Friday, August 27, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SETIAUSAHA /AJK PKRJK DENGAN SRI RATU SAADONG VII





PERTEMUAN SETIAUSAHA PKRJK 
BERSAMA AJK PKRJK DENGAN YM SRI RATU SAADONG VII SERTA MAJLIS BERBUKA PUASA DI RESTORAN ARAB CRUISE KOTA BHARU KELANTAN


Sri Ratu Saadong Vii



ARKIB : 25/08/2010

Kemelut Puteri Anis-Kerabat Raja Jembal selesai?

KOTA BHARU 24 Ogos - Pertikaian Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) dengan Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang mendakwa waris ketujuh Puteri Saadong, dianggap selesai apabila kedua-dua pihak bertemu buat kali pertama di sini semalam.

Malah PKRJK bersedia menjalin hubungan lebih erat berdasarkan tali persaudaraan seagama di samping menjalankan penyelidikan mencari kesahihan dakwaan gadis tersebut.

Penyelidikan itu membabitkan bahan bukti dalam simpanan Tengku Putri Anis, selain manuskrip, pedang dan kalung peninggalan Puteri Saadong serta keturunannya yang berada di Indonesia.

Keputusan dicapai antara Setiausaha Agung PKRJK, Tengku Mohamad Nor Hamzah Engku Husin dan beberapa ahli jawatankuasanya dengan Raja Tengku Putri Anis yang turut disertai ibu bapanya, Raja Fauziah Raja Yaacob dan Raja Sazali Raja Hasan serta ahli keluarga lain.

Tengku Mohamad Nor Hamzah berkata, selepas mendengar penjelasan Putri Anis berhubung dakwaannya sebagai pewaris ketujuh Puteri Saadong, PKRJK bersetuju menyelidik bukti-bukti dalam simpanannya.
"Sebelum ini banyak andaian, ditambah pula kemunculan sebagai pewaris ketujuh Puteri Saadong secara tiba-tiba, ia mengejutkan banyak pihak," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Difahamkan, pertemuan semalam susulan dialog melalui laman web sosial Facebook antara kedua-dua belah pihak sebelum ini.

Dalam pertemuan itu, PKRJK mengalu-alukan penglibatan Raja Tengku Putri Anis dalam kegiatan amal dan sosial di negeri ini termasuk cadangan menubuhkan Yayasan Nusantara Jaya (YNJ) sebagai medium perantara membantu golongan yang memerlukan.

"Jika ia benar-benar dilaksanakan, PKRJK akan menyokong kerana ia untuk kebaikan semua pihak," ujarnya.
Sementara itu, Raja Tengku Putri Anis menganggap keputusan PKRJK satu perkembangan positif hasil.
"Persetujuan PKRJK berbincang dari hati ke hati adalah petanda baik sebagai langkah memelihara susur galur keturunan kerabat diraja," katanya.

Raja Tengku Putri Anis mengaku kehadirannya ke negeri ini untuk membuat pengakuan kepada umum adalah bersempena berakhirnya sumpahan tujuh keturunan Puteri Saadong selepas 420 tahun mengikut kalendar Nusantara.
Ia dibuat melalui pemasyhurannya sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia Jun lalu.

Dakwanya, kemunculannya sebagai waris ketujuh Puteri Saadong dalam pengetahuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Penasihat PKRJK.


...........................................................................Petikan Akhbar Utusan Malaysia......................................................................................


Sri Ratu Saadong Vii diapit bersama ayahanda dan bondanya serta Setiausaha PKRJK dan beberapa AJK PKRJK termasuk seorang wakil dari Pertubuhan Kerabat D'Raja Long Yunus

Pada 23 Ogos 2010 bertepatan jam 5 petang Putri Anis bersama sebahagian keluarganya telah memperkenan untuk bertemu beberapa jawatankuasa tertinggi Pertubuhan Kerabat Raja jembal Kelantan yang terdiri dari Setiausaha PKRJK bersama ahli jawatankuasa yang lain . Majlis suai kenal dan jamuan berbuka puasa  ini yang diadakan di Restoran Arab Cruise turut dianjurkan oleh  Sri Ratu Saadong Vii atas permintaan Setiausaha PKRJK yang ingin mendapatkan penjelasan secara terperinci dari Putri Anis sendiri kerana selama ini pelbagai pihak hanya bersilat lidah dan memberi pelbagai andaian dan tohmahan tanpa menilai fakta yang sebenarnya . Majlis tidak rasmi ini juga mendapat persetujuan dari kedua belah pihak yang ingin mnerangkan status atau kedudukan masing-masing . Turut hadir menemani Putri Anis adalah saudaranya yang juga dari keturunan Majapahit , Dato' Agos Mohd Nor sebagai saksi utama dalam menjelaskan perkara duduk sebenar . Semoga dengan pertemuan ini tidak akan ada lagi spekulasi negatif dari PKRJK kerana majlis ilmu atau majlis yang berbentuk penerangan ilmiah akan disusul tidak lama lagi  mengikut garis panduan dan pendapat bebrapa pihak terpenting . 



