi dan menerbitkan semangat perjuangan yang kukuh. Ciri yang mesti ada antara lain ialah :

    1. Keimanan kepada Allah, pencipta alam jagat, manusia dan kurniaan Tuhan yang lain.
    2. Keimanan kepada hari Akhirat.
    3. Keimanan bahawa undang-undang akhlak ialah undang-undang Illahi, lahir dari kehendakNya untuk mengatur hidup manusia demi kesejahteraannya. (An-Nisaa' : 174-175)
    .



  • Putri Anis bermurah hati memberi bimbingan kaunseling kepada salah seorang remaja sekolah yang bermasalah
     Petikan kata dari Sri Ratu Saadong dalam konsep kesabaran bagi orang yang tertimpa musibah


    " Assalamualaikum buat saudara dan saudari yang dihormati sekalian.Begitu mulia saya dapat berbahagi kasih dan rasa dengan kalian semua dan ini akan saya abadikan sepanjang hayat saya .Mohon perkenan untuk saya berbicara dalam suasana yang penuh kedamaian ini .Umumnya , manusia dalam kehidupannya mempunyai posisi berada ditengah – tengah . Antara perintah yang wajib dilaksanakan dengan larangan yang harus dihindari, dan antara takdir yang terus mengikuti, dengan kenikmatan yang wajib disyukuri. Keadaan – keadaan inilah yang melingkupi kehidupan manusia, maka kesabaran merupakan keharusan bagi umatnya.
    Pastilah setiap orang melakukan kesabaran terhadap sebagian hal yang tidak menyenangkan, dengan sukarela atau terpaksa. Orang mukmin itu bersabar dengan sukarela, karena ia mengetahui akibat positif dari kesabaran, ia mengetahui bahwa kesabaran itu terpuji dan berkeluh – kesah itu tercela. Disedarinya juga bahwa bila tidak bersabar tidaklah berarti keluh kesahnya akan mengembalikan apa yang tertinggal atau bisa mencabut apa yang tidak mengenakkan, diyakininya pula bahwa takdir tidak bisa ditolak dan sebaliknya adalah apa yang tidak ditakdirkan tidaklah terjadi, maka ia sedar betul bahawa berkeluh – kesah adalah hal yang negatif.

    Sabar menurut pandangan mata saya berarti dapat menahan diri dari berkeluh kesah ketika terkena musibah. Sabar dimaksudkan untuk membuat manusia menjadi kuat. Kuat dalam menghadapi hidup. Menghadapi realiti atau menjalani praktik hidup. Semua orang yang dekat sini khususnya harus tangguh dalam memikul penderitaan yang menimpa kalian, serta menghadapinya dengan ikhlas, dada yang lapang, serta keimanan yang teguh dan sejati.

    Orang mukmin itu diuji dan diuji di dunia ini dengan sesuatu yang dapat menyucikan dari dosa-dosa, membersihkannya dari kesalahan-kesalahan, serta mensterilkan dari berbagai perbuatan durhaka dan berbagai keburukan kelakuan.

    Allah Swt berfirman :
    “ Kami jadikan sebahagian kalian menjadi cobaan bagi sebagian yang lain.
    Maukah kalian besabar ? Dan adalah Tuhanmu Yang Maha Melihat “
    ( QS al- Furqan [25] : 20 }

    Sikap sabar itu harus tertanam sejak pertama kali mendapatkan musibah. Sabar dapat menerangi perjalanan kita dan menunjukkan sesuatu yang lebih baik bagi kita. Dengan bersabar jiwa akan merasa tenteram dan ridha.

    Dari kesabaran dalam penderitaan yang menimpa, membuat kita berserah diri kepada perintahNya, memberi rasa puas akan kita berada disisiNya. Sehingga denganNya kita akan memperoleh ketenteraman dan kebahagiaan.

    Sabar merupakan karakter yang paling terpuji, watak yang dicintai, ahlak yang tiada duanya, berakibat indah, menimbulkan kesan atau jejak terpuji, mengandung banyak faedah serta banyak memberikan keuntungan mulia. Kesabaran kita semua akan menjadi cahaya dan sinar yang menerangi serta akan menjadi obor yang mejelaskan rambu-rambu perjalanan hidup .

    Kesabaran adalah bukti dari kepasrahan kita pada Allah. Pasrah pada Allah merupakan jalan untuk membuat kita lebih baik, lebih benar dan lebih bermanfaat.Jadikan kesalahan dan musibah sebagai sumber pencerahan. Ambil pelajaran dari kesalahan dan musibah itu, maka nilai kebajikan pada diri kita akan bertambah. Pertahankan sikap positif dan konstruktif atas kesalahan dan musibah tersebut. Milikilah daya tahan dari serangan putus asa. Ingat tujuan dan keinginan kita. Jangan larut dalam kekesalan dan kekecewaan atas kesalahan dan musibah tersebut

    Dalam sebuah Hadist, Nabi Muhammad saw bersabda :

    “ Cobaan itu selalu menimpa orang mukmin, lelaki atau perempuan, pada fisiknya, hartanya dan anaknya, hingga ia bertemu Alloh dalam keadaan tanpa beban kesalahan”.
    ( HR Ahmad 2/287 dan al – Mustadrak 1/346 )

    Untuk diketahui kesabaran bukan suatu pemberian langsung dari Allah dan saya sudah menghadapi hal yang sama berulang kali tetapi saya yakin dan kuat bahawa hanya dengan kesabaran , kejayaan dihadapan akan saya peroleh . Jika ikut hati kita akan mati , jika ikut rasa kita akan binasa . Kesabaran itu bisa ditingkatkan , melalui usaha, pemberdayaan diri, pendidikan diri atau pembelajaran diri. Jangan lupa berdoa meminta pertolongan kepada Yang Kuasa agar diberi kesabaran yang lebih luas. Jadi tergantung dari usaha kita untuk meningkatkannya. Jadi kesimpulannya adalah kesabaran dalam menghadapi musibah adalah memperjuangakan solusi atau aksi agar musibah itu dapat cepat pergi atau agar hidup kita tidak hancur atas musibah tersebut.


