Friday, August 13, 2010

HAPPY CELEBRATION OF TUANKU ISKANDAR IBNI ALMARHUM TUANKU AHMAD PANGLIMA RAJA



Putri Anis bersama keturunannya iaitu YM Dato Agos Mohd Nor merupakan Dato dari Surakarta dan Sri Galeri Kelantan

Putri Anis bergambar kenangan bersama keturunan sah Long Yunus iaitu Tengku Iskandar ibni Almarhum Tengku Ahmad sewaktu ulangtahun keputeraan

MERAIKAN ULANGTAHUN KEPUTERAAN DYMM TUANKU ISKANDAR IBNI ALMARHUM TUANKU AHMAD PANGLIMA RAJA

Pada 7 Ogos 2010 , Putri Anis dan rombongan mendapat undangan khusus daripada kerabat Diraja Long Yunus iaitu DYMM TUANKU ISKANDAR IBNI ALMARHUM TUANKU AHMAD PANGLIMA RAJA sempena ulangtahun keputeraan yang ke 64 tahun . Acara yang penuh meriah ini dihadiri oleh kaum kerabat terdekat dan sahabat taulan Tuanku Iskandar yang diadakan di istana beliau iaitu Istana Dusun Green , Pasir Mas .Dalam pertemuan secara kekeluargaan ini Tuanku Iskandar sempat juga bercerita akan nasab keturunannya yang sepatutnya memerintah negeri Kelantan pada hari ini tetapi oleh kerana faktor masa dan perubahan di dalam perlembagaan negeri Kelantan pada  waktu itu dan kerakusan kuasa oleh para Sultan yang ingin memegang tampuk kekuasaan , maka beliau tersingkir dari menduduki takhta negeri Kelantan . Walau bagaimanpun sejarah tetap sejarah dan tidak boleh sesiapa yang menukar sejarah yang benar melainkan dengan keajaiban Tuhan akan menentukan segalanya . Tuanku Iskandar atau nama lengkapnya ialah Tengku Iskandar ibni Almarhum Tengku Ahmad ibni Almarhum Tengku Abdul Ghafar ibni Almarhum Sultan Muhammad II(Long Senik Mulut Merah) ibni Almarhum Long Tan ibni Almarhum Long Yunus .Ini jelas terbukti bahawa beliau adalah pewaris sah bagi takhta kerajaan Kelantan kerana menurut Perlembagaan Kelantan bahagian Kedua Fasal 4 Kerabat D'Raja adalah orang orang kerabat negeri kelantan yang hanya daripada berketurunan Long Yunus Almarhum Long Sulaiman . Tengku Iskandar juga mempunyai saudara kandung iaitu Almarhumah Tengku Nor Azizah , Tengku Nor Aishah , Almarhum Tengku Zaid(kekanda sulung Tengku Iskandar telah mangkat dan hilang hak pesaka ) , Tengku Izah , Tengku Nora(Sultanah Nora), DYMM Tengku Zanariah (Sultanah Johor) dan Almarhumah Tengku Fatihah . Jika hal sedemikian adalah benar , maka bermula dari keturunan Sultan Muhammad IV iaitu Tengku Long Senik , Sultan Ibrahim Petra hingga Sultan Ismail Petra adalah tidak benar menduduki takhta kerajaan Kelantan kerana mereka bukan dari keturunan  Long Yunus dan keturunan Sultan Ahmad Tengah yang benar dan betul kerana melanggar Fasal 7 Perlembagaan Kelantan , Bahagian Yang Kedua yang mana ketiga-tiga pemerintahan bermula dari Almarhum Sultan Ibrahim Petra tidak dilantik mengikut peruntukan Fasal 7 Perlembagaan Kelantan yang mewajibkan mereka - to be appointed by His Highness by Instrument under His Sign Manual and the State Seal .- Walau bagaimanapun teruskan perjuangkan yang hak  , kami mendoakan agar Tuanku Iskandar mendapatkan haknya kembali jika benar itu sudah tersurat dan tersirat . Semoga dengan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 64 tahun , Tuanku akan dipermudahkan segala urusan baik di dunia mahupun di akhirat nanti .

Menunggu detik-detik kelahiran jam 12malam sebelum memotong kek hari jadi

Membahaskan soal keturunannya yang sebenar pemerintah Kelantan tetapi disingkir dari menjadi Ahli MPN

Berfoto bersama DYMM Tengku Iskandar , Pasir Mas .Putri Anis berdiri empat dari kanan


Di meja santapan menikmati hidangan dan juadah



Membentangkan salasilah keturunan Long Yunus dan mengatakan bahawa hanya keturunan Long Yunus sahaja berhak menduduki takhta Kelantan menurut Perlembagaan Kelantan


Memperhatikan laporan yang telah dibuat oleh Tengku Iskandar soal pencabulan hak takhta Negeri Kelantan


Setelah pulang dari acara jam 1 pagi 


No comments:

Post a Comment