Showing posts with label BKPBM. Show all posts
Showing posts with label BKPBM. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

LAWATAN KE ISTANA TENGKU LONG , BESUT DAN LOKASI BERSEJARAH DI KELANTAN

Sejarah Besut negeri beraja satu masa lalu

Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN dan dari buku TUFFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.
Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul BESUT.


Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu dimana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam . Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.


Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar RAJA SANG NYANYA. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang PANGAN. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama BESUT jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.


Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYAN ABDULLAH KE KELANTAN dari buku TUHFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.


Dalam catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari PATTANI ( Selatan Siam ) telah datang ke BESUT dengan diketuai oleh seorang yang bernama CIK LATIF. Adalah dipercayai Cik Latif berasal dari SUMATERA dan telah biasa berdagang di PATTANI. Dengan menawarkan SEGANTANG MATA KAIL dikatakan Cik Latif berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampongan ditebing SUNGAI BESUT  yang diberi nama PALEMBANG mungkin mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang merupakan PUSAT PENTADBIRAN yang pertama di BESUT sebelum KG. RAJA.


Bila Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya bernama CIK KAMAT. Semasa pemerintahan Cik Kamat Daerah Besut berada dalama keadaan huru-hara kerana ancaman dari perompak lanun yang bermaharajalela di pulau-pulau yang berada disekitar laut daerah ini. Dalam buku pelayaran PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun-lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh PANGLIMA EBEH dan PANGLIMA GARANG.
Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, CIK KAMAT tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan meminta bantuan dari TERENGGANU. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan Terengganu masa itu iaitu SULTAN MANSUR 1, yang dikenali sebagai MARHUM BERJANGGUT. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur 1 telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir.


Tengku Kadir dan tentera dibawah pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur ke PULAU PERHENTIAN.


            Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai ORANG BESAR BESUT serta mendapat hak di atas Pulau Rhu. 

