Showing posts with label RAJA TENGKU PUTRI ANIS. Show all posts
Showing posts with label RAJA TENGKU PUTRI ANIS. Show all posts

Monday, December 6, 2010

SENYUM TAKJUB DI KERATON YOGYAKARTA

Kraton Yogyakarta dibangun tahun 1756 Masehi atau tahun Jawa 1682 oleh Pangeran Mangkubumi Sukowati yang kemudian bergelar Sri Sultan Hamengku Buwono I

SELANGKAH KE DEPAN MENUJU KERATON DISEGANI RAKYAT INDONESIA

Berhenti seketika di bawah terik matahari di lorong-lorong yang memasuki keraton


Pemerintahan dapat didefinisikan sebagai institusi yang menggubal dasar dan peraturan serta melaksanakan keputusan-keputusan yang berkaitan dengan kepentingan awam.Terdapat pelbagai bentuk sistem pemerintahan dalam tamadun awal dunia yang bertujuan mengurus serta mentadbir sesebuah negara,menegakkan undang-undang negara,menegakkan undang-undang dan perpaduan rakyat. Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem pemerintahan yang terawal dalam tamadun dunia. Pemerintahan beraja boleh dibahagikan kepada pemerintahan berpusat dan wilayah. Antara kerajaan awal di alam melayu yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja adalah seperti kerajaan Angkor, Sriwijaya, Melaka, dan Majapahit.Terdapat pelbagai ciri sistem pemerintahanberaja di Alam Melayu sebelum abad ke15M.Pada kunjungan Putri Anis kali ini , beliau berkesempatan meninjau adat dan tradisi masyarakat yang tinggal di dalam kawasan Keraton Jogja serta melawat di dalam keraton tersebut . Keraton Jogja adalah sebuah peninggalan turun temurun yang dibanggakan rakyat Jogja khususnya kerana di sini kita dapat melihat rakyat dan sultan menyatu dalam etika-etika yang sungguh murni . Nilai yang dipupuk seperti menghormati raja atau sultan disemat hingga kini oleh rakyat atau lebih tepat  digelar ''abdi dalam'' manakala sifat sederhana Sri Sultan Hamengku Buwono yang bergelar Gabenor daerah istimewa Jogja juga sangat diingini rakyatnya .Umum mengetahui raja merupakan autoriti tertinggi dalam pemerintahan negara. Raja memerintah dengan kuasa mutlak.Kekuasaan baginda dikukuhkan dengan cara mengaitkannya dengan asal-usul keturunannya dengan tokoh-tokoh terkenal seperti Iskandar Zulkarnain. Raja melebihi undang-undang dan hukuman ditangannya. Raja boleh mengampun kesalahan walaupun yang melakukan kesalahan adalah dirinya sendiri. Raja kekal daripada sebarang hukuman. Seorang raja juga bertindak sebagai panglima tentera,ketua hakim,ketua agama dan sebagainya. Dalam bidang ketenteraan, raja bertindak sebagai perancang, dan mengetuai pasukan tentera. Dalam hal-hal keagamaan, raja bertanggungjawab dalam pengurusan rumah ibadat, melantik ketua agama, serta upacara keagamaan. Raja berkuasa penuh dalam bidang kewangan, dan ekonomi seperti pungutan cukai, hasil pertanian, perniagaan dan semua perkhidmatan. Raja dianggap tuan punya tanah. Dalam pentadbiran beraja di Alam Melayu sebelum abad ke 15M, raja merupakan ketua tertinggi dengan dibantu oleh golongan bangsawan. Raja dibantu oleh golongan kerabat diraja yang dilantik seperti bendahara, laksamana, temenggung, syahbandar dan lain-lain di Melaka. Di Srivijaya pula, terdapat jemaah menteri yang menasihati raja dalam perkara yang berkaitan dengan masalah rakyat jelata.Raja dianggap mempyai daulat dan kesaktian. Pada zaman Srivijaya, konsep daulat berkembang apabila raja dikaitkan dengan pelbagai mitos tentang asal-usul, jurai keturunan, salasilah serta kelebihan fizikal dan kerohaniannya. Dari segi keturunan, raja-raja dikaitkan dengan dewa-dewa yang dianggap suci. Daulat juga dihubungkan dengan tuah yang dimiliki oleh raja. Apabila keadaan dalam Negara aman dan makmur, maka raja dianggap berdaulat. Rakyat dikehendaki menumpahkan taat setia yang tidak berbelahbagi terhadapnya. Sesiapa yang menentang raja dianggap menderhaka. Penderhaka akan ditimpa tulah dan sumpahan.Demikianlah definasi raja di alam melayu nusantara .

Galeri lukisan yang terdapat di dalam Kraton. Semuanya boleh didapati dengan harga yang sangat murah

Bergambar bersama tokoh pembuat wayang kulit dan filosofinya


Sebagaimana yang kita sedia maklum ,wayang kulit adalah seni pertunjukan yang telah berusia lebih dari setengah abad. Kemunculannya memiliki kisah dan maksud tersendiri yang mana banyak terkait dengan masuknya Islam Jawa. Salah satu anggota Wali Songo menciptakannya dengan mengadaptasi Wayang Beber yang berkembang pada masa kejayaan Hindu-Budha. Adaptasi itu dilakukan kerana wayang sinonim dengan orang Jawa sehingga menjadi media yang tepat untuk dakwah menyebarkan Islam, sementara agama Islam melarang bentuk seni rupa. Maka hal tersebut , diciptakan wayang kulit dimana orang hanya bisa melihat bayangan sahaja sesuai dengan peredaran agama yang berjalan pada waktu itu.

