PERTEMUAN SETIAUSAHA PKRJK
BERSAMA AJK PKRJK DENGAN YM SRI RATU SAADONG VII SERTA MAJLIS BERBUKA PUASA DI RESTORAN ARAB CRUISE KOTA BHARU KELANTAN
Sri Ratu Saadong Vii
ARKIB : 25/08/2010
Kemelut Puteri Anis-Kerabat Raja Jembal selesai?
KOTA BHARU 24 Ogos - Pertikaian Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) dengan Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang mendakwa waris ketujuh Puteri Saadong, dianggap selesai apabila kedua-dua pihak bertemu buat kali pertama di sini semalam.
Malah PKRJK bersedia menjalin hubungan lebih erat berdasarkan tali persaudaraan seagama di samping menjalankan penyelidikan mencari kesahihan dakwaan gadis tersebut.
Penyelidikan itu membabitkan bahan bukti dalam simpanan Tengku Putri Anis, selain manuskrip, pedang dan kalung peninggalan Puteri Saadong serta keturunannya yang berada di Indonesia.
Keputusan dicapai antara Setiausaha Agung PKRJK, Tengku Mohamad Nor Hamzah Engku Husin dan beberapa ahli jawatankuasanya dengan Raja Tengku Putri Anis yang turut disertai ibu bapanya, Raja Fauziah Raja Yaacob dan Raja Sazali Raja Hasan serta ahli keluarga lain.
Tengku Mohamad Nor Hamzah berkata, selepas mendengar penjelasan Putri Anis berhubung dakwaannya sebagai pewaris ketujuh Puteri Saadong, PKRJK bersetuju menyelidik bukti-bukti dalam simpanannya.
"Sebelum ini banyak andaian, ditambah pula kemunculan sebagai pewaris ketujuh Puteri Saadong secara tiba-tiba, ia mengejutkan banyak pihak," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Difahamkan, pertemuan semalam susulan dialog melalui laman web sosial Facebook antara kedua-dua belah pihak sebelum ini.
Dalam pertemuan itu, PKRJK mengalu-alukan penglibatan Raja Tengku Putri Anis dalam kegiatan amal dan sosial di negeri ini termasuk cadangan menubuhkan Yayasan Nusantara Jaya (YNJ) sebagai medium perantara membantu golongan yang memerlukan.
"Jika ia benar-benar dilaksanakan, PKRJK akan menyokong kerana ia untuk kebaikan semua pihak," ujarnya.
Sementara itu, Raja Tengku Putri Anis menganggap keputusan PKRJK satu perkembangan positif hasil.
"Persetujuan PKRJK berbincang dari hati ke hati adalah petanda baik sebagai langkah memelihara susur galur keturunan kerabat diraja," katanya.
Raja Tengku Putri Anis mengaku kehadirannya ke negeri ini untuk membuat pengakuan kepada umum adalah bersempena berakhirnya sumpahan tujuh keturunan Puteri Saadong selepas 420 tahun mengikut kalendar Nusantara.
Ia dibuat melalui pemasyhurannya sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia Jun lalu.
Dakwanya, kemunculannya sebagai waris ketujuh Puteri Saadong dalam pengetahuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Penasihat PKRJK.
...........................................................................Petikan Akhbar Utusan Malaysia......................................................................................