(Dipetik dari blog www.pulauperhentian.com.my)
Datuk Mahyudin Al Mudra sedang berfoto di Desa Ukiran kayu Tengku Long , Besut Terengganu
 Sekiranya Taj Mahal dibina oleh Shah Jehan sebagai tanda cinta ke atas isterinya, Mumtaz Mahal, Istana Tengku Long juga dibina atas tujuan yang sama.
Mahligai itu merupakan lambang cinta Tengku Long kepada isterinya, Tengku Wook salah seorang kerabat Diraja Terengganu.
Tengku Long Tengku Ngah adalah Pesuruhjaya Besut yang kedua selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daerah Besut (sebuah daerah yang bersempadankan negeri Kelantan) daripada pesuruhjaya pertama, Tengku Chik Haji pada tahun 1929.
Setelah beberapa lama memerintah daerah Besut, Tengku Long kemudiannya diganti oleh menantunya sebagai Pesuruhjaya Besut yang ketiga iaitu Tengku Sulong, suami kepada Tengku Kembang.
Sebelum dibangunkan semula di tapak Muzium Negeri di sini, Istana Tengku Long asalnya terletak lebih kurang 30.48 meter dari Sungai Besut, di Kampung Raja, Besut.
Menurut catatan Tan Sri Mubin Sheppard, istana ini dibina pada tahun 1850 M, tetapi kalau diteliti kepada tarikh yang terdapat pada salah satu ukiran di istana ia bertarikh pada tahun 1904 M.
Keluasannya 27.43 meter x 21.34 meter terdiri daripada kayu cengal yang keras dan dinding dihiasi oleh ukiran yang halus buatannya.
Walaupun jika dilihat dari luar istana ia tidaklah begitu mengagumkan, namun sekiranya anda memasuki ke ruang dalam dan menaiki empat anak tangga menuju ke balairong yang luas (ruang tengah), anda tentunya akan menyaksikan pelbagai jenis ukiran kayu yang merupakan suatu pameran daya cipta ahli ukir Melayu terunggul.
Setiap sekatan di antara ruang, mempunyai jala berhias di sekeliling keempat-empat dindingnya dan setiap keping ukiran yang berlainan.
Hiasan berukir di sekeliling bilik peribadi Raja adalah di antara yang paling halus sekali buatan termasuklah hiasan berpetak dengan empat lapisan ukiran daun serta dahan iaitu suatu hasil pertukangan yang amat luar biasa yang disebut ‘silap empat lapis’.
Ia juga mengandungi kepingan berukir yang menggabungkan tulisan khat dengan rekaan daun yang disebut ‘Ayat Nasrun’.
Selain itu terdapat juga reka corak yang digunakan pada dinding bangunan adalah berasal dari atau diilhamkan dari daun atau dahan pohon dan tumbuhan tempatan.
Hampir sebahagian besar ukiran di istana ini dibuat oleh seorang tukang dikenali dengan nama Long dan seorang tukang lain dikenali Hat.
Selepas leka menyaksikan keindahan seni ukiran kayu di istana bersejarah ini anda juga mungkin akan terpegun apabila menyaksikan betapa klasiknya konsep ruang dalam istana itu.
Hasil pengamatan Istana Besar ini yang mempunyai 13 ruang di mana di antara ruang yang terdapat ruang yang terpisah di luar istana iaitu bilik air, halaman dan Rumah Padi.
Surung yang terletak di bahagian hadapan berhampiran pintu masuk utama istana dan memanjang belakangnya dengan keluasan 24.15 meter persegi dan tinggi 2.6 meter dari atas tanah.
Ia digunakan untuk menjalankan tugas rasmi dan meraikan kunjungan tetamu kehormat yang naik melalui tangga besar yang menghubungkan bahagian surung dengan halaman luar.
Tetamu yang berkunjung akan naik mengikut tangga besar yang menghubungkan surung dengan halaman luar.
Mungkin kerana tetamu yang berkunjung adalah dihormati dan tinggi kedudukannya, tidak hairanlah ruang ini dihiasi dengan dinding yang penuh dengan ukiran (dari jenis tebuk tembus) yang berperanan menambahkan seri bagi ruang ini.
Pada sudut ini terdapat dinding yang penuh dengan ukiran bagi menambahkan lagi seri dan pengedaran udara yang baik.
Siling diperbuat daripada papan cengal yang menarik yang bertujuan untuk menyekat bahang panas daripada bumbung.
Ruang santapan mempunyai keluasan yang hampir sama dengan surung dan digunakan sebagai ruang tempat santapan bersama keluarga.
Aras lantainya adalah sama dengan surung serta dihubungkan dengan tengah serambi, ruang khas dan untuk ke surung ini terpaksa merentasi sepuluh buah pintu.
Mengenai ruang santapan pula ia digunakan sebagai tempat santapan rasmi atau semasa baginda santap bersama dengan keluarga atau tetamu yang berkunjung.
Di tengah-tengah ruang ini diletakkan sebuah meja makan yang cukup untuk 8 orang.
Terdapat juga beberapa buah perabot kayu yang digunakan untuk menyimpan buku dan perhiasan diraja.
Di bahagian atas ruang ini dibina siling yang serupa dengan ruang surung dan ditambah dengan dua buah tingkap magun, yang ditebuk di atas bumbungnya.
Ruang tengah terletak di tengah-tengah istana, mempunyai keluasan 9.14 meer x 12.2 meter yang digunakan bagi mengadakan keramaian seperti kenduri-kendara dan perkahwinan serta merupakan ruang yang tidak aktif.
Pada ruang ini ditutupi oleh dua bumbung limas dengan tiga buah alang. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat memandi mayat, tempat orang sakit dan tempat ibu-ibu yang baru bersalin.
Bahagian yang dikhaskan untuk kaum wanita menjalankan aktiviti memasak, membasuh, mempunyai keluasan 15.34 meter x 3.66 meter serta terdapat bumbung yang bertingkat di mana yang berada pada aras kemuncak terangkat sedikit ke atas yang berfungsi sebagai jalan keluar kepada asap serta pengaliran udara yang bersih.
Sementara itu Pengarah Muzium Negeri, Mohd Yusof Abdullah ketika ditemui memberitahu Istana Tengku Long digunakan oleh dua orang pemerintah iaitu Tengku Long dan menantunya, Tengku Sulong.
Katanya, binaan bangunan asal pada tahun 1904 hanya terdiri daripada surung, bilik santapan, bilik khas, bilik beradu, dapur dan pelantar, serambi di sekeliling ruang utama dan bilik bersiram.
”Binaan balai pada tahun 1925 dan siap pada tahun 1926 adalah sebagai persediaan bagi upacara bersunat Tengku Mohd. iaitu anakanda Tengku Long.
(Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia)


