KUNJUNGAN PUTRI ANIS KE MASJID KAMPUNG LAUT , NILAM PURI KELANTAN
Putri Anis menziarahi Masjid Kampung Laut
Pada 26 0gos 2010 , Sri Ratu Saadong Vii dan rombongan telah berkenan untuk menziarahi masjid tua yang terletak tidak jauh dari Kota Bharu . Memandangkan sudah menginjak minggu kedua bulan puasa beliau telah melawat perkampungan Nilam Puri dan telah mengurniakan zakat di beberapa tempat yang tidak jauh dari masjid tersebut . Pada asalnya, Masjid Kampung Laut mempunyai bentuk yang sama dengan keaslian Masjid Agung Demak yang terdapat di Jawa dan Masjid Kono di Champa. Pembinaan masjid ini adalah cetusan idea para wali yang pernah mengembangkan sejarah islam di bebrapa buah negara Islam yang mana masjid ini juga menggabungkan unsur-unsur seni dan falsafah keagamaan pada bentuk senibinanya.
Masjid Kampung Laut terukir indah dan bergema azan menandakan bahawa di sinilah bermula kekuatan Islam di Nusantara
Menurut di dalam beberapa catatan sejarah yang tersimapan di galeri nasional atau perpustakaan negeri , rumah ibu bertingkat tiga dikaitkan dengan falsafah ketuhanan yang merangkumi ilmu laduni ,tasawuf dan makrifat. Lapisan bawah diibarat penuh dengan kekotoran, ketamakan, kebohongan dan sebagainya manakala makin ke atas semakin bersih dan suci daripada sebarang bentuk kejahatan dunia akhirnya menuju ke alam luas yang tidak terbatas terlepas dari sebarang bentuk dan ianya kembali kepada Allah S.W.T.
Kemahsyuran reka bentuk Masjid Kampung Laut yang unik telah menjadi suatu lambang kemegahan rakyat negeri Kelantan. Penampilan bentuk bumbung bersegi tiga (bertenggek/ bertingkat) menirus ke atas, buah gutung dan menorah adalah lambang keunggulan Masjid Kampung Laut yang sekaligus menyemarakkan lagi keagungan Islam di Kelantan.
Meluangkan waktu sambil menunaikan ibadah di Masjid Kampung Laut
Kemudahan menunaikan solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di Masjid tertua di Malaysia iaitu masjid Kampung Laut menjadi satu keistimewaan. Masjid ini terletak bersebelahan dengan bangunan pentadbiran KIAS.
Keistimewaan masjid ini sama seperti Masjid Demak iaitu terdapat pada arsitekturnya yang merupakan perpaduan antara arsitektur nusantara yang bercorak hindu dengan arsitektur india, melayu, cina dan juga arab. Atap masjid ini berbentuk limas tersusun tiga yang berbentuk segitga sama kaki, yang keempat sisinya saling bertemu pada satu titik. Mustakanya berbentuk mirip bunga melati. Makna dari atap tumpang tiga ini adalah seorang yang beriman perlu menapaki tiga tingkatan penting dalam keberagamaannya, iaitu iman, islam dan ikhsan.
Bahagian paling bawah dari atap limas itu disangga oleh empat tiang utama (soko guru) yang sangat besar yang dibuat oleh empat dari Sembilan wali seperti Masjid Demak . Saka guru sebelah tenggara adalah buatan Sunan Ampel, sebelah barat daya buatan Sunan Gunung Jati, sebelah barat laut Sunan Bonang dan sebelah timur laut yang tidak terbuat dari satu kayu utuh adalah buatan Sunan Kalijaga yang disebut saka teteg. Keempat saka guru itu dikelilingi oleh dua belas kolom dalam posisi denah bujur sangkar. Diserambi masjid terdapat soko Majapahit yang merupakan hadiah dari Prabu Brawijaya V Raden Kertabumi ini diberikan kepada Raden Patah ketika menjadi Adipati Notoprojo di Glagahwangi Bintoro Demak 1475 M.
Masjid Agung Demak mempunyai lima pintu yang saling menghubungkan bagian satu dengan bagian yang lain. Pintu ini bermakna sebagai rukun islam, yaitu syahadat, sholat, puasa, zakat dan haji. Salah satu dari keenam pintu itu adalah Pintu Bledeg, pintu yang konon diyakini mampu menangkal petir ini merupakan ciptaan Ki Ageng Selo pada zaman Wali. Peninggalan ini merupakan prasasti “Condro Sengkolo” yang berbunyi Nogo Mulat Saliro Wani, bermakna tahun 1388 Saka atau 1466 M, atau 887 H. Sedangkan jendelanya yang berjumlah eman merupakan symbol dari rukun iman, yaitu iman kepada Allah, iman kepada malaikat, iman kepada nabi dan rosul, iman kepada kitab, iman kepada hari kiamat dan iman kepada qada dan qadar.
Putri Anis sedang mengukir senyuman
Teori Putri Anis berkenaan kepentingan solat berjemaah di masjid Menurut Putri Anis , di dalam setiap rakaat solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita samada cas positif atau cas negatif yang akan memberi tindak bals selanjutnya tehadap keseimbangan tubuh badan . Cuba kita perhatikan , semasa kita solat berjemaah, mengapa kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki serta merapatkan sejadah satu sama lain ? Tindakan-tindakan tersebut dianjurkan semasa solat berjemaah . Kajian sains oleh beberapa saintis islam mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Bukan itu sahaja , setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh dan ini sudah termaktub sebagaimana perintah Allah swt yang membawa maksud setiap yang diperintahkan itu pasti ada sebab munasabahnya . Sebagai contoh , kita makan apabila kita memerlukan atau dalam keadaan lapar dan tidak mungkin kita akan tidur jika kita lapar . Perbezaan antara solat biasa dan solat berjemaah dapat didefinasikan sebagai sebuah perumpamaan yang memberi tambah daya kepada pengaruh kehidupan manusia .
Apa yang jelas kelihatan , situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama dan pada saat ini organ-organ di tubuh kita sudah mulai tidak seimbang dan kita perlu mendapatkan energi yang dapat mengembalikan stamina tubuh .Makanya beberapa pakar sains tidak menggalakan manusia tidur di waktu petang malah pada waktu ini manusia harus lebih banyak olahraga dan salah satunya adalah solat jemaah di masjid . Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Setelah kajian terperinci dijalankan , didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan solat tahajjud / istikharah / sunat / hajat dan sebagainya di 1/3 malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail) atau berwirid . Jadi inilah antara kepentingan solat berjemaah di masjid dan teori inilah yang menjadi pegangan hidup Sri Ratu Saadong Vii dalam siri penjelajahannya sejak sekian lama .