Di awal abad ke-9, wayang kulit Melayu yang berasaskan cerita Ramayana kerap dimainkan di Patani, Kelantan, Kedah dan Perak. Dalang wayang kulit dari utara semenanjung mengembara dan mengadakan persembahan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan di kawasan-kawasan pantai timur negeri Johor.

Selain menjadi satu hiburan, wayang kulit juga berfungsi untuk menyalurkan nasihat melalui cerita dan lakonan yang dipersembahkan. Banyak pengajaran dan teladan dapat disampaikan kepada masyarakat. Persembahan wayang kulit Melayu telah lama bertapak dalam masyarakat Melayu sehinggakan ia telah menjadi warisan budaya bangsa.

Persembahan wayang kulit dimainkan oleh seorang yang disebut penghibur publik terhebat di dunia. Bagaimana tidak, selama semalam suntuk, sang dalang memainkan seluruh karakter aktor wayang kulit yang merupakan orang-orangan berbahan kulit kerbau dengan dihias motif hasil kraftangan tatah (ukir kulit). Ia harus mengubah karakter suara, berganti intonasi, mengeluarkan guyonan dan bahkan menyanyi. Untuk menghidupkan suasana, dalang dibantu oleh musik yang memainkan gamelan dan penyanyi latar yang menyanyikan lagu-lagu Jawa.

Tokoh-tokoh dalam wayang keseluruhannya berjumlah ratusan. Orang-orangan yang sedang tidak dimainkan diletakkan dalam batang pisang yang ada berhampiran sang dalang. Saat dimainkan, orang-orang akan tampak sebagai bayangan di layar putih yang ada di depan sang dalang. Bayangan itu tercipta kerana setiap pertunjukan wayang memakai lampu minyak sebagai pencahayaan yang membantu pemantulan orang-orangan yang sedang dimainkan.

Cerita wayang kadangkala dipelajari berdasarkan  beberapa kitab tua misalnya Ramayana, Mahabharata, Pustaka Raja Purwa dan Purwakanda


Pengertian istilah Wayang dalam Bahasa Melayu ialah bayang-bayang yang bergerak ke sana ke mari. Dalang membawa erti orang melakukan persembahan wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang di sekelilingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukan wayang



Gerai-gerai di tepi jalan sebleum menuju masuk keraton

Bangunan Kraton Yogyakarta  terdiri tujuh pelantaran. Setiap pelantaran dihadang dengan pintu masuk. Keenam pintu masuk adalah Regol Brojonolo, Sri Manganti, Danapratopo, Kemagangan, Gadungmlati, dan Kemandungan


Ditempat ini Sri Sultan, kerabat istana dan para pemerintah daerah Kraton menyaksikan latihan para prajurit atau beberapa upacara adat

Setiap hari Karaton Puro Pakualaman terbuka untuk kunjungan pelancong mulai pukul 08.30 hingga pukul 13.00, kecuali hari Jumaat Kraton hanya buka sampai dengan pukul 11.00. 

Tugu parajurit atau pahlawan nasional

Konsep Negara – Bangsa sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.
Sejarah- lahir seawal abad ke-15 khusunya selepas berlakunya perubahan politik di Eropah kesan daripada berlakunya Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi secara mendadak. Contoh Negara Bangsa ialah England, Perancis dan Sepanyol.


Kategori Tentera di alam melayu merujuk kepada kerajaan besar  Sriwijaya ,Majapahit dan Melaka  :

Tentera Majapahit dibahagikan kepada 3 kategori iaitu
Sapta Dharmaputra
Bhayangkari
Tentera Biasa

Sapta Dharmaputra ialah pasukan tentera elit yang terdiri daripada putera raja yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental.

Bhayangkari terdiri daripada 15 orang anggota bersenjata yang bertanggungjawab menjaga kawasan istana secara bergilir-gilir.


Tentera Biasa terdiri daripada tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat di pusat dan daerah jajahan takluk.


Tentera Laut :

Kerajaan Majapahit dan Srivijaya mempunyai tentera laut yang kuat.
Angkatan laut berperanan menjaga kawasan perairan daripada serangan musuh dan mengawal aktiviti perlanunan.

Orang Laut merupakan tulang belakang pahlawan tentera laut. Mereka berperanan mengawal jalan laut daripada ancaman lanun dan menguasai perairan di Selat Melaka.

Armada laut ditempatkan di kawasan strategik di seluruh empayar. Laksamana mengetuai armada laut.

Peralatan Perang :

Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan terdiri daripada senjata tradisional seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya.

Mereka juga mahir menggunakan alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan tembaga, rentaka, terkul, pemuras dan lotang.
Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang perang digunakan dalam medan peperangan.

Jenis Tentera :

Tentera di Alam Melayu terdiri daripada tentera kerahan dan tentera upahan.
Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat setia kepada raja yang berdaulat.

Raja dan pembesar mempunyai kuasa untuk mengerah rakyat berkhidmat sebagai tentera.

Tentera upahan berkhidmat mengikut perjanjian.
Orang Laut dijadikan tentera upahan. Mereka tinggal di persisiran laut di sepanjang Selat Melaka.

Terdapat juga tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah pembesar.

Pentadbiran Tentera :

Terdapat organisasi pentadbiran tentera yang mantap.
Tentera Srivijaya di ketuai oleh Raja dan dibantu oleh Parvanda , Senapati (Hulubalang), Pratisara (Komander Tentera) dan Syahbandar.

