Thursday, August 19, 2010

SOUTH EAST ASIA ROYALS WORKSHOP (SEA-ROW)


PUTRI ANIS BEING ONE OF THE GUEST SPEAKER IN SEA-ROW
GRAND CEMPAKA HOTEL ,JAKARTA

Putri Anis dan bondanya


Bersama kekanda,ayahanda dan bondanya di Lapangan Terbang


Putri Anis bersama pembesar dari Kementerian Sosial Indonesia


Di kamar kediaman


Putra Eedi , kekanda Putri Anis di ruangan kediamannya sewaktu di Jakarta


Barisan Sultan , Raja , Lembaga Adat bagi kepulauan Indonesia serta para bangsawan muda  dalam acara SEA-ROW


Pembicara di dalam SEA-ROW


Putri Anis sedang melontarkan idea-ideanya dalam perkembangan sejarah dan falsafah serta usaha-usaha dalam membaik pulih kehidupan masyarakat terutama golongan miskin di rantau ini manakala juga menyampaikan peranan-peranan sebagai seorang bangsawan terhadap kestabilan sesebuah negara

Para bangsawan  dengan peka mendengar  taklimat atau idea yang disampaikan oleh Putri Anis

Pengelola Taman Mini Indonesia yang juga pakar sejarah nusantara bergelar Kanjeng Raden Ario Temenggung Mas'ud Thoyyib membahaskan masalah sejarah dan budaya di Asia

Pembicara atau Lembaga Adat dari Sulawesi Selatan


Ratu Ayu dari Sulawesi Selatan menyampaikan pengalaman dalam pembentukan yayasannya


Peneraju Bangsawan Muda Indonesia adalah YM Utti memperkenankan berbicara dalam majlis formal ini

Pembicara pertama adalah Kerajaan Kuno Raja Mulawarman , Shri Lalu Ghde Pharmanegara dari Lombok , YM Utti dari Ketapang , Pontianak dan Sri Ratu Saadong Vii dari Aceh/Kelantan

Beberapa keraton atau kesultanan dari Pontianak , Solo , Palembang , Sulawesi dan Kalimantan sedang berbincang sambil menunggu mesyuarat kedua dimulakan 


Sultan Iskandar memberikan ucapan atau kata-kata sambutan

Dari kiri adalah Presiden Akki , Tengku Mahkota Kesultanan Kutai Kartanegara dan Benny A.Samu-Samu dari Kerajaan Maluku Utara

Penyampaian cenderamata kepada Sultan Palembang Darussalam

Dari kiri adalah YM  Sri Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin , keraton Kesultanan Palembang Darussalam selaku Presiden Asosiasi Kesultanan Dan Kerajaan Indonesia , YM Pangeran Ariffin atau Raja Muda Kesultanan Kutai Kartanegara , Kalimantan Timur bersama Sri Ratu Saadong Vii sedang membicarakan masalah gabungan dan penyatuan raja-raja nusantara dalam mengembangkan kesejahteraan masyarakat di wilayah yang terlibat. Di belakang dari kiri adalah Ivan Chaniago dari Padang iaitu bodyguard Putri Anis dan Tuan Raswari Anwaras selaku Presiden Persatuan Insinyur Indonesia

Bersama para bangsawan sebelum memasuki ruang mesyuarat

Bersama Kanjeng Pangeran Norman Hadinegoro dari Keraton Surakarta Hadiningrat

Cenderamata yang bertemakan Merekat Harkat Kebangsawanan Kerajaan Kesultanan Se-Asia Tenggara Demi Menjulang Maruah Nusantara Jaya


1.0       PENDAHULUAN
Untuk makluman kertas  cadangan pembentukan “ERA KEEMASAN NUSANTARA JAYA” ini sebenarnya adalah kesinambungan cadangan Sri Ratu Saadong VII iaitu YM Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali dari Kesultanan Aceh dan  Kelantan semasa berucap di South East Asean Royal Workshop (SEA-ROW) yang diadakan di Jakarta pada tanggal 18 Januari 2010 bersama Asosiasi Kerajaan Kesultanan Indonesia dan Bangsawan Muda Indonesia.Sehubungan dengan ini beliau menegaskan untuk memulia dan mendukung para raja dan sultan serta bangsawan muda khususnya yang ada di nusantara ini untuk merealisasikan sebuah Nusantara Jaya di mata dunia.Dengan terlaksananya Nusantara Jaya ini,beliau berdoa dengan penuh keyakinan bahawa ianya bukan setakat mempererat dan memantapkan lagi tali silaturahmi antara kesultanan yang ada di Malaysia dengan lain-lain kerajaan di Nusantara khusunya dan lain-lain kerajaan di dunia amnya dan ini seterusnya akan mewujudkan sebuah Nusantara Jaya yang mampu diiktiraf sebagai institusi yang terunggul di peringkat global dengan mempunyai objektif tertentu sebagaimana yang tercatit dalam kertas cadangan penubuhan “Era Keemasan Nusantara Jaya melalui pembentukan yayasan yang dicadangkan iaitu Yayasan Diraja Putri Anis atau The Malay Archipelago Royal Foundation Of Princess Anis ”.Dalam merekat harkat darjah serta amanah menjulang Nusantara Jaya melalui kerjasama seluruh para raja dan sultan serta bangsawan muda bagi setiap negara sewajarnya saling bekerjasama  dan merapatkan hubungan dalam menjalin ikatan yang kukuh dalam sebuah Nusantara Jaya yang dipelopori oleh Sri Ratu Saadong VII dari Kesultanan Kelantan dan mentindaklanjuti proses ini maka segala bentuk program mahupun tindakan lanjut telahpun disusun rapi oleh Putri Anis yang kita akan sama-sama lihat pada bab berikutnya.

            Pertama sekali bagaimana ilham ataupun idea Putri Anis untuk mewujudkan Era Keemasan di Nusantara ini dengan penubuhan Yayasan Diraja Nusantara Putri Anis.Beliau melihat dari sudut perekonomian rakyat miskin telah melanda beberapa negara di dunia ini yang mana tidak dapat dibiarkan jika tiada yang bangkit untuk membantu merubah struktur perekonomian rakyat miskin teutama nya golongan miskin tegar yang agak kritikal buat masa sekarang dalam menghadapi masalah kegawatan ekonomi global dewasa ini akibatnya populasi manusia semakin merosot dan ramai akan meninggal dunia akibat kebuluran.Justeru,dengan penubuhan Yayasan Diraja Nusantara Putri Anis,yang akan disambut baik sebentar nanti akan menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi yang telah dirancang dan dilaksanakan kelak melalui pembentukan strategi perniagaan yang berkesan dan mampan seperti penubuhan Koperasi Yayasan Diraja Putri Anis yang mampu meningkatkan taraf hidup golongan ini.Penerokaan hasil kekayaan bumi yang dilaksanakan secara rakus dan tidak mengambil kira kepentingan alam semulajadi di samping kekayaan tersebut dirampas opportunis yang mengaut keuntungan secara menyalahi undang-undang yang telah melumpuhkan ekonomi negara di banyak negara di Nusantara sebelum ini dapat dibanteras dengan jayanya sekirannya wujud pemerintahan Raja-Raja Melayu dan Nusantara yang berdaulat,menjunjung kemuliaan dan memegang adat budaya leluhur.Ini penting dalam mewujudkan ketamadunan kemakmuran rakyat yang berkekalan dan seterusnya Yayasan Diraja Nusantara Putri Anis  yang terunggul di peringkat global.