Sepetang di Masjid Tua Kelantan
Dalam abad ke-18 menurut kajian yang sudah dibuat oleh pakar sejarah , Kelantan telah menjadi tumpuan orang-orang Campa yang datang belajar ilmu agama melalui wali sembilan yang sudah ada sejak kurun ke 14 lagi . Mereka inilah keturunan yang melahirkan zuriat-zuriat dan mendalami hukum-hukum Islam termasuklah Khatib Sumat yang terkenal dalam sejarah Islam di Campa. Mengikut cerita daripada masyarakat tempatan bahawa dalam pelayaran tersebut apabila mereka tiba diperairan Kuala Kelantan, kapal yang mereka naiki bocor dan dimasuki air. Setelah kejadian itu tadi , mereka bernazar jika kapal mereka selamat sampai ke darat yang terdekat, mereka akan mendirikan sebuah masjid di tempat tersebut. Dengan ditakdirkan Allah. S.W.T. mereka selamat sampai ke daratan di sebelah timur Kampung Laut.
Di situ, mereka telah mendirikan sebuah masjid dengan pertolongan dan sokongan masyarakat setempat untuk membayar nazar mereka. Dipercayai kumpulan alim ulama tersebut juga merupakan dari kumpulan yang sama atau zuriat para wali yang telah membina masjid-masjid di Campa dan Demak, kerana pelan dan bentuk bangunan masjid tersebut hampir sama dengan Masjid Kampung Laut.
Pada asalnya Masjid ini terletak di Kg. Laut, berhampiran tebing Sungai Kelantan. Pada akhir tahun 1967, tebing Sungai Kelantan mengalami hakisan akibat banjir besar yang telah menyebabkan sebahagian Masjid tersebut rosak. Dan pada November 1968, Masjid tersebut telah dipindahkan ke Kg.Nilam Puri,kira kira 14 km jauh nya dari tapak asal . Masjid ini juga berhadapan dengan Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya , Nilam Puri.
PERTEMUAN SETIAUSAHA PKRJK BERSAMA AJK PKRJK DENGAN YM SRI RATU SAADONG VII SERTA MAJLIS BERBUKA PUASA DI RESTORAN ARAB CRUISE KOTA BHARU KELANTAN
Sri Ratu Saadong Vii
ARKIB : 25/08/2010
Kemelut Puteri Anis-Kerabat Raja Jembal selesai?
KOTA BHARU 24 Ogos - Pertikaian Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) dengan Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang mendakwa waris ketujuh Puteri Saadong, dianggap selesai apabila kedua-dua pihak bertemu buat kali pertama di sini semalam.
Malah PKRJK bersedia menjalin hubungan lebih erat berdasarkan tali persaudaraan seagama di samping menjalankan penyelidikan mencari kesahihan dakwaan gadis tersebut.
Penyelidikan itu membabitkan bahan bukti dalam simpanan Tengku Putri Anis, selain manuskrip, pedang dan kalung peninggalan Puteri Saadong serta keturunannya yang berada di Indonesia.
Keputusan dicapai antara Setiausaha Agung PKRJK, Tengku Mohamad Nor Hamzah Engku Husin dan beberapa ahli jawatankuasanya dengan Raja Tengku Putri Anis yang turut disertai ibu bapanya, Raja Fauziah Raja Yaacob dan Raja Sazali Raja Hasan serta ahli keluarga lain.
Tengku Mohamad Nor Hamzah berkata, selepas mendengar penjelasan Putri Anis berhubung dakwaannya sebagai pewaris ketujuh Puteri Saadong, PKRJK bersetuju menyelidik bukti-bukti dalam simpanannya.
"Sebelum ini banyak andaian, ditambah pula kemunculan sebagai pewaris ketujuh Puteri Saadong secara tiba-tiba, ia mengejutkan banyak pihak," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Difahamkan, pertemuan semalam susulan dialog melalui laman web sosial Facebook antara kedua-dua belah pihak sebelum ini.
Dalam pertemuan itu, PKRJK mengalu-alukan penglibatan Raja Tengku Putri Anis dalam kegiatan amal dan sosial di negeri ini termasuk cadangan menubuhkan Yayasan Nusantara Jaya (YNJ) sebagai medium perantara membantu golongan yang memerlukan.
"Jika ia benar-benar dilaksanakan, PKRJK akan menyokong kerana ia untuk kebaikan semua pihak," ujarnya.
Sementara itu, Raja Tengku Putri Anis menganggap keputusan PKRJK satu perkembangan positif hasil.
"Persetujuan PKRJK berbincang dari hati ke hati adalah petanda baik sebagai langkah memelihara susur galur keturunan kerabat diraja," katanya.
Raja Tengku Putri Anis mengaku kehadirannya ke negeri ini untuk membuat pengakuan kepada umum adalah bersempena berakhirnya sumpahan tujuh keturunan Puteri Saadong selepas 420 tahun mengikut kalendar Nusantara.
Ia dibuat melalui pemasyhurannya sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia Jun lalu.
Dakwanya, kemunculannya sebagai waris ketujuh Puteri Saadong dalam pengetahuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Penasihat PKRJK.
Sri Ratu Saadong Vii diapit bersama ayahanda dan bondanya serta Setiausaha PKRJK dan beberapa AJK PKRJK termasuk seorang wakil dari Pertubuhan Kerabat D'Raja Long Yunus
Pada 23 Ogos 2010 bertepatan jam 5 petang Putri Anis bersama sebahagian keluarganya telah memperkenan untuk bertemu beberapa jawatankuasa tertinggi Pertubuhan Kerabat Raja jembal Kelantan yang terdiri dari Setiausaha PKRJK bersama ahli jawatankuasa yang lain . Majlis suai kenal dan jamuan berbuka puasa ini yang diadakan di Restoran Arab Cruise turut dianjurkan oleh Sri Ratu Saadong Vii atas permintaan Setiausaha PKRJK yang ingin mendapatkan penjelasan secara terperinci dari Putri Anis sendiri kerana selama ini pelbagai pihak hanya bersilat lidah dan memberi pelbagai andaian dan tohmahan tanpa menilai fakta yang sebenarnya . Majlis tidak rasmi ini juga mendapat persetujuan dari kedua belah pihak yang ingin mnerangkan status atau kedudukan masing-masing . Turut hadir menemani Putri Anis adalah saudaranya yang juga dari keturunan Majapahit , Dato' Agos Mohd Nor sebagai saksi utama dalam menjelaskan perkara duduk sebenar . Semoga dengan pertemuan ini tidak akan ada lagi spekulasi negatif dari PKRJK kerana majlis ilmu atau majlis yang berbentuk penerangan ilmiah akan disusul tidak lama lagi mengikut garis panduan dan pendapat bebrapa pihak terpenting .