    Mengabadikan potret bersama orang tua di sebuah kampung di Tumpat . Beliau mudah menjalin kemesraan dengan orang-orang tua walau di mana sahaja . 
    Hikmah Dibalik Musibah

    Pastinya kita bertanya, Mengapa Allah memberikan musibah pada kita ? Adakah hikmah dibalik musibah ini ?


    Pertama, Mengangkat Derajat

    Mari kita renungkan bersama ! Ketika kita bertemu Allah di hari kiamat kelak tanpa pernah mendapat musibah atau cobaan, tentulah kita hanya menjadi orang yang tidak mempunyai kebajikan dan amal.
    Musibah itu terkadang mengganggu perasaan kita selama seminggu, sebulan, bahakan bertahun – tahun. Ketahuilah dengan begitu kita akan mempunyai tempat yang istimewa di syurga kelak. Raihlah kedudukan ini !

    “ Sungguh orang lelaki akan mendapatkan peringkat di sisi Allah, dimana peringkat itu tidak bisa dicapainya dengan suatu amal perbuatan, hingga ia diuji pada badannya, maka ia mencapai peringkat itu “
    ( Ithaf al – Asyraf 9/142 dan Majma’ al – Zawaid 2/295)


    Kedua, Pemosisian Dengan Tepat

    Allah Swt berfirman :

    “ Allah sekali – kali tidak akan membiarkan orang – orang yang beriman dalam keadaan kalian sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk ( munafik ) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali – kali tidak akan memperlihatkan kepada kalian hal –hal yang ghaib.
    ( Q.S. Al Imran [3] : 179)

    Maha Besar Tuhanku Yang Maha Pengampun. Telah diposisikan hambaMu ini menjadi orang-orang yang beriman dengan menyisihkan hal – hal yang buruk pada diri kami.


    Ketiga, Agar Tidak Sombong dan Tidak Tertipu

    Cuba bayangkan seandainya segala urusan  kita lancar, harta kita melimpah dan kehidupan kita segalanya terpenuhi, tidak pernah terjadi suatu kejadian apa pun. Apa yang kira –kira akan terjadi pada manusia dikala itu.
    Apakah kita akan menjadi sombong dan tertipu?. Karena kehidupan dirasa sudah mapan dan tidak kurang apa pun. Segala sarana kenikmatan, kebahagiaan, dan berbagai kemudahan sudah terpenuhi.
    Pada saat seperti itu umumnya manusia pasti akan dihinggapi perasaan sombong, tertipu, dan merasa tidak membutuhkan Allah. Oleh karena itulah Allah menurunkan musibah bagi kita. Dengan begitu kita bisa kembali lagi padaNya. Kita merendahkan diri dihadapanNya dan merasa membutuhkanNya. Sebagai wujud kasih sayangNya Alloh memberi musibah dan cubaan pada kita.


    Keempat, Agar Merindukan Syurga

    Hikmah yang lain adalah kita tidak akan pernah merindukan syurga kecuali kita pernah merasa kepahitan dunia. Bagaimana kita bisa merindukan syurga, sementara kita melihat dunia itu penuh kenikmatan dan keindahan.
    Ini bukan berarti di dunia kita harus hidup dalam kepahitan terus menerus, hanya saja Allah akan mencicipkan kepahitan dunia agar kita mengharapkan kenikmatan syurga.


    Kelima, Agar Tidak Lupa Allah

    Musibah sesungguhnya bisa menjadi sarana untuk ingat kepada Allah atas segala kenikmatanNya. Musibah juga bisa menjadi sarana anda atas semua ketetapan Allah. Begitulah cara Allah agar anda tidak melalaikanNya untuk selama –lamanya.


    Keenam, Agar Tahu Bahwa Allah Saja yang Maha Kuat.

    Allah menunjukkan pada hambaNya hanya Dialah Yang Maha Kuat. Sementara rahmatNya baru tampak ketika Dia menyelamatkan dan membebaskan kita dari musibah.Allah memberi musibah pada kita agar kita mau berlindung padaNya. Dia akan meraih tangan kita. Dengan demikian kita menjadi tahu bahwa Allah saja Yang Maha Berkuasa, Maha Kuat dan Maha Penyayang.


    Ketujuh, Allah Mencintai Anda

    Alloh Swt berfirman :

    “ Hai sekalian orang – orang yang beriman, mintalah pertolongan ( kepada Alloh) dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Alloh beserta orang – orang yang sabar”.
    ( QS. Al Baqarah [2] : 153 )

    Dalam sebuah Hadist, Nabi Muhammad saw bersabda :

    “ Bila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia menguji mereka ; siapa yang ridha maka ia diridhai dan siapa yang dengki maka ia dimurkai”.
    ( HR al- Tirmidzi, 2398 dan Ibnu Majah,4031 )


    Kelapan, Sebagai Pelebur Dosa

    Dalam sebuah hadist, Nabi Muhammad saw bersabda :

    “ Ketika orang mukmin menderita sakit, maka itu membersihkan dari dosa – dosanya, sebagaimana tungku tukang besi membersihkan besi dari kotoran – kotorannya”.
    (Majma’ al Zawaid 1/302 dan Kanz al – Ummal 6662)

    No comments:

    Post a Comment