Tentera Majapahit diketuai oleh Raja dan dibantu oleh Mangkabumi.
Mangkabumi merupakan pegawai kanan tentera yang berperanan memberi arahan kepada tentera.

Pasukan tentera dalam Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh Raja dan dibantu oleh Laksamana, Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung.



Kraton memiliki beberapa museum yang dikenal sebagai Museum Kraton Jogja. Terletak di dalam kompleks kraton, menyimpan beberapa benda yang pernah dipergunakan Sri Sultan Hamengku Buwono IX


Keraton adalah tempat Sultan Yogyakarta tinggal. Baginda adalah tokoh yang paling di hormati di wilayah ini dan Indonesia  serta dianggap memiliki kekuatan untuk membuat negeri  Jogja aman.




Aura dari Keraton 



ETIKA SOSIAL PARA BANGSAWAN DARI KACA MATA SRI RATU SAADONG VII
Para bangsawan sudah ditanamkan dengan undang-undang atau larangan di dalam bersosial tambahan pula dipandang oleh masyarakat luar serta rakyat jelata .Ada beberapa hal yang harus para bangsawan hari ini  perhatikan dan mempunyai kepedulian yang tinggi akan perkara yang ingin disampaikan ini kerana semua itu disesuaikan dengan masyarakat atau kehidupan  sosial yang ditujui oleh mereka sendiri.Menurut kepercayaan Putri Anis ada beberapa kriteria untuk menjadi peribadi bangsawan yang santun atau beretika :


Pertama adalah memiliki rasa percaya diri yang kuat dan sehat

Kedua adalah pengendalian diri berupa kemarahan, rasa tidak puas, kecewa perlu dikendalikan.Semua tingkah laku dan tutur kata seharusnya mencerminkan perhatian kepada sesama, mempertimbangkan kepentingan orang lain, menyenangkan dan bersahabat kepada siapa saja tidak kira agama , usia atau kekayaan harta.

        Bahasa yang benar, dari segi positif digunakan tetapi ketika berbicara sebaiknya tidak selalu menggerakkan badan.

Maksud sosial dalam pengertian Putri Anis adalah :Maksud sosial lebih merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat samada masyarakat lokal ataupun antarabangsa yang mana mempengaruhi lingkungan setempat seperti menyambung jaringan antara satu sama lain .Ia meliputi pelbagai aspek di dalam bidang sosial khususnya hak-hak dalam bersosial , kegiatan-kegiatan sosial dan ilmu sosial yang mengajar banyak cabang termasuk gejala sosial negatif .




Punca Keruntuhan Akhlak

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.

2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
Sebelum menempati Kraton Yogyakarta yang ada saat ini, Sri Sultan Hamengku Buwono I atau Sri Sultan Hemengku Buwono Senopati Ingalogo Ngabdulrahman Sayidin Panotogomo Kalifatullah tinggal di Ambar Ketawang Gamping, Sleman. Lima kilometer di sebelah barat Kraton Yogyakarta.



Masa pemerintahan Kraton Yogyakarta Sri Sultan Hamengku Buwono I (GRM Sujono) memerintah tahun 1755-1792. Sri Sultan Hamengku Buwono II (GRM Sundoro) memerintah tahun 1792-1812. Sri Sultan Hamengku Buwono III (GRM Surojo) memimpin tahun 1812-1814.Sri Sultan Hamengku Buwono IV (GRM Ibnu Djarot) memerintah tahun 1814-1823. Sri Sultan Hamengku Buwono V (GRM Gathot Menol) memerintah tahun 1823-1855. Sri Sultan Hamengku Buwono VI (GRM Mustojo) memerintah tahun 1855-1877. Sri Sultan Hamengku Buwono VII (GRM Murtedjo) memerintah tahun 1877-1921.Sri Sultan Hamengku Buwono VIII (GRM Sudjadi) memerintah tahun 1921-1939. Sri Sultan Hamengku Buwono IX (GRM Dorojatun) memimpin tahun 1940-1988. Sri Sultan Hamengku Buwono X (GRM Hardjuno Darpito) memimpin tahun 1989 - sekarang


Kraton diapit dua alun-alun iaitu Alun-alun Utara dan Alun-alun Selatan. Masing-masing alun-alun berukuran lebih kurang 100x100 meter. Sedangkan secara keseluruhan Kraton Yogyakarta berdiri di atas tanah 1,5 km persegi. 

Thursday, December 2, 2010

WARNA WARNI DI ZOO DEKATKAN HATI MENGENALI HAIWAN-HAIWAN CIPTAAN TUHAN

KE SETIAP PENJURU DUNIA , SRI RATU SAADONG VII MENGHIBUR HATI KE ZOO


Detik perjalanan memasuki ruangan Gembira Loka


Kebun binatang Gembira Loka terletak di salah satu sudut Kota Yogyakarta. Ianya terletak di Jl.Kebun Raya No.2 Yogyakarta. Pada kesempatan ini juga Putri Anis tidak ketinggalan untuk berkunjung melihat keajaiaban Tuhan di kebun binatang dan merasai keindahan udara segar di dalam zoo selain mengkaji bagaimana haiwan-haiwan liar yang ada di sini menjalani rutin harian mereka .Menurut pekerja di situ ,proses menyiapkan Gembira Loka ini menelan waktu sangat lama kira-kira 20 tahun waktunya dan  ianya dapat terealisasi hasil semangat keprihatinan Sri Sultan Hamengku Buwono IX . Para pengunjung boleh mendapati tiket di kaunter masuk dan harganya berjumlah rupiah 12ribu .Kebun binatang Gembira Loka kini memiliki koleksi binatang yang cukup lengkap. Setiap tahunnya ada tambahan penghuni. Sudah beberapa kali binatang gajah melahirkan anaknya, juga binatang langka Komodo telah menetaskan telurnya. Di Gembira Loka orang dapat bersuka ria dengan santai menggunakan perahu  yang disediakan di telaga tersebut.