Dalam penerangan baru-baru ini Putri Anis menjelaskan bahawa PKRJK tidak layak memberi pengiktirafan kepada beliau kerana PKRJK hanya sebuah badan NGO yang bukan sebuah badan bukan profesional atau badan penyiasatan antarabangsa kerana sejarah Puteri Saadong adalah sejarah yang terpadam dan telah dihapuskan fakta sebenarnya ekoran dari perubahan masa dan zaqman serta pengaruh kedudukan pada waktu itu yang inginkan kekuasaan .Hal ini wajar diperkemaskan secara bijaksana yang mana melibatkan beberapa kajian khusus atau dalam erti kata lebih kepada sejarah nusantara yang membabitkan beberapa negara yang terkait akan silsilah ini . Putri Anis juga mengingatkan bahawa pengkaji sejarah pada masa lampau juga boleh melisankan fakta sebuah sejarah apatah lagi zaman yang serba canggih ini yang mana banyak barang-barang berharga atau turun temurun di dalam muzium dijual ke negara luar . Hal ini dianggap sungguh memalukan dan bagaimana pemelihara khazanah atau orang-orang terkait ingin memberi pengiktirafan kepada seseorang sedangkan mereka sendiri tidak berpaut kepada amanah yang sudah ditinggalkan zaman berzaman . Selain itu Putri Anis menjelaskan lagi bahawa , sekembalinya beliau ke negeri Kelantan adalah bertujuan untuk menubuhkan yayasan untuk tujuan kemasyarakatan bukan untuk membuat orang percaya samada beliau dalah keturunan ataupun tidak dan pengiktirafan itu sudah pun diberi oleh orang-orang yang terkait akan sejarah nusantara dan kelantan satu ketika dulu adalah di bawah naungan nusantara yang bererti daratan dan pulau yang sejajar atau erti kata lain tanah air yang merdeka .
Putri Anis juga mengalu-alukan PKRJK membuat penyelidikan terhadapnya kerana bukti-bukti jelas akan dipaparkan dari masa ke masa . Beliau turut menjelaskan bahawa semua harta dan khazanah milik 7keturunan adalah barang-barang suci dan tidak boleh dipamerkan sewenang-wenangnya melainkan setelah terbina muzium lagendanya atau galeri yang akan dijaga rapi oleh keturunannya yang datang dari pelbagai wilayah dan kepulauan untuk memastikan khazanah tersebut selamat dibawa pulang . Setelah itu akan diperlihatkan kepada seluruh masyarakat yang ada di nusantara terutama masyarakat yang sering meremehkan hal ini . Dalam topik ini juga Putri Anis memberitahu kepada PKRJK bahawa zaman ini adalah zaman untuk bekerja secara total bukan zaman untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah dengan simbol yang belum tentu simbol yang dibawa adalah benar dan tujuan yang baik pada agama, masyarakat , tanah air dan sebagainya malah kebanggaan simbol yang terlampau akan menjatuhkan daulat institusi beraja akhirnya sebuah kerajaan akan hancur rata ke tanah tanpa diduga . Putri Anis menjelaskan pada zaman dahulu ada banyak cara untuk seseorang bergelar seorang raja dan kita juga harus kenal pasti aliran manakah kita datang pada hari ini dan jangan sesekali kita menuding jari kepada orang kerana belum tentu dengan pangkal nama gelar di hadapan dapat membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada dunia .
Seorang bergelar raja boleh dianggap kerana bapanya adalah raja pemerintah memegang kekuasaan di negeri taklukan , selain itu seorang bergelar raja kerana diambil menjadi anak angkat kerana pada waktu dulu , syarat untuk menjadi raja ada tiga . Pertama adalah taat kepada agama tidak kiralah siapapun beliau , agama manakah tetapi yang penting harus taat dan patuh pada agama . Kedua adalah sakti yang membawa maksud mempunyai segala kebijaksanaan dalam setiap hal terutama dalam urusan pentadbiran negeri dan hal ehwal perang kerana zaman dulu anak raja atau raja yang turun berperang sendiri jika ada sesuatu serangan dalam sebuah kerajaan mereka . Ketiga adalah adil yang melingkupi segala hal iaitu perundangan , pengorbanan terhadap negeri , kesetiaan kepada rakyat dan tanah air dan jika keadilan tidak menembusi tembok , maka kerajaan tidak lama bertahan dan akan menerima hukum karma . Hal ini sudah jelas di dalam setiap kitab -kitab suci yang mana raja bermaksud amanah tuhan dan wakil tuhan . Makanya zaman dahulu pemilihan raja dibuat berdasarkan tiga perkara di atas sebelum bersemayam di atas singgahsana dan belum tentu darah daging sendiri dapat menyambung warisan . Selain itu , Putri Anis menjelaskan kita juga harus tahu bahawa zaman seperti zaman kenabian sudah berkali ganda wujud yang mana sewaktu era wali songo adalah zaman kemuncak raja-raja ulama dan wali songo adalah raja ulama . Beza raja ulama mereka tidak memerintah tetapi merekalah yang mengangkat seseorang raja bertakhta di singgahsana . Setelah itu raja tersebuat akan diajarkan pendidikan agama oleh para wali songo dan keturunan ahlul bait . Keturunan raja hari ini boleh jadi dari keturunan penaklukan wilayah yang mana zaman dahulu sering berlaku rampasan kuasa dan terjadi perpecahan antara keluarga .
