Thursday, December 2, 2010

WARNA WARNI DI ZOO DEKATKAN HATI MENGENALI HAIWAN-HAIWAN CIPTAAN TUHAN

KE SETIAP PENJURU DUNIA , SRI RATU SAADONG VII MENGHIBUR HATI KE ZOO


Detik perjalanan memasuki ruangan Gembira Loka


Kebun binatang Gembira Loka terletak di salah satu sudut Kota Yogyakarta. Ianya terletak di Jl.Kebun Raya No.2 Yogyakarta. Pada kesempatan ini juga Putri Anis tidak ketinggalan untuk berkunjung melihat keajaiaban Tuhan di kebun binatang dan merasai keindahan udara segar di dalam zoo selain mengkaji bagaimana haiwan-haiwan liar yang ada di sini menjalani rutin harian mereka .Menurut pekerja di situ ,proses menyiapkan Gembira Loka ini menelan waktu sangat lama kira-kira 20 tahun waktunya dan  ianya dapat terealisasi hasil semangat keprihatinan Sri Sultan Hamengku Buwono IX . Para pengunjung boleh mendapati tiket di kaunter masuk dan harganya berjumlah rupiah 12ribu .Kebun binatang Gembira Loka kini memiliki koleksi binatang yang cukup lengkap. Setiap tahunnya ada tambahan penghuni. Sudah beberapa kali binatang gajah melahirkan anaknya, juga binatang langka Komodo telah menetaskan telurnya. Di Gembira Loka orang dapat bersuka ria dengan santai menggunakan perahu  yang disediakan di telaga tersebut.


Gembira Loka adalah sebuah kebun binatang atau zoo dan taman raya memiliki berbagai-bagai spesies binatang 

 Jarak yang cukup jauh dan ada anak tangga yang agak tinggi membuatkan tenaga menjadi sedikit lelah . Putri Anis dalam foto menunjukkan sedang berbicara dengan monyet

Salah satu hobi Putri Anis adalah melawat zoo di setiap negara di dunia. Hanya satu keinginannya yang belum tercapai iaitu berkunjung ke Lion Park di Johannesburg, Afrika untuk melihat pelbagai ragam haiwan seperti singa, cheetah , zebra dan sebagainya yang pasti lain dari yang lain

Harimau Sumatrea ialah subspesies harimau terkecil yang masih wujud. Harimau Sumatera jantan berpurata panjangnya 204 cm (6 kaki 8 inci) dari kepala hingga ekor dan beratnya sekitar 136 kg (300 lb); yang betina pula purata panjangnya 198 cm (6 feet, 6 inches) dan beratnya sekitar 91 kg (200 lb). Belang-belangnya kurang lebar berbanding belang-belang subspesies lain, dan wajahnya lebih berjanggut dan bersurai, khususnya yang jantan. Saiz badannya yang kecil memudahkan harimau ini bersiar-siar melalui hutan hujan yang tebal. Harimau Sumatera juga pandai berenangn kerana ada selaput di antara jari-jari kakinya. Harimau ini diketahui menggiring mangsa bertelapuk ke dalam air, lebih-lebih lagi jika mangsa itu tidak pantas berenang.


Harimau Sumatera lazimnya mengejar mamalia ungulat yang lebih besar, seperti babi hutan,tenuk dan rusa, dan juga haiwan-haiwan yang lebih kecil seperti unggas, monyet, dan ikan.Orang utan juga boleh menjadi mangsa, tetapi jarang didapat memandangkan orang utan jarang berada di atas tanah.


Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Malaysia, Kemboja, China, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.

Harimau Bengal (Panthera tigris tigris) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Bangladesh, Bhutan, China, India, dan Nepal.

Harimau Cina Selatan (/amoy) (Panthera tigris amoyensis) - yang tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat China.

Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) - atau juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Russia.

Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) - yang tinggal hanya di kepulauan Sumatera,Indonesia.

Harimau Caspian (Panthera tigris virgata) - yang telah pupus sekitar 1950an. Harimau Caspian ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumput Afganistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Russia.

Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) - yang telah pupus sekitar 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Jawa, Indonesia.

Harimau Bali (Panthera tigris balica) - yang telah pupus sekitar 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Bali, Indonesia


Haiwan adalah ciptaan Tuhan yang juga perlu dikasihi oleh manusia . Kita tidak boleh membunuh haiwan dengan seenak rasa terutama memburu haiwan di dalam hutan dan menggangu habitat mereka 

Bicara Putri Anis mengenai haiwan-haiwan liar di zoo.