Gembira Loka adalah sebuah kebun binatang atau zoo dan taman raya memiliki berbagai-bagai spesies binatang 

 Jarak yang cukup jauh dan ada anak tangga yang agak tinggi membuatkan tenaga menjadi sedikit lelah . Putri Anis dalam foto menunjukkan sedang berbicara dengan monyet

Salah satu hobi Putri Anis adalah melawat zoo di setiap negara di dunia. Hanya satu keinginannya yang belum tercapai iaitu berkunjung ke Lion Park di Johannesburg, Afrika untuk melihat pelbagai ragam haiwan seperti singa, cheetah , zebra dan sebagainya yang pasti lain dari yang lain

Harimau Sumatrea ialah subspesies harimau terkecil yang masih wujud. Harimau Sumatera jantan berpurata panjangnya 204 cm (6 kaki 8 inci) dari kepala hingga ekor dan beratnya sekitar 136 kg (300 lb); yang betina pula purata panjangnya 198 cm (6 feet, 6 inches) dan beratnya sekitar 91 kg (200 lb). Belang-belangnya kurang lebar berbanding belang-belang subspesies lain, dan wajahnya lebih berjanggut dan bersurai, khususnya yang jantan. Saiz badannya yang kecil memudahkan harimau ini bersiar-siar melalui hutan hujan yang tebal. Harimau Sumatera juga pandai berenangn kerana ada selaput di antara jari-jari kakinya. Harimau ini diketahui menggiring mangsa bertelapuk ke dalam air, lebih-lebih lagi jika mangsa itu tidak pantas berenang.


Harimau Sumatera lazimnya mengejar mamalia ungulat yang lebih besar, seperti babi hutan,tenuk dan rusa, dan juga haiwan-haiwan yang lebih kecil seperti unggas, monyet, dan ikan.Orang utan juga boleh menjadi mangsa, tetapi jarang didapat memandangkan orang utan jarang berada di atas tanah.


Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Malaysia, Kemboja, China, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.

Harimau Bengal (Panthera tigris tigris) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Bangladesh, Bhutan, China, India, dan Nepal.

Harimau Cina Selatan (/amoy) (Panthera tigris amoyensis) - yang tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat China.

Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) - atau juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Russia.

Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) - yang tinggal hanya di kepulauan Sumatera,Indonesia.

Harimau Caspian (Panthera tigris virgata) - yang telah pupus sekitar 1950an. Harimau Caspian ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumput Afganistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Russia.

Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) - yang telah pupus sekitar 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Jawa, Indonesia.

Harimau Bali (Panthera tigris balica) - yang telah pupus sekitar 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Bali, Indonesia


Haiwan adalah ciptaan Tuhan yang juga perlu dikasihi oleh manusia . Kita tidak boleh membunuh haiwan dengan seenak rasa terutama memburu haiwan di dalam hutan dan menggangu habitat mereka 

Bicara Putri Anis mengenai haiwan-haiwan liar di zoo.

Haiwan adalah ciptaan yang sangat pandai mengenang budi dan menghargai manakala setiap manusia diberi kewarasan untuk saling mengasihi sesama makhluk ciptaan Tuhan . Bagi Putri Anis semua yang dicurahkan Tuhan kepada kita adalah kasih sayangNYA pada hamba-hamba di muka bumi tidak kira ianya berupa manusia atau pula jin dan haiwan. Jika kita mengerti sedalamnya akan hakikat perjalanan Tuhan , satu persen Allah turunkan kasih sayang membuatkan satu persen itulah yang berjaya membuatkan ibu gajah yang begitu besar beranak tanpa terpijak olehnya.Begitu juga singa haiwan yang sangat sensitif dengan manusia jika dipandang dari sudut luaran , dengan satu persen kita membelanya maka ia akan menyanjung tinggi tuan pemiliharanya . Ini membuktikan sebegini hebatnya Allah hanya melimpahkan satu persen sudah membuatkan haiwan begitu tersanjung dan saling menghargai apatah lagi manusia yang yang sudah diberi akal waras pastinya satu persen tadi menjanjikan kebahagiaan yang cukup mendalam. Jika haiwan berjaya mengasihi sama sendiri begitulah perumpamaan satu persen tadi ditujukan buat ibu bapa yang kasih akan anak-anak mereka manakala 99 persen adalah milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa. Oleh itu jalani satu persen yang Allah pinjamkan kerana itu adalah ujian buat kita yang mahu hidup dalam resapanNYA.Haiwan yang paling jinak dan tidak boleh sama sekali disakiti adalah singa .Singa dalam bahasa Arab dipanggil Asad, dalam bahasa Turki dipanggil Aslan, dalam bahasa Inggeris dipanggil Lion, yang mana ''singa'' merupakan salah satu makhluk yang dimuliakan Allah Taala. 