Sebuah kerajaan telah diserang akibatnya kerajaan tersebut lumpuh dan raja terpaksa meninggalkan takhta kemudian diambil alih oleh orang-orang yang menakluk kemudian raja yang asli hilang pewaris sampai ke hari ini dan kebanyakan dari mereka sudah berada di garisan paling jauh atau berada di kawasan kampung pedalaman sementara raja yang merompak hak pewaris takhta tercatat di dalam salasilah . Darah raja juga boleh mengalir melalui perkahwinan kerana zaman dulu perkembangan institusi beraja masyhur kerana perdagangan yang meluas . Masing-masing ingin menacari kekuatan lalu menjodohkan putera raja/puteri raja untuk mengukuhkan kerajaan yang sudah ada . di samping itu juga , seorang raja boleh terjadi sekiranya mereka mempunyai pengaruh sendiri seperti mempunyai rakyat , kuasa , emas atau harta mereka juga turut diangkat menjadi raja di wilayah masing-masing . maksud yang hendak disampaikan Putri Anis kepada PKRJK bahawasanya kita pada hari ini jangan bermegah denagn simbol atau pangkal nama di depan kerana tidak semestinya kita lahir dari darah raja yang mulia . Akibat zaman sudah beredar , Tuhan akan merubah satu persatu dengan kebijaksanaan bukan dengan kebodohan .
Ini adalah sebahagian yang telah dibicarakan oleh Sri Ratu Saadong Vii yang bukan baru semalam beliau berjuang demi nama keturunannya tetapi sejak beliau diberi akal yang sihat lagi cuma pemberitaan ini baru disebarkan kerana tempoh matang bagi kalendar nusantara sudahpun mencecah usia yang mana sejarah Puteri Saadong juga sudah bergenap usia maka kebangkitan ini dianggap suatu proses kemuliaan dan kesederhanaan bukan proses tahyul atau pemujaan . Dalam hal ini Putri Anis juga cuba membicarakan agar PKRJK terus mengorak langkah ke hadapan seperti mengajak ahli-ahli pertubuhan yang terdiri dari 2ribu ahli ke makam Raja Abdullah yang dikatakan mempunyai kaitan dengan sejarah Puteri Saadong untuk membersihkan makam tersebut yang sudah ditumbuhi lalang . Selain iti eloklah kiranya PKRJK juga melestarikan kembali tempat-tempat sejarah yang sudah dilupakan seperti Bukit Marak yang benar-benar membuat para leluhur sedih akibat kepercayaan segelintir orang yang terlalu taksub dengan penggalian harta dan emas Puteri Saadong . Ini lebih merosakan imej kemelayuan anak jati Kelantan berbanding Putri Anis yang sudah berbakti kepada banyak pihak . Selain itu , Kedai Lalat yang juga dibanggakan harus ditingkatkan kualiti kebersihan kerana tempat tersebut boleh dijadikan industri pelancongan yang membolehkan pelancong luar menarik minat datang ke situ . Pelbagai program masyarakat boleh dilaksanakan dengan tujuan membawa manfaat kepada seluruh kaum yang terlibat bukan untuk mencari publisiti atau keuntungan semata . Kota Mahligai sekarang sudah menjadi sarang semut bagi masyarakat muda atau belia . aktiviti maksiat terlalu aktif di kawasan tersebut kerana pihak-pihak tertentu mungkin cuai kerana penduduk makin bertambah dan banyak ragam manusia tidak dapat dikawal lagi .
Alangkah baik bagi kita semua atau PKRJK yang selalu melaungkan slogan mempertahankan sejarah asli melaksanakan tanggungjawab mereka membina satu modul untuk masyarakat di Kota Mahligai dengan memperkenalkan beberapa potongan sejarah untuk menaikan kembali kawasan tersebut . Putri Anis mencadangkan untuk melakukan dialog budaya warga setempat untuk menilai sejauh mana pemahaman masyarakat terhadap kepentingan sejarah secara umum . Jika berhasil satu kertas cadangan akan dibincangkan untuk menubuhkan balai pengembangan sejarah melayu di negeri ini selain rujukan di muzium atau arkib .Di sini semua masyarakat tidak kira warna kulit , tua dan muda akan dididik untuk menci tai sejarah dan akan berusaha untuk meningkatkan kualiti dan mutu hidup setempat . Begitu juga kawasan tanah serendah sekebun bunga negara yang dulunya masyhur sudah hilang sekarang , tetapi apa salahnya bagi kita untuk mengembangkan kembali tanah jajahan ini dengan mempereratkan sebilangan penduduk untuk menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada dan boleh dijadikan sebuah pusat tamadun sejarah negeri Cik Siti Wan Kembang .
Banyak lagi ucapan yang telah disampaikan oleh Putri Anis selama dua jam pertemuan berlangsung . Wakil PKRJK juga menyambut baik ucapan tersebut dan selamat maju jaya bagi kedua-dua pihak ini . Di bulan yang suci ini diharap kesalahfahaman antara PKRJK terhadap Sri Ratu Saadong Vii segera luput tanpa sengketa mulut kerana setiap sumber akan diperdebatkan secara ilmiah di dalam majlis ilmu penerangan .
Penyampaian hamper oleh Sri Ratu Saadong Vii kepada Wakil Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan
Sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa
Setiausaha PKRJK sedang membaca doa berbuka puasa
Hidangan bercirikan ala Arab
Putri Anis diapit oleh Tengku Mohamad Nor Hamzah Engu Husin dan salah seorang perwakilan PKRJK
Lakaran sebuah kehidupan antara PKRJK dan Sri Ratu Saadong Vii . Apakah sejarah akan berulang kembali ?