Sepetang di muara Sungai Besut . Bendera Malaysia melambangkan keteguhan setiap bangsa yang berbilang kaum dan kemerdekaan yang telah dicapai 

Kota Palembang adalah sinonim dengan bumi Sriwijaya yang melambangkan  ''wau bulan''  dulu adalah pusat jasa untuk pelayaran, perniagaan, dan juga pertanian. Rumah-rumahnya begitu padat dan rapat, sehingga penduduk mengatakan: seekor kucing tidak perlu turun ke tanah untuk berjalan dari pedalaman ke muara sungai, cukup melewati dari atap-atap rumah. Apakah semua orang tahu bahawa selain Palembang di Sumatera Selatan ,Besut juga terdapat nama kampung Palemban.Kenapa Kampung Palembang namanya dan sekarang sudah menjadi seperti kota yang tiada hidup? Hal ini disebabkan, antara lain kebakaran besar pada tahun 1910, yang memusnahkan kampung tersebut. Kemudian, datang lagi musibah banjir besar dan pengerusan Sungai Besut. Akibatnya, penduduk kampung tersebut berpindah terpencar ke segala penjuru Besut. Meskipun demikian, mereka masih tetap bangga bahwa mereka adalah penduduk Kampung Palembang. Bahkan, tokoh-tokoh Terengganu nomor satu, iaitu Mantan Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Idris Jusoh adalah anak Kampung Palembang, serta beberapa tokoh lain.

Insya Allah. Hal menarik lain adalah, Terengganu dikenal sebagai sumber songket di Malaysia, seperti juga ukirannya. Mengenai songkat ini, para sejarawan Terengganu masih bersilang pendapat. Ada yang mengatakan aslinya songket ini dari Thailand, akan tetapi ada yang mengatakannya dari Palembang. Menarik pula ada kerupuk yang disebut dengan kerupuk lekor, semacam pempek kulit yang terbuat dari ikan laut, dimakan dengan saus pedas seperti cuka Palembang. Makanan lain yang populer adalah laksan. Tempoyak dan rusip (mereka namakan budu), siap terhidang di restoran-restoran Melayu.

Selain ada nama Palembang di Terengganu, juga ada nama tempat yang disebut Sekayu, iaitu Air Terjun Sekayu (terletak di daerah bahagian Hulu Terengganu).  Apakah makna Sekayu, tetapi hingga saat ini belum ada para sejarawan mendapat jawapan yang memuaskan. Kota Sekayu juga ada di Sumatera Selatan .

