CETUSAN SILVER DAN TEMBAGA MENAMBAT HATI SRI RATU SAADONG VII
Kota Gede sangat terkenal dengan silver atau perak sehingga dijuluki dengan nama Kota Perak. Memang sejak dahulu bekas ibukota Kerajaan Mataram disebutkan di dalam sejarah sinonim dengan pembuatan peraknya. Bahkan kraftangan perak Kota Gede juga telah menembus pasar mancanegara. Sri Ratu Saadong Vii dalam lawatan sambil belajarnya juga telah berkenan melawat dan berbelanja ke Kota Gede ini. Perjalanan dimulai setelah makan siang . Kelihatan ratusan warga Kota Gede mengantungkan hidupnya dari usaha kraftangan Perak ini. Lihat saja, di sepanjang jalan utama di wilayah yang terletak 7 km arah tenggara pusat Kota Yogyakarta ini berjajar kedai-kedai yang menjajakan kerajinaan perak. Kata ‘perak’ dan ’silver’ tertera di kanan-kiri Jalan Kemasan, Jalan Mondorakan, hingga Jalan Tegalgendu.Sebelum tahun 1990-an hanya pengusaha perak yang berstatus besar saja yang membuka showroom-nya, seperti Tom Silver, MD Silver, HS Silver, Narti Silver dan sebagainya. Namun menginjak pertengahan 90-an, pengusaha kecil dan menengah mulai meramaikan bisnes perak ini. Banyak diantaranya yang sebelumnya bekerja sebagai pekerja kraftangan perak di perusahaan besar.Kota Gede terkenal dengan produknya yang unik, halus dan teliti dalam menggarap produk peraknya sehingga menghasilkan karya seni bernilai tinggi. Ratusan jenis kraftangan perak dihasilkan, mulai dari cincin, giwang, keronsang, beca, kapal dan berbagai hiasan lainnya.Harga jual kraftangan perak Kota Gede bervariasi, mulai yang termurah kerongsang rata-rata Rp 10 ribu, cincin perak mulai harga Rp 100 ribu, beca Rp 250. Bahkan ada yang harganya mencapai puluhan juta rupiah tergantung tingkat kerumitan dan banyaknya bahan baku yang digunakan.Sekadar tips bila ingin membeli kraftangan perak di sini, jangan terburu membeli di satu kedai, sila para pengunjung bandingkan dulu dengan harga kedai lainnya. Mungkin kita boleh mendapatkan harga yang lebih jimat dan hemat serta hasil yang memuaskan .
Narti's Silver yang terletak di Kota Gede dan telah menjadi langganannya sebelum ini |
Bentuk perhiasan dengan kadar 925 buatan tangan |
Barang-barang cenderahati atau hiasan yang diperbuat dari Perak |
Di kedai ini terdapat motif-motif rekacorak yang menggunakan bentuk-bentuk haiwan. Bagaimanapun motif-motif seperti ini tidaklah digambarkan dalam bentuk yang nyata. Kebanyakan bentuk binatang yang digunakan dalam rekacorak ukiran perak masyarakat Melayu ialah binatang ternakan seperti ayam dan burung. Disamping motif binatang terdapat juga motif serangga dalam rekacorak pertukangan perak ini.
Motif-motif binatang yang biasa digunakan ialah ; Gajah Burung Kuda Jari Lipan Ikan Belanak Rama-rama Patung-patung Kumbang Lalat/lebah.
Dibuat oleh tangan-tangan pengerajin perak di Kota Gede, |
Cin-cin,anting,liontin kalung,gelang |
Masyarakat yang mengenali seni pertukangan perak akan mengakui bahawa seni ukiran perak mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan bukan pada seni rupa atau rekabentuk sesuatu ciptaan itu sahaja, malahan juga pada pengolahan satu-satu motif dalam rekacorak awan larat dan falsafah yang terselindung di sebaliknya mengikut daya imaginasi jiwa pencipta awan larat. Rekacorak dalam pertukangan perak merupakan ciri terpenting yang dikira dapat membezakan di antara rekacorak Melayu tradisi dengan rekacorak masyarakat lain di samping dapat menghuraikan segala aspek yang tertentu terhadap sejarah dan perkembangannya.
Motif dalam seni ukiran perak terbahagi kepada tiga iaitu motif bunga-bungaan, motif tumbuh-tumbuhan dan binatang.
Motif Bunga-bungaan Jenis-jenis bunga yang selalu dijadikan motif dalam rekacorak pertukangan perak ialah:
Bunga Mentari
Bunga Padi
Bunga Kiambang
Bunga Senduduk
Bunga Teratai
Bunga Dahlia
Bunga Langsat
Bunga Mawar
Bunga Orkid
Bunga Kelambu
Bunga Manggis
Bunga Melur
Bunga Raya
Bunga Baling
Proses pembuatan silver secara ''live'' |
Proses membuat barang perak berbeza-beza, bergantung samada barang yang hendak dihasilkan itu kasar (besar) atau perhiasan halus. Barang kasar merangkumi kendi, tepak sirih, kaki lilin dan kotak borang kemas, cucuk sanggul, kerongsang, pin baju dan sebagainya. Manakala barang perhiasan termasuk cincin, gelang, rantai dan sumpamanya.