Putri Anis melakar kenangan bersama wartawan Utusan Malaysia , Rahana Mohd Dahari
Putri Anis dalam berkalimat
(Sebahagian daripada ucapan Putri Anis dalam pertemuan bersama Jembal) " Barangsiapa hendak membicarakan soal sejarah, haruslah berusaha memperbaiki diri kita sendiri dahulu dan perlu jujur walaupun berdepan dengan kenyataan yang pahit, kerana dari situ kita boleh mempelajari segala kesilapan kita. Kita seharusnya bersyukur di atas segala anugerah dan jangan jadikan Islam agama yang berpuak-puak kerana sejarah Melayu bukan berpandukan kepada agama semata-mata . Pada dasarnya nama Melayu sudah wujud sebelum kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w .Bayangkan berapa banyak sejarah yang sudah musnah akibat wujud manusia dari pelbagai tingkat dan puak . Sebagai contoh sewaktu Arab mengalami zaman jahiliah , muncul Rasulullah sebagai penyelamat ummat . Sebilangan penduduk arab pada waktu itu tidak suka akan kedatangan Rasululullah malah mencaci cela dan cuba mengusir Nabi dengan berbagai-bagai cara tetapi kerana Nabi Muhammad adalah pemimpin utusan Allah di masa itu maka tidak pernah seinci baginda berganjak , sehinggakan hari ini Islam telah mendapat kemenangan besar yang mana sudah menyebar ke merata tempat di dunia ini . Nabi datang untuk membawa cahaya iman,dan tanpa memusnahkan kesan tamadun purba dan secara tidak sengaja ,penduduk Arab berbondong-bondong masuk Islam. Ini adalah hikmah dakwah dan kesungguhan Nabi dan pengikutnya pada waktu tersebut . Ini jelas memperlihatkan bahawa tidak semua perbuatan baik yang kita lakukan hari ini diterima secara bulat-bulat oleh kelompok masyarakat . Barangsiapa yang menyedari lebih awal mereka akan bertindak dan barangsiapa yang mempermainkan sejarah yang benar akan mendapat tentangan hebat di suatu saat yang pasti akan dihitung oleh Sang Pencipta . "
" Saya tidak perlu mereka-reka sejarah palsu dengan mengatakan keturunan saya pernah memerintah empayar Islam yang sebenarnya tidak wujud sama sekali. Empayar Islam di Nusantara yang pernah ada ialah Empayar Cermin-Jeddah atau Majapahit-Kelantan (ini adalah bayangan nyata kepada Batu Bersurat Terengganu yang masih tersimpan rapi ) dan Kesultanan Malaka,yang mana ketika itu masih wujud kerajaan Majapahit yang beragama Hindu dan Ayutthaya yang beragama Buddha. Tidak lama kemudian Majapahit diruntuhkan perlahan-lahan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang muncul di Tanah Jawa seperti Demak dan Mataram Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui peninggalan artifak , manuskrip , prasasti yang akan membuka seluas-luas mata manusia yang cuba berdalih untuk kepentingan diri sendiri . "
"Jika benar keturunan kita pernah memerintah satu empayar Islam sila tampilkan kenyataan yang logik dan masuk akal . Kajian kita hendaklah serasi dengan sejarah sekeliling dan ada 'cross-reference' dengan bukti sejarah lain yang dihimpunkan bukan sahaja di tempat sejarah itu berlangsung tetapi tempat-tempat yang pernah tercatat sewaktu sejarah itu mula berkembang .Saya berasa lucu sedikit dan kadangkala sedih tidak terhingga apabila orang Islam bergaduh dengan memaki hamun antara satu sama lain semata-mata kerana sejarah dan keturunan,juga pangkat dan takhta. Begitu juga yang berlaku antara PKRJK dengan saya di awal kemunculan pertama saya tidak patut terjadi kerana kenyataan awal yang dikeluarkan oleh PKRJK seolah-olah membawa kepada isu pertelingkahan sejarah . Hari ini kemunculan saya adalah sebagai mengorak sejarah tamadun yang hilang yang mana pastilah saya akan berdepan dengan orang-orang yang terkait dengan pengembaraan saya yang sudah sekian lama.
Jika mereka atau PKRJK adalah pewaris empayar Islam, mengapa peribadi dan maruah mereka tidak sesuci agama Islam yang menggalakkan penganutnya bersabar dan bermanis dalam kata-kata? Ini terjadi akibat pertanyaan beberapa pihak mengenai kesahihan saya sebagai keturunan ketujuh Puteri Saadong . Mereka ini yang juga seorang pengkaji salasilah kerabat diraja Melayu , sebilangan masyarakat di negeri Kelantan dan lain-lain negeri . Saya juga berhak mempersoalkan kembali kesahihan salasilah 'hikayat'melayu atau sejarah raja-raja yang sudah menyeleweng.Bagaimana ini berlaku?Sebabnya mereka telah mencampur adukkan salasilah raja-raja Melayu dengan keturunan sebelah Siam mereka. Yang dikatakan Serambi Mekah hanya ada tiga iaitu Kelantan , Kedah dan Aceh .Sebagai contoh , Makam-makam raja Melayu yang asli secara membuta tuli telah diperakui adalah warisan nenek moyang mereka dan begitu juga ada raja-raja Melayu yang dimaki hamun mereka sesuka hati. Ini kerana keturunan mereka telah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah , Kelantan dan Aceh bercampur dengan darah Melayu dan apabila keturunan sebelah Melayu Kedah, Kelantan dan Aceh Tulen menjadi Sultan ,kaum kerabat mereka yang telah menjadi sebahagian kerabat diraja ketiga-tiga negeri ini merasa marah kerana keturunan mereka (Siam) tidak naik takhta kerajaan ."
" Sebenarnya Puteri Saadong atau nama sebenarnya Puteri Wijaya Mala yang membawa maksud ‘Puteri yang mendapat kemenangan’ berketurunan dari sebelah ibunya adalah Mitroga, India yang menurunkan Atwangga yang mana pernah menikahi kakak dari Permaisuri Danawaman VII (Raja Salakanegara) kemudian menurunkan Maharaja Rajendrawarman memerintah di Champa, Acheh dan saudara kandungnya Maharaja Sri kudungga yang menikahi Mahasuri Sri Gamboh memerintah di Bakulapura, Kalimantan. Hasil keturunan tersebut lahirlah Puteri Hijau iaitu Ratu Langkasuka, Ratu Champa dari kerajaan Kedah Tua dan Pattani anak kepada Panji Wening Peti dan Putri Cindu Mata iaitu anak raja Galuh/Jawa. Puteri Hijau yang menikahi Raja Sakti dari keturunan Sri Samara Tungga Dewa anak dari Maharaja Dewa, Sriwijaya yang pernah memerintah kerajaan Jembal di Kelantan. Kata banyak petapa di India mengikut rujukan, Raja Sakti dan Puteri Hijau mendapatkan anak iaitu Putri Mas Cayam atau dikenali Ratu Mas dan Puteri ini adalah saudara satu bapa dengan Raja Loyor yang memerintah kerajaan Jembal di Kelantan satu masa dulu. Ini bermakna Raja Loyor adalah bapa saudara kepada Puteri Wijaya Mala atau Puteri Saadong. Ratu Mas ini kemudian bernikah dengan keturunan Rasulullah yang mana dari keturunan Majapahit Bhre Kertabhumi yang mendapatkan anak Raden Patah Sultan Demak I yang menikahi anak kepada Sunan Ampel iaitu Ratu Asyikah kemudian memperoleh anak Sultan Ahmad Abdul Ariffin atau Pangeran Trenggana yang menjadi Sultan Demak III kemudian melahirkan raden Mukmin atau Sunan Prawoto Sultan Demak IV yang melahirkan Arya Pangiri Sultan Ngawatinpura yang menikahi Puteri Sultan Hadiwijaya Raja Pajang atau bergelar Ki Jaka Tingkir iaitu Ratu Pembayun kemudian melahirkan bapa kandung kepada Puteri Wijaya Mala iaitu Pangeran Mas bergelar Raja Pulo Jowo yang menikahi Ratu Mas. Akibat permusuhan dan pertengkaran agama antara Ratu Mas dan Pangeran Mas maka Puteri Wijaya Mala dihanyutkan dan diketemukan di Pulau Melaka kota pemerintahan bapa saudaranya sendiri iaitu Raja Loyor yang menikahi Puteri Nang Cayang dan kesahihan ini terbukti melaui kalung Trisula tinggalan Ratu Mas yang ada di leher anaknya itu sewaktu dihanyutkan lalulah Raja Loyor memberi gelar Puteri Saadong yang bererti ‘puteri yang berbahagia’ kerana tahu bahwa kalung tersebut adalah milik saudaranya. Sesiapa yang ingin bertanyakan susur galur saya dan musykil akan kemunculan saya sebagai pewaris Puteri Saadong, mereka di luar sana termasuk PKRJK bolehlah bertemu dengan orang-orang yang sudah saya kunjungi selama ini termasuklah alim ulama dunia, para pertapa, para pengkaji sejarah nusantara , peniliti budaya melayu , para pendeta yang sudah banyak membantu dan memberi jalan kepada saya .
Untuk pengetahuan semua pihak , kalung Trisula kepunyaan Mahadewi itu telah ditemukan di Muzium Mulawarman, Tenggarong, Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia oleh Sri Ratu Saadong VII pada Januari 2010 yang sudah memakan masa 7 tahun pencariannya. Kalung Trisula itu dinamakan uncal dan dibawah kawalan dan jagaan oleh Kesultanan Kutai Kartanegara juga. Hal ini dapat membuktikan bahawa kisah keturunan Puteri Saadong yang juga mempunyai hubung kait dengan keturunan Hindu-Buddha. Wallahualam ."
Dekorasi di Restoran Arab Cruise
Jembal sebuah nama ,
Apakah Jembal sebuah perkataan ,
Jembal bukanlah Jembalang ,
Tetapi Jembal pelengkap salasilah keturunan ,
Hadirnya di sini memusat kata ,
Tidak menodai sejarah yang terpadam ,
Mengapa dibiarkan larut tak terpadam .
Adakah sejarah mungkin berulang ?
Putri Anis sambungan sejarah ,
Bahan jenaka yang tiada sudah ,
Jerih payah merentas samudera ,
Paling kurang mentaati keturunan ,
Bangkitnya ia kerana amanah ,
Menyempurnakan sejarah yang sudah dilupakan ,
Mengikis prasangka dalam doa ,
Berjalan menuju Nusantara Jaya ,
Keaslian terserlah tiangnya berbatang ,
Tongkat perjuangan yang tiada lelah ,
Pertarungan nyawa tak tampak di mata ,
Antara realiti dan juga mimpi ,
Berjalan di dalam sedar ,
Bercanda di dalam syahdu ,
Episod pertaruhan seperti permainan judi ,
Menang di meja habis kopi secawan ,
Gemuruh di dada bagaikan bateri mobil ,
Nah inilah suatu bukti nyata ,
Persaudaraan kasih antara bumi dan makhluk ,
Tetap tidak berpusing , bergerak dengan roda ,
Yang ditakluk adalah iman ,
Yang menakluk adalah anggota ,
Yang tertaluk adalah negeri yang berbangsa ,
Tanah Serendah Sekebun Bunga taman permainannya ,
Kini menjadi seruling kala ,
Kenapa harus dikata Putri Anis yang salah ,
Sedangkan Bukit Marak jauh dikenang ,
Maraknya api berkecai hati ,
Pecahnya pinggan hanya tragedi ,
Tanda setia raja terhadap rakyat yang dikasihi ,
Berlalu pergi merajuk hati ,
Akibat fitnah melanda di diri ,
Usah kau "JEMBAL" bermanis lidah ,
Penderhaka tetap penderhaka ,
Yang membuktikan adalah sejarah lampau ,
Demikian Saadong yang hilang kembali menjelma ,
Walau bukan terlahir manusia tetapi rohnya ,
Tetap menjelma di alam maya di bumi nusantara ,
Kerana janjinya DIA datang ,
Menerusi keturunan-NYA yang diberi penghinaan ,
Jembal tak sudah cetus kesengsaraan ,
Buktikan Raja Abdullah tiada salah ?
Itulah tugasmu JEMBAL
Sepatu Saadong di Kota Mahligai ,
Berperang duka jangan dikata ,
Ah itu hanyalah coretan Raja Umar ,
Hancur lebur dituduh pembunuh ,
Sedangkan musuh di depan mata ,
Makanya Saadong igauan Jembal ,
Kerana keturunan itulah yang HIDUNG TINGGI ,
Kahwin Raja Abdullah , Saadong kecewa ,
Berdayung ke hulu , mudik ke muara ,
Bersumpah ia di tepi pengkalan ,
Keringat Saadong , Putri Anis rangkum ,
Rasminya bertemu kerana sejarah ,
Jembal yang puaka ,
Siapakah petualang Saadong dan Raja Abdullah ?
Yang akan wujud setelah ini hanyalah seorang ,
Yang akan membenarkan lidah tanpa petroleum ,
Yang akan bersuara tanpa petrokimia ,
Yang akan menjejaki Putri Anis adalah petaka makrifat ,
Anjung budi mengenal hati ,
Anjakan Jembal Saadong terguris ,
Kerana bendang tak selalu tumbuh padi ,
Kerana sejarah belok meyelubungi ,
Maka keturunan ini lahir ,
Dua pertemuan berbisik ,
Apakah ini duplikasi bagi sejarah lampau ,
Bukan cerita dukun yang menghasilkan dinar emas ,
Bukan fahaman atau fakta yang berevolusi ,
Ini sejarah Keturunan Saadong dan Jembal ,
Mengacip kekabutan pecah purbakala ,
Pusaka Saadong berputik pejal ,
Pusaka Jembal jurus hangat kuku ,
Ayuh , gertak menggertak fobia sekawan berderu ,
Negeri berpecah kemana arah tuju ?