Dalam penerangan baru-baru ini Putri Anis menjelaskan bahawa PKRJK tidak layak memberi pengiktirafan kepada beliau kerana PKRJK hanya sebuah badan NGO yang bukan sebuah badan bukan profesional atau badan penyiasatan antarabangsa kerana sejarah Puteri Saadong adalah sejarah yang terpadam dan telah dihapuskan fakta sebenarnya ekoran dari perubahan masa dan zaqman serta pengaruh kedudukan pada waktu itu yang inginkan kekuasaan .Hal ini wajar diperkemaskan secara bijaksana yang mana melibatkan beberapa kajian khusus atau dalam erti kata lebih kepada sejarah nusantara yang membabitkan beberapa negara yang terkait akan silsilah ini . Putri Anis juga mengingatkan bahawa pengkaji sejarah pada masa lampau juga boleh melisankan fakta sebuah sejarah apatah lagi zaman yang serba canggih ini yang mana banyak barang-barang berharga atau turun temurun di dalam muzium dijual ke negara luar . Hal ini dianggap sungguh memalukan dan bagaimana pemelihara khazanah atau orang-orang terkait ingin memberi pengiktirafan kepada seseorang sedangkan mereka sendiri tidak berpaut kepada amanah yang sudah ditinggalkan zaman berzaman . Selain itu Putri Anis menjelaskan lagi bahawa , sekembalinya beliau ke negeri Kelantan adalah bertujuan untuk menubuhkan yayasan untuk tujuan kemasyarakatan bukan untuk membuat orang percaya samada beliau dalah keturunan ataupun tidak dan pengiktirafan itu sudah pun diberi oleh orang-orang yang terkait akan sejarah nusantara dan kelantan satu ketika dulu adalah di bawah naungan nusantara yang bererti daratan dan pulau yang sejajar atau erti kata lain tanah air yang merdeka . 


 Putri Anis juga mengalu-alukan PKRJK membuat penyelidikan terhadapnya kerana bukti-bukti jelas akan dipaparkan dari masa ke masa . Beliau turut menjelaskan  bahawa semua harta dan khazanah milik 7keturunan adalah barang-barang suci dan tidak boleh dipamerkan sewenang-wenangnya melainkan setelah terbina muzium lagendanya atau galeri yang akan dijaga rapi oleh keturunannya yang datang dari pelbagai wilayah dan kepulauan untuk memastikan khazanah tersebut selamat dibawa pulang . Setelah itu akan diperlihatkan kepada seluruh masyarakat yang ada di nusantara terutama masyarakat yang sering meremehkan hal ini . Dalam topik ini juga Putri Anis memberitahu kepada PKRJK bahawa zaman ini adalah zaman untuk bekerja secara total bukan zaman untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah dengan simbol yang belum tentu simbol yang dibawa adalah benar dan tujuan yang baik pada agama, masyarakat , tanah air dan sebagainya malah kebanggaan simbol yang terlampau akan menjatuhkan daulat institusi beraja akhirnya sebuah kerajaan akan hancur rata ke tanah tanpa diduga . Putri Anis menjelaskan pada zaman dahulu ada banyak cara untuk seseorang bergelar seorang raja dan kita juga harus kenal pasti aliran manakah kita datang pada hari ini dan jangan sesekali kita menuding jari kepada orang kerana belum tentu dengan pangkal nama gelar di hadapan dapat membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada dunia .