Haiwan adalah ciptaan yang sangat pandai mengenang budi dan menghargai manakala setiap manusia diberi kewarasan untuk saling mengasihi sesama makhluk ciptaan Tuhan . Bagi Putri Anis semua yang dicurahkan Tuhan kepada kita adalah kasih sayangNYA pada hamba-hamba di muka bumi tidak kira ianya berupa manusia atau pula jin dan haiwan. Jika kita mengerti sedalamnya akan hakikat perjalanan Tuhan , satu persen Allah turunkan kasih sayang membuatkan satu persen itulah yang berjaya membuatkan ibu gajah yang begitu besar beranak tanpa terpijak olehnya.Begitu juga singa haiwan yang sangat sensitif dengan manusia jika dipandang dari sudut luaran , dengan satu persen kita membelanya maka ia akan menyanjung tinggi tuan pemiliharanya . Ini membuktikan sebegini hebatnya Allah hanya melimpahkan satu persen sudah membuatkan haiwan begitu tersanjung dan saling menghargai apatah lagi manusia yang yang sudah diberi akal waras pastinya satu persen tadi menjanjikan kebahagiaan yang cukup mendalam. Jika haiwan berjaya mengasihi sama sendiri begitulah perumpamaan satu persen tadi ditujukan buat ibu bapa yang kasih akan anak-anak mereka manakala 99 persen adalah milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa. Oleh itu jalani satu persen yang Allah pinjamkan kerana itu adalah ujian buat kita yang mahu hidup dalam resapanNYA.Haiwan yang paling jinak dan tidak boleh sama sekali disakiti adalah singa .Singa dalam bahasa Arab dipanggil Asad, dalam bahasa Turki dipanggil Aslan, dalam bahasa Inggeris dipanggil Lion, yang mana ''singa'' merupakan salah satu makhluk yang dimuliakan Allah Taala. 

Bapa Saudara Rasulullah SAW, Sayidina Hamzah ibn Abdul Mutalib digelar Singa Allah (Asadullah)
Dalam satu episod sejarah sudah melakarkan bahawa haiwan ini jugalah yang diperintahkan oleh Allah untuk membaham kepala anak Abu Jahal.Di dalam siri perjalanan para pertapa suci dan wali-wali yang dikasihi Allah sudah sangat pasti arif berkenaan Singa Allah yang dimaksudkan seperti di dalam riwayat-riwayat sebelumnya yang terkandung dalam al-quran . Walau bagaimanapun sejinak-jinak singa sudah pasti naluri membunuhnya masih terlekat di dalam darah haiwan ini dan sifat pemangsanya tetap ada walaupun manusia berjaya menjinakannya selama bertahun-tahun Apa yang istimewa bagi sifat singa adalah merupakan haiwan sosial yang hidup berkumpulan dan sebagai haiwan berkumpulan semestinya ia akan ada naluri menghargai pertalian persaudaraan. Sebagai contoh , sepasang manusia sudah membela dia sejak kecil, maka dia menganggap manusia tersebut sebagai ibu bapanya . Singa ada ingatan kuat dan melalui deria rasa seperti bau, haiwan ini boleh mengenali siapa sahaja yang mendekati mereka.


Rasulullah SAW pernah bersabda, “ALLAH SWT mempunyai 100 rahmat (kasih sayang), dan menurunkan 1 rahmat (dari 100 rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan hewan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (ALLAH SWT) menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti.” ~ (HR Muslim)


Lawatan sambil belajar ke zoo . Semakin dekat dengan haiwan , semakin kita mengenali ciptaan Tuhan sesungguhnya
Memasuki lapangan kebun binatang suasana yang sangat  teduh walaupun ada cahaya matahari menyelubungi  karena masih banyak pohon-pohon redup dan besar yang berada di sekelilingnya. Lokasi meletak kenderaan  yang nyaman dan luas dengan latar belakang para penjual  makanan ringan dan lain-lain cenderahati khas Yogya bagaikan masuk kebun binatang dengan suasana tradisional Yogya.Di sini juga terdapat banyak replika haiwan dan batu-batu yang disusun menarik 

Putri Anis dan Putri Fifi

Spesies ular yang menjadi salah satu kajian sejarah Putri Anis


Ular merupakan binatang reptilia yang dapat kita jumpai di halaman rumah, kebun, sawah, ladang, hutan, sungai, rawa-rawa, pegunungan, pantai, laut, samudera bahkan di saluran – saluran air di kawasan kota .Untuk daerah tropika seperti di negara kita, jumlah ular cukup banyak dan bermacam-macam jenisnya, baik yang berbisa mahupun yang tidak berbisa. 

Pengetahuan tentang ular dan bahaya ular perlu diberikan untuk membantu manusia dalam mengurangi efek dari bahaya terhadap ular sehingga manusia dapat melakukan aktiviti mereka sehari-hari tanpa merasa takut terganggu dan juga tidak perlu mengusik serta mengurangi jumlah ular. Keberadaan habitat ular yang cukup dekat dengan lingkungan hidup manusia perlu dikenal, dimengerti dan difahami agar senantiasa dapat hidup seiring serta tidak saling mengganggu.



Putri Anis bertanggungjawab terhadap alam dan penghuninya sebagaimana yang diamanahkan oleh tuhan

Objektif lawatan ini sebenarnya adalah melahirkan generasi yang mengambil berat tentang penghuni lain di alam ini di samping menanamkan kesedaran serta keinsafan diri tentang kepentingan sikap prihatin terhadap alam dan penghuninya, yang mana sekaligus akan membentuk barisan pemimpin yang seimbang dari segi jasmani , emosi ,
rohani dan intelek .


Sepetang di zoo membutkan dirinya begitu mempelajari kisah-kisah haiwan yang kepelbagaian


No comments:

Post a Comment