Pada 26 0gos 2010 , Sri Ratu Saadong Vii dan rombongan telah berkenan untuk menziarahi masjid tua yang terletak tidak jauh dari Kota Bharu . Memandangkan sudah menginjak minggu kedua bulan puasa beliau telah melawat perkampungan Nilam Puri dan telah mengurniakan zakat di beberapa tempat yang tidak jauh dari masjid tersebut . Pada asalnya, Masjid Kampung Laut mempunyai bentuk yang sama dengan keaslian Masjid Agung Demak yang terdapat di Jawa dan Masjid Kono di Champa. Pembinaan masjid ini adalah cetusan idea para wali yang pernah mengembangkan sejarah islam di bebrapa buah negara Islam yang mana masjid ini juga menggabungkan unsur-unsur seni dan falsafah keagamaan pada bentuk senibinanya.
|
Masjid Kampung Laut terukir indah dan bergema azan menandakan bahawa di sinilah bermula kekuatan Islam di Nusantara |
Menurut di dalam beberapa catatan sejarah yang tersimapan di galeri nasional atau perpustakaan negeri , rumah ibu bertingkat tiga dikaitkan dengan falsafah ketuhanan yang merangkumi ilmu laduni ,tasawuf dan makrifat. Lapisan bawah diibarat penuh dengan kekotoran, ketamakan, kebohongan dan sebagainya manakala makin ke atas semakin bersih dan suci daripada sebarang bentuk kejahatan dunia akhirnya menuju ke alam luas yang tidak terbatas terlepas dari sebarang bentuk dan ianya kembali kepada Allah S.W.T.
Kemahsyuran reka bentuk Masjid Kampung Laut yang unik telah menjadi suatu lambang kemegahan rakyat negeri Kelantan. Penampilan bentuk bumbung bersegi tiga (bertenggek/ bertingkat) menirus ke atas, buah gutung dan menorah adalah lambang keunggulan Masjid Kampung Laut yang sekaligus menyemarakkan lagi keagungan Islam di Kelantan.
|
Meluangkan waktu sambil menunaikan ibadah di Masjid Kampung Laut |
Kemudahan menunaikan solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di Masjid tertua di Malaysia iaitu masjid Kampung Laut menjadi satu keistimewaan. Masjid ini terletak bersebelahan dengan bangunan pentadbiran KIAS.
Keistimewaan masjid ini sama seperti Masjid Demak iaitu terdapat pada arsitekturnya yang merupakan perpaduan antara arsitektur nusantara yang bercorak hindu dengan arsitektur india, melayu, cina dan juga arab. Atap masjid ini berbentuk limas tersusun tiga yang berbentuk segitga sama kaki, yang keempat sisinya saling bertemu pada satu titik. Mustakanya berbentuk mirip bunga melati. Makna dari atap tumpang tiga ini adalah seorang yang beriman perlu menapaki tiga tingkatan penting dalam keberagamaannya, iaitu iman, islam dan ikhsan.
Bahagian paling bawah dari atap limas itu disangga oleh empat tiang utama (soko guru) yang sangat besar yang dibuat oleh empat dari Sembilan wali seperti Masjid Demak . Saka guru sebelah tenggara adalah buatan Sunan Ampel, sebelah barat daya buatan Sunan Gunung Jati, sebelah barat laut Sunan Bonang dan sebelah timur laut yang tidak terbuat dari satu kayu utuh adalah buatan Sunan Kalijaga yang disebut saka teteg. Keempat saka guru itu dikelilingi oleh dua belas kolom dalam posisi denah bujur sangkar. Diserambi masjid terdapat soko Majapahit yang merupakan hadiah dari Prabu Brawijaya V Raden Kertabumi ini diberikan kepada Raden Patah ketika menjadi Adipati Notoprojo di Glagahwangi Bintoro Demak 1475 M.
Masjid Agung Demak mempunyai lima pintu yang saling menghubungkan bagian satu dengan bagian yang lain. Pintu ini bermakna sebagai rukun islam, yaitu syahadat, sholat, puasa, zakat dan haji. Salah satu dari keenam pintu itu adalah Pintu Bledeg, pintu yang konon diyakini mampu menangkal petir ini merupakan ciptaan Ki Ageng Selo pada zaman Wali. Peninggalan ini merupakan prasasti “Condro Sengkolo” yang berbunyi Nogo Mulat Saliro Wani, bermakna tahun 1388 Saka atau 1466 M, atau 887 H. Sedangkan jendelanya yang berjumlah eman merupakan symbol dari rukun iman, yaitu iman kepada Allah, iman kepada malaikat, iman kepada nabi dan rosul, iman kepada kitab, iman kepada hari kiamat dan iman kepada qada dan qadar.
|
Putri Anis sedang mengukir senyuman
Teori Putri Anis berkenaan kepentingan solat berjemaah di masjid
Menurut Putri Anis , di dalam setiap rakaat solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita samada cas positif atau cas negatif yang akan memberi tindak bals selanjutnya tehadap keseimbangan tubuh badan . Cuba kita perhatikan , semasa kita solat berjemaah, mengapa kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki serta merapatkan sejadah satu sama lain ? Tindakan-tindakan tersebut dianjurkan semasa solat berjemaah . Kajian sains oleh beberapa saintis islam mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Bukan itu sahaja , setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh dan ini sudah termaktub sebagaimana perintah Allah swt yang membawa maksud setiap yang diperintahkan itu pasti ada sebab munasabahnya . Sebagai contoh , kita makan apabila kita memerlukan atau dalam keadaan lapar dan tidak mungkin kita akan tidur jika kita lapar . Perbezaan antara solat biasa dan solat berjemaah dapat didefinasikan sebagai sebuah perumpamaan yang memberi tambah daya kepada pengaruh kehidupan manusia .
Apa yang jelas kelihatan , situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama dan pada saat ini organ-organ di tubuh kita sudah mulai tidak seimbang dan kita perlu mendapatkan energi yang dapat mengembalikan stamina tubuh .Makanya beberapa pakar sains tidak menggalakan manusia tidur di waktu petang malah pada waktu ini manusia harus lebih banyak olahraga dan salah satunya adalah solat jemaah di masjid .
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Setelah kajian terperinci dijalankan , didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan solat tahajjud / istikharah / sunat / hajat dan sebagainya di 1/3 malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail) atau berwirid . Jadi inilah antara kepentingan solat berjemaah di masjid dan teori inilah yang menjadi pegangan hidup Sri Ratu Saadong Vii dalam siri penjelajahannya sejak sekian lama .
|
|
Sepetang di Masjid Tua Kelantan
Dalam abad ke-18 menurut kajian yang sudah dibuat oleh pakar sejarah , Kelantan telah menjadi tumpuan orang-orang Campa yang datang belajar ilmu agama melalui wali sembilan yang sudah ada sejak kurun ke 14 lagi . Mereka inilah keturunan yang melahirkan zuriat-zuriat dan mendalami hukum-hukum Islam termasuklah Khatib Sumat yang terkenal dalam sejarah Islam di Campa. Mengikut cerita daripada masyarakat tempatan bahawa dalam pelayaran tersebut apabila mereka tiba diperairan Kuala Kelantan, kapal yang mereka naiki bocor dan dimasuki air. Setelah kejadian itu tadi , mereka bernazar jika kapal mereka selamat sampai ke darat yang terdekat, mereka akan mendirikan sebuah masjid di tempat tersebut. Dengan ditakdirkan Allah. S.W.T. mereka selamat sampai ke daratan di sebelah timur Kampung Laut. |
Di situ, mereka telah mendirikan sebuah masjid dengan pertolongan dan sokongan masyarakat setempat untuk membayar nazar mereka. Dipercayai kumpulan alim ulama tersebut juga merupakan dari kumpulan yang sama atau zuriat para wali yang telah membina masjid-masjid di Campa dan Demak, kerana pelan dan bentuk bangunan masjid tersebut hampir sama dengan Masjid Kampung Laut.
|
Pada asalnya Masjid ini terletak di Kg. Laut, berhampiran tebing Sungai Kelantan. Pada akhir tahun 1967, tebing Sungai Kelantan mengalami hakisan akibat banjir besar yang telah menyebabkan sebahagian Masjid tersebut rosak. Dan pada November 1968, Masjid tersebut telah dipindahkan ke Kg.Nilam Puri,kira kira 14 km jauh nya dari tapak asal . Masjid ini juga berhadapan dengan Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya , Nilam Puri.
|
|
No comments:
Post a Comment