            Dari segi politik,hubungan diplomasi yang diterapkan oleh Raja-Raja Melayu dan Nusantara yang berdaulat dan menjunjung serta memgang adat budaya leluhur sejak berzaman membina kekuatan rohani dan jasmani yang kental di antara Raja-Raja Nusantara khususnya dan Raja-raja Nusantara dengan lain-lain Raja di dunia ini amnya akan meningkatkan hubungan diplomasi dan maruah Institusi Diraja diantara Negara-negara tersebut.Ini merupakan satu kredit dalam usaha untuk meningkatkan tali silaturahmi yang sedia terwujud serta dapat menarik pelaburan ke negara-negara di nusantara tersebut.Secara tidak langsung dana yang diperolehi mampu menggerakkan aktiviti-aktiviti Yayasan Diraja Nusantara Putri Anis dengan lebih efisien.

            Kehilangan adat istiadat dahulu kala tidak mungkin terjadi sekiranya kita sendiri sebagai anak bangsa boleh menghargai serta memegangnya dengan ketulusan hati.Sekiranya Raja mahupun Sultan yang memerintah,memiliki budi bahasa dan sopan yang tinggi dan luhur,Raja dan rakyatnya akan dihormati dan dipandang mulia oleh masyarakat luar.Sejarah telah membutikan bahawa kota yang kecil boleh mengalahkan kota yang besar kerana rakyatnya memiliki sifat-sifat yang dinyatakann di atas di samping ramai para cendikiawan memegang jawatan penting di pemerintahan kerajaan yang menekan dan membudayakan nilai adat budaya yang tinggi luhurnya.Dengan adanya Raja Berpelembagaan yang menjunjung kebesaran dan kemuliaan adat budaya yang luhur serta penggabungan Negara-negara Nusantara  yang berasal dari rumpun yang sama ini sudah tentu dapat menyatukan jiwa dan suku bangsa tersebut bagi merealisasikan Nusantara Jaya.Dalam hubungan ini adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menjaga,memupuk dan memuliakan adat budaya bangsa dengan apa cara sekalipun sebagai satu system nilai leluhur yang harus dipertahankan sepanjang masa untuk mewujudkan sebuah negara nusantara bertamadun,berdaulat,disegani serta dihormati oleh negara-negara di pelosok dunia.Untuk itu sebagai generasi pelapis budaya bangsa khusunya menjadi suatu komitmen untuk menghindari daripada lunturnya budaya Nusantara yang digah-gahkan sejak zaman-berzaman.Sebaliknya usaha untuk memartabatkan budaya ini,merupaka suatu yang wajib dilaksanakan.Kita harus berpegang kepada petua gahnya bangsa kerana adat,masyhurnya bangsa kerana budaya.

            Dalam usaha untuk merealisasikan pembentukan dan penghasilan sebuah Nusantara Jaya yang diidam-idamkan,Sri Ratu Saadong VII berharap semua pihak terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung seharusnya menggemblengkan tenaga dan daya pemikiran tanpa dilengah-lengahkan untuk mencapai impian murni ini secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.Dalam hubungan ini,bukan negeri Kelantan yang mempelopori Yayasan Diraja Nusantara Putri Anis tetapi kemudiannya akan disusuli oleh negara-negara lain di Nusantara.

            Sebagai konklusinya,penubuhan Yayasan Diraja Nusantara Putri Anis ini,bersempena Era Keemasan Nusantara dengan gabungan negara-negara nusantara kearah merealisasikan penubuhan Nusantara Jaya diyakini dapat memberi manfaat yang besar dalam setiap disiplin kehidupan samada dari segi tangible atau intangible seperti yang dinyatakan di atas.Bagaimana niat murni ini tidak akan tercapai tanpa usaha dan komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat.Dengan adanya raja-raja yang dianugerahkan kedaulatan serta darjah kebangsawanan yang luhur yang turut didukung oleh rakyat yang mampu berdikari,bertakwa,dan mempunyai jati diri yang tinggi tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha untuk merealisasikan penubuhan sebuah Nusantara Jaya akan menjadi kenyataan hendaknya dan cetusan idea-idea yang bernas akan menghasilkan resolusi yang bermanfaat sebagai panduan dan rujukan kearah penubuhan era  keemasan nusantara jaya yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