Bapa Saudara Rasulullah SAW, Sayidina Hamzah ibn Abdul Mutalib digelar Singa Allah (Asadullah)
Dalam satu episod sejarah sudah melakarkan bahawa haiwan ini jugalah yang diperintahkan oleh Allah untuk membaham kepala anak Abu Jahal.Di dalam siri perjalanan para pertapa suci dan wali-wali yang dikasihi Allah sudah sangat pasti arif berkenaan Singa Allah yang dimaksudkan seperti di dalam riwayat-riwayat sebelumnya yang terkandung dalam al-quran . Walau bagaimanapun sejinak-jinak singa sudah pasti naluri membunuhnya masih terlekat di dalam darah haiwan ini dan sifat pemangsanya tetap ada walaupun manusia berjaya menjinakannya selama bertahun-tahun Apa yang istimewa bagi sifat singa adalah merupakan haiwan sosial yang hidup berkumpulan dan sebagai haiwan berkumpulan semestinya ia akan ada naluri menghargai pertalian persaudaraan. Sebagai contoh , sepasang manusia sudah membela dia sejak kecil, maka dia menganggap manusia tersebut sebagai ibu bapanya . Singa ada ingatan kuat dan melalui deria rasa seperti bau, haiwan ini boleh mengenali siapa sahaja yang mendekati mereka.


Rasulullah SAW pernah bersabda, “ALLAH SWT mempunyai 100 rahmat (kasih sayang), dan menurunkan 1 rahmat (dari 100 rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan hewan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (ALLAH SWT) menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti.” ~ (HR Muslim)


Lawatan sambil belajar ke zoo . Semakin dekat dengan haiwan , semakin kita mengenali ciptaan Tuhan sesungguhnya
Memasuki lapangan kebun binatang suasana yang sangat  teduh walaupun ada cahaya matahari menyelubungi  karena masih banyak pohon-pohon redup dan besar yang berada di sekelilingnya. Lokasi meletak kenderaan  yang nyaman dan luas dengan latar belakang para penjual  makanan ringan dan lain-lain cenderahati khas Yogya bagaikan masuk kebun binatang dengan suasana tradisional Yogya.Di sini juga terdapat banyak replika haiwan dan batu-batu yang disusun menarik 

Putri Anis dan Putri Fifi

Spesies ular yang menjadi salah satu kajian sejarah Putri Anis


Ular merupakan binatang reptilia yang dapat kita jumpai di halaman rumah, kebun, sawah, ladang, hutan, sungai, rawa-rawa, pegunungan, pantai, laut, samudera bahkan di saluran – saluran air di kawasan kota .Untuk daerah tropika seperti di negara kita, jumlah ular cukup banyak dan bermacam-macam jenisnya, baik yang berbisa mahupun yang tidak berbisa. 

Pengetahuan tentang ular dan bahaya ular perlu diberikan untuk membantu manusia dalam mengurangi efek dari bahaya terhadap ular sehingga manusia dapat melakukan aktiviti mereka sehari-hari tanpa merasa takut terganggu dan juga tidak perlu mengusik serta mengurangi jumlah ular. Keberadaan habitat ular yang cukup dekat dengan lingkungan hidup manusia perlu dikenal, dimengerti dan difahami agar senantiasa dapat hidup seiring serta tidak saling mengganggu.



Putri Anis bertanggungjawab terhadap alam dan penghuninya sebagaimana yang diamanahkan oleh tuhan

Objektif lawatan ini sebenarnya adalah melahirkan generasi yang mengambil berat tentang penghuni lain di alam ini di samping menanamkan kesedaran serta keinsafan diri tentang kepentingan sikap prihatin terhadap alam dan penghuninya, yang mana sekaligus akan membentuk barisan pemimpin yang seimbang dari segi jasmani , emosi ,
rohani dan intelek .


Sepetang di zoo membutkan dirinya begitu mempelajari kisah-kisah haiwan yang kepelbagaian


Monday, November 29, 2010

PARANGTRITIS SESEJUK MATA MEMANDANG

KISAH PANTAI PARANGTRITIS MENGHIBUR HATI SRI RATU SAADONG VII


Pantai Parangtritis merupakan salah satu pantai di Yogyakarta yang sangat terkenal dengan sejarah dan lagenda Ratu Pantai Selatan. Pantai ini tidak hanya terkenal di Indonesia akan tetapi sudah sampai ke persada dunia. Pantai Parangtritis terletak di Kabupaten Bantul, sekitar 25 kilometer dari Kota Yogyakarta ke arah selatan. Pantai ini sangat mudah dihubungkan kerana banyak sekali bas atau kenderaan yang beroperasi di jalan ini mahupun teksi yang sepanjang waktu bersedia menghantarkan para pelancong sampai ke tujuan yang dikehendaki termasuk Parangtritis. Selain jarak penghubung yang mudah di lokasi pelancongan, pantai ini juga banyak tersedia penginapan bagi para pelancong yang ingin menikmati keindahan pantai untuk waktu yang lebih lama. Penginapan yang tersedia tediri dari berbagai-bagai macam taraf, tergantung pada kemampuan kita . Di sepanjang jalan di sekitar pantai ini kita semua akan dengan mudah menjumpai penginapan- penginapan tersebut mahupun rumah- rumah makan yang menawarkann beraneka jenis menu mengikut selera masing-masing. Selam dua minggu di Yogyakarta , Putri Anis juga tidak ketinggalan menghabiskan waktu emasnya mengunjungi semua lokasi-lokasi sejarah yang berada di sekitar Prangtritis ini . Pelbagai kajian telah dilaksanakan terutama dalam mengetahui sejarah pantai ini agar minat mendalam orang ramai boleh terpancar bilamana menjejaki pantai tersebut .Beliau mengatakan inilah pantai yang paling membuat jiwanya tersentuh dan merasa bahagia berbanding sebelumnya kerana Putri Anis sememangnya tidak begitu menyukai pantai hanya terkadang bersama keluarganya di hujung minggu melihat pemandangan itupun cuma sebentar. Apabila melangkah di Parangtritis telah membuka matanya bahawa ada sebuah peristiwa besar yang pernah terjadi di sini . Dibongkarkan satu persatu sejarahnya akhirnya beliau pulang dengan sebuah kemanfaatan iaitu ''ilmu'' yang cukup luas umpama pantai yang terbentang luas . 


