Monday, August 16, 2010

LAWATAN KE RESTORAN VEGETARIAN


SRI RATU SAADONG VII VISIT THE VEGETARIAN RESTAURANTS

Putri Anis bergambar di halaman kediamannya

Baru-baru ini Sri Ratu Saadong Vii bersama ahli-ahli yayasannya berkenan melawat ke vegetarian restoran yang ada di Kota Bharu , Kelantan . Beliau sememangnya mencintai sayur-sayuran dan adalah penggemar kepada tumbuhan semulajadi . Dalam rangka ini mereka membahaskan akan menganjurkan satu aktiviti jelajah tumbuhan herba yang dirangka khusus untuk meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan dan khasiat tumbuh-tumbuhan semulajadi yang penuh bertenaga dan memberi energi kepada kehidupan manusia berbanding memakan haiwan seperti daging atau ayam dan sebagainya . Dalam program atau kempen itu nanti Putri Anis ingin mengundang beberapa tokoh masyarakat atau pengamal sayur-sayuran yang mempunyai petua kesihatan dan di situ nanti akan membincangkan apakah  tujuan mengamalkan diet vegetarian , usaha dan rahsia mengamalkan diet vegetarian , fungsi serat dalam diet pemakanan vegetarian dan pelbagai sayuran untuk vegetarian serta kebaikannya .


PENDAPAT PUTRI ANIS MENGENAI VEGETARIAN 




'' Pada pendapat saya sayur –sayuran merupakan sumber protein utama dalam kehidupan harian selain ianya juga menambah vitamin dan mineral yang sangat penting untuk kelancaran pencernaan, penyerapan kolesterol dan bahan-bahan beracun .Buah-buahan semulajadi pula merupakan vitamin C dan fitokimia untuk mencegah berbagai penyakit kanser.Dalam kehidupan seharian saya , saya sering mempelbagaikan masakan dari kacang termasuk hasil olahan seperti tauhu, tempe dan susu. Kelompok ini merupakan sumber protein yang sihat dan lengkap bahkan kaya dengan asid lemak, vitamin B kompleks, vitamin A,C,E dan mineral . Saya mengatakan sedemikian kerana kesihatan hari ini agak berbeza dengan pengaruh persekitaraan pada masa lampau . Apabila dunia semakin canggih maka banyak perosak dikhuatiri menganggu sistem pemakanan harian kita seperti makanan ringan dan sebagainya . Sebagai contoh , jika orang tua dahulu kala pernah hidup hingga ratusan tahun dan cergas serta sihat salah satunya adalah amalan pemakanan mereka yang tidak banyak mengambil makanan berdarah , berlemak malah menjadikan sayur-sayuran sebagai makanan pelengkap . Di saat ini juga kita harus ingat dan sedar meskipun ramai orang jutawan dan mempunyai banyak harta serta berjaya dalam hidup tetapi jika kesihatan terganggu dan terjadi pelbagai penyakit berjangkit tiada guna itu semua lagi . Di abad ini kita sudah dibuktikan dengan pelbagai penyakit berjangkit , virus dan bakteria yang menular ke segenap pelusuk dunia seperti flu burung , demam denggi dan salah satunya adalah berpunca dari makanan . Saya mengesyorkan kepada masyarakat awam agar memilih pola hidup vegetarian kerana makanan daging jauh mengandungi lemak jenuh berkolestrol tinggi dan banyak berita yang sudah tercatat berdasarkan kajian para doktor serta saintis terkemuka bahawa haiwan-haiwan tertentu yang terjangkit virus akan mematikan manusia . Selain itu daging mengandungi banyak uric , acid dan urea yang akan mengakibatkan penyakit ginjal ,radang sendi dan banyak lagi . Hal yang paling dahsyat dan merbahaya kerana haiwan pertenakan pastinya diberi ubat kimia , antibiotik dan hormon . Hasilnya jika kita terus menerus mengambil haiwan tersebut sebagai santapan harian , secara tidak langsung pertumbuhan kanser di dalam tubuh kita akan terbentuk dengan sendiri akibat daging tersebut yang sudah disuntik bahan kimia . Kita tidak tahu kadangkala daging yang dijual di tepi jalan atau di pasar adalah berpenyakit kerana apa yang saya pelajari selama ini apabila haiwan tersebut masih hidup , kebanyakan haiwan itu berkemampuan mengeluarkan zat yang tidak berguna dari tubuhnya tetapi jika ia terus menerus dibunuh akibat merasa sakit , kepedihan yang tidak terhingga dengan serta merta akan menimbulkan racun dalam tubuhnya . Ini adalah fakta dan teori . Akhir sekali daging mulai busuk dan akan berkembang ,membiak seterusnya dijangkiti bermacam-macam bakteria di dalam daging itu.  Apapun mengikut pandangan saya secara total , alangkah baik masyarakat hari ini tidak lagi mengamalkan daging dalam kehidupan kerana jika kita mempelajari ilmu tafsiran kita akan sedar bahawa haiwan tersebut juga mempunyai rasa seperti manusia . Sedangkan manusia ada yang berpewatakan haiwan , tidak mustahil haiwan juga mempunyai belas kasihan terhadap manusia . Ini dapat dibuktikan bahawa manusia dan haiwan pada waktu tertentu boleh menjadi sahabat . Cuba kita ihat setiap haiwan ternakan pasti ada tuannya iaitu manusia . Kerbau , kambing , lembu dan sebagainya semuanya bertuan . Dahulu kala kerbau digunakan untuk membajak sawah dan ini bererti kerbau pernah berbakti kepada tuannya apakah sanggup tuannya membunuh kerbau tersebut ?pastinya tidak sama sekali kerana apa yang kita lihat bukan kerbau ttapi seperti anak kita atau saudara mara kita sendiri . Begitu juga kehidupan di laut iaitu ikan paus juga pernah menyelamatkan manusia yang hampir mati kelemasan atau tenggelam di laut serta anjing juga yang dipelihara oleh orang bukan muslim mampu menyelamatkan nyawa manusia daripada kebakaran begitu juga burung yang bebas terbang satu masa dahulu pernah berbakti kepada para raja semesta alam ,memberi isyarat dan khabar akan sesuatu perihal di dalam negeri . Banyak orang yang masih memandang dan menganggap haiwan, adalah makhluk yang kurang berharga dan tiada nilai di sisi Tuhan . Makanya mulai saat ini saya berharap agar pengetahuan masyarakat akan lebih tertumpu kepada kehidupan yang lebih cerdas dan berbudaya . Jangan sampai dunia kita pupus dengan haiwan-haiwan yang kita cintai seperti manusia . Janganlah menyalahgunakan, memanfaatkan, mengeksploitasi serta menyiksa mereka lagi . Renungkanlah melalui kitab-kitab suci yang sudah diajar dan ditinggal oleh kita semua . Haiwan adalah sebuah keajaiban Tuhan ."