2.0       OBJEKTIF PENUBUHAN
2.1       Mengumpulkan para raja dan bangsawan , sejarawan ,budayawan  yang ada di nusantara ini khususnya dalam memelihara dan mengembalikan maruah  adat dan istiadat Melayu yang sudah banyak tercicir .Dengan ini keturunan diraja yang dahulu hilang akan terkumpul kembali melalui program jejak kasih bangsawan senusantara .
2.2       Bagi mengadakan konvensi dan penggabungan antara seluruh negara dan mengadakan kerja-kerja amal di setiap negara tanpa rasa jemu malah akan menghabiskan waktu , harta dan energi bagi membela kalangan yang kurang upaya .
2.3       Menggalakan pelabur-pelabur dari luar negara datang melabur di dalam bidang pembangunan masyarakat seperti penubuhan sekolah antarabangsa yang akan menjadi perhubungan antara negara-negara yang terkait , penubuhan masjid atau pusat dakwah islamiah yang akan mengumpulkan tempat berkumpul ulama-ulama dunia , pusat peradaban sejarah juga untuk sejarawan yang mencintai sejarah peradaban dunia bagi membincangkan isu-isu sejarah lampau dan akan datang serta istana adat bagi memperjuangkan kembali semangat kejituan para bangsawan dan sultan senusantara dalam mempertahankan kemuliaan keturunan .
2.4       Mengadakan aktiviti dan menyalurkan peluang pekerjaan dan perniagaan bagi pelapis masa depan negara supaya bersatu padu bagi melakukan tugas-tugas amal di bawah Yayasan Diraja Nusantara Putri Anis tanpa persengketaan , kezaliman , penindasan dan gejala rasuah yang berterusan .
2.5       Melatih dan mendisiplinkan bakat seperti bidang masakan , seni tari , lukisan , ilmu persilatan , motivasi , jahitan dan sulaman , seni muzik , seni teater , pertukangan dan kemahiran  serta memproduksikan barangan hasil kraftangan masyarakat tempatan .
2.6       Melahirkan gologan belia yang berani tampil ke hadapan dan berani bersuara bagi menyumbangkan idea dan pendapat bagi bidang tertentu yang akan dikendalikan oleh yayasan ini .
2.7       Meningkatkan pendapatan ekonomi masyarakat di dalam negara agar faktor kemiskinan tidak wujud lagi di setiap lapisan masyarakat dengan hasil usaha mereka sendiri berpandukan program yang akan diwujudkan dan diselenggarakan oleh yayasan ini .
2.8       Memelihara ibu tunggal , anak yatim , orang-orang tua yang terbiar , orang-orang cacat dan istimewa agar kehidupan mereka terbela dan mendapat perhatian dari pelbagai pihak bukan mendapat penghinaan yang tidak sewajarnya dilakukan .
2.9       Mempersatukan hubungan antara pelbagai negara melalui berbagai-bagai etnik dan rumpun dari setiap pelusuk dunia . Di sini yayasan ini akan memastikan bahawa masalah agama dan bangsa tidak akan terpecah dua malah mereka akrab berbahagi rasa dan saling berkongsi masalah dan pelbagai idea dalam merangsang perpaduan sejagat dapat dilaksankan dengan aman dan damai .

            3.0       MATLAMAT PENUBUHAN
3.1       Menyatukan semua Raja-raja nusantara bagi membolehkan mereka mencadangkan , merancang dan membantu serta melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan masyarakat .
3.2       Mengumpul dana yang khusus bagi membantu masyarakat terutamanya golongan miskin tanpa mengira negara , warna kulit , anutan agama , dan apa jua fahaman mereka .
3.3       Menjadi wadah kepada masyarakat di setiap rumpun bersatu padu melalui apa jua cara dan bantuan yang akan disampaikan kepada golongan sasar .
3.4       Berperanan sebagai penghubung antara negara-negara berkenaan melalui kaedah diplomatic jika berlaku sebarang krisis yang gagal ditangani melalui saluran politik .
3.5       Meletakan peranan serta fungsi raja-raja nusantara di tempat tertinggi sebagai ketua dalam memakmurkan negara dan rakyat .
3.6       Mewujudkan satu kaedah perekonomian yang saksama , adil , telus dan strategik.
3.7       Memartabatkan adat istiadat kesultanan nusantara melalui kaedah yang bersifat global serta mempertahankannya sebagai satu warisan yang akan dikekalkan buat selama-lamanya .
           
4.0       VISI DAN MISI
Diiktiraf sebagai institusi  unggul bertaraf global yang akan mengendalikan seberapa banyak aktiviti amal dan kemasyarakatan  serta untuk mengembalikan kegemilangan dan era keemasan golongan bangsawan yang hilang dengan menyatukan semua para raja dan golongan bangsawan Nusantara bagi merencanakan dan merealisasikan pelbagai aktiviti berkaitan yang akan memakmurkan manusia sejagat .

5.0       SKOP YAYASAN
            5.1       Pusat Latihan dan Kemahiran
-Untuk melatih anak-anak yang terbiar dan tidak lagi mendapat pendidikan dalam pelbagai bidang kemahiran bagi menonjolkan bakat kemahiran yang mereka miliki dan di bawah ini adalah cadangan yang akan dilaksanakan oleh The Malay Archipelago Royal Foundation Of Putri Anis :
5.11     Bengkel jahitan dan sulaman
-Menyediakan rancangan perniagaan dalam projek kerjaya seperti    mengambil tenaga pengajar jahitan dan sulaman untuk memberi latihan kepada pelajar-pelajar  .
-Mereka bentuk pakaian hasil rekaan dan jahitan sendiri dan akan dipamerkan di dalam galeri atau butik yang akan disediakan oleh yayasan.
-Pengurusan dan keusahawanan dalam meningkatkan mutu jahitan dan sulaman

5.12     Galeri Tenunan Songket dan Batik
-Menyediakan tempat pembuatan batik dan tenunan songket di dalam kawasan yayasan yang dimaksudkan .
-Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Oleh kerana itu yayasan yang akan dinaungi oleh Putri Anis bertujuan untuk memeartabatkan kembali seni reka batik ini agar semua lapisan masyarakat boleh memakainya baik yang berada mahupun peringkat sederhana dan bawahan .
-Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya dan kini usaha yayasan yang akan dibangunkan ini nanti turut mengangkat tenunan songket sebagai sebuah simbol kedaulatan bangsa terutama para bangsawan melayu .
-Mempamerkan hasil atau motif baru dan lama bagi songket dan juga batik serta membawa corak-corak tersebut ke mercu dunia fesyen peringkat antarabangsa .
-Di samping itu memberi ruang kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menghasilkan karya seni mereka melalui seni reka batik dan tenunan songket yang memakan masa untuk menyiapkannya .

5.13     Bengkel Masakan
-Bertujuan memberi latihan kepada golongan remaja terutamanya dalam mengendalikan urusan rumah tangga seperti memiliki ilmu pengetahuan dalam bidang masakan . Yayasan ini akan memperkenalkan resepi komersial iaitu resepi yang direka khusus untuk tujuan perniagaan dimana dapat gunakan resepi ini untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan masakan barat atau timur/melayu dan sebagainya di restoran atau gerai milik sendiri atau restoran yang juga akan dijalankan oleh pelajar-pelajar di bawah naungan yayasan .
-Pelajari selok-belok masakan barat seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Beef Steak, Fish & Chip termasuk black paper sauce, brown sauce, mushroom sauce, tartar sauce, thousand island sauce lengkap dengan hidangan pengiring.
-Di dalam suatu masa tenaga pengajar akan memberikan buah fikiran atau idea bagi membangunkan masyarakat dengan ilmu dan hak mereka terutama kepada wanita yang mempelajari pengalaman daripada pihak yang lain berkenaan bidang tersebut .
-Program masakan ini memberi kesedaran tentang perlunya keseimbangan dalam memenuhi tuntutan keluarga dan kerjaya untuk mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja.
-Program ini juga menyediakan platform untuk belia terlibat secara langsung dalam program modal insan dan memberi kesedaran penjagaan kesihatan dan kebersihan dalam menguruskan pemakanan terutama kepada belia dan beliawanis negara yang harus menjaga tubuh badan untuk masa depan negara .