 Seorang bergelar raja boleh dianggap kerana bapanya adalah raja pemerintah memegang kekuasaan di negeri taklukan , selain itu seorang bergelar raja kerana diambil menjadi anak angkat kerana pada waktu dulu , syarat untuk menjadi raja ada tiga . Pertama adalah taat kepada agama tidak kiralah siapapun beliau , agama manakah tetapi yang penting harus taat dan patuh pada agama . Kedua adalah sakti yang membawa maksud mempunyai segala kebijaksanaan dalam setiap hal terutama dalam urusan pentadbiran negeri dan hal ehwal perang kerana zaman dulu anak raja atau raja yang turun berperang sendiri jika ada sesuatu serangan dalam sebuah kerajaan mereka . Ketiga adalah adil yang melingkupi segala hal iaitu perundangan , pengorbanan terhadap negeri , kesetiaan kepada rakyat dan tanah air dan jika keadilan tidak menembusi tembok , maka kerajaan tidak lama bertahan dan akan menerima hukum karma . Hal ini sudah jelas di dalam setiap kitab -kitab suci yang mana raja bermaksud amanah tuhan dan wakil tuhan . Makanya zaman dahulu pemilihan raja dibuat berdasarkan tiga perkara di atas sebelum bersemayam di atas singgahsana dan belum tentu darah daging sendiri dapat menyambung warisan . Selain itu , Putri Anis menjelaskan kita juga harus tahu bahawa zaman seperti zaman kenabian sudah berkali ganda wujud yang mana sewaktu era wali songo adalah zaman kemuncak raja-raja ulama dan wali songo adalah raja ulama . Beza raja ulama mereka tidak memerintah tetapi merekalah yang mengangkat seseorang raja bertakhta di singgahsana . Setelah itu raja tersebuat akan diajarkan pendidikan agama oleh para wali songo dan keturunan ahlul bait . Keturunan raja hari ini boleh jadi dari keturunan penaklukan wilayah yang mana zaman dahulu sering berlaku rampasan kuasa dan terjadi perpecahan antara keluarga .


 Sebuah kerajaan telah diserang akibatnya kerajaan tersebut lumpuh dan raja terpaksa meninggalkan takhta kemudian diambil alih oleh orang-orang yang menakluk kemudian raja yang asli hilang pewaris sampai ke hari ini dan kebanyakan dari mereka sudah berada di garisan paling jauh atau berada di kawasan kampung pedalaman sementara raja yang merompak hak pewaris takhta tercatat di dalam salasilah . Darah raja juga boleh mengalir melalui perkahwinan kerana zaman dulu perkembangan institusi beraja masyhur kerana perdagangan yang meluas . Masing-masing ingin menacari kekuatan lalu menjodohkan putera raja/puteri raja untuk mengukuhkan kerajaan yang sudah ada . di samping itu juga , seorang raja boleh terjadi sekiranya mereka mempunyai pengaruh sendiri seperti mempunyai rakyat , kuasa , emas atau harta mereka juga turut diangkat menjadi raja di wilayah masing-masing . maksud yang hendak disampaikan Putri Anis kepada PKRJK bahawasanya kita pada hari ini jangan bermegah denagn simbol atau pangkal nama di depan kerana tidak semestinya kita lahir dari darah raja yang mulia . Akibat zaman sudah beredar , Tuhan akan merubah satu persatu dengan kebijaksanaan bukan dengan kebodohan .


 Ini adalah sebahagian yang telah dibicarakan oleh Sri Ratu Saadong Vii yang bukan baru semalam beliau berjuang demi nama keturunannya tetapi sejak beliau diberi akal yang sihat lagi cuma pemberitaan ini baru disebarkan kerana tempoh matang bagi kalendar nusantara sudahpun mencecah usia yang mana sejarah Puteri Saadong juga sudah bergenap usia maka kebangkitan ini dianggap suatu proses kemuliaan dan kesederhanaan bukan proses tahyul atau pemujaan . Dalam hal ini Putri Anis juga cuba membicarakan agar PKRJK terus mengorak langkah ke hadapan seperti mengajak ahli-ahli pertubuhan yang terdiri dari 2ribu ahli ke makam Raja Abdullah yang dikatakan mempunyai kaitan dengan sejarah Puteri Saadong untuk membersihkan makam tersebut yang sudah ditumbuhi lalang . Selain iti eloklah kiranya PKRJK juga melestarikan kembali tempat-tempat sejarah yang sudah dilupakan seperti Bukit Marak yang benar-benar membuat para leluhur sedih akibat kepercayaan segelintir orang yang terlalu taksub dengan penggalian harta dan emas Puteri Saadong . Ini lebih merosakan imej kemelayuan anak jati Kelantan berbanding Putri Anis yang sudah berbakti kepada banyak pihak . Selain itu , Kedai Lalat yang juga dibanggakan harus ditingkatkan kualiti kebersihan kerana tempat tersebut boleh dijadikan industri pelancongan yang membolehkan pelancong luar menarik minat datang ke situ . Pelbagai program masyarakat boleh dilaksanakan dengan tujuan membawa manfaat kepada seluruh kaum yang terlibat bukan untuk mencari publisiti atau keuntungan semata . Kota Mahligai sekarang sudah menjadi sarang semut bagi masyarakat muda atau belia . aktiviti maksiat terlalu aktif di kawasan tersebut kerana pihak-pihak tertentu mungkin cuai kerana penduduk makin bertambah dan banyak ragam manusia tidak dapat dikawal lagi . 


Alangkah baik bagi kita semua atau PKRJK yang selalu melaungkan slogan mempertahankan sejarah asli melaksanakan tanggungjawab mereka membina satu modul untuk masyarakat di Kota Mahligai dengan memperkenalkan beberapa potongan sejarah untuk menaikan kembali kawasan tersebut . Putri Anis mencadangkan untuk melakukan dialog budaya warga setempat untuk menilai sejauh mana pemahaman masyarakat terhadap kepentingan sejarah secara umum . Jika berhasil satu kertas cadangan akan dibincangkan untuk menubuhkan balai pengembangan sejarah melayu di negeri ini selain rujukan di muzium atau arkib .Di sini semua masyarakat tidak kira warna kulit , tua dan muda akan dididik untuk menci tai sejarah dan akan berusaha untuk meningkatkan kualiti dan mutu hidup setempat . Begitu juga kawasan tanah serendah sekebun bunga negara yang dulunya masyhur sudah hilang sekarang , tetapi apa salahnya bagi kita untuk mengembangkan kembali tanah jajahan ini dengan mempereratkan sebilangan penduduk untuk menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada dan boleh dijadikan sebuah pusat tamadun sejarah negeri Cik Siti Wan Kembang . 


Banyak lagi ucapan yang telah disampaikan oleh Putri Anis selama dua jam pertemuan berlangsung . Wakil PKRJK juga menyambut baik ucapan tersebut dan selamat maju jaya bagi kedua-dua pihak ini . Di bulan yang suci ini diharap kesalahfahaman antara PKRJK terhadap Sri Ratu Saadong Vii segera luput tanpa sengketa mulut kerana setiap sumber akan diperdebatkan secara ilmiah di dalam majlis ilmu penerangan .


Penyampaian hamper oleh Sri Ratu Saadong Vii kepada Wakil Pertubuhan Kerabat  Raja Jembal Kelantan


Sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa


Setiausaha PKRJK sedang membaca doa berbuka puasa


Hidangan bercirikan ala Arab


Putri Anis diapit oleh Tengku Mohamad Nor Hamzah Engu Husin dan salah seorang perwakilan PKRJK


Lakaran sebuah kehidupan antara PKRJK dan Sri Ratu Saadong Vii . Apakah sejarah akan berulang kembali ?


Putri Anis melakar kenangan bersama wartawan Utusan Malaysia , Rahana Mohd Dahari



Putri Anis dalam berkalimat

(Sebahagian daripada ucapan Putri Anis dalam pertemuan bersama Jembal)

" Barangsiapa hendak membicarakan soal sejarah, haruslah berusaha memperbaiki diri kita sendiri dahulu dan perlu jujur walaupun berdepan dengan kenyataan yang pahit, kerana dari situ kita boleh mempelajari segala kesilapan kita. Kita seharusnya bersyukur di atas segala anugerah dan jangan jadikan Islam agama yang berpuak-puak kerana sejarah Melayu bukan berpandukan kepada agama semata-mata . Pada dasarnya nama Melayu sudah wujud sebelum kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w .Bayangkan berapa banyak sejarah yang sudah musnah akibat wujud manusia dari pelbagai tingkat dan puak . Sebagai contoh sewaktu Arab mengalami zaman jahiliah , muncul Rasulullah sebagai penyelamat ummat . Sebilangan penduduk arab pada waktu itu tidak suka akan kedatangan Rasululullah malah mencaci cela dan cuba mengusir Nabi dengan berbagai-bagai cara tetapi kerana Nabi Muhammad adalah pemimpin utusan Allah di masa itu maka tidak pernah seinci baginda berganjak , sehinggakan hari ini Islam telah mendapat kemenangan besar yang mana sudah menyebar ke merata tempat di dunia ini . Nabi datang untuk membawa cahaya iman,dan tanpa memusnahkan kesan tamadun purba dan secara tidak sengaja ,penduduk Arab berbondong-bondong masuk Islam. Ini adalah hikmah dakwah dan kesungguhan Nabi dan pengikutnya pada waktu tersebut . Ini jelas memperlihatkan bahawa tidak semua perbuatan baik yang kita lakukan hari ini diterima secara bulat-bulat oleh kelompok masyarakat . Barangsiapa yang menyedari lebih awal mereka akan bertindak dan barangsiapa yang mempermainkan sejarah yang benar akan mendapat tentangan hebat di suatu saat yang pasti akan dihitung oleh Sang Pencipta . "

