Monday, August 2, 2010

KUNJUNGAN KE PERKAMPUNGAN KETEREH , KEMUBU DAN MACHANG



PUTRI ANIS MENELITI CORAK MASYARAKAT DI DAERAH KELANTAN


Pada tanggal 1 Julai 2010 , Putri Anis memulai ekspidisi melawat ke kawasan perkampungan yang terdapat di negeri Kelantan dan salah satunya adalah perkampungan yang terletak di Ketereh . Beliau meninjau kawasan tersebut untuk mengetahui selok belok corak kehidupan masyarakat di situ . Sebelum memulai perjalanan yang lebih jauh , beliau sempat berhenti ke sebuah warung kecil yang terdapat di situ . Warung tersebut menjual makanan pagi untuk penduduk di kawasan setempat yang dipelopori oleh golongan sederhana yang masing-masing mempunyai pekerjaan sendiri . Kebanyakan penduduk di perkampungan ini sudah terlatih berdikari dan rata-rata adalah peniaga kedai runcit , petani dan juga tukang rumah . Walau bagaimanpun masih ada lagi golongan yang susah dari segi ekonomi dan beberapa kemudahan infrastruktur belum mencukupi seperti masjid yang masih belum cukup untuk menampung masyarakat di sini terutama apabila menjelang musim perayaan dan kenduri . Mengikut cerita dari pemilik warung tersebut , mata pencariannya adalah dengan berniaga makanan seperti nasi berlauk dan makanan tradisi orang Kelantan . Biasanya perniagaannya dimulai sejak awal Subuh lagi untuk dijual pada murid-murid sekolah dan pekerja-pekerja yang ingin memulakan tugas harian mereka . Putri Anis menilai usaha gigih pemilik warung ini yang dikenali sebagai "kakak" akan memberi kesedaran kepada masyarakat lain agar kita manusia harus berusaha untuk menaikkan taraf hidup agar lebih sempurna . Beliau juga turut meluahkan kepada Putri Anis bahawa beliau juga mempunyai kerenah atau masalah di dalam berniaga yang mana beliau juga sempat terkena perbuatan ilmu sihir atau "black magic" yang tidak inginkan beliau berniaga . Mengikut pandangannya perkara ini memang sentiasa ada dalam masyarakat serba moden hari ini tetapi beliau tetap keras semangat untuk meneruskan perniagaan beliau kerana kutipan seharian adalah menjangkau keuntungan sehingga RM 300 . Ini adalah luar biasa dan di luar jangkaan yang mana dengan berniaga kecil-kecilan kakak ini sudah mendapat keuntungan harian yang agak lumayan dengan taraf hidup di kampung . Jika hendak dibandingkan di bandar mungkin tidak sedemikian rupa . Walau bagaimanapun , Putri Anis sudah mengambil pandangan daripada masyarakat di negeri ini dan beliau cuba untuk membantu sedalam-dalamnya bagaimana untuk meningkatkan mutu dan kualiti hidup masyarakat di perkampungan tersebut agar lebih berjaya untuk masa hadapan . Tidak jauh dari kampung Ketereh , Putri Anis sempat bertandang ke rumah orang cina yang bermastautin di Kampung Mata Ayer , Kemubu . Beliau mempelajari ilmu pertukangan dari orang di situ kerana pemilik rumah ini adalah seorang pekebun dan tukang kayu dan sewaktu kunjungan beliau , mereka dihidangkan dengan sajian buah-buahan tradisional yang sungguh lazat dan menyelerakan . Salah satunya adalah buah langsat yang sudah menjadi kebanggaan penduduk di sini dan ada lagi yang menjadi siulan ramai adalah penggemar buah durian tetapi sungguh sayang sekali , di antara banyak buah , putri anis paling tidak menyukai buah durian dan beliau tidak pernah merasai buah tersebut di dalam kehidupannya . Walau bagaimanapun kesungguhan orang yang berbangsa cina ini dalam melaksankan tugas harian amatlah dipuji tinggi . Walaupun usia sudah berumur dan masing-masing anak merek sudah bekerja namun mereka tetap meluangkan masa dengan tidak membuang waktu . Mereka masih sempat berfikir untuk bekerja secara halal dan tidak bergantung kepada orang lain termasuk anak sendiri . Syabas buat golongan ini yang sungguh pandai mencari makan sendiri tanpa mengemis dengan orang lain . Putri Anis berharap agar hari tua mereka akan hidup senang dan mereka ini patut diberi anugerah sebagai tokoh masyarakat yang dedikasi dalam bekerja walaupun di perkampungan . Sejurus petang berlalu maka malam menjelma . Dalam perjalanan dari Temangan ke Machang , Putri Anis singgah di Restoran Sate Kak Mah, Machang di pinggir jalan menuju Tanah Merah . Di restoran ini agak terkenal dengan sate yang sungguh enak dan menyelerakan yang mana beliau sempat menemu bual Kak Mah dan suami alam menjalankan bisnes ini dan peningkatan ekonomi hasil penjualan sate dan restoran . Kak Mah bercerita beliau mengambil resipi dari arwah ibunya dan beliau pelajari sehingga suatu masa beliau sendiri boleh mencontohi ibunya . Dengan kecekalan hati , beliau yang dulunya bekerja sebagai jururawat telah meninggalkan jabatan lalu membuka perniagaan sendiri sehingga berkembang sampai ke hari ini . Putri Anis bertanya kepada beliau mengapa meninggalkan pekerjaan sebagai jururawat lantas beliau menjelaskan kerana tekanan faktor ekonomi yang terlampau tinggi hari ke hari maka gaji yang diterima setiap bulan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan tambahan pula beliau mempunyai jumlah anak yang ramai . Hasil semangat yang tinggi dan kerjasama dari suami akhirnya Kak Mah dan suami berjaya melebarkan bisnesnya hingga mencecah RM seribu keuntungan sehari . Dengan itu beliau tidak lagi lelah memikirkan hal kewangan yang menjadi penyebab tekanan hidup masyarakat hari ini bukan sahaja di Kelantan malah setiap negeri dan negara di dunia ini .


Sedang menceritakan permasalahan dan keluh resah yang dihadapi
Bonda Putri Anis bersama setiausahanya di perkampungan Ketereh


Peniaga sedang menghidangkan makanan untuk pelanggan
Putri Anis bergambar bersama pemilik warung 

Bonda Putri Anis merasai kenikmatan buah durian di kampung tersebut
Beramah mesra dengan anak-anak peniaga cina di Machang
Berfoto bersama Kak Mah peniaga sate di Machang
Putri Anis meneliti corak kehidupan masyarakat di kawasan Kemubu . Beliau juga sempat mempelajari ilmu pertukangan dari orang cina di kawasan ini















No comments:

Post a Comment