Sunday, September 5, 2010

JAMUAN BERBUKA PUASA DI PASIR PUTIH


PUTRI ANIS MENGHADIRI JAMUAN BERBUKA PUASA DI KAMPUNG MERKANG PASIR PUTIH, KELANTAN


Hidangan kuih muih sebagai selingan acara berbuka puasa




Pada 1 September 2010 , Putri Anis ditemani oleh setiausahanya dalam majlis berbuka puasa bersama sebilangan penduduk Kampung Merkang yang terletak di daerah Pasir Putih , Kelantan kira kira 64.5 Km daripada Kota Bharu dan dalam siri Sri Ratu Saadong Vii kali ini beliau cuba membawa kuih muih tradisional melayu sebagai salam perkenalan buat penduduk di situ . Alangkah bahagia apabila Putri Anis sendiri yang menyajikan resepi kuih tradisi negeri Kelantan dan dapat dirasai oleh penduduk Kampung Merkang yang memang dari awal menyambut kehadiran Putri Anis . Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tok Ayah Mat yang sudi mengundang Putri Anis sekeluarga ke acara ini . Berkesempatan dengan ini juga Putri Anis turut merakamkan beberapa baris ucapan buat orang-orang yang hadir dalam meraikan majlis berbuka puasa tersebut . Menurut Putri Anis kampung ini mempunyai penduduk yang sangat ramah tamah dan sesuai dijadikan pusat pengembangan budaya melayu melalui citra makanan kerana di sini terdapat ramai ibu-ibu tunggal yang terpaksa membiayai anak-anak mereka bersekolah seorang diri .Jadi dengan membantu ibu-ibu tunggal di kawasan ini menjalankan beberapa program bermanfaat akan menambahkan hasil pendapatan ibu-ibu tunggal tersebut . Putri Anis mencadangkan untuk menanam modal di bidang kuliner bagi menampung penduduk kampung di sini . Menurut Tok Ayah Mat yang juga orang alim atau imam madrasah kampung tersebut , katanya penduduk di sini memang terdiri dari golongan susah dan hanya bergantung kepada anak-anak yang sudah bekerja untuk membantu mereka . Ada yang hidup sederhana tapi tidak menghiraukan satu sama lain . 



Berbaju kurung moden(sutera kuning) 




Wajah terkini Putri Anis setelah menikmati hampir sebulan puasa





Ucapan ringkas dari Putri Anis yang dipetik dari dialognya bersama penduduk

Pertama sekali saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk turut mengambil bahagian dalam majlis atau jamuan berbuka puasa yang diraikan khusus untuk saya pada malam yang berbahagia ini .Terlebih dahulu rakaman maaf atas ketidak hadiran ahli keluarga saya yang kini berada di lain tempat atas urusan yang tidak dapat ditangguhkan .

Sempena di bulan Ramadhan ,saya berpendapat bahawa eloklah kita membicarakan soal bermanfaat untuk kita kongsi bersama . Kebetulan pada hari ini saya datang ke sini untuk merasai pelbagai aneka kuih muih tradisi melayu khususnya citarasa negeri Kelantan yang sangat terkenal dengan mutu masakannya . Bila sebut "Kelate" orang akan teringat bulan puasa dan hari-hari tertentu yang sungguh meriah dengan promosi kuih muih yang tidak dapat disebutkan berapa jumlah jenis kuih yang ada . Perkataan kuih tradisonal wajar diberi tafsirannya dalam senarai tafsiran adat budaya melayu.

Biarpun ada Enakmen dalam negara kita yang sudah menyebut tentang Budaya Melayu, tetapi enakmen ini  tidak menjelaskan secara terperinci berkenaan masalah kuliner setempat sedangkan enekmen kuliner ini penting untuk kita mengetahui citarasa dan budaya pelbagai daerah di dalam negara kita . Sebagai contoh , sebelum ini kita hanya mendengar gulai ikan patin asam tempoyak adalah masyhur di negeri Pahang tetapi kita tidak menjangkau bahawa ada juga chef dan orang yang pandai memasak boleh menyediakan gulai tersebut semisalnya di negeri Kelantan . Hal ini secara tidak langsung akan meliputi citarasa seluruh warga negeri tanpa mengira keturunan etnik, budaya , bahasa dan agama. 

Makanya cadangan-cadangan saya  untuk memelihara adat resam dan warisan budaya masyarakat Melayu di negara ini khususnya Kelantan harus diteruskan dan akan berjalan dari masa ke masa kerana terdapat bebrapa perkara yang wajar diteliti disini .

Saya mendapati penekanan kurang diberi terhadap makanan tradisi rakyat di Kelantan ini. Pada pendapat saya, makanan juga merupakan salah satu warisan tradisi kita dan makanan sendiri memang dapat memberi makna tentang perlunya itu , khususnya makanan yang mempunyai kaitan dengan warisan sejarah rakyat pelbagai kaum di Kelantan, contohnya Bak Kut Teh (makanan masyarakat kaum buruh kasar Tionghua), tempe (makanan masyarakat Jawa yang merupakan kesukaan ) , "Akok" (makanan Kelantan yang setiap hari dijual) dan sebagainya. Walaupun Bak Kut Teh bukan makanan halal, tetapi kini makanan ini sudah ada versi vegetariannya, maka saya berpendapat potensi untuk makanan ini dijadikan makanan yang halal memang ada.

Antara kuih tradisi yang semakin hilang dalam masyarakat Kelantan adalah kuih jala emas . Kuih ini mempunyai rupa dan rasa yang unik serta sangat manis .Ianya juga diperlukan pada ahari-hari keramaian atau majlis penting  kerabat diraja ." Pada dasarnya, kuih tradisional dulu mempunyai ciri yang hampir sama iaitu tepung pulut yang digiling sendiri, dikacau dengan campuran santan. Isinya kebanyakan kelapa parut yang dimasak dengan gula hangus kerana ketika dulu, gula merah sukar diperoleh..
Jadi makanan yang sebegini perlu diberi perhatian dan dipastikan resipinya dapat dipelihara untuk diwarisi turun-temurun.

Demikianlah serba sedikit yang dapat saya paparkan pada kunjungan saya di Kampung Merkang hari ini , semoga dapatlah kita bertemu di lain masa dan ketika . Saya berharap agar projek meningkatkan mutu kuih tradisional negeri Kelantan bersama orang kampung di sini mendapat sambutan yang wajar dan diterima sepenuhnya oleh masyarakat dan insya-allah kita akan lanjutkan perkara ini dalam program resepi kuih tradisi melayu jelajah kampung dan saya akan menjadi monitor untuk program ini sendiri . Sekian salam hormat .



































No comments:

Post a Comment