TIPS VEGETARIAN DARI PUTRI ANIS



-Memilih dan mempelajari sebanyak mungkin makanan yang bervariasi, termasuk kacang-kacang , buah-buahan, sayuran dan serat untuk diet. Ini adalah cara terbaik untuk memastikan setiap orang memiliki segala nutrisi yang diperlukan disamping menguatkan otot-otot yang terlalu lemah .

-Menambah menu harian dengan biji-bijian seperti barli , soya atau produk kacang tanpa meningkatkan sebarang kuantiti kolestrol seperti minyak di dalam menu harian malah sekaligus akan mengelakan penyakit diabetes kerana mengurangi gula di dalam setiap masakan .

-Membeli makanan segar yang bukan disimpan berhari-hari di dalam peti sejuk .Ini kerana sayur-sayuran yang segar akan membantu proses kelengkapan penyerapan nutrisi pada tubuh.

-Menambah makanan organik  jika sepenuhnya mahu menjadi pengamal vegetarian . Kita boleh memulai menanam bahan makanan di halaman rumah atau di ladang yang tidak diuruskan. Makanan organik ini biasanya tumbuh tanpa  zat kimia untuk kesuburan mutlak dan tidak mungkin dijangkiti racun berbahaya .
-Amalan memakan ulam-ulaman juga boleh diteruskan dari masa ke semasa untuk penambahan zat besi .
-Menu masakan harian berdasarkan sayur-sayuran juga boleh dirujuk melalui buku masakan yang ada dijual di setiap kedai . Melalui buku tersebut sudah pasti menunjukkan cara-cara menyediakan dan menyajikan bahan santapan dari sayur-sayuran .
-Kita boleh merasa pelbagai masakan etnik seperti masakan ala Jawa dan setiap daerah di Indonesia , Cina dan India serta negara -negara barat juga menyediakan banyak resepi masakan untuk vegetarian .
-Sentiasa mendengar dan menghadiri kempen atau seminar kesihatan yang di anjurkan oleh badan-badan tertentu akan kehidupan yang cerdas dan cergas . Hal ini boleh diteruskan dengan lebih banyak menjalankan aktiviti atau lawatan ke bandar-bandar yang telah memperknalkan tradisi masakan vegetarian .
-Yakin bahawa pengamalan ini tidak menjejaskan kehidupan manusia bahkan vegetarian adalah proses kepada peningkatan diri kepada ilmu alam agar kehidupan seharian bertambah baik melaui proses-proses kesedaran berpanjangan .Demikian kita akan disayangi ,dihormati dan dapat berkongsi rasa dengan haiwan -haiwan  yang ada di muka bumi ini .

Barisan pengamal-pengamal vegetarian


Putri Anis dan ahli-ali yayasannya yang akan mengadakan kempen kesedaran pemakanan






Madam Lily bersama Kak Na adalah penggemar sayur-sayuran segar sedang menikmati hidangan berupa mee sup Hong Kong


Putri Anis diapit oleh bekas pelakon teater Puteri Saadong yang mana juga merupakan chef masakan restoran vegetarian



DIA ERANG DUKA 
Bukan kasus menghumban ,
Tidak juga epigram dari bibir mungil itu ,
Ah , esensi tapi tak jelas ,
Tali ropia itu terikat kemas ,
Sebujur tubuh tidak terkulai ,
Dia kuat , gagah tak pernah kalah ,
Cuma erang duka dalam salah ,
Eranglah , esaklah , entengkan jiwa ,
Kerana kau juga bersifat manusia ,
Merasuklah kau membunuh nyawa ,
Tiada yang salah mereka yang menganiaya ,
Tepislah yang berkaki dua , bermata dua , bertangan dua
SELAGI KAU BERNYAWA !

Nukilan ,
SRI RATU SAADONG VII
(Dedikasi buat pelindung haiwan serta "haiwan-haiwan" yang meraung kesakitan)

No comments:

Post a Comment