Prosesnya adalah seperti berikut;
Proses melebur adalah peringkat awal dalam kerja pertukangan perak. Perak mentah, berbentuk butir atau biji akan dipanaskan hingga cair atau di dalam acuan khas yang diperbuat besi penuang. Perak cair pada suhu 96 darjah celcius.
Perak yang cair itu dituang ke dalam acuan besi menuang. Besi menuang mempunyai dua bentuk iaitu yang berbentuk leper bagaikan pinggan dan yang membentuk dawai kasar.
Proses yang paling rumit dalam pertukangan perak ialah proses pembentukan barang yang ingin dihasilkan, daripada kepingan, atau dawai atau gabungan kedua-duanya. Bentuk barang itu hendaklah seimbang dan rata atau melengkung dengan tekal. Jika barang peranggu (set) yang dihasilkan, barang-barang yang sepatutnya sama besar mestilah sama besar.
Untuk barang kasar, pertama, tukang perak membuat pasolan iaitu rangka barang itu dengan ukuran seperti yang dikehendaki. Pasolan dibuat daripada zink nipis atau kertas tebal. Kemudian, perak leper daripada acuan diketuk di atas andas kayu yang rata, berlubang atau berbonggol. Seringkali dua atau tiga kayu andas diperlukan untuk mendapatkan sesuatu bentuk yang direka. Barang kasar jarang yang dapat dibentuk daripada cuma sekeping perak, biasanya beberapa bahagian diperlukan. Bahagian-bahagian itu dibentuk secara berasingan dan kemudian dicantum dengan pateri. Sebelum dipateri, bahagian-bahagian itu dibersihkan daripada kotoran, terutama minyak yang boleh menjejaskan cantuman. Untuk barang perhiasan halus, tukang lebih sebabg bekerja dengan perak dawai. Penggunaan dawai juga mengurangkan kemungkinan pembaziran kerana perak logam yang mahal.
Barang kasar yang telah siap dibentuk, dikemaskan dengan corak hiasan dengan menggunakan 'teknik pahat' atau 'teknik tebuk' (gergaji). Kemudian barang itu dicuci dengan besi penggosok, dikikir dengan kikir halus dan dipelas dengan kertas pasir.
Proses yang terakhir ialah proses menggilap. Barang-barang perak digilap dengan menggunakan air sabun dan berus dawai tembaga halus untuk menghapuskan kekotoran yang berminyak dan seterusnya menyerikan barang itu. Banyak barang kraftangan perak dihasilkan atas tempahan khusus.
Putri Anis sedang memilih kerongsang untuk dibeli . Di sini terdapat 50% diskaun dengan harga rupiah 700ratus ribu dan silvernya tidak akan luntur |
Hasil perak yang sudah siap sebelum dipamerkan di tempat pasaran |
Jika dahulu, golongan bangsawan dan pembesar negeri yang banyak membuat tempahan, sekarang tempat mereka telah diambil alih oleh usahawan di sektor pelancongan, terutama pengusaha perhotelan. Dengan perubahan gaya hidup masyarakat, selera pengguna juga berubah. Kini kraftangan perak telah dipelbagaikan kegunaannya. Banyak yang dijadikan cenderamata tetapi tidak kurang juga yang mempunyai kegunaan walaupun berbentuk perhiasan. Contohnya, penyangkut kelambu, cangkir, pinggan peranggu, kaki lilin, bekas abu rokok dan juga perhiasan diri seperti gelang dan rantai.
Bersama salah seorang pekerja di Narti's Silver |
Dekorasi yang serba indah |
Proses pembuatan gelang perak
Selain di Yogyakarta dan sebagai menambah pengetahuan umum ,seni pertukangan perak merupakan salah satu daripada cabang kesenian orang Melayu yang amat terkenal di Negeri Kelantan. Kesenian perak ini dikatakan adalah agak baru jika dibandingkan dengan kesenian-kesenian ukiran yang lain. Kemahiran bertukang orang Melayu dipercayai memang sudah ada sejak zaman berzaman lagi, iaitu hasil pengaruh tamadun 'Hindu' yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti tembaga dan emas. Dengan ini, perusahaan barang-barang perak ada kaitan rapat dengan bidang perusahaan emas dan tembaga kerana terdapat persamaan dari segi pembuatannya. Dari segi sejarah umumnya, didapati manusia mula menggunakan wang perak pada zaman 800 SM dan sejarah ukiran perak di Kepulauan Melayu pula muncul sejak dari zaman Sriwijaya lagi dan terus berkembang hingga ke daerah-daerah lain di nusantara. Ukiran perak seterusnya telah berkembang ke tahap industri kampung atau cottage industry apabila Inggeris datang ke Tanah Melayu pada abad ke 18 dan memajukan perusahaan ini.
No comments:
Post a Comment