5.14     Bengkel Kraftangan
-Ibu bapa yang mempunyai anak-anak tiada pekerjaan dan ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam bidang perniagaan. Inilah asas-asas perniagaan terbaik untuk anak-anak mereka sebelum mereka membuka perniagaan lain yang lebih hebat. Atau mereka-mereka yang ingin menjadikan kraftangan sebagai hobi , yayasan ini juga turut mengambil tenaga pengajar dalam menghasilkan produk kraftangan yang terbaik .
-Membantu mereka iaitu pelajar yayasan kerana kraftangan terdapat keunikan, kreativiti dan kesenian yang tersendiri.
-Boleh membuka peluang kepada pelajar untuk mengetengahkan hasil tangan mereka kerana kraf kini telah mendapat pengiktirafan dunia kerana kehalusan seninya dan untuk program masa hadapan yayasan ini boleh menganjurkan festival kraftangan ke seluruh nusantara hasil dari rekaan kreatif dari pelajar-pelajar yayasan .
- Memastikan peranan ahli kraf(pelajar) seperti adalah mereka harus reka atau hasilkan sesuatu yang lebih komprehensif dan mudah guna. Supaya, barang yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kemelayuan, selalu dan mudah digunakan .
-Karftangan adalah produk kebangaan Negara. Produk kebanggan kita sebagai anak Malaysia. Kita harus berbangga dengan segala bentuk kraftangan yang dihasilkan oleh anak Malaysia. Kraftangan Malaysia terlampau banyak jenis, dari rantai sehingga binaan rumah. Oleh itu yayasan ini juga akan berperanan aktif dalam melatih semua pihak bagi menggunakan hasil kraftangan negara sendiri .