Terpaku dengan keindahan alam

Selain terkenal dengan keindahan pantainya , Parangtritis juga terkenal kerana digunakan sebagai tempat untuk pelaksanaan upacara ''sesaji'' atau puja pantai yang diadakan oleh keraton Yogyakarta tiap waktu tertentu. Upacara ini merupakan wujud syukur masyarakat Yogyakarta khusunya para nelayan atas ‘berkat laut kidul’ yang telah di berikan kepada mereka. Dalam upacara tersebut ,Parangtritis menjejaki petualang . Ini dilakukan seperti persembahan yang ditujukan kepada penguasa laut kidul iaitu Nyai Roro kidul yang di percayai oleh masyarakat Jawa telah memberikan kesejahteraan dan keselamatan dalam mencari rezeki di laut kidul . Sejauh mana kebenaran ini , wallah-hualam.

Suasana petang yang dibasahi hujan renyai-renyai
Pantai Parangtritis memanjang dari hujung timur yang dihadangi oleh tebing pergunungan ke arah barat hingga pantai- pantai selanjutnya iaitu Parangkusumo, Depok, dan sebagainya. Suasana pantai akan terlihat lebih indah ketika matahari terbenam (sunset) sehingga banyak para pelancong dari setiap pelusuk dunia yang rela untuk menunggu sampai petang atau senja untuk menyaksikan sunset di pantai ini. Memang hanya sunset yang boleh disaksikan dari pantai ini karena matahari terbit (sunrise) terhalang oleh pergunungan di sebelah timur Parangtritis.


Bersama adinda Putri Fifi menunggani kuda
Di Pantai Parangtritis ini ada kenderaan tradisional iaitu bendi (kereta yang di tarik oleh kuda) dan harganya jika mahu dibawa keliling hingga ke hujung pantai semuanya berjumlah rupiah 60ribu per orang. Kemudahan ini menawarkan jasa bagi para pelancong untuk menyusuri pantai dengan nyaman dari atas bendi tanpa harus merasa letih akibat berjalan kaki. Kawasan ini adalah larangan bagi pengunjung bermandi manda .Walau begitu masih kelihatan para pengunjung berenang di laut berbahaya ini hingga pernah kejadian orang lemas akibat terheret oleh ombak dan tenggelam di laut hingga tidak diketemui mayat mereka . Setelah puas menikmati keindahan pantai ini , Putri Anis juga telah membeli cenderahati berupa baju yang dicetak khusus ''Parangtritis''. Beliau juga sempat menuju ke pelelongan ikan di pantai Depok yang hanya berjarak sekitar 2 kilometer dari Parangtritis. Selain membeli ikan segar, di sini juga kita boleh menikmati ikan bakar yang banyak tersedia di sekitar pantai Depok.


Sesekali melihat suasana pantai yang kadangkala menyeramkan


Pantai Parangtritis bukanlah hanya sekadar pantai biasa yang untuk tontonan umum bermandi-manda dan bersuka ria. Dengan bukit-bukit pasirnya, tebing berbatu, dan pasir yang membentang, tentu sahaja pantai ini menawarkan pemandangan yang indah sebagai tempat berekreasi. Namun, Pantai Parangtritis juga memiliki cerita sejarahnya yang cukup menarik tetapi kadangkala menyeramkan bila mendengarnya .Seperti yang telah diketahui oleh masyarakat setempat amnya orang-oarang Jawa , Pantai Parangtritis seringkali dihubungkan dengan kewujudan Kanjeng Ratu Kidul. Kanjeng Ratu Kidul dan Nyai Roro Kidul inilah yang dipercaya merupakan penguasa Laut Selatan. Pantai Parangtritis adalah tempat pertemuan Kanjeng Ratu Kidul dengan orang-orang yang dikehendakinya. Bahkan menurut keprcayaan setempat, mereka yang berpakaian dengan warna hijau, warna kesukaan Kanjeng Ratu Kidul, akan diambil oleh Laut Selatan untuk tinggal di Kerajaan Laut Selatan .Menurut lagenda turun temurun, Kanjeng Ratu Kidul menikah dengan salah satu Raja Mataram, Panembahan Senopati. Berkat hubungan sejarah yang erat dengan Keraton Jogja, sampai sekarang, di hari-hari tertentu, yang dinamakan ''Suro'' pada penanggalan Jawa, kerap kali dilakukan ''sesajian'' untuk menghormati Nyai Roro Kidul dan Kanjeng Ratu Kidul - baik oleh Keraton Jogja maupun masyarakat sekitar. Selain legenda dari Kanjeng Ratu Kidul, Nyai Roro Kidul sendiri mempunyai ceritanya sendiri.Ingin bertemu dengan Nyi Roro Kidul? Cuba sahaja bermeditasi sehari-semalam di Pantai Parangtritis, seperti yang telah disarankan oleh masyarakat sekitar. Namun tidak salah juga bila kita ke Pantai Parangtritis hanya sekadar menikmati keindahan alam semulajadi