Putri Anis sedang menikmati juadah nasi lemak yang digemarinya

Menghayati perjalanan dengan penuh senyum dan kegembiraan

Menziarahi makam 

Masjid yang dikunjungi oleh para mubaligh dan musafir dari negara negara Islam


SRI RATU SAADONG VII MENYAMBUNG PERJALANAN KE ISTANA TENGKU LONG , BESUT TERENGGANU DAN TEMPAT BERSEJARAH DI KELANTAN 

Pada tanggal 2 Oktober 2010 , Sri Ratu Saadong Vii telah menyambung agenda dan programnya ke Istana Tengku Long , Besut Terengganu Darul Iman bersama rombongannya termasuk Pemangku dan Pendiri Balai Kajian Pengembangan Budaya Melayu . Acara dimulai pada waktu pagi dan rombongan telah singgah di kota bersejarah iaitu di Kota Mahligai , satu satunya tempat atau lokasi yang pernah berdirinya kerajaan di zaman lagenda Puteri Saadong ratusan tahun dahulu iaitu nenda Putri Anis . Terlihat dari jauh bahawa tanah ini kelihatan agak suram dan tidak begitu diperhatikan lagi . Masyarakat di kawasan ini juga seperti bebrapa buah desa di pinggir jalan  masing-masing tidak mempedulikan kaum setempat . Mereka lebih senang mengerjakan urusan seharian berbanding mencampuri urusan semasa yang melanda . Putri Anis menyatakan bahawa isu ''mat rempit'' perlu diberi perhatian dan tumpuan sepenuhnya oleh golongan berwajib kerana di sini terdapat seperti sarang maksiat dan sejumlah pemuda atau remaja yang kebiasaan mengamalkan motor lumba haram dan pertaruhan mereka adalah wang . Hal ini jika dibiarkan akan menjadi kepada perkara serius yang akan menjahamkan bangsa melayu sendiri . Lokasi kota Mahligai amnya harus dijadikan tonggak atau mercu kebesaran yang simboliknya adalah kekuatan yang pernah berjaya di Nusantara dulunya sehinggakan nama Kota Mahligai termasyhur sampai ke hari ini kesan daripada tinggalan sejarahnya yang masih perlu dititikberatkan oleh para sarjana setempat , mahasiswa-mahasiswi dan peneliti sejarah . Jangan jadikan tempai ini umpama ''hidup segan , mati tidak mahu'' . Rencana Putri Anis , beliau akan mendirikan sebuah bengkel sejarah melayu bertujuan untuk memupuk penduduk setempat khususnya masyarakat negeri Kelantan agar menghargai sejarah dan mencintai budaya yang ada di segenap pelusuk agar kita tidak mati adat dan tidak miskin tanah air yang sedia diperhidupkan oleh Tuhan  dan program ini juga akan dimuatkan sebagai salah satu usaha yayasan beliau yang akan dijalankan oleh Putri Anis sendiri  di negeri Kelantan .

Putri Anis ditemani Datuk Mahyudin Al Mudra beserta ayahanda dan bondanya di tapak peninggalan istana Kota Mahligai , Tegayong

Negeri Kelantan hari ini merupakan sebuah negeri yang diasaskan daripada sebuah kerajaan yang kukuh dan disegani sejak zaman berzaman. Kelantan mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan unik. Disebabkan pantainya menghala ke timur, maka telah wujud satu bentuk jalinan perhubungan tradisi dengan negeri China dan negeri-negeri yang lain di rantau ini.Kedudukannya di persisiran pantai dan tambah pula posisinya di pertengahan jalan dagang timur barat, sudah tentu ia menjadi satu kawasan yang strategik dan mendapat perhatian kepada pedagang-pedagang yang berulang alik dan kerajaan-kerajaan besar dunia pada masa itu. Dengan itu tidak hairanlah jikalau di Kelantan terdapat sebuah kerajaan yang besar yang mengawal aliran perdagangan dan politik di kawasan ini.Salah sebuah kerajaan yang agung dan terkenal sedikit masa dahulu ialah kerajaan di bawah pimpinan keluarga Diraja Jembal. Keluarga Raja Jembal ini memerintah Kelantan dalam abad yang ke-17 dan 18 iaitu antara 1600-an hingga tahun 1733 M hasil daripada pembentukan empayar Kota Mahligai .