5.15     Gelanggang Keseniaan
-Terdiri dari kelas tarian , teater , silat , permainan tradisional seperti congkak , wau , gasing , sepak raga dan sebaginya , lukisan , muzik moden dan tradisional  dan di bawah adalah rumusan kepada kemanfaatan gelanggang keseniaan ini kepada masyarakat melalui yayasan yang akan ditubuhkan nanti .
-Seni persembahan tradisi yang merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan teater tradisional boleh ditinjau dari segi hiburan, ritual dan pengubatan. Ia juga boleh dikategorikan dari segi genrenya, iaitu rakyat atau istana atau dibahagikan mengikut kegunaan unsurnya, iaitu tari, muzik dan drama. Syarahan ini akan meninjau seni persembahan tradisi dari segi fungsinya, iaitu ritual, pengubatan dan hiburan, dan menghuraikan perubahan yang telah berlaku ke atas mereka.
Persembahan untuk ritual yang merangkumi bentuk tarian dan teater memuja semangat dan roh yang dipercayai mempengaruhi kehidupan ahli suku kaum bagi memenuhi berbagai tujuan. Antaranya ialah untuk kesyukuran, bernazar dan perlindungan dari malapetaka. Perkara kesyukuran ialah seperti perkahwinan, kelahiran dan menuai; menolak bala malapetaka alam seperti letupan gunung berapi, gerak gempa, banjir, ribut taufan; memohon perlindungan melibatkan upacara menyemah kampung atau rumah panjang, membersih kawasan hutan untuk tanaman, mengubah tengkorak ke tempat atau rumah baru dan upacara pengubatan.
Persembahan tarian yang memenuhi tujuan-tujuan ini terdapat dalam kalangan suku-suku kaum di Sabah. Di dalam kategori ritual untuk pengubatan ialah tarian magunatipdan mansayau dari suku kaum Kwijau, tarian sumayau/ mandasayau dari suku kaum Dusun. Tarian untuk menyemah semangat yang juga digunakan sebagai pengubatan terdapat dalam kalangan suku kaum Dusun di kawasan Kuala Penyu yang mengadakan tarian sumazau untuk upacara bergading, sementara suku kaum Dusun di Membakut menggunakan tarian yang sama di dalam upacara memanta, dan Dusun di Papar menggunakan di dalam upacara gumazad. Untuk tujuan yang sama suku kaumRungus dan Kimaragang mempersembahkan tarian mengigol dan sumandai.
Tarian yang berkaitan dengan menanam dan menuai padi ialah sumazau oleh suku kaum Kadazan/Dusun, mengigol dan sumandai oleh suku kaum Rungus, tarianmagunatip dari suku kaum Kwijau dan pinakang dari suku kaum Kimaragang.
Di Sarawak juga terdapat tarian yang memenuhi keperluan yang sama seperti tarian tolak bala yang ditarikan oleh suku kaum Bidayu untuk menyemah rumah panjang. Suku kaum Melanau pula mengadakan tarian aluk-aluk semasa berkabung sepanjang empat hari bagi meredakan suasana muram yang mengiringi sesuatu kematian.
Di Semenanjung dalam kalangan orang asli puak Temiar terdapat tarian sewang yang dipersembahkan untuk tiga upacara tertentu. Pertama, untuk kesyukuran selepas menuai atau membuka tanah baru; kedua, menandakan selesainya masa bekabung; dan ketiga, mengiringi pengubatan tradisi. Pergerakan dan muzik untuk ketiga-tiga upacara ini adalah sama, hanya lagu yang dinyanyikan oleh Halak atau bomoh berbeza mengikut keperluan upacara. Tarian saba yang memenuhi keperluan yang sama terdapat dalam kalangan orang asli di kampung Kuala Jengai di Terengganu.
Selain tarian, bentuk teater tradisi juga dipersembahkan untuk memenuhi fungsi ritual seperti menyemah kampung, kesyukuran, bernazar dan pengubatan. Antaranya ialah teater makyong, wayang kulit, menora dan mek mulungMakyong juga mempunyai fungsi mengubati pesakit di dalam sebuah upacara yang dikenali sebagai main puteri.Menora yang berkaitan dengan agama Buddha selalunya dipersembahkan untuk upacara keagamaan seperti upacara ketik untuk merayakan sebuah berhala.
Kesemua bentuk teater dan tarian ritual ini digunakan juga untuk fungsi sekular, iaitu hiburan semasa temasya pesta atau keramaian perkahwinan. Umpamanya, tarianlimbai dan runsai dari suku kaum Bajau dipersembahkan semasa perkahwinan, sementara tarian tarirai, tabawan, daling-daling, lolai-lolok dan sayan dipersembahkan untuk keramaian suku kaum lain. Suku kaum Murut pula mempunyai tarian ongalang untuk mengiringi hantaran pengantin dan tarian aduai-aduai ditarikan semasa upacara minum tapai.
Kesemua tarian suku kaum Kedayan dan Brunei berfungsi sekular, iaitu dipersembahkan hanya untuk hiburan dan keramaian dan bukan untuk memuja roh atau semangat kerana suku kaum ini beragama Islam yang melarang sebarang pemujaan selain Tuhan. Jenis tarian dalam kalangan suku kaum ini ialah mendayut, adai-adai dansamalindang yang ditarikan semasa perkahwinan dan temasya hiburan yang lain. Dalam kalangan suku kaum Kokos terdapat tarian melinggok, dansa dan silong tinubou, dari suku kaum Irranun, tarian anding, dan tarian ambailuk dari suku kaum Tidung.
Di Sarawak tarian ngajat merupakan tarian bersuka ria dalam kalangan orang Iban dan tarian datun julut sebagai tarian menjemput tetamu dari suku kaum Orang Ulu.
Contoh tarian sekular di Semenanjung ialah joget, gamelan, asyik, hadrah, terinai, rodat, canggung dan mak inang, sementara bentuk teater untuk hiburan sekular diwakili oleh jikey, makyong laut dan bangsawan.
Perubahan fungsi menyebabkan persembahan berubah haluan daripada ritual kepada sekular. Dan adakalanya fungsinya sebagai hiburan popular telah terhakis akibat kekurangan sambutan. Ini menyebabkan beberapa permainan tradisi seperti makyong kedah, mek mulung dan wayang melayu telah terkubur dan bilangan pemain permainan tradisi lain semakin merosot.
Oleh itu kekerapan persembahan semakin berkurangan di tempat asal mereka. Kalau adapun hanya di tempat dan masa yang tertentu sahaja, seperti perayaan pesta kesenian, atau di tempat khas seperti di Kampung Budaya Sarawak, di MATIC atau di hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur semasa Malaysia Fest untuk sajian kepada para pelancong.
Bentuk-bentuk persembahan yang masih segar ialah yang berkaitan dengan upacara ritual seperti pemujaan roh dan semangat yang masih diteruskan dalam kalangan orang asli di Semenanjung dan suku kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Ini juga telah mengalami perubahan struktur kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur moden.
Corak dan fungsi seni perubahan tradisi telah berubah kerana faktor-faktor berikut:
1.      Hakisan kepercayaan anamisme yang berkaitan dengan persembahan tradisi. Pada masa dahulu permainan tradisi memenuhi keperluan kepercayaan animisme, yakni dijadikan saluran untuk berdamping dengan kuasa ghaib yang dipercayai menentukan nasib pengamalnya. Dengan kemajuan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi yang boleh menerangkan secara saintifik segala kejadian alam semula jadi seperti gerak gempa, letupan gunung berapi, ribut taufan dan sebagainya, maka ini telah menghakis kepercayaan terhadap persembahan tradisi sebagai penyelamat dan penentu nasib masyarakat.
2.      Perubahan corak hidup dan kemajuan pengetahuan sains dan teknologi. Pembangunan kawasan bandar dan infrastruktur perindustrian telah berkesan ke atas bentuk seni persembahan tradisi yang dahulunya berkaitan rapat dengan pertanian dan perikanan. Persembahan ini digunakan untuk memuja semangat untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Tetapi apabila corak pekerjaan berubah kepada perkilangan dan kerja bersawah dan menangkap ikan menjadi lebih saintifik, maka gugurlah fungsi persembahan tradisi sebagai penentu hasil kerja yang lumayan. Produktiviti perkilangan memang tidak ditentukan oleh semangat, hantu atau jembalang, tetapi kepada penggunaan teknologi canggih.
3.      Status ahli pemain tradisi. Oleh kerana status persembahan tradisi telah merosot di dalam masyarakat kini, maka ahli-ahlinya tidak ingin anak masing-masing mengikuti jejak langkah mereka. Mereka mahukan anak-anak mereka berkelulusan universiti untuk menjadi doktor, jurutera, pensyarah, peguam, pengurus dan sebagainya, yang kesemuanya bertaraf jauh lebih tinggi daripada pemain rebab atau dalang wayang kulit. Sikap ini menyebabkan tidak terdapat lapisan pengganti kepada pemain yang sudah tua. Inilah antara sebab lenyapnya permainan makyong kedah danmek mulung.
4.      Kesedaran keagamaan, terutamanya dalam kalangan orang Melayu. Umpamanya, wayang kulit, main puteri, makyong dan mek mulung kesemuanya mengandungi unsur-unsur pujaan anamisme dan dimainkan semasa upacara buka panggung dan tutup panggung dalam mana hantu jembalang, roh dan semangat dijamu dengan makanan, minuman dan jampi serapah. Tujuannya ialah untuk meminta kuasa-kuasa ghaib ini melindung pemain dan penonton daripada kuasa jahat.
Upacara buka panggung di dalam persembahan wayang kulit menggabungkan kepercayaan anamisme dan Hindu. Dalang memulakan jampi serapah dengan perkataan OMyang mewakili dewa Hindu Brahma, Indera dan Vishnu. Kemudian dijemput puak sinar runduk, hantu jembalang, raja mambang dan raja iblis. Seterusnya diseru Maharaja Rawana, Seri Rama, Indrajit dan Maharishi Kala. Selepas itu, Dalang memanggil semangat utara dan laut, semangat hutan dan selatan, semangat angin api, air dan tanah bersama-sama dengan jin hitam, jin putih, iblis, Ganesha dan Semar Putih, Ardjuna dan Bima. Makyong juga menggunakan jampi serapah yang hampir sama untuk meminta kuasa ghaib menentukan kejayaan sesebuah persembahan.
Kebangkitan pergerakan Islam yang membawa kepada kesedaran ajarannya menyebabkan ramai pemain persembahan tradisi berhenti terus daripada bermain, umpamanyawayang kulit atau makyong kerana mereka sedar yang apa yang dilakukan adalah syirik, iaitu memuja patung dan meminta perlindungan dan pertolongan daripada kuasa selain Tuhan.
Perkara yang sama berlaku di dalam pengubatan tradisional seperti main puteri atau main bageh yang menggunakan unsur-unsur kurafat untuk mengubati pesakit. Di dalam kepercayaan main puteri setiap bahagian tubuh badan manusia mempunyai penunggunya sendiri dan penyakit yang dia alami adalah kerana penunggu atau hantu ini tidak disaji.
Pada masa dahulu memang banyak upacara pengubatan tradisi dijalankan kerana orang ketika itu begitu percaya kepada pengubatan secara ini. Di dalam pengubatan iniTok Puteri dengan menggunakan kepercayaan penyakit tentang semangat dan hantu cuba mecetuskan tenaga pemulihan dari dalam badan pesaki sendiri. Selalunya penyakit psikologis dapat dipulihkan, yang fisiologis tidak. Tetapi dengan kukuhan kepercayaan kepada ajaran agama Islam dan dengan adanya cara mengubati secara saintifik yang lebih mujarab di hospital, maka upacara main puteri ini semakin berkurangan.
Jadi agama dan kemajuan pengetahuan ilmu telah mengubah sikap masyarakat terhadap seni persembahan tradisi sebagai menentukan nasib dan cara hidup masyarakat.
Saingan hiburan moden telah juga mempengaruhi kemerosotan seni persembahan tradisi. Dengan adanya televisyen, video, wayang gambar, cakera laser, cakera padat dan sebagainya, persembahan tradisi tidak lagi menjadi tumpuan masyarakat. Malah kini lebih mudah memperoleh hiburan moden daripada persembahan tradisi yang diadakan sekali-sekala di luar bandar. Hiburan moden sebaliknya dapat dinikmati dengan selesa dan mudah di rumah sendiri ataupun di panggung yang moden dan indah.
Muzik moden umpamanya, disiarkan sepanjang hari sehingga jauh malam melalui televisyen dan radio, sementara muzik tradisi sukar sekali kedengaran di saluran yang sama. Industri muzik di Malaysia berasaskan muzik Barat dari segi skala, alat-alat muzik dan gaya nyanyian. Syarikat-syarikat muzik seperti CBS, EMI, Sony, dan sebagainya memasarkan muzik Melayu dan barat. Mereka tidak langsung mengetengahkan muzik tradisi kerana tidak ada pasaran. Tidak siapa pun ingin membeli kaset muzik tradisi, kecuali segelintir orang yang berkecimpung terus dengan kajian bentuk muzik tradisi. Pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan menggalakkan industri muzik Barat dan memberi bimbingan dan dorongan untuk memajukan industri ini. Sebaliknya, muzik tradisi diketepikan sama sekali. Hanya Kementerian Kebudayaan sahaja yang cuba menghidupkan muzik ini, tetapi lebih kepada imejnya sebagai pengamanah budaya Melayu daripada menjalankan usaha konkrit untuk menghidupkan warisan ini. Mereka lebih bergiat menubuh orkestra simfoni daripada orkestra tradisi. Keadaan ini berlaku kerana masyarakat lebih berselera dengan muzik Barat dan Kementerian Kebudayaan sebagai agensi kerajaan perlu memenuhi selera ini.
Sebagai akibat pengaruh muzik moden, anak-anak muda mengenali kumpulan muzik rock seperti Search atau Wings dan menjadi peminat penyanyi Nash, Ning Baizura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, dan Ella. Mereka bermati-matian menonton konsert penyanyi-penyanyi ini. Tetapi mereka tidak mengerti muzik wayang kulit atau makyongataupun hadrah. Siapa kenal Mak Minah, tokoh penyanyi bangsawan atau Hamzah Awang Amat dalang wayang kulit, ataupun Khatijah Awang, primadona makyong? Pendek kata muzik tradisi tidak lagi mendapat sambutan daripada masyarakat keseluruhannya dan tiada sebarang tindakan yang berkesan dilakukan untuk memulihkannya.
Hiburan moden juga telah memberi kesan ke atas tarian tradisi yang juga mengalami nasib yang sama seperti muzik tradisi; yakni jarang dilihat di kaca televisyen atau di pentas umum. Hanya beberapa buah tarian tradisi seperti joget gamelan dan asyik yang telah diubah suai dipentaskan untuk tatapan para pelancong di restoran tertentu dan semasa persembahan khas Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Begitu juga di Kampung Budaya Sarawak tarian ngajat, datun julud dan zapindipentaskan untuk pelancong. Tarian-tarian lain seperti kuda kepang, barongan, dabus, hadrah, tari inai dan rodat tidak kelihatan langsung. Di Sabah tarian sepertimengilok, sumazau, langsaran, daling-daling dan samalindang hanya dapat dilihat pada tempat dan masa yang tertentu.
Sebaliknya, tarian Barat (moden) bersepah di sana sini dan menjadi minat umum ketika ini. Tarian ini yang boleh dibahagikan kepada yang popular dan serius selalunya berpusat di kawasan bandar yang terdapat suasana dan cara hidup Barat seperti disko menggalakkan tarian moden, raps, dan segala gerak cergas dan ganas yang dimasukkan ke dalam popdisk heavymet (popular disco heavy metal). Generasi muda berusaha mempelajari tarian-tarian ini kerana ia menjadi tuntutan masa sekarang, dan akan menarik perhatian umum. Temasya hiburan persendirian seperti majlis hari jadi ataupun majlis tari-menari selalunya akan diikuti dengan majlis tari- menari dan muda-mudi akan menari tarian Barat yang terkini bukan tarian tradisi, kecuali tarian joget sekali-sekala.
Tarian yang serius pula seperti balet, jazz dan moden menarik golongan yang berada dan ini dianggap sebagai simbol status. Terdapat banyak sekolah tarian balet dan moden di kawasan bandar dan peminat sanggup membayar harga yang tinggi untuk mempelajari tarian-tarian ini. Sekolah balet seperti Federal Academy of Ballet menawar diploma tari yang mengandungi aspek teori dan amali tarian Barat termasuk balet, moden, jazz, taps. Sekolah balet yang lain di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka, dan Johor Bharu menawarkan kelas tarian balet dan moden yang dianjurkan oleh Royal School of Dancing dari London yang menghantar pemeriksa setiap tahun unutk memeriksa calon tarian daripada sekolah-sekolah ini.
Tarian tradisi tidak mempunyai tarikan semacam itu. Tidak terdapat sekolah swasta tarian Melayu. Yang adapun hanya Pusat Budaya yang mengajar beberapa buah tarian Melayu sahaja untuk kanak-kanak di Kuala Lumpur. Di tempat lain tidak ada. Hanya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan cuba mengaturkan kelas-kelas tarian Melayu di tempat-tempat tertentu, tetapi sambutannya dingin walaupun percuma. Pendek kata persembahan tradisi sama ada muzik, tarian ataupun teater kurang mendapat sambutan masyarakat umum.
Apakah kedudukan sebenar kegiatan persembahan seni tradisi ketika ini? Seni persembahan tradisi pada masa kini tidak dipersembahkan sebagai hiburan untuk tatapan umum kerana masyarakat telah menukar citarasa mereka kepada persembahan yang diimport dari luar negeri. Oleh hal yang demikian, kegiatan persembahan tradisi yang dahulunya berkembang di sana sini atas sokongan masyarakat, sekarang menjadi terhad dan dikelolakan oleh jabatan kerajaan atau perbadanan tertentu sahaja.
Ketika ini penggerak dan pemangkin seni persembahan tradisi ialah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Kementerian inilah yang menyusun kursus tarian dan muzik tradisi untuk dipopularkan dalam kalangan muda-mudi. Di samping itu, mereka mengendalikan seni persembahan tradisi di dalam dan di luar negara untuk menarik pelancong.
Kebanyakan kerajaan negeri juga mempunyai kumpulan seni persembahan tradisi (terutamanya tarian) masing-masing seperti Kumpulan Taman Seni Johor, Briged Seni Melaka, kumpulan tarian dan muzik kerajaan negeri Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Kesemua badan ini mengadakan persembahan untuk keramaian rasmi tertentu seperti hari keputeraan Raja atau Gabenor, hari kemerdekaan, dan semasa jamuan untuk meraikan ahli-ahli politik kebangsaan dan negeri. Sementara itu, syarikat besar seperti Petronas, Sistem Penerbangan Malaysia, Dewan Bandaran Kuala Lumpur dan Dewan Bandaran Petaling Jaya mempunyai kumpulan tarian sendiri.
Selain itu, terdapat kumpulan swasta seperti Sarawak Cultural Village, Pinang Cultural Centre dan beberapa buah restoran yang mengadakan persembahan tarian tradisi setiap malam khasnya untuk para pelancong. Kesemua persembahan ini sama ada oleh pihak kerajaan atau swasta telah diubahsuaikan untuk memenuhi keperluan persembahan secara moden.
-Berdasarkan kenyataan di atas yang sudah dikaji , maka yayasan ini akan menghidupkan kembali aktiviti-aktiviti seni dengan berlandaskan hukum agama yang sudah termaktub .
-Menyusun rancangan latihan kepada para pelajar seni  dalam setiap bidang seni untuk mempraktikkannya dengan menggunakan kaedah tertentu, bukan sekadar mengadakan apresiasi sahaja yang telah pun dijalankan oleh institusi pengajian tinggi selama ini. Walaupun sekarang ini terdapat beberapa rancangan untuk menghidupkan kembali sebilangan seni persembahan tradisi oleh institusi pengajian tinggi, dan usaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan melalui Akademi Seni Negaranya dan usaha baru menubuhkan sekolah seni oleh Kementerian Pendidikan, kesemuanya agak terlewat kerana keadaan seni persembahan tradisi begitu tenat sekali .
-Warisan merupakan sebagai satu landasan untuk mempamerkan identiti dan kemajuan negara dan seharusnya tidak pula menghalang kemajuan ini. Kita perlu sedar bahawa warisan sering berubah dibentuk oleh zaman, sesuai dengan proses menyesuaikan warisan dengan kehendak zaman. Selalunya unsur-unsur warisan yang tidak sesuai akan gugur dengan sendirinya dan digantikan dengan yang lebih sesuai. Ini juga dikenali sebagai satu proses evolusi warisan. Maka dengan itu untuk mengembalikan sejarah warisan lama ini , yayasan yang dicadangkan akan mengumpul seramai mungkin pelajar dan kakitangan pengajar dalam pelestarian bidang seni .
-Memperkenalkan ilmu silat kepada segenap lapisan masyarakat lelaki dan wanita kerana Untuk menjadi prajurit atau pendekar diperlukan syarat-syarat dan latihan yang mendalam di bawah bimbingan seorang guru. Pada masa perkembangan agama Islam ilmu pembelaan diri dipupuk bersama ajaran kerohanian. Sehingga basis-basis agama Islam terkenal dengan ketinggian ilmu bela dirinya. Jelaslah, bahwa sejak zaman sebelum penjajahan Belanda kita telah mempunyai sistem pembelaan diri yang sesuai dengan sifat dan pembawaan bangsa Nusantara terutama bangsa di Indonesia dan Malaysia yang sudah terlatih dengan ilmu persilatan.
-Guru yang diambil oleh yayasan akan mengajar muridnya pencak,iaitu mempunyai pengertian gerak dasar bela diri, yang terikat pada peraturan dan digunakan dalam belajar, latihan dan pertunjukan.
-Silat, mempunyai pengertian gerak bela diri yang sempurna, yang bersumber pada kerohanian yang suci murni, guna keselamatan diri atau kesejahteraan bersama, menghindarkan diri/ manusia dari bela diri atau bencana. Dewasa ini istilah pencak silat mengandung unsur-unsur olahraga, seni, bela diri dan kebatinan. Inilah yang akan diguna pakai didalam pendidikan silat melalui yayasan yang akan didirikan .
- Dengan kemahuan, keinginan, ketertarikan, ketekunan, dan seorang pembimbing yang baik, maka dalam satu tahun para pelajar yayasan pasti mempunyai keterampilan melukis dan menikmati manfaat-manfaat melukis kerana di sini pihak yayasan akan menyedikan pelukis yang handal untuk meluangkan masa kepada masyarakat atau remaja yang gemar dalam bidang ini . Hasil seni lukisan ini seterusnya akan menghasilkan sejumlah wang   di samping akan meningkatkan kebahagiaan jiwa seseorang .

