Sunday, September 5, 2010

PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA SRI RATU SAADONG VII DI HOTEL RENAISANCE ,KOTA BHARU

MAJLIS BERBUKA PUASA SRI RATU SAADONG VII DAN MESYUARAT PENDAMAIAN INDONESIA-MALAYSIA



RTPA menghadiri perbincangan penyatuan dan perdamaian Indonesia-Malaysia


ISU SEMASA

JAKARTA 23 Ogos – Tunjuk perasaan membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini kecoh.
Tunjuk perasaan yang disertai oleh anggota daripada Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu bermula dengan orang ramai membawa sepanduk mengecam Malaysia kerana menangkap anggota penguat kuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan.
Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila penunjuk perasaan membawa lima bungkus najis manusia dan mahu dilempar ke dalam Kedutaan Malaysia.
Para penunjuk perasaan sempat memijak bendera Malaysia dan melepar sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia dan ke atas Jalur Gemilang yang dibentang di atas tanah, apabila polis berpakaian biasa menangkap tiga penunjuk perasaan terbabit.
Selanjutnya -Utusan




Malaysia-Indonesia: Dulu Seruncing Buluh, Kini Sebusuk Najis?

Kategori Isu Semasa - 27 August 2010



Ramadan 1430H ( 2009 ) kecoh bila rakyat Malaysia di Jakarta diancam dengan buluh runcing oleh sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) dan bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.
Isunya hanya kerana sebuah tarian yang seumur hidup belum pernah tengok, Tarian Pendet. Walaupun seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia ianya ibarat “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”.
Kemudian kes Ambalat.  Belum reda mereka berdemo sekali lagi dengan krisis rumahtangga suami dari Malaysia dan isterinya dari Indonesia.  Hal rumahtangga orang lain pun mahu dikecoh seperti masalah negara.
Kes -kes lain seperti penderaan pembantu rumah juga mahu berdemo.  Kalau mahu dikumpul berapa ratus ribu majikan rakyat Malaysia yang teraniaya oleh pembantu rumah Indonesia lebih ramai angkanya.
Semalam 26hb Ogos ( 16 Ramadan 1431H ) mereka berdemo lagi untuk kali ke lima sejak 13hb ogos 2010 mendesak Duta besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan supaya meninggalkan negara itu. Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia”
Penghinaan paling buruk dilakukan terhadap Malaysia ialah perbuatan melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada Isnin lepas.
Wahai makhluk Tuhan , adakah kamu tidak merasa malu?  Disaat bulan mulia begini, ketika ini tanpa kamu sedar ada beberapa pihak dari Malaysia yang sedang mengutip sumbangan untuk didermakan kepada rakyat Indonesia?

Insiden baling najis: Memo untuk Kedutaan Indonesia

Tue, Aug 24, 2010
IMG00187-20100824-1529Oleh G Vinod dan Fazy Sahir
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memprotes tindakan aktivis Indonesia dalam insiden ