Wednesday, November 24, 2010

HARI GUA SEDUNIA YANG AKAN DILUNCURKAN OLEH SRI RATU SAADONG VII



BKPBM DAN SRI RATU SAADONG VII MENZIARAHI TOKOH MASYARAKAT DI GUA MUSANG DAN KEUNIKAN SEJARAH GUA MADU 


Pada 1 Oktober 2010 dengan rasminya , Sri Ratu Saadong Vii  telah berkenan membawa tetamu rasminya iaitu Datuk Mahyudin Al Mudra selaku Pemangku Balai Kajian Pengembangan Budaya Melayu , Yogyakarta  menyelusuri perbukitan dan gua kapur yang terletak di daerah Gua Musang , Kelantan . Gua ini dikenali sebagai Gua Madu yang sangat popular di dalam masyarakat Kampung Batu Papan , Gua Musang . Rombongan  disambut baik oleh keluarga di kampung itu yang biasa minta dikenali dirinya sebagai ''Ayah Haji". Menurut Putri Anis , lokasi ini memiliki potensi untuk dikembangkan menjadi sebahagian objek pelancongan dan sejarah peringkat global memandangkan ini adalah salah satu situs atau peninggalan yang sangat misteri dan perlu pengkajian khusus dari pelbagai pihak untuk tampil kehadapan bagi merungkai segala rahsia yang pernah tercoret di tempat tersebut . Selain itu ianya juga mampu menumbuhkan perekonomian daerah kerana bagi Putri Anis sendiri gua ini mempunyai daya tarik yang memikat jiwa dan sukma kepada sesiapa sahaja yang melihat akan keindahan ciptaan Tuhan ini . Makanya beliau mencadangkan untuk bekerjasama dengan tokoh masyarakat di kampung ini bagi mengemukakan beberapa prospek baik untuk dijadikan tempat ini sebagai lokasi pelancongan unggulan sepanjang hayat kerana mempunyai nilai ilmiah yang bermutu tinggi. Dalam perbincangan ini juga , Putri Anis telah bersetuju untuk menggelarkan hari gua sedunia yang akan diadakan di Gua Madu bersama seluruh masyarakat di Gua Musang tidak kira warna kulit , bangsa dan agama terutama masyarakat orang asli yang berdekatan bagi memahami sejarah dan nilai budaya yang ada di kawasan gua tersebut seiring dengan majlis ilmu yang akan menambah kepintaran dan kecerdasan kepada masyarakat setempat betapa pentingnya usaha menjaga alam sekitar dan kisah-kisah perjalanan ahli spritual seperti para wali dan sufi dalam meredah gunung ganang menyebar agama atau sebagainya   dan rancangan ini akan dimaklumkan nanti kepada pihak berwajib. Dalam proses perkembangan sejarah yang lama ,fenomena bawah permukaan adalah adanya gua kapur berhiaskan stalaktit, stalakmit, dan aliran sungai bawah tanah sangat berpotensi untuk dikembangkan menjadi kawasan pelancongan dari masa ke masa .



Di dalam gua yang sudah dijadikan tempat ibadah oleh Ayah Haji


Meneliti tinggalan budaya dan sejarah silam 
Pelancongan merupakan suatu bentuk kemewahan yang hanya dapat dikecap oleh segelintir manusia. Hal ini demikian kerana hanya golongan yang mempunyai masa dan wang sahaja yang berupaya melancong. Kini, pelancongan menjadi suatu aktiviti yang menarik dan banyak negara yang mengambil kesempatan ini dengan menjadikan pelancongan sebagai suatu industri. Malaysia tidak ketinggalan dalam hal ini dan telah beberapa kali mengadakan promosi Tahun Melawat Malaysia dan Cuti-cuti Malaysia. Sebagaimana industri lain, industri pelancongan ada kesan positif dan negatifnya kepada negara ini, khususnya kepada budaya tempatan.Mengikut pandangan Putri Anis , sebenarnya tergantung atas hasrat individu itu sendiri bagaimana seseorang cuba memanfaatkan masa dan waktu semasa mereka datang melancong ke negara-negara pilihan mereka . Jika Putri Anis , beliau lebih gemar melihat dan mengkaji tempat-tempat bersejarah di dunia apabila beliau pernah berkesempatan melancong malahan beliau sanggup meredah sungai dan mendaki gunung di kawasan perbukitan atau pergunungan tinggi jika itu satu satunya cara bagi beliau mendapatkan bahan sejarah yang ingin diketahuinya .

Berdialog berkenaan Gua Madu
Gua Madu  antara rangkaian gua batu kapur yang unik di Gua Musang. Mempunyai sumber sungai dan dikelilingi oleh hutan-hutan yang masih hijau serta landskap perkampungan yang harmoni menarik penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti rekreasi. Di dinding-dinding gua terdapat sarang-sarang lebah dan sempena dengan madu-madu yang terhasil, nama tempat ini sinonim dengan madu tersebut.

Industri pelancongan dan sejarah setempat masih perlu segera ditingkatkan . Putri Anis menyatakan kepada rombongannya

Menurut perbualan dari Putri Anis , industri pelancongan memberikan peluang kepada kita untuk mengetengahkan budaya tradisional yang menjadi amalan masyarakat majmuk di negara ini. Hal ini demikian kerana kebanyakan  pelancong asing terdiri daripada manusia yang bersifat ingin tahu. Kecintaan mereka terhadap sesuatu bentuk budaya amat tinggi. Keadaan tersebut memberi kita peluang untuk mengkomersialkan kebudayaan tradisional seperti tarian, nyanyian, permainan, dan sebagainya. Hal ini telah pun berlaku sekarang kerana kebanyakan hotel di negara ini ada mempersembahkan budaya tradisional untuk menghiburkan pelancong asing. Artis-artis yang terlibat dalam pefsembahan tersebut diberi ganjaran yang lumayan. Keadaan ini secara tidak langsung menggalakkan lebih banyak generasi muda melibatkan diri dalam budaya tradisional dan seterusnya mencintai budaya sendiri supaya tidak pupus ditelan zaman. Selain itu, kemasukan pelancong asing turut membantu memajukan industri kraf tangan tempatan. Hal ini demikian kerana sebagai pelancong mereka akan membeli pelbagai barangan seperti ukiran kayu, batik, dan lain-lain untuk dijadikan cenderahati atau kenang-kenangan apabila pulang ke negara masing-masing.

Tidak kalah juga dengan pelestarian gua-gua yang terdapat di negara kita khususnya dalam meperkenalkan budaya Kelantan kepada pelancong luar .Ini dapat membantu memupuk persefahaman sejagat. Kemasukan pelancong asing membolehkan kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka. Melalui interaksi dan komunikasi dengan mereka, kita dapat bertukar-tukar fikiran dan pendapat tentang pelbagai perkara. Kita dapat mengetahui keadaan politik dan ekonomi mereka serta adat resam yang diamalkan mereka dengan lebih mendalam dan rinci. Mereka pula akan mengetahui keadaan negara kita yang sebenarnya melalui interaksi dan komunikasi dengan kita. Sebagai contoh, kita dapat memberitahukan amalan “rumah terbuka” yang sudah menjadi budaya nasional kerana diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat majmuk di negara ini. Penerangan kita ini secara tidak langsung dapat menangkis fitnah asing yang mengatakan negara kita berada dalam keadaan huru-hara dan dipenuhi sentimen perkauman.



Pemandangan alam yang indah . Putri Anis bersama kedua orang tuanya setelah selesai mendaki bukit

Tradisi dan pesta syukuran pernah berlangsung di sini mengikut ahli pertapaan yang pernah datang ke mari . Putri Anis sedang mengabadikan gambar buat kenangan

Setelah adaptasi keunikan gua bersama Datuk Mahyudin Al Mudra


Putri Anis sedang meniti jambatan untuk dibawa ke sebuah ekosistem bagi mewujudkan kelestarian gua-gua yang ada di rantau ini 
Melihat Gua Madu ini , Putri Anis terkenangkan Gua Ajanta di Maharashtra, India, yang merupakan monumen gua yang telah ada sejak abad ke-2 SM, terdiri dari lukisan dan skulptur yang dianggap sebagai karya besar seni peradaban Buddha.
Gua ini terletak di luar desa Ajinṭhā, distrik Aurangabad, Maharashtra. Sejak tahun 1983, Gua Ajanta merupakan Situs Warisan Dunia UNESCO.
Kedua gua ini terletak di utara Maharastra, sekitar 400 kilometer (250 mil) dari Mumbai. Yang akan membuat kita pasti terkejut ialah gua batu bukit yang diukir dengan teliti. Ada 34 gua di Ellora yang berasal antara abad ke-6 dan ke-11 Masehi, dan 29 gua di Ajanta yang berasal antara abad ke-2 SM dan abad ke-6 Masehi.
Melaksanakan tugas dengan beberapa rombongan Putri Anis

Di kawasan luar gua

Gua Madu terletak di Kampung Batu Papan kira-kira 4 km dari bandar Gua Musang. Dari simpang tiga berdekatan Balai Polis Gua Musang, ke kiri kira-kira 2 km dan ke simpang masuk utama ke Gua Madu. Dari simpang tersebut, perlu melalui kawasan perkampungan sejauh kira-kira 1 km untuk sampai ke tempat tersebut.

Di rumah Ayah Haji . Beliau empat dari kanan .
Haji Abdul Latif atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Ayah Haji merupakan masyarakat yang mula-mula mendiami Kampung Batu Papan yang mana pada waktu itu tanah baru diteroka oleh penduduk kira-kira di awal tahun 70-an . Beliau sudah dianggap sebagai tokoh di dalam masyarakat setempat kerana beliau telah begitu banyak berbuat kebaktian seperti melestarikan tinggalan sejarah , membangunkan madrasah untuk orang kampung , berbahagi hasil tanaman kepada sesiapa sahaja yang dikira wajar , mendirikan pondok atau pusat pemulihan akhlak bagi golongan yang tersesat jalan . Selain itu , apa yang mengagumkan hati Putri Anis tatkala jauh dari pemandangan kota besar kehidupan masyarakat di sini masih mengamalkan adab sopan santun dan menghormati tetamu jauh . Mereka para rombongan turut dihidangkan dengan juadah atau selera kampung yang mana isterinya juga jikalau ada acara kenduri di kampung , pasti tidak segan silu untuk turun ke dapur dan membantu jiran tetangga . Inilah keharmonian yang jelas terpancar di daerah yang terpencil ini . Tiada siapa yang membayangkan bahawa Ayah Haji bertungkus lumus seorang diri dalam memartabatkan bangsa agar hidup di dalam kerukunan dan ketaatan kepada Tuhan semesta alam . Makanya beliau berkorban sekerasnya membangunkan Gua Madu sebagai salah satu tempat rekreasi yang menarik minat bagi penggemar alam sekitar untuk berkunjung ketika lapang waktu . Apakah tujuannya ? ini adalah tanda bahawa suatu saat apabila malapetaka melanda , tempat yang paling selamat dan aman mungkin adalah gua dan bila memandang gua , sesungguhnya kita akan merasa kerdil di mata Tuhan . Marilah sama-sama kita mendoakan agar program yang akan dilaksanakan nanati dapat menyedarkan masyarakat agar pentingnya memelihara alam semulajadi dalam konteks pemuliharaan gua supaya kita menegnali jati diri kita dengan penuh kusyuk dan mendalam . Peranan Ayah Haji dalam memimpin masyarakatnya dapat dicontohi oleh generasi muda sekarang dan wajarlah beliau diangkat sebagai lembaga adat setempat bagi simbol rujukan kepada orang-orang yang ingin mempelajari soal dimensi alam .

No comments:

Post a Comment