Rentetan sejarah perjuangan alam melayu di nusantara

Friday, October 8, 2010

MAJLIS RAMAH TAMAH DAN HARI KASIH SAYANG SRI RATU SAADONG VII

HARI KASIH SAYANG ANJURAN SRI RATU SAADONG VII



 Keindahan Kasih Sayang Menurut Pandangan Sri Ratu Saadong Vii


Pada 30 September 2010 , Putri Anis dengan bangganya telah mengadakan jamuan rumah terbuka sempena hari kasih sayang yang dikira adalah baik untuk seluruh masyarakat bersatu padu dalam menjayakan negara yang cemerlang , terbilang dan gemilang . Sempena majlis ramah tamah yang dianjurkan ini , pelbagai golongan turut menghadiri dan meraikan majlis yang dianjurkan ini . Turut memeriahkan lagi acara ini adalah tetamu kehormat dari Yogyakarta  iaitu Bapak Mahyuddin Al-Mudra selaku Pengasas Balai Kajian Pengembangan Budaya Melayu yang juga adalah moderator bagi melayu online salah sebuah website yang begitu popular di tingkat perguruan tinggi , mahasiswa dan mahasiswi, budayawan , pengkaji sejarah , tokoh-tokoh masyarakat  serta raja-raja nusantara. Turut hadir adalah sebahagian kaum kerabat Putri Anis yang berada di Indonesia , Malaysia dan Singapura serta sahabat handai yang telah menyokong kerja-kerja murninya selama beberapa tahun ini. Kunjungan tetamu dari luar negara ini adalah bertujuan untuk melestarikan sejarah melayu yang ada di kelantan memandangkan Sri Ratu Saadong vii adalah lagenda melayu yang datang dari sejarah Kelantan Tua atau melayu kuno .Dalam kunjungan ini juga mereka akan membantu Putri Anis untuk menyiapkan galeri atau rumah adat yang akan melestarikan seluruh khazanah milik tujuh keturunan Puteri Saadong hinggalah generasi ke tujuh .





Dalam dialog kasih sayang yang dianjurkan , Putri Anis sempat memberikan penerangan mengenai erti sebnar kasih sayang dan cinta yang mana merupakan milik semua orang. Setiap individu inginkan kasih sayang termasuk haiwan sendiri inginkan belaian manja . Dalam konteks ini manusia harus mengetahui bahawa makna yang paling hakiki dari rasa kasih sayang dan cinta adalah kebersamaan sepanjang masa baik waktu susah mahupun waktu senang dan kasih sayang yang kekal adalah timbul dari kita yang selalu menghargai karya atau pengorbanan orang lain.



Dengan cinta kita selalu menjaga lingkungan yang harmoni. Lingkungan yang harmoni bererti lingkungan yang seimbang dengan proses alam dan jauh dari kerosakan di bumi tuhan. Kemesraan merupakan perwujudan kasih sayang yang mendalam. Kemesraan dapat menimbulkan daya kreativiti manusia, yang berwujud bentuk seni. Bentuk seni dapat berbentuk seni rupa, seni pahat, seni sastera, seni suara. Pemujaan merupakan perwujudan cinta manusia kepada Tuhan. Kecintaan kepada Tuhan ini oleh manusia di antaranya diwujudkan dalam bentuk-bentuk pemujaan atau yang lebih kita kenal sebagai tempat beribadah.



Setiap kegiatan untuk merenungkan atau mengevolusikan pengetahuan yang telah dimiliki disebut dengan berfalsafah. Jadi berfalsafah adalah terjadinya proses pembicaraan, evolusi memuncak dengan hati kita sendiri mengenai suatu peristiwa. Contoh hasil renungan yang menghasilkan pengetahuan yaitu Newton dengan gaya gravitinya.



Keindahan adalah suatu susunan keserasian yang dapat menciptakan kesenangan bagi penglihatan dan pendengaran. Kehalusan merupakan sikap yang lembut dalam menghadapi orang lain. Lembut dalam mengucapkan kata-kata, lembut dalam sikap anggota badan. Sikap halus dan lembut merupakan cermin hati yang tulus serta cinta kasih terhadap sesama manusia dan haiwan .



Berbicara tentang manusia sangat sulit difahami  tetapi apa yang Putri Anis faham adalah tempat manusia hidup adalah dunia yang penuh sandiwara . Untuk memahami hakikat manusia  di bumi nyata ini maka harus pula memahami hakikat dunia dan hakikat kehidupan manusia di dunia .Konsep yang dapat digunakan untuk memahami hal itu adalah konsep kosmologi, iaitu bagaimana manusia harus mengembangkan sikap hidupnya sehubungan dengan kedudukannya sebagai mikrokosmos.Konsep yang lainnya adalah konsep ‘mendiami dunia’ sebagaimana yang dikemukakan oleh ahli falsafah dunia yang terkemuka .Pada dasarnya konsep mendiami dunia mengandung erti pemenuhan keperluan  atas aspek-aspek yang membentuk manusia itu sendiri .


