Sunday, September 19, 2010

JAMUAN RUMAH TERBUKA SRI RATU SAADONG VII ( HARI RAYA KEDUA )

SELOKA DI HARI RAYA SRI RATU SAADONG VII



Potrait keluarga Sri Ratu Saadong Vii di hari raya kedua


Raja Tengku Putri Anis bersama Madam Ivy Tan dan anak-anak beliau


Antara menu-menu yang disediakan adalah seperti roti jala, nasi minyak dan lauk pauk, kek gula hangus, serta ketupat rendang yang menjadi menu khas setiap edisi lebaran

RESEPI PUDING CARAMEL DARI RAJA TENGKU PUTRI ANIS :




BAHAN A:

10 biji telur
1 tin susu ideal (prefer to use carnation milk)
1 tin air
8 sudu besar gula
sedikit esen vanila

Buah-buahan campuran (Cocktail)

BAHAN B:

10 sudu gula untuk dibuat caramel

CARA :

Campurkan semua bahan A dan pukul.
Bahan B digoreng dalam kuali dan masukan sedikit air.
Masukan bahan B kedalam acuan dan diikuti bahan A.
Kukus sehingga 30 min.

Campurkan cocktail untuk menambahkan rasa dan selera puding tersebut di samping mewarnakan ia dengan pelbagai warna buah-buahan.


Raja Tengku Putri Anis sedang asyik berbicara tentang masakan yang dimasak oleh beliau yang ditanya oleh para tetamu yang hadir. 

KATA BELIAU:
"Masyarakat Melayu kaya dengan khazanah seni termasuk keindahan dan kreativiti dalam masak memasak atau penyajian makanan. melaui pembelajaran secara "live" daripada warga tua serta melalui buku-bulu resepi dan juga rancangan televisyen serta jaringan internet dapat membantu untuk memperkenalkan jenis-jenis masakan tradisional Melayu Malaysia kepada anak-anak muda yang berminat dengan bidang masak-memasak. Keutamaannya adalah untuk mengetangahkan, mengajar dan menambahkan kolekasi resipi-resipi masakan kepada yang berminat dalam bidang ini. Disamping itu untuk mengekalkan dan memperkenalkan resipi masakan Melayu, terutama kepada generasi muda."
TIPS DARI BELIAU:




1. KESEGARAN SAYUR
Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur. InsyaAllah

2. AYAM TIDAK HANYIR LAGI
Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah garing dan lazat. InsyaAllah





3. NASI HANGIT
Kalau nasi yang kita tanak itu hangit , jangan buang kerana itu adalah membazir. Sila cuba amalkan antara 3 petua ini :

-Pertama: -basuh cili kering dalam dua tiga tangka dan jangan dipotong.. -masukkan terus ke dalam nasi tersebu dan biarkan seketika, -InsyaAllah nasi tidak akan berbau.. (P/S: Jangan takut tidak rasa pedas nasi itu sebab tidak dipotong)

-Kedua: -kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, tidak akan ada bau hangit itu

-Ketiga: -kalau di rumah itu ada daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi dan biarkan sejenak.InsyaAllah

4. MENGGORENG IKAN
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi. InsyaAllah

Antara tetamu yang hadir dan ayahanda di sebelah sedang melayan mereka


Begambar kenangan bersama En Rosli dan keluarga dari Pertubuhan Kerabat Long Ghafar , Kelantan


Putri Anis melebarkan senyumannya


Ayahanda dan bonda serasi bersama tidak kira di dalam foto mahupun di luar


Di samping menyantap juadah yang ada, mereka turut berbual akan isu-isu semasa dan juga perkhabaran terkini tentang diri masing-masing setelah sekian lama tidak berjumpa


Tuan Hassan Jali turut menghadiri "open house" di rumah dan sempat berbual tentang adat dan budaya melayu


3 beradik berbuasana serba hijau memukau alam semesta

Raja Tengku Putri Anis sedang merenung jauh dan membayangkan bagaimana orang susah dan tidak berkemampuan serta anak yatim  menyambut hari raya serba kekurangan


Hail Amir & Uji Rashid

Seloka Hari Raya 

HA:
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
( 2 X )

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
( 2 X )

UR:
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
( 2 X )

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
( 2 X )

HA:
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
( 2 X )

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
( 2 X )

UR:
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
( 2 X )

HA: & UR:
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
( 2 X )

No comments:

Post a Comment