Penyampaian hamper oleh Sri Ratu Saadong Vii kepada Wakil Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan |
Sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa |
Setiausaha PKRJK sedang membaca doa berbuka puasa |
Hidangan bercirikan ala Arab |
Putri Anis diapit oleh Tengku Mohamad Nor Hamzah Engu Husin dan salah seorang perwakilan PKRJK |
Lakaran sebuah kehidupan antara PKRJK dan Sri Ratu Saadong Vii . Apakah sejarah akan berulang kembali ? |
Putri Anis melakar kenangan bersama wartawan Utusan Malaysia , Rahana Mohd Dahari Putri Anis dalam berkalimat |
" Barangsiapa hendak membicarakan soal sejarah, haruslah berusaha memperbaiki diri kita sendiri dahulu dan perlu jujur walaupun berdepan dengan kenyataan yang pahit, kerana dari situ kita boleh mempelajari segala kesilapan kita. Kita seharusnya bersyukur di atas segala anugerah dan jangan jadikan Islam agama yang berpuak-puak kerana sejarah Melayu bukan berpandukan kepada agama semata-mata . Pada dasarnya nama Melayu sudah wujud sebelum kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w .Bayangkan berapa banyak sejarah yang sudah musnah akibat wujud manusia dari pelbagai tingkat dan puak . Sebagai contoh sewaktu Arab mengalami zaman jahiliah , muncul Rasulullah sebagai penyelamat ummat . Sebilangan penduduk arab pada waktu itu tidak suka akan kedatangan Rasululullah malah mencaci cela dan cuba mengusir Nabi dengan berbagai-bagai cara tetapi kerana Nabi Muhammad adalah pemimpin utusan Allah di masa itu maka tidak pernah seinci baginda berganjak , sehinggakan hari ini Islam telah mendapat kemenangan besar yang mana sudah menyebar ke merata tempat di dunia ini . Nabi datang untuk membawa cahaya iman,dan tanpa memusnahkan kesan tamadun purba dan secara tidak sengaja ,penduduk Arab berbondong-bondong masuk Islam. Ini adalah hikmah dakwah dan kesungguhan Nabi dan pengikutnya pada waktu tersebut . Ini jelas memperlihatkan bahawa tidak semua perbuatan baik yang kita lakukan hari ini diterima secara bulat-bulat oleh kelompok masyarakat . Barangsiapa yang menyedari lebih awal mereka akan bertindak dan barangsiapa yang mempermainkan sejarah yang benar akan mendapat tentangan hebat di suatu saat yang pasti akan dihitung oleh Sang Pencipta . "
" Saya tidak perlu mereka-reka sejarah palsu dengan mengatakan keturunan saya pernah memerintah empayar Islam yang sebenarnya tidak wujud sama sekali. Empayar Islam di Nusantara yang pernah ada ialah Empayar Cermin-Jeddah atau Majapahit-Kelantan (ini adalah bayangan nyata kepada Batu Bersurat Terengganu yang masih tersimpan rapi ) dan Kesultanan Malaka,yang mana ketika itu masih wujud kerajaan Majapahit yang beragama Hindu dan Ayutthaya yang beragama Buddha. Tidak lama kemudian Majapahit diruntuhkan perlahan-lahan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang muncul di Tanah Jawa seperti Demak dan Mataram Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui peninggalan artifak , manuskrip , prasasti yang akan membuka seluas-luas mata manusia yang cuba berdalih untuk kepentingan diri sendiri . "
"Jika benar keturunan kita pernah memerintah satu empayar Islam sila tampilkan kenyataan yang logik dan masuk akal . Kajian kita hendaklah serasi dengan sejarah sekeliling dan ada 'cross-reference' dengan bukti sejarah lain yang dihimpunkan bukan sahaja di tempat sejarah itu berlangsung tetapi tempat-tempat yang pernah tercatat sewaktu sejarah itu mula berkembang .Saya berasa lucu sedikit dan kadangkala sedih tidak terhingga apabila orang Islam bergaduh dengan memaki hamun antara satu sama lain semata-mata kerana sejarah dan keturunan,juga pangkat dan takhta. Begitu juga yang berlaku antara PKRJK dengan saya di awal kemunculan pertama saya tidak patut terjadi kerana kenyataan awal yang dikeluarkan oleh PKRJK seolah-olah membawa kepada isu pertelingkahan sejarah . Hari ini kemunculan saya adalah sebagai mengorak sejarah tamadun yang hilang yang mana pastilah saya akan berdepan dengan orang-orang yang terkait dengan pengembaraan saya yang sudah sekian lama.
Jika mereka atau PKRJK adalah pewaris empayar Islam, mengapa peribadi dan maruah mereka tidak sesuci agama Islam yang menggalakkan penganutnya bersabar dan bermanis dalam kata-kata? Ini terjadi akibat pertanyaan beberapa pihak mengenai kesahihan saya sebagai keturunan ketujuh Puteri Saadong . Mereka ini yang juga seorang pengkaji salasilah kerabat diraja Melayu , sebilangan masyarakat di negeri Kelantan dan lain-lain negeri . Saya juga berhak mempersoalkan kembali kesahihan salasilah 'hikayat'melayu atau sejarah raja-raja yang sudah menyeleweng.Bagaimana ini berlaku?Sebabnya mereka telah mencampur adukkan salasilah raja-raja Melayu dengan keturunan sebelah Siam mereka. Yang dikatakan Serambi Mekah hanya ada tiga iaitu Kelantan , Kedah dan Aceh .Sebagai contoh , Makam-makam raja Melayu yang asli secara membuta tuli telah diperakui adalah warisan nenek moyang mereka dan begitu juga ada raja-raja Melayu yang dimaki hamun mereka sesuka hati. Ini kerana keturunan mereka telah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah , Kelantan dan Aceh bercampur dengan darah Melayu dan apabila keturunan sebelah Melayu Kedah, Kelantan dan Aceh Tulen menjadi Sultan ,kaum kerabat mereka yang telah menjadi sebahagian kerabat diraja ketiga-tiga negeri ini merasa marah kerana keturunan mereka (Siam) tidak naik takhta kerajaan ."