Kesadaran manusia akan hakikatnya sebagai bahagian dari kosmologi dan perannya sebagai mahluk yang ‘mendiami dunia’ maka lahirlah beberapa konsep yang dipakainya sebagai dasar manusia hidup.Konsep-konsep tersebut adalah hidup sekadarnya, takdir, dan cakra penggiliran.Apabila manusia tidak bisa menjaga hakikat dirinya dan hakikat hidupnya maka yang timbul adalah kegelisahan. Sumber dari kegelisahan adalah hawa nafsu dan sikap  (tidak ikhlas).Kedua hal ini akan menyebabkan munculnya sikap tamak dan konflik. Tamak dan konflik akan memunculkan ketakutan, kekecewaan, dan pada akhirnya adalah kegelisahan.



Putri Anis sedang melayan para tetamu yang hadir



Layang Puisi Kasih Sayang Nukilan Putri Anis

Ini kisah gembira, terukir saat kembalinya Sang dara nan teduh,
Sang kawan sejati,
Sang teman sehati,
Sang kekasih payah ditemui,
Sang saudara jauh di mata dekat di hati,
Hari kasih sayang berderu kunjung,

Kini engkau kembali, wahai putri jelita,
Belum anggun tetapi sakti nur kalbun,
Rindu aku rindu pasir pantai selatan,
Nyi Roro kidul terpahat atas kereta kencana,
Berkecamuk bait-bait yang tak kalah merisaukan,
Penantian akan senyum yang kau tebar,
Senyum termanis dari jiwa yang indah,

Tatkala perasaan ini terasa dihiris pisau nan tajam,
Tatkala itu juga hatiku diremuk hingga hancur berkeping keping
dan tak berbentuk ukiran seni mewah,
Sakit yang tiada taranya kurasa saat ini,
Entah sampai kapan,
Ku larut dalam kesedihan ini,
Epilog kasih sayang ayam jantan berlaga,
Itik kuning haus meneguk air cinta manikam,

Walau kau hanya mampir sejenak di banjarnegara,
Madukara menyinsih buang cinta,
Hal tersulit bagiku untuk menggantikan posisi mu,
Namun aku tantang yang dusta , aku bunuh selimut batu api,
Jangan kau kongkong bentak aku lagi,
Kerana judulmu cuma jurus tak beradaptasi malah meragui,
Tapi hari kasih sayang ini ku tetap tebar senyuman
Asalkan kaum mu tahu bahawa akulah "lilin salju",
Walau panas kadangkala dingin,
Tak hebat tapi otak gegar sepantas kilat

Melihat wajahmu membuatku kerdil diri,
Diwajahmu ku melihat,
Ada cinta yang begitu dahsyat,
Dan susah untuk diraih,
Itulah "tarzan" yang memburu zebra di taman safari,
Walaupun compang camping pelanduk bukan serupa lagi,
Menghunus ke Timur , anjakan benih pohon semangka,
Mungkin tak matang tempoh , dikau merasa kekok,
Hingga hari penjelmaan dikau muncul,
Tercipta sejarah hari kasih sayang ,
Walau tidak pernah  menatap , kalam Allah mukjizat rasul,
Jauhkan dari peperangan , kezaliman dan penindasan,

Namun tanpa putus asa,
Tidak lelah seperti nenek tua,
Dengan semangat dan keringat yang mengeluarkan watt,
Api keraguan akan kupadamkan jua demi Negeri tanah pusaka,
Itu hanya bedilan wajahmu,
 Yang sering bermain di lena jagaku,
Cinta ini tumbuh begitu cepat,
Secepat Helang menyambar ular,
Sederas tsunami meranapkan negara yang berbangsa,
Apakah wajahmu yang membuat ku begini,
Hidupku di alam khayal orang berlenggok kata,
Apa buktinya ??? Ah, semuanya bagai murai menumpang tuah,
Yang tiada falsafah diri malah mulut tong gas itu akan dilaknati,
Aku tiada patah hati,
Justeru ku tebar pesona di hari kasih sayang,
Permai kerana riuh rendah utara, selatan , timur dan barat,
Berendam sukacita dalam hamparan dukacita,

Mulai kini aku mula merenung saat kau raih tanganku,
Dan kau buat ku mengerti,
Dua mimpi yang belum pasti,
 Pagi hari,
Ketika ku bangun,
Kulihat matamu yang sejuk tapi tak tenteram,
Itulah alasanku,
Itulah jawapanku kini,
Karena aku mencintaimu sepenuh jiwa ragaku,
Satu yang membuat mimpiku nyata,
Kasih sayang dan cintaku kepada seluruh ummat.