Hamparkan permaidani dengan huraian kandar ,
Sengketa spesies Jembal ,
Solar Putri Anis berselirat kebijakan ,
Cerobong misteri sudah terjawab .
(Dedikasi puisi sejarah buat pertemuan Putri Anis dan PKRJK)
PUTRI ANIS MENGHADIRI JAMUAN BERBUKA PUASA DI RESTORAN FOUR SEASON,KOTA BHARU
Putri Anis menghadiri jamuan berbuka puasa
Bonda Putri Anis
Sahabat dan saudara yang sedia menemani untuk berbuka puasa
HALAL MENU'S IN FOUR SEASON
Peta untuk menuju ke Restoran Four Season , Kota Bharu
Pada 22 Ogos 2010 sempena di bulan Ramadhan yang mulia , Putri Anis dan beberapa kaum kerabat menghadiri jamuan berbuka puasa di Restoran Four Season , Kota Bharu iaitu salah sebuah restoran kegemarannya . Beberapa jenis makanan dan citarasa halal menjadi pilihan Putri Anis untuk berbuka puasa .Layanan di restoran ini juga sangat istimewa membuatkan majlis berbuka puasa ini menjadi saat yang paling indah ketika beliau berada di Kelantan kerana ditemani oleh kaum kerabat yang terdekat serta di majlis ini juga beliau mengundang beberapa masyarakat dari sekitar Kota Bharu yang mengenali dirinya untuk bersama-sama merasai masakan di sini . Semoga juadah yang disediakan semalam dapat memberi kepuasan kepada rakan-rakan yang hadir .
SAMBUTAN BERBUKA PUASA DI KAMPUNG BATU 8 , TANAH MERAH KELANTAN
RAMADAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan.Pada tanggal 21 Ogos kelmarin, Sri Ratu Saadong Vii beserta keluarga besar telah diundang oleh warga sebuah kampung yang terletak di Tanah Merah Kelantan. Acara berbuka puasa berkenaan yang telah diadakan di sebuah rumah salah seorang warga kampung yang dikenali sebagai Pok Su berjalan dengan penuh meriah berlandaskan suasana Ramadan yang penuh mulia.Turut hadir adalah saudara maranya dan juga bebrapa masyarakat yang tinggal di Jeli , Pasir Mas , Kota Bharu dan Machang .
Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa'di Abu Jaib Hal 218).
Dalam Feqh Manhajji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat puasa.
Walaupun begitu terdapat banyak lagi definasi berkenaan dengan puasa berdasarkan kepada pendapat fuqaha dalam semua mazhab. Tetapi pengertian yang mereka kemukakan adalah hampir sama.
Puasa Ramadan mula difardukan pada bulan Syaaban pada tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, amalan puasa telah biasa dilakukan biasa di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Akan tetapi kewajipan puasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat terdahulu adalah dari segi pensyariataan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khusus difardukan puasa pada bulan Ramadan.
Ia merupakan satu rukun daripada Islam yang lima dan diketahui oleh umum. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipannya ia boleh menjadi kafir dan hendaklah disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Jika terus ingkar dan enggan bertaubat dia hendaklah dijatuhi hukuman sebagai orang yang murtad.
Hal yang demikian sekiranya dia bukan baru memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama. Mereka yang tidak berpuasa tanpa mengingkari wajibnya ibadat tersebut dia hanya jadi fasik. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya ia berpuasa sekali pun zahirnya sahaja mengikut apa yang dinyatakan di dalam kitab al-Feqh al-Manhaji.
Berkenaan dengan rukun puasa pula iaitu menahan daripada dua syahwat, perut dan faraj. Atau menahan daripada segala perkara yang membatalkan puasa. Malikiyah dan Syafiiyah menambah dengan satu rukun yang lain iaitu niat pada waktu malam. (Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 3/1616).
Seterusnya dibincangkan fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:
*Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.
*Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.
*Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
*Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.
*Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.
*Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
*Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.
*Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.
*Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.
*Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.
*Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka. Justeru marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.
Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.
Antara foto-foto kenangan semasa acara tersebut berlangsung:
Penyambutan silat oleh masyarakat Kampung Batu 8 , Tanah Merah Kelantan
Sedang mempersembahkan seni silat kepda Sri Ratu Saadong Vii
Putri Anis berdiri bersama keluarga
Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.
Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata 'rasmi' bagi aliran itu.
Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.
Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini.
Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat.
Putri Anis menghadiri jamuan berbuka puasa
Putri Anis didampingi ayahanda dan bondanya
Bersongket merah jambu
Sedang memberi kata sambutan
Adinda Putri Anis , Putri Shafifi
Putri Farra Arisha
Sedang rancak beramah mesra dengan penduduk kampung
Sedang menyampaikan penerangan kepada masyarakat berkenaan program yang akan dijalankan di kampung ini
Pelbagai usia sedang mendengar ucapan yang disampaikan oleh Putri Anis
Tuan Rumah sedang membaca doa berbuka puasa
Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh oleh setiap orang yang beriman. Bulan yang disebut oleh Rasulullah sebagai ‘bulan umatku’, satu-satunya umat yang dikurniakan dengan bulan mulia dalam sejarah kewujudan manusia. Kaum nabi terdahulu tidak pernah dikurnia Allah dengan mana-mana bulan mulia. Bukan saja Ramadan itu, mengandungi seribu rahmat, malah menunggu-nunggu datangnya pun adalah rahmat Ilahi. Ini seperti sabda
Rasulullah, maksudnya: “Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka.” (Hadis riwayat Ibn Majah).
Sebagai mana pintu syurga dibuka pada Ramadan, pintu keberkatan, kebaikan, pintu kasih-sayang, kemaafan, hidayah dan petunjuk juga terbuka. Pintu neraka tertutup rapat, sebagaimana jalan ke neraka juga tersekat. Jalan ke syurga terbentang luas, hingga Rasulullah sendiri menjelaskan dalam sabdanya: “Tidur orang yang berpuasa pada bulan puasa adalah ibadat, diamnya adalah tasbih, manakala ibadatnya dilipatgandakan pahalanya oleh Allah.”