" Sebenarnya Puteri Saadong atau nama sebenarnya Puteri Wijaya Mala yang membawa maksud ‘Puteri yang mendapat kemenangan’ berketurunan dari sebelah ibunya adalah Mitroga, India yang menurunkan Atwangga yang mana pernah menikahi kakak dari Permaisuri Danawaman VII (Raja Salakanegara) kemudian menurunkan Maharaja Rajendrawarman memerintah di Champa, Acheh dan saudara kandungnya Maharaja Sri kudungga yang menikahi Mahasuri Sri Gamboh memerintah di Bakulapura, Kalimantan. Hasil keturunan tersebut lahirlah Puteri Hijau iaitu Ratu Langkasuka, Ratu Champa dari kerajaan Kedah Tua dan Pattani anak kepada Panji Wening Peti dan Putri Cindu Mata iaitu anak raja Galuh/Jawa. Puteri Hijau yang menikahi Raja Sakti dari keturunan Sri Samara Tungga Dewa anak dari Maharaja Dewa, Sriwijaya yang pernah memerintah kerajaan Jembal di Kelantan. Kata banyak petapa di India mengikut rujukan, Raja Sakti dan Puteri Hijau mendapatkan anak iaitu Putri Mas Cayam atau dikenali Ratu Mas dan Puteri ini adalah saudara satu bapa dengan Raja Loyor yang memerintah kerajaan Jembal di Kelantan satu masa dulu. Ini bermakna Raja Loyor adalah bapa saudara kepada Puteri Wijaya Mala atau Puteri Saadong. Ratu Mas ini kemudian bernikah dengan keturunan Rasulullah yang mana dari keturunan Majapahit Bhre Kertabhumi yang mendapatkan anak Raden Patah Sultan Demak I yang menikahi anak kepada Sunan Ampel iaitu Ratu Asyikah kemudian memperoleh anak Sultan Ahmad Abdul Ariffin atau Pangeran Trenggana yang menjadi Sultan Demak III kemudian melahirkan raden Mukmin atau Sunan Prawoto Sultan Demak IV yang melahirkan Arya Pangiri Sultan Ngawatinpura yang menikahi Puteri Sultan Hadiwijaya Raja Pajang atau bergelar Ki Jaka Tingkir iaitu Ratu Pembayun kemudian melahirkan bapa kandung kepada Puteri Wijaya Mala iaitu Pangeran Mas bergelar Raja Pulo Jowo yang menikahi Ratu Mas. Akibat permusuhan dan pertengkaran agama antara Ratu Mas dan Pangeran Mas maka Puteri Wijaya Mala dihanyutkan dan diketemukan di Pulau Melaka kota pemerintahan bapa saudaranya sendiri iaitu Raja Loyor yang menikahi Puteri Nang Cayang dan kesahihan ini terbukti melaui kalung Trisula tinggalan Ratu Mas yang ada di leher anaknya itu sewaktu dihanyutkan lalulah Raja Loyor memberi gelar Puteri Saadong yang bererti ‘puteri yang berbahagia’ kerana tahu bahwa kalung tersebut adalah milik saudaranya. Sesiapa yang ingin bertanyakan susur galur saya dan musykil akan kemunculan saya sebagai pewaris Puteri Saadong, mereka di luar sana termasuk PKRJK bolehlah bertemu dengan orang-orang yang sudah saya kunjungi selama ini termasuklah alim ulama dunia, para pertapa, para pengkaji sejarah nusantara , peniliti budaya melayu , para pendeta yang sudah banyak membantu dan memberi jalan kepada saya .
Untuk pengetahuan semua pihak , kalung Trisula kepunyaan Mahadewi itu telah ditemukan di Muzium Mulawarman, Tenggarong, Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia oleh Sri Ratu Saadong VII pada Januari 2010 yang sudah memakan masa 7 tahun pencariannya. Kalung Trisula itu dinamakan uncal dan dibawah kawalan dan jagaan oleh Kesultanan Kutai Kartanegara juga. Hal ini dapat membuktikan bahawa kisah keturunan Puteri Saadong yang juga mempunyai hubung kait dengan keturunan Hindu-Buddha. Wallahualam ."
No comments:
Post a Comment