Cinta adalah ketika kita membawa perasaan, kesabaran, pengorbanan dan perjuangandalam suatu hubungan dan menemukan bahawa kita peduli dengan orang yang dicintai.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita tetapi hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kita harus membiarkannya pergi.


Barisan tetamu yang hadir termasuk Setiausaha Pertubuhan Kerabat Long Ghafar


Nasi Kerabu salah satu menu pada majlis ramah tamah ini

Rakan-rakan Putri Anis yang turut hadir

Putri Anis bersama Cikgu Najib , Dato Anas , bonda dan ayahandanya

Keajaiban Kasih Sayang

 
Maka disebabkan kasih sayang dari Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu
.::QS Ali 'Imran 159::.

Salah satu ajaran akhlak yang paling utama bagi seorang Muslim adalah sikap kasih sayangnya. Suatu hal yang tidak berlebihan, mengingat Islam merupakan
"Rahmatan lil alamin" .Agama yang bercucuran kasih sayang. Ajaran yang membebaskan manusia dari jeratan nafsu angkara menuju perdamaian yang menyejukkan.

Sederet manusia keras telah menjadi palang pintu utama gerakan jihad setelah mendapat sentuhan lembut Islam. Umar bin Khaththab, singa padang pasir yang gemar mengayunkan pedang secara liar. Cahaya hidayah membuat keberingasaannya bernilai ibadah di medan juang. Khalid bin Walid, sebelum bersyahadat ia adalah lakon penting dibalik ambruknya kaum Muslimin di perang Uhud. Berikutnya, bukan hunusan senjata yang membuatnya bertekuk lutut, kelembutan dakwah menjadikannya Mukmin sejati. Dialah Pedang Allah
(Saifullah) yang menyiarkan Islam hingga membuka mata dunia.

Alhasil, Rasulullah SAW tak membutuhkan kilatan pedang untuk menundukkan orang yang ganas. Cukup menyiraminya dengan kasih sayang. Dan pesona kelembutan sanggup melelehkan hati yang membatu sekalipun.

Terkait dengan
QS Ali 'Imran 159;
A. Yusuf Ali melukiskan bahwa karena sifat Rasulullah Muhammad SAW yang begitu lemah lembut, menyebabkan semua orang sayang kepadanya dan inilah salah satu rahmat Allah.
Tak pernah ada yang lebih berharga baginya daripada sifat yang begitu lemah lembut, penuh kasih sayang dan kesabaran yang begitu besar menghadapi kemarahan manusia.
Ini adalah sifat yang sungguh agung, yang kemudian, dan yang selalu demikian, menyebabkan banyak sekali orang yang tertarik kepada beliau.

Islam sangat perhatian terhadap kecerdasan sosial umatnya.
Dimanapun berada, kehadiran seorang Muslim adalah penyejuk yang mendamaikan.
Kedatangannya dinanti dengan penuh harapan, kepergiannya ditunggu untuk kembali.
Bukankah agama mulia ini berkembang pesat berkat perilaku santun pemeluknya yang lekas menarik simpati berupa untaian indah akhlak dan kepedulian tinggi terhadap lingkungan.

Terbukti bahkan dalam peperangan, etika sosial sangat dijaga. Harkat kemanusiaan tetap terpelihara dalam bingkai kasih sayang. Tidak boleh merosak fasiliti umum, jangan mengganggu wanita, orang tua dan anak-anak, dilarang menebang tanaman, tidak boleh membunuh lawan yang sudah menyerah dan berbagai perilaku indah lainnya, sehingga musuhpun terpikat seraya berseru, "Betapa indah ajaran ini!"

Andai dipakai cara-cara kekerasan, maka betapa banyak lahir barisan 'sakit hati' yang rajin memupuk dendam. Mereka yang setia memelihara bara di dada dan sewaktu-waktu siap di ledakkan. Pada kondisi  begini, jelas keharmoniaan menjadi barang mahal yang sulit digapai.
Permusuhan akan menjadi sumbu utama malapetaka.