Ramadan adalah bulan kerehatan dan kelapangan daripada segala hiruk pikuk dan kesibukan dunia. Bulan kita berhenti sebentar daripada keserabutan kejar-mengejar di pentas dunia, untuk melihat ke dalam diri sendiri terhadap cebis iman yang masih tinggal serta dosa pahala yang pernah diperbuat selama setahun. Justeru, kita dianjurkan agar meningkatkan keimanan. Keempat-empat komponen kewujudan manusia hendaklah diperkukuhkan dengan neraca iman. Tubuh badan bertambah taat, roh makin bercahaya, akal penuh bijaksana dan nafsu bak air tasik tenang tidak berkocak.
Berhenti sebentar berfikir dengan rasional status perhubungan kita dengan Allah selama ini, ketaatan kepada Rasulullah serta apa yang dibuat untuk agama, bangsa, negara, ibu bapa, keluarga, jiran tetangga dan diri sendiri? Rasulullah bersabda: “Sesiapa saja yang berpuasa pada Ramadan dengan penuh iman dan menghisab diri sendiri akan diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Begitu juga pada malam Ramadan, peluang terbuka luas untuk menghidupkan malamnya dengan mendirikan solat Tarawih, Saidina Abu Hurairah ada menjelaskan bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Sedang bersiap untuk santapan majlis berbuka puasa
Pelbagai resipi masakan kampung yang sungguh menyelerakan
Penyampaian hamper kepada Tuan Rumah yang menganjurkan majlis berbuka puasa
Putri Anis yang sangat peka terhadap perkembangan masyarakat terutama di kawasan kampung yang terpencil
Foto kenangan bersama pasangan suami isteri serta ayahanda dan bonda sempena majlis berbuka puasa
Bersama masyarakat dari Jeli yang turut hadir berbuka puasa bersama Putri Anis
Sri Ratu Saadong Vii brgambar kenang - kenangan bersama masyarakat dari Machang , Kota Bharu dan Pasir Mas
Keluarga yang sangat penyayang dan berbudi bahasa
Turut hadir adalah Pembantu Peribadi Putri Anis dan adik beradiknya
Ramadan walaupun bulan kerehatan, ia bukanlah bulan untuk bermalas-malasan, menjadikan orang Islam tidak produktif atau menjadikan alasan berpuasa untuk tidak membereskan sebarang pekerjaan. Sepatutnya pada Ramadan, umat Islam bertambah cergas, kuat kerja, aktif dan lebih kuat semangat. Ini kerana setiap tanggungjawab yang dibereskan pasti mendapat ganjaran berlipat ganda.
Selain itu kefarduan puasa Ramadan adalah untuk menjana suatu natijah peribadi terpuji dan seterusnya mencapai kemuncak darjat ketaqwaan yang sebenar kepada Allah Taala. Dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: ``Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada-Nya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.''
Ramadan adalah bulan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat bagi setiap umat Islam yang ingin mencapai hasrat tersebut.Ini kerana dengan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat sahajalah, maka akan lebih mudah proses taqarrub seseorang untuk berserah diri kepada Allah Taala dalam banyak hal yang lain. Dengan itu juga akan lebih mudah pula seseorang mukmin itu membezakan sesuatu yang hak dan batil.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: ``Umatku diberikan oleh Allah setiap Ramadan perkara yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, iaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Malaikat memohon ampun untuk orang yang berpuasa hingga waktu berbuka. Syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak bebas seperti biasa.''
Bertitik tolak daripada itu, setiap umat Islam digalakkan menyimpan niat untuk menjalani ibadat puasa setiap hari pada bulan Ramadan sebagai manifestasi untuk melaksanakannya mengikut apa yang dikehendaki oleh syarak.
Puasa adalah suatu ibadat tazkiyah al-nafs, iaitu proses penyucian jiwa dan nurani daripada segala penyakit rohani yang boleh mengkerdilkan kesempurnaan ibadat seseorang. Melalui ibadat puasalah diharapkan akan lahir sifat-sifat terpuji seperti amanah dan jujur dengan diri sendiri, bertanggungjawab, bertaqwa dan sabar.
Apa jua kesederhanaan dan sedikit kekuatan yang dituntut sepanjang menjalani ibadat puasa ini, mencerminkan ibadat puasa adalah bersifat sosial yang dikatakan boleh menjana deria keprihatinan dan keinsafan terhadap nasib umat Islam yang kurang bernasib baik.
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram. Jauhilah daripada suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.'' (Riwayat Bukhari).
Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah s.a.w. ini dapat kita laksanakan dengan syumul, perkara utama yang harus didahulukan adalah menyiapkan diri untuk memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan bernilai sepanjang berada dalam bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini. di antaranya ialah:
- Menjaga ibadat puasa daripada terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga anggota badan.
- Banyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang dibaca.
- Mengurangkan tidur pada siang hari bulan Ramadan.
- Beriktikaf dalam masjid terutamanya pada sepuluh malam terakhir Ramadan
- Memperbanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan jiwa manusia daripada sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam.
- Jangan terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan.
Melihat kepada betapa besarnya fadilat yang bakal diperoleh semua umat Muslimin pada sepanjang bulan yang barakah ini, Rasulullah s.a.w. telah memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadan melalui satu khutbah baginda iaitu:
``Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan di mana Allah telah menjadikan puasa adalah kefarduan dan qiyam pada malamnya adalah satu tambahan. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardu pada bulan yang lain. Bulan Ramadan adalah bulan untuk memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan daripada api neraka.''
Secara jelasnya menikmati kehadiran Ramadan dan fadilat yang terselindung di sebalik tabir kemunculannya menjadi tumpuan setiap umat Islam yang sentiasa mendambakan keberkatan dan pahala yang berlipat ganda daripada Allah Taala.
Usah jadikan Ramadan sebagai bulan untuk berlumba-lumba menyajikan makanan yang pelbagai sehingga melakukan pembaziran atau menjadikan alasan berpuasa di dalam bulan Ramadan untuk menjadi umat Islam yang rendah produktiviti dan tiada natijah penghidupan kerana keletihan berpuasa.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Apabila datangnya malam pertama Ramadan, diikatlah segala jin dan syaitan yang jahat serta ditutup pula pintu neraka, dan tiada dibuka walaupun satu pintu neraka. Akan dibuka pintu syurga. Pada setiap malam akan ada malaikat yang menyeru ``Wahai manusia yang inginkan kebaikan, bersegeralah kamu. Wahai manusia yang inginkan kejahatan, berhentilah kamu...''