Wednesday, September 22, 2010

HARI RAYA BERSAMA RASHDAN BABA


KUNJUNGAN HORMAT PELAKON RASHDAN BABA KE KEDIAMAN SRI RATU SAADONG VII


Gambar eksklusif Putri Anis bersama pelakon drama Rashdan Baba




Sesi berfoto


Fokus bergambar


Pada 8 Syawal 1431 H , Putri Anis dikunjungi oleh pelakon drama Rashdan Baba ke kediaman rasminya di Kota Bharu , Kelantan . Dalam kunjungan kali ini bertepatan dengan menyambut Aidilfitri sesama saudara islam . Sempena dengan kunjungan hormat beliau , Putri Anis sempat menyajikan resipi laksa penang yang mana kuahnya diolah dari ikan dan campuran khas lain dan semua tetamu dapat menikmati juadah ini . Dalam pertemuan ini Rashdan baba sempat berkongsi pengalaman dalam bidang lakonan dan dia juga menceritakan telah menempuh banyak pengalaman yang berguna . Takziah juga kepada keluarga beliau di atas kematian adiknya pada bulan syawal baru-baru ini yang telah menghidap penyakit kanser hati dan tidak dapat diselamatkan lagi . Semoga tabah menghadapi hari-hari seterusnya .Selain itu juga aktiviti terbaru Rashdan adalah menjadi duta sebuah produk  kesihatan yang akan membawa manfaat kepada umum . Semoga berjaya hendaknya .




15 Februari 2008 : Utusan Malaysia


Kronisme Dalam Perfileman Malaysia?
Oleh Norliza Mohamad Zakaria
GAYA terbaru Rashdan Baba.

“BUKAN saya tidak mahu berlakon filem, tetapi sikap penggiat filem kita lebih bersifat kronisme. Mereka lebih suka panggil kroni-kroni sendiri untuk berlakon daripada mengajak orang lain.
“Ini yang membuatkan saya rasa kecewa dan terkilan. Sebab mereka tidak pernah cuba panggil orang lain. Lagi pun bukannya pelakon lain tidak berbakat dan gagal berlakon dengan baik.
Demikian luahan pelakon tampan, 
Rashdan Baba atau nama sebenarnya Muhamad Rashdan Abd. Halim, 38, terhadap industri perfileman Malaysia yang dilihat masih mempunyai sisi pincangnya.
Setelah hampir 12 tahun melibatkan diri dalam bidang seni (lakonan), namun beliau tidak mengecapi populariti yang hebat. Beliau sekadar bertahan sebagai pelakon yang agak kurang menonjol.
Rashdan mengambil contoh dirinya sendiri. Meskipun bukan pelakon yang terlalu sempurna, beliau telah menjiwai dan memegang pelbagai watak yang mencabar dan memerlukan penghayatan yang luar biasa.
“Contohnya saya sendiri, untuk mengatakan saya tidak pandai berlakon, rasanya sudah bermacam watak yang saya lakonkan termasuklah watak mak nyah dan juga orang gila. Lagipun, saya 12 tahun terlibat dalam dunia lakonan, adakah mungkin masih lagi dipertikaikan?
“Sebab itu kalau kita tengok saja filem tempatan sekarang, hanya muka yang sama sahaja berlakon. Kesannya ialah industri kita sendiri. Tidak berkembang langsung sebab walaupun ada pelakon yang berbakat, tetapi tidak diketengahkan hanya kerana sikap memilih kroni,’’ tambahnya.
Nama Rashdan Baba telah mula dikenali selepas membintangi sebuah drama bersiri berjudul Rosanita bersama Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, yang ditayangkan di RTM1 sekitar 10 tahun lalu.
Selain Rosanita, drama lain yang dibintanginya termasuklah Jalinan Kasih dan Juwitaku Jamila. Dan, dalam tempoh 12 tahun terlibat dalam kerjaya seni, beliau hanya berlakon dalam dua filem iaitu Suami, Isteri dan... serta Raja Melewar.
Biarpun pernah berlakon filem, namun kelibat Rashdan lebih banyak tertumpu kepada lakonan drama televisyen.
Rashdan yang ditemui baru-baru ini menyatakan bahawa dia sememangnya ingin berlakon dalam lebih banyak filem. Bagaimana pun terpaksa melupakan hasratnya hanya kerana sikap penerbit dan penggiat industri perfileman itu sendiri.
Kaki bodek
“Mungkin juga sebab pelakon lain bukan yang jenis kaki bodek, sebab itu peluang untuk berlakon filem agak susah.
“Sekarang ini, saya fikir lebih baik saya duduk dalam industri menjadi salah seorang yang boleh menolak industri filem kita kehadapan,” katanya berterus-terang.
Kini, beliau telah pun bergelar pengarah urusan untuk sebuah syarikat produksi, 2nd Life Picture yang mula diterajuinya sejak awal Januari lalu.
Rashdan juga bakal berkerjasama dengan pengarah berpengalaman dari Rusia, Ingo Storm dalam mengarahkan filem pertama terbitan syarikatnya yang berbahasa Inggeris, berjudul Bill Kill.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pelakon ini pernah menghasilkan sebuah album duo bersama seorang lagi pelakon, Nor Zamshuri atau Zam (pelakon Skuad Elit), berjudul Qhalam Vision (QV).
Album berkonsepkan motivasi dan intelektual itu mula diedarkan pada pertengahan tahun 2005 oleh Suria Records (SRC).
Bagaimanapun, menurut Rashdan, kontrak dua tahun mereka bersama SRC telah pun tamat sekitar tahun 2006.
Kini, mereka merancang untuk mengedarkan semula album mereka dengan memberi nilai tambah yang lebih baik kepada album tersebut.
“Insya-Allah, dalam masa tiga bulan dari sekarang kami akan perbaharui kulit album QV dan mungkin akan membuat penambahan beberapa buah lagu lagi.
“Lagu-lagu album itu semua sama dengan yang dahulu, cuma kali ini kami akan bagi orang dengar single saya dulu. Selepas itu single dari Zam, dan kemudiannya lagu-lagu duet kami,” katanya.


Nama Penuh :Muhamad Rashdan Bin Abd Halim
Tempat Lahir :Kota Bharu, Kelantan
Bangsa :Melayu
Bahasa :Bahasa Melayu
Kerjaya :Pelakon
Kemahiran :Berlakon

No comments:

Post a Comment