Sikap patrioik sejati tidak selamanya tercermin dari kegarangan menebas batang leher musuh. Ada kalanya kelembutan mengukir bukti atas sikap ksatria.
Utsman bin Affan, sebagai Khalifah bisa saja menyuruh pasukan militer menumpas habis pemberontak yang mengepung rumahnya. Khalifah santun itu melarang memakai jurus kekerasan pada sesama pemeluk Islam. Ia justru banyak menasihati penyerang, berusaha keras meluruskan kekeliruan prasangka mereka. Sampai akhirnya sang pemimpin berbudi itu wafat terbunuh. Utsman r.a syahid sekaligus meninggalkan kenangan indah tentang sikap lembut seorang Mukmin. Dia menghindari cara-cara kekerasan dan konsisten membuka ruang dialog. Kematiannya tidak sia-sia demi menjaga keutuhan ummat.
Utsman menjadi martir demi keselamatan bersama yang lebih besar.

Secara lebih universal, Islam mengajarkan penghargaan yang tinggi terhadap eksistensi kemanusiaan. Kematian sekalipun tidak menghalangi seseorang untuk dihormati.
Atas nama kemanusiaan, siapapum berhak dihargai selayaknya manusia.
Apapun identitasnya, warna kulit, ras dan simbol duniawi yang melekat dipundaknya. 

Mr . Kennie dan Madam Jeniffer berfoto bersama Putri Anis

Sesi temuramah bersama wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo . Putri Anis bersama Pengasas Balai Kajian Pengembangan Budaya Melayu dari melayu online(BERITA LANJUT DI KERATAN UTUSAN MALAYSIA 2 OKTOBER 2010)

Buah-buahan tersedia khas untuk menyambut Putri Anis dalam acara kasih sayang


Sesi berfoto bersama keluarga Sri Ratu Saadong Vii

Bbq di kediaman rasmi Sri Ratu Saadong Vii

Putri Anis mengenakan baju koleksi "Dolce&Gabbana" bersama temannya Izzat Hashim

Mahyuddin Al-Mudra bersama Putri Anis

Antara website milik Bapak Mahyuddin Al-Mudra

http://www.melayuonline.com
http://www.wisatamelayu.com
http://www.rajaalihaji.com
http://www.adicita.com
http://www.ceritarakyatnusantara.com
http://www.infokorupsi.com
http://www.tengkuamirhamzah.com
http://www.jogjatrip.com
http://www.mahyudinalmudra.com

Putri Anis bergambar bersama keluarga Mr.Tan


Istilah Kasih Sayang 

Maha suci ALLAH, Zat yang Maha Mengurniakan kasih sayang kepada makhluk-makhluk Nya. Tidaklah kasih sayang melekat pada diri seseorang, kecuali akan memperindah orang tersebut, dan tidaklah kasih sayang terlepas dari diri seseorang, kecuali akan memperburuk dan menghinakan orang tersebut.

Betapa tidak? Jikalau kemampuan kita menyayangi orang lain terpisah, maka itulah akibat dari segala bencana, karena kasih sayang ALLAH Azza wa Jalla ternyata hanya akan diberikan kepada orang-orang yang masih hidup kasih sayang di kalbunya.

Kerananya, tidak boleh dikata tidak, kita harus berjuang dengan sekuat tenaga agar hati nurani kita hidup. Tidak berlebihan jikalau kita mengasahnya dengan merasakan keterharuan dari kisah-kisah orang yang rela meluangkan waktu untuk memperhaikan orang lain. Kita dengar bagaimana ada orang yang rela bersusah-payah membacakan buku, al-quran, atau juga surat kepada orang-orang ilmiah, sehingga mereka dapat belajar, dapat informasi, dan yang penting mereka berjaya mendapatkan ilmu yang lebih luas.

Rasulullah SAW dalam hal ini bersabda, "ALLAH SWT mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat (dari seratus rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan haiwan ternakan. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (ALLAH SWT) menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti." (H.R. Muslim).