" Saya tidak perlu mereka-reka sejarah palsu dengan mengatakan keturunan saya pernah memerintah empayar Islam yang sebenarnya tidak wujud sama sekali. Empayar Islam di Nusantara yang pernah ada ialah Empayar Cermin-Jeddah atau Majapahit-Kelantan (ini adalah bayangan nyata kepada Batu Bersurat Terengganu yang masih tersimpan rapi ) dan Kesultanan Malaka,yang mana ketika itu masih wujud kerajaan Majapahit yang beragama Hindu dan Ayutthaya yang beragama Buddha. Tidak lama kemudian Majapahit diruntuhkan perlahan-lahan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang muncul di Tanah Jawa seperti Demak dan Mataram Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui peninggalan artifak , manuskrip , prasasti yang akan membuka seluas-luas mata manusia yang cuba berdalih untuk kepentingan diri sendiri . "

"Jika benar keturunan kita pernah memerintah satu empayar Islam sila tampilkan kenyataan yang logik dan masuk akal . Kajian kita hendaklah serasi dengan sejarah sekeliling dan ada 'cross-reference' dengan bukti sejarah lain yang dihimpunkan bukan sahaja di tempat sejarah itu berlangsung tetapi tempat-tempat yang pernah tercatat sewaktu sejarah itu mula berkembang .Saya berasa lucu sedikit dan kadangkala sedih tidak terhingga apabila orang Islam bergaduh dengan memaki hamun antara satu sama lain semata-mata kerana sejarah dan keturunan,juga pangkat dan takhta. Begitu juga yang berlaku antara PKRJK dengan saya di awal kemunculan pertama saya tidak patut terjadi kerana kenyataan awal yang dikeluarkan oleh PKRJK seolah-olah membawa kepada isu pertelingkahan sejarah . Hari ini kemunculan saya adalah sebagai mengorak sejarah tamadun yang hilang yang mana pastilah saya akan berdepan dengan orang-orang yang terkait dengan pengembaraan saya yang sudah sekian lama.

Jika mereka atau PKRJK adalah pewaris empayar Islam, mengapa peribadi dan maruah mereka tidak sesuci agama Islam yang menggalakkan penganutnya bersabar dan bermanis dalam kata-kata? Ini terjadi akibat pertanyaan beberapa pihak mengenai kesahihan saya sebagai keturunan ketujuh Puteri Saadong . Mereka ini yang juga seorang pengkaji salasilah kerabat diraja Melayu , sebilangan masyarakat di negeri Kelantan dan lain-lain negeri . Saya juga berhak mempersoalkan kembali kesahihan salasilah 'hikayat'melayu atau sejarah raja-raja yang sudah menyeleweng.Bagaimana ini berlaku?Sebabnya mereka telah mencampur adukkan salasilah raja-raja Melayu dengan keturunan sebelah Siam mereka. Yang dikatakan Serambi Mekah hanya ada tiga iaitu Kelantan , Kedah dan Aceh .Sebagai contoh , Makam-makam raja Melayu yang asli secara membuta tuli telah diperakui adalah warisan nenek moyang mereka dan begitu juga ada raja-raja Melayu yang dimaki hamun mereka sesuka hati. Ini kerana keturunan mereka telah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah , Kelantan dan Aceh bercampur dengan darah Melayu dan apabila keturunan sebelah Melayu Kedah, Kelantan dan Aceh Tulen menjadi Sultan ,kaum kerabat mereka yang telah menjadi sebahagian kerabat diraja ketiga-tiga negeri ini merasa marah kerana keturunan mereka (Siam) tidak naik takhta kerajaan ."

" Sebenarnya Puteri Saadong atau nama sebenarnya Puteri Wijaya Mala yang membawa maksud ‘Puteri yang mendapat kemenangan’ berketurunan dari sebelah ibunya adalah Mitroga, India yang menurunkan Atwangga yang mana pernah menikahi kakak dari Permaisuri Danawaman VII (Raja Salakanegara) kemudian menurunkan Maharaja Rajendrawarman memerintah di Champa, Acheh dan saudara kandungnya Maharaja Sri kudungga yang menikahi Mahasuri Sri Gamboh memerintah di Bakulapura, Kalimantan. Hasil keturunan tersebut lahirlah Puteri Hijau iaitu Ratu Langkasuka, Ratu Champa dari kerajaan Kedah Tua dan Pattani anak kepada Panji Wening Peti dan Putri Cindu Mata iaitu anak raja Galuh/Jawa. Puteri Hijau yang menikahi Raja Sakti dari keturunan Sri Samara Tungga Dewa anak dari Maharaja Dewa, Sriwijaya yang pernah memerintah kerajaan Jembal di Kelantan. Kata banyak petapa di India mengikut rujukan, Raja Sakti dan Puteri Hijau mendapatkan anak iaitu Putri Mas Cayam atau dikenali Ratu Mas dan Puteri ini adalah saudara satu bapa dengan Raja Loyor yang memerintah kerajaan Jembal di Kelantan satu masa dulu. Ini bermakna Raja Loyor adalah bapa saudara kepada Puteri Wijaya Mala atau Puteri Saadong. Ratu Mas ini kemudian bernikah dengan keturunan Rasulullah yang mana dari keturunan Majapahit Bhre Kertabhumi yang mendapatkan anak Raden Patah Sultan Demak I yang menikahi anak kepada Sunan Ampel iaitu Ratu Asyikah kemudian memperoleh anak Sultan Ahmad Abdul Ariffin atau Pangeran Trenggana yang menjadi Sultan Demak III kemudian melahirkan raden Mukmin atau Sunan Prawoto Sultan Demak IV yang melahirkan Arya Pangiri Sultan Ngawatinpura yang menikahi Puteri Sultan Hadiwijaya Raja Pajang atau bergelar Ki Jaka Tingkir iaitu Ratu Pembayun kemudian melahirkan bapa kandung kepada Puteri Wijaya Mala iaitu Pangeran Mas bergelar Raja Pulo Jowo yang menikahi Ratu Mas. Akibat permusuhan dan pertengkaran agama antara Ratu Mas dan Pangeran Mas maka Puteri Wijaya Mala dihanyutkan dan diketemukan di Pulau Melaka kota pemerintahan bapa saudaranya sendiri iaitu Raja Loyor yang menikahi Puteri Nang Cayang dan kesahihan ini terbukti melaui kalung Trisula tinggalan Ratu Mas yang ada di leher anaknya itu sewaktu dihanyutkan lalulah Raja Loyor memberi gelar Puteri Saadong yang bererti ‘puteri yang berbahagia’ kerana tahu bahwa kalung tersebut adalah milik saudaranya. Sesiapa yang ingin bertanyakan susur galur saya dan musykil akan kemunculan saya sebagai pewaris Puteri Saadong, mereka di luar sana termasuk PKRJK bolehlah bertemu dengan orang-orang yang sudah saya kunjungi selama ini termasuklah alim ulama dunia, para pertapa, para pengkaji sejarah nusantara , peniliti budaya melayu , para pendeta yang sudah banyak membantu dan memberi jalan kepada saya . 

Untuk pengetahuan semua pihak , kalung Trisula kepunyaan Mahadewi itu telah ditemukan di Muzium Mulawarman, Tenggarong, Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia oleh Sri Ratu Saadong VII pada Januari 2010 yang sudah memakan masa 7 tahun pencariannya. Kalung Trisula itu dinamakan uncal dan dibawah kawalan dan jagaan oleh Kesultanan Kutai Kartanegara juga. Hal ini dapat membuktikan bahawa kisah keturunan Puteri Saadong yang juga mempunyai hubung kait dengan keturunan Hindu-Buddha. Wallahualam ."


Dekorasi di Restoran Arab Cruise

Jembal sebuah nama ,
Apakah Jembal sebuah perkataan ,
Jembal bukanlah Jembalang ,
Tetapi Jembal pelengkap salasilah keturunan ,
Hadirnya di sini memusat kata ,
Tidak menodai sejarah yang terpadam ,
Mengapa dibiarkan larut tak terpadam .
Adakah sejarah mungkin berulang ?

Putri Anis sambungan sejarah ,
Bahan jenaka yang tiada sudah ,
Jerih payah merentas samudera ,
Paling kurang mentaati keturunan ,
Bangkitnya ia kerana amanah ,
Menyempurnakan sejarah yang sudah dilupakan ,
Mengikis prasangka dalam doa ,
Berjalan menuju Nusantara Jaya ,
Keaslian terserlah tiangnya berbatang ,
Tongkat perjuangan yang tiada lelah ,

Pertarungan nyawa tak tampak di mata ,
Antara realiti dan juga mimpi ,
Berjalan di dalam sedar ,
Bercanda di dalam syahdu ,
Episod pertaruhan seperti permainan judi ,
Menang di meja habis kopi secawan ,
Gemuruh di dada bagaikan bateri mobil ,
Nah inilah suatu bukti nyata ,
Persaudaraan kasih antara bumi dan makhluk ,
Tetap tidak berpusing , bergerak dengan roda ,
Yang ditakluk adalah iman ,
Yang menakluk adalah anggota ,
Yang tertaluk adalah negeri yang berbangsa ,
Tanah Serendah Sekebun Bunga taman permainannya ,
Kini menjadi seruling kala ,

Kenapa harus dikata Putri Anis yang salah ,
Sedangkan Bukit Marak jauh dikenang ,
Maraknya api berkecai hati ,
Pecahnya pinggan hanya tragedi ,
Tanda setia raja terhadap rakyat yang dikasihi ,
Berlalu pergi merajuk hati ,
Akibat fitnah melanda di diri ,
Usah kau "JEMBAL" bermanis lidah ,
Penderhaka tetap penderhaka ,
Yang membuktikan adalah sejarah lampau ,
Demikian Saadong yang hilang kembali menjelma ,
Walau bukan terlahir manusia tetapi rohnya ,
Tetap menjelma di alam maya di bumi nusantara ,
Kerana janjinya DIA datang ,
Menerusi keturunan-NYA yang diberi penghinaan ,
Jembal tak sudah cetus kesengsaraan ,
Buktikan Raja Abdullah tiada salah ?
Itulah tugasmu JEMBAL

Sepatu Saadong di Kota Mahligai ,
Berperang duka jangan dikata ,
Ah itu hanyalah coretan Raja Umar ,
Hancur lebur dituduh pembunuh ,
Sedangkan musuh di depan mata ,
Makanya Saadong igauan Jembal ,
Kerana keturunan itulah yang HIDUNG TINGGI ,
Kahwin Raja Abdullah , Saadong kecewa ,
Berdayung ke hulu , mudik ke muara ,
Bersumpah ia di tepi pengkalan ,
Keringat Saadong , Putri Anis rangkum ,
Rasminya bertemu kerana sejarah ,
Jembal yang puaka ,
Siapakah petualang Saadong dan Raja Abdullah ?
Yang akan wujud setelah ini hanyalah seorang ,
Yang akan membenarkan lidah tanpa petroleum ,
Yang akan bersuara tanpa petrokimia ,
Yang akan menjejaki Putri Anis adalah petaka makrifat ,

Anjung budi mengenal hati ,
 Anjakan Jembal Saadong terguris ,
Kerana bendang tak selalu tumbuh padi ,
Kerana sejarah belok meyelubungi ,
Maka keturunan ini lahir ,
Dua pertemuan berbisik ,
Apakah ini duplikasi bagi sejarah lampau ,
Bukan cerita dukun yang menghasilkan dinar emas ,
Bukan fahaman atau fakta yang berevolusi ,
Ini sejarah Keturunan Saadong dan Jembal ,
Mengacip kekabutan pecah purbakala ,
Pusaka Saadong berputik pejal ,
Pusaka Jembal jurus hangat kuku ,
Ayuh , gertak menggertak fobia sekawan berderu ,
Negeri berpecah kemana arah tuju ?
Hamparkan permaidani dengan huraian kandar ,
Sengketa spesies Jembal ,
Solar Putri Anis berselirat kebijakan ,
Cerobong misteri sudah terjawab .

(Dedikasi puisi sejarah buat pertemuan Putri Anis dan PKRJK)

No comments:

Post a Comment