5.16     Bengkel Kecantikan
-Kecantikan dan penampilan diri amat penting bagi golongan wanita,secara umumnya ramai wanita kini lebih prihatin dalam penjagaan diri dan kecantikan.Oleh disebabkan itu,banyak salun rambut dan Spa tumbuh bagai cendawan.Ini membuatkan keperluan tenaga mahir dalam bidang terapi kecantikan amat menggalakkkan bagi mengisi jawatan sebagai ahli terapi kecantikan, jurusolek,perunding imej, dan pengusaha salun yang bertauliah. Sejajar dengan permintaan masyarakat di dalam bidang kecantikan yang semakin meningkat , yayasan ini juga menawarkan kepada para pelajar untuk mengikuti kursus dan latihan yang ditawarkan .
-Kursus ini ditubuhkan bagi melahirkan para pelajar yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang kecantikan selaras dengan permintaan industri yang semakin berkembang pesat di negara ini.
-Selain daripada itu penglibatan salun-salun di sekitar juga akan turut menyumbang kejayaan yang besar bagi melahirkan para pelajar yang berkemahiran dan mampu bersaing di industri kelak. Yayasan juga akan membuka salun kecantikan untuk kemudahan awam dan akan dijayakan oleh para pelajar yayasan yang sudah lulus kursus .
-Melantik persatuan Spa-Spa Malaysia dan di luar negara sebagai panel penasihat bagi menyelaraskan teknik-teknik urutan tradisi masyarakat melayu di dalam proses penerbitan buku. Bagi masyarakat setempat pula,kolej telah mengadakan kursus-kursus pendek untuk golongan wanita dan remaja di sekitar kawasan agar mereka dapat didedahkan tentang kepentingan penjagaan diri dan kecantikan pada masa kini,justeru itu dapat membendung masalah pengangguran di kalangan pelajar lepasan SPM .
-Antara kursus –kursus yang akan digiatkan di yayasan ini melalui bidang kecantikan adalah kursus solekan , penampilan diri , terapi badan , guntingan rambut , penggayaan dan dandanan rambut ,manicure dan pedicure ,penjagaan dan rawatan kulit muka ,guntingan rambut lelaki bermodul dan terapi wanita bermodul .
-Yayasan akan turut menjalankan aktiviti atau gerak kerja melalui bidang kecantikan ini dengan mengadakan hari bersama pelanggan bagi mempromosikan produk yang dihasilkan khas melalui idea para pelajar , pertunjukan fesyen ,solekan dan penggayaan ,mesyuarat persatuan bengkel kecantikan antara dua negara ataupun negara-negara yang akan terlibat ,anugerah perunding imej atau tenaga pengajar bagi yayasan di samping penghasilan melalui butik salun dan kecantikan ini akan dibahagi kepada golongan miskin yang kurang upaya .
-Melalui sistem latihan berorientasikan ‘dual- system’ para pelajar dikehendaki menjalani latihan seminggu sekali di salun yang disediakan di yayasan  bagi tujuan meningkatkan tahap kemahiran yang tinggi berteraskan teknologi yang terkini di dalam bidang dandanan dan penggayaan rambut. Sokongan serta dorongan daripada pihak pengurusan yayasan serta usahasama daripada salun-salun sedikit sebanyak membantu di dalam memantapkan lagi perjalanan kursus para pelajar. Di samping itu, Unit Kecantikan Dan Dandanan Rambut juga akan menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penglibatan para pelajar di dalam usaha untuk mempertingkatkan sistem pembelajaran dan pengajaran  .