Putri Anis menghirup udara segar di Pantai Parangtritis

Tarian aysik dua bersaudara

TEMASYA DI PARANGTRITIS

Lagenda Kanjeng Ratu Kidul ,
Sosok yang belum pernah aku temui ,
Hanya lewat bibir orang jawa dan naskhah di perpustakaan ,
Ratu Penguasa Laut Selatan empunya kisah ,
Singgah aku menghembus angin 27 kilometer dari dua jalur ,
Yang tak henti hujan renyai-renyai ,
Basah aku melalui Pojok Beteng Wetan ,
Ku tidak melewati terminal Umbulharjo dan Desa Siluk ,
Ziarah budaya Parangtritis menyambut bumi ,
Habitat sakral Parangtritis yang bernama Parang Kusuma ,
Pabila batuan di masa silam tengah hamparan pasir pantai ,
Bermulalah dengan nama watu gilang ,
Seingat aku Dataran tinggi Gambirowati laut lepas parangtritis ,
Aku menyusur Parangtritis ke arah Panggang dan Goa Langse sukacita ke perbukitan ,
Para olahraga layang gantung meloncat tata melodrama ,
Menghayati Gua pertapaan berwujud suatu lorong di bawah batu karang ,
Yang mulutnya menghadap ke laut lepas ,
Aku turun lembah bukit batu karang yang terjal ,
Berbatuan ku selinap melalui tangga dari tali dan bambu ,
Untuk itu dan bahkan lebih dibutuhkan keberanian unggul yang prima tak terbanding siapapun .

Walau hujan percik pada wajah ,
Aku tetap menyaksikan temasya mulut gua pada saat air laut pasang ,
Membujur kakiku ke makam Syeh Bela dekat bukit Pemancingan 
Wah , sungguh makam keramat pada selasa Kliwon ,
19 Oktober 2010 terkesima di Parangtritis memecah tragedi lampau ,
Sungguh demikian indahnya laut disaksikan bujukan gelora ,
Demikian juga tampak tenang air laut tapi hati tertanya penentangan bermandi-manda ,
Oh , pantasan bahaya atau wabah pantai ini dengan arusnya kuat memeking gegendang telinga ,
Tidak tenteram tapi mendamaikan istana iblis ,
Tebing berbatu ,bukit pasirnya rebah aku dalam pujuk rayu warna hijau ,
Kerajaan Laut Selatan aku berlari mengoncang atom-atom air ,
Salah seorang Raja Mataram , Penambahan Senopati ,
Cinta Hawa pada Adam , kasih Romeo pada Juliet , sayang Nabi Sulaiman pada Zulaikha dan betapa ikhlas Laila dan Majnun ,
Ingin aku bertemu Nyi Roru Kidul ,
Bilang orang bermeditasilah sehari semalam di Parangtritis namun pecut tafsiranku adalah tulus kalam Allah ,
Bertemu Kanjeng Ratu Kidul dalam hikayat Naga Lang Buana ,
Diakarang oleh Mahapatih Tun Sri Lanang , Raja Samalanga ,
Wallahualam .

Mengapa banyak korban di Parangtritis ?
Apakah kerana laut yang punya kecanggihan kuasa digital ombak ?
Aku fikir Dipokusumo majapahit telah menyumpah beratus tahun-tahun lalu ,
Mitos Parangtritis yakni kesatuan trimurti Gunung Merapi , Kraton Yogyakarta dan Parangtritis ,
Anak cucumu mula mengungkit sejarah ,
Ayuh Sunan Kali Jaga menampakkan wajah sedang ia dalam pertapaan ,
Senopati diingat agar rendah hati ,
Meskipun pengusa kendong kesaktian berjuta-juta ,
Pesona alam bervariasi menabur deburan maha luas di sebelah timur tebing tinggi ,
Aku menjelajahi Prangtritis lewat kuda kesepian yang dibawa dari negara Jepang ,
Penyewa jasa mengeluarkan kosa kata ,
Tiap bait-bait bicara direkam untuk kepastian akar umbi ,
Pandang ke kanan neutral pemandangan eksotik,
Pandang ke kiri bila sinar matahari mulai memerah ,
Senja memerangkap juru kunci Parangtritis ,
Hati mulai terdetik DIALAH ''bidadari Laut Selatan , Kanjeng Ratu Kidul"
Berjalan di atas air menerusi Gua Ratu Kidul menampakan sisinya ,
Subang goyang alis mata lentik ,
Hidung tak tertanggung lengkapnya bserta sayapnya seperti "Angel"
Lembut gemalai , santun bicara menyapa aku dalam ketenangan ,
Pantai alam terjun gunung ,
Anak di lembah pulang ke citra berawal percikan sesuci kejadian Sang Pencipta ,
Janjiku janjimu jua ,
Hatiku hatimu jua ,
Namun mengapa ada kasih antara kita ???
Yang benci tulus cinta kita .

