Saturday, August 7, 2010

MELAWAT MAKAM RAJA ABDULLAH

PUTRI ANIS MENZIARAHI MAKAM RAJA ABDULLAH , PADANG HALBAN


Baru-baru ini pada bulan Mei , Putri Anis ditemani kaum kerabat terdekat telah menziarahi Makam Raja Abdullah yang terletak di Padang Halban , Melor Kelantan . Dalam kunjungan yang tidak dirancang ini , beliau amat terharu kerana melihat makam ini tidak terurus lagi oleh pihak bertanggungjawab memandangkan tiada penduduk setempat mahupun kaum kerabat Raja Abdullah yang sanggup mengabdikan diri untuk membersihkan makam tersebut . Apakah mungkin kerana faktor kewangan atau memang sejarah ini sudah terluput dari ingatan rakyat negeri ini .Ke manakah hilangnya muda mudi yang seharusnya bergotong royong bagi menegekalkan ciri-ciri sejarah setempat agar negeri ini kembali di persada nusantara mahupun Dunia . Kita boleh mengambil contoh dari makam para wali songo yang ada di Jawa Timur , Indonesia . di situ kita merasai seperti berada di syurga kerana makam-makam yang ada di situ terurus dengan baik sekali dan mendapat kerjasama dari pihak khususnya penduduk setempat . Jadi mustahil bagi kita untuk tidak mengurus hanya satu makam ini sahaja . Segalanya pasti ada jalan jika niat murni dari kita untuk melaksanakan kebaikan berterusan sepanjang masa . Untuk itu Putri Anis dengan lapang dada berhasrat melestarikan kembali makam ini sebagai satu tempat kesinambungan sejarah pada masa akan datang dan menjadikan makam ini sebagai bukti besar bahawa kemunculan Raja Abdullah dalam lagenda negeri Kelantan terutama sekali dalam mempertahankan warisan Puteri Saadong yang memang wujud dan nyata bukan dongeng dan sebagainya .


Makam Raja Abdullah 


Menziarahi ke Makam Raja Abdullah ditemani saudaranya dari Indonesia , Ivan Chaniago 


Putri Anis berbincang untuk melestarikan makam ini sebagai pusat kajian sejarah melayu yang perlu diperhatikan dari masa ke masa dengan memperhatikan kebersihan di sekeliling makam ini yang sudah ditumbuhi lalang mungkin kerana tiada perhatian dari masyarakat setempat mahupun kaum kerabat .




Putri Anis berjubah hijau



VIDEO MAKAM SUNAN AMPEL

No comments:

Post a Comment