Wednesday, November 24, 2010

MAJLIS RAMAH TAMAH DAN PROGRAM KEMASYARAKATAN DI BANGGOL KULIM , KELANTAN

Bersama pakar Feng Shui dari Pulau Pinang, dari kiri


SRI RATU SAADONG VII MENZIARAHI MASYARAKAT DI BANGGOL KULIM YANG SEDANG MENDERITA SAKIT BARAH KERONGKONG

Putri Anis sedang menghibur hati penderita sakit kerongkong yang sedang duduk bersila yang memakai anak tudung

Pada bulan Oktober lalu , RTPA dan rombongan telah mengadakan lawatan kemasyarakatan di Banggol Kulim dekat Telekung , Kelantan  sempena meraikan upacara kasih selamat ke atas seorang warga di Kampung tersebut yang selamat dibedah akibat sakit barah kerongkong . Persembahan ucapan selamat ini diraikan dengan diikuti beberapa warga setempat dan dimulai juga sidang suai kenal antara masyarakat di kampung tersebut dengan Sri Ratu Saadong Vii . Walaupun baru kenal tetapi ikatan ukhwah tetap mesra terjalin yang mana Putri Anis dan rombongan disambut dengan lapang dada oleh mereka semua malah ada yang menitiskan air mata kerana dapat bersalaman dengan Putri Anis .Menurut penghidap sakit ini , beliau waktu mudanya dan hingga tua selalu mengamalkan tabiat merokok makanya salah satu punca yang menjadikan beliau sakit adalah datang dari masalah rokok itu sendiri tidak kerana lain dan juga akibat pemakanan yang tidak terkawal. Walau bagaimanapun  dengan kehadiran Putri Anis, semoga kegembiraan dan jalinan kasih sayang yang terbina antara keduanya dapat memberi kekuatan kepada penghidap penyakit barah tersebut dalam menempuh hari-hari mendatang . Putri Anis sempat mengucapkan jutaan terima kasih di atas undangan majlis kesyukuran yang disampaikan sendiri oleh tuan rumah tetapi malang sekali kerana beliau tidak dapat menghadiri bukan kerana sombong tetapi atas alasan beliau terpaksa menghadiri kegiatan penting di Indonesia . Salam takzim buat mereka sekeluarga dan moga sihat walafiat hendaknya .

Beramah mesra dengan warga setempat Kampung Banggol Kulim

Cinta dan kasih Putri Anis tidak pernah pudar pada warga kampung terutama pada masyarakat yang menyanjung perjuangan sejarah

Senyuman Putri Anis kepada masyarakat yang setenang jiwa. Beliau turut memberi perangsang kepada pesakit agar kuat mengharungi cabaran hidup

Kunyit Mampu Bunuh Sel Barah Kerongkong Anda




LONDON:Satu molekul yang dijumpai dalam kari didapati mampu membunuh sel barah esofagus (kerongkong) di dalam satu ujian makmal. Ini sekali gus memberi pembayang bahawa molekul itu mungkin berpotensi dibangunkan sebagai rawatan antibarah.



Penyelidik di Pusat Penyelidikan Barah Cork di Ireland, berjaya merawat sel barah kerongkong dengan menggunakan curcumin (kunyit) iaitu bahan kimia dalam kari yang memberikan warna kuning dan mendapati ia mula membunuh sel kanser dalam masa 24 jam



Kajian yang disiarkan dalam British Journal of Cancer itu juga menyatakan bahawa sel-sel barah tersebut juga mula terhadam sendiri. Penyelidikan saintifik sebelum ini mengakui kunyit mampu mengawal tumor dan mereka yang memakan banyak kari kurang berisiko terhadap penyakit itu.



Ini meskipun kunyit dikatakan akan kehilangan ciri-ciri antibarah sebaik dimakan.Namun, Cik Sharon McKenna yang mengetuai kajian itu berkata terdapat potensi untuk menjadikan kunyit sebagai ubat antibarah bagi merawat barah kerongkong.


Barah kerongkong membunuh 500,000 orang di seluruh dunia setiap tahun.Tumor yang tumbuh sangat mengancam nyawa dengan kadar peluang pesakit untuk hidup selama lagi lima tahun ialah antara 12 dengan 31 peratus.


Menurut Cik McKenna, kajian menunjukkan kunyit menyebabkan sel barah mati 'dengan menggunakan sistem mesej sel yang tidak dijangka'.


Pada 2007, penyelidik Amerika Syarikat mengumumkan mereka mendapati kunyit mampu merangsang sistem imunisasi sel dalam penyakit angin ahmar. -- Reuters.

(Dipetik dari sumber www.orangmuo.com.my)

No comments:

Post a Comment