Kencang laut tak pula mengharap ribut ,
Karma aku menyelusuri tinggalan pesaka nenek moyangku ,
Serap energi biar lumpuh saki baki setan nun di kerajaan Firaun abad 21 ,
Aku tiada payung terjun ,
Temasya Parangtritis berpaksikan kelembutan lidah ,
Tiap rangkap ku coretkan belum sempurna merambah tempat wisata lain ,
Saat angin kecil , saat itu telegram putus ,
Utusan burung murai bersekongkong amarah tenggiling ,
Ratu Kidul doamu ujung-ujungmnya langsung ku ikat ,
Jika tidak begini kapan lagi aku akan memulai ,
Entah esok usia aku tinggal 15 minit ,
Entah lusa umur aku berganti 20 jam ,
Rencana Tuhan mengatur dengan Bijaksana tanpa sedikit kecacatan ,
Yang aku cari di Parangtritis adalah temasya Ratu Kidul ,
Sebagai ole-ole buat aku pulang berjuang di kaki langit nan mendung ,
Sembah daulat Nyai Ratu ....!!!

(Ilham Nukilan Sri Ratu Saadong Vii , 19 Oktober 2010 .  Selangkah ke temasya Ratu Kidul bagaikan sejuta langkah terpancut kebahagiaan yang tersirat . Semoga ianya diabadikan dalam diri buat benteng semangat , Pantai Parangtritis , Yogyakarta - kisah lagenda Nyai Roru Kidul dengan salah seorang Raja Mataram mengukir sejarah )



Melewati Cepuri Parangkusumo
Panembahan Senopati dengan Ratu Kidul adalah mitos penguasa laut selatan. Cepuri merupakan tempat yang penting untuk acara yang bersifat adat dan spiritual contohnya acara ''sesaji''. Benda yang mahu dihanyutkan harus dimasukan ke Cepuri dan didoakan oleh para ''juru kunci'' sebelum benda tersebut dibuang ke laut. 
Para pengunjung tidak boleh sesuka hati keluar masuk wilayah petilasan Panembahan Senopati ini. Mereka diharuskan melepas alas kakinya sebelum memasuki wilayah Cepuri dan tidak boleh bising. Para pengunjung sebahagian besar adalah penziarah yang berasal dari berbagai-bagai daerah dan negara. Mereka datang dengan berbagai-bagai niat atau maksud tersendiri, ada dikalangan mereka yang ingin cepat dapat jodoh, ingin kaya, minta disegani orang dan sebagainya. Tapi menurut Putri Anis ,tempat ini bukan sebagai tempat pemujaan untuk hal demikian.Para pengunjung dinasihatkan bertemu dulu dengan para kunci di tempat ini sebelum memulakan sesuatu bukannya menyembah di batu tersebut yang sebnarnya menduakan Tuhan Maha Esa .Tempat yang dibuka setiap hari dan paling ramai pengunjungnya pada malam Selasa dan Jumaat kerana pada waktu ini masih menyimpan banyak misteri. Seperti yang telah dituturkan oleh pemimpin juru kunci Cepuri, banyak para penziarah mengalami tindakan luar kawalan seakan dirasuk. Sebahagian besar kerana mereka melanggar aturan dan mempunyai niat-niat yang tidak baik sebenarnya maka ditunjukan oleh Tuhan sedemikian rupa. Ini membuktikan kebesaran Tuhan dan sebagai isyarat untuk manusia agar tidak sombong serta tidak bersifat angkuh dengan nikmat Tuhan .




Setelah ke makan Syeh Bela Belu


Setelah menziarahi beberapa lokasi bersejarah yang berdekatan , Putri Anis berkenaan ke makam Syeh Bela Belu dan Damiakik. Menurut sejarah, Syeh Bela Belu merupakan anggota kerajaan Majapahit yang giat menyebarkan agama Islam . Sebagai ulama Bela Belu sering berpindah randah sebelum menetap di tempat ini hingga beliau meninggal dunia. Usia makam ini sama dengan usia makam Syeh Maghribi . Di tempat ini juga ditemukan arca Banteng dan arca Putri, yang tidak utuh lagi, dan diperkirakan berhubungan dengan makam.Makam ini terletak di atas Bukit Banteng, dicapai dengan tangga selebar 1,60 m dikelilingi pagar tembok setinggi 1,50m. Bangunan yang ada disini adalah tempat sesaji, tempat Juru kunci, gudang, dan tempat tarikat. Acara yang sering dilakukan di sini adalah ''Ziarah'' dan ''Tarikat Malam Satu Suro''. Pengelolaannya ditangani pihak Keraton Jogja .



Santapan gurami bakar 
Restoran tradisonal iaitu Rumah Makan Gudeg

Bahan dan resepi restoran ini untuk membuat Gudeg:
  • 1½ kg nangka muda
  • 1 sdm asam jawa
  • 2 sdm gula jawa
  • 6 lembar daun salam
  • 4 gelas santan
  • Garam secukupnya
  • minyak goreng secukupnya
Bumbu yang dihaluskan:
  • 8 butir bawang merah
  • 4 siung bawang putih
  • ½ sdt ketumbar, disangrai
  • ½ sdt jintan, disangrai
  • 10 butir kemiri


Cara Membuat:
  • Nangka muda diiris ukuran 4 cm lalu direbus dengan air secukupnya sampai matang, angkat dan tiriskan.
  • Larutkan asam jawa dan gula merah dengan sedikit air.
  • Panaskan minyak goreng, tumis bumbu yang sudah dihaluskan bersama daun salam, air gula merah dan air asam jawa.
  • Stelah harum, masukkan nangkanya, aduk rata, tambahkan garam secukupnya.
  • Terakhir, tuang santannya kemudian masak sampai mendidih dan santan agak mengental dan berminyak.
Untuk 5-6 orang.



Bersama para pekerja restoran


Salah satu restoran ukiran Jogja yang menarik perhatian pelancong