5.17     Kelas Ceramah dan Motivasi
-Menyediakan guru motivasi dalam menyampaikan ceramah bagi berkongsi idea, pendapat dan pandangan secara lebih jelas dan terbuka kepada para pelajar yayasan. Pendengar juga boleh bertanya perkara yang mereka kurang faham disamping dapat berkongsi pandangan mereka. Sebelum ini komputer kurang digunakan, penulis menghantar tulisan yang ditaip dan tulisan itu disunting dan ditaip semula. Didalam proses suntingan kadang-kadang terjadi kekeliruan misalnya lain yang ditulis lain pula yang difaham lalu diubah taip dan menjadi makna yang berbeza.Jadi kelas ceramah dan motivasi ini akan diwujudkan dalam yayasan ini demi kepentingan sesebuah yayasan tersebut dan masyarakat.
- Dapat mengubah anggapan kelas yang kurang produktif  menjadi kelas yang aktif dengan pembelajaran yang menyenangkan (enjoyable learning).
-Menampilkan pakar-pakar motivasi yang berkaliber dan berpengalaman dari setiap negara bagi membasuh fikiran pelajar-pelajar yayasan yang ada kemungkinan sudah banyak punah ranah akibat dunia yang serba canggih tanpa kawalan .
- Adanya pemodelan sebagai contoh pembelajaran dapat meningkatkan semangat pelajar yayasan untuk  mencuba meniru seperti apa yang telah dilihatnya, dengan demikian mereka tidak mengalami kesulitan  dalam mengkonstruksi pengetahuannya. Dalam pendekatan kontekstual refleksi merupakan peranan  penting, yaitu meraka mengendapkan apa yang baru dipelajarinya sebagai struktur pengetahuan baru  yang merupakan penggayaan atau revisi dari pengetahuan sebelumnya. Dengan begitu, mereka yang berada dalam lingkungan ini merasa  memperoleh sesuatu yang berguna bagi dirinya tentang apa yang baru saja dipelajarinya.
- Memberi kesedaran kepada tenaga pengajar atau pakar motivasi  agar jangan terpancing dengan temuan-temuan  peneliti, dan mereka juga harus dapat menguji dengan melalui penelitian tindak kelas atau action  research classroom.Kalau benar, maka tentunya guru atau pendidik ini akan menggunakan dalam pembelajarannya, dan  tentunya guru juga harus menularkan kepada guru-guru lainnya yang masih berkutat kepada model  pembelajaran tradisional khususnya dalam memberi kesedaran atau motivasi kepada para pelajar .
-Menyediakan kelas agama pelbagai bangsa dalam menerapkan nilai perpaduan bukan persengketaan antara bangsa sesama bangsa mahupun perbezaan agama .

5.18     Bengkel Pembuatan Makanan Tradisional Nusantara
- Diselenggarakan sebagai upaya yayasan untuk mengajak masyarakat luas ikut melestarikan berbagai makanan tradisional Nusantara warisan nenek moyang kita, sekaligus menjadi tunjang kesepakatan pelbagai kaum , budaya dan agama .
-Melatih para pelajar menghasilkan pelbagai resipi kuih atau makanan tradisional di pelbagai wilayah nusantara dan memasarkan di seluruh cabang negara .Di samping makanan tradisional ini juga dapat meningkatkan mutu dan kualiti industry kampung  .
-Akan membentuk festival makanan tradisional nusantara setelah para pelajar dididik khusus dalam bidang tersebut .
- Dapat mendukung kemajuan para pelancong dan menjadi agenda tahunan wisata kuliner bagi kota-kota yang disinggahi dan yang ikut serta dalam mempamerkan  makanan tradisional khas Nusantara yang juga  dapat menjadi duta budaya yang ampuh untuk mempromosikan negara ini ke mancanegara.

5.19     Pusat Pameran dan Jualan
-Adalah sebuah tempat yang mana akan melatih para pelajar di bawah naungan yayasan untuk memperkenalkan hasil produk mereka yang telah mendapat latihan dan kursusu sejak awal oleh tenaga pengajar yang mahir .
-Di sini mereka juga akan diberi pengetahuan soal perniagaan dan bimbingan keusahawanan sehingga keyakinan mereka benar-benar tampil .
- Sistem pengedaran produk yayasan  meliputi cara cara seperti edaran runcit, jualan terus, jualan pameran atau jualan fizikal terus kepada pengguna. Agen konvensional akan dapat menikmati faedah seperti liputan berita premis dan sebagainya .
-Membolehkan para pengunjung dan pelawat menikmati jualan di pusat pameran atau galeri yayasan ini  sambil beramal kerana beberapa persen daripada hasil jualan akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang turut dikelolakan oleh The Malay Archipelago Royal foundation Of Putri Anis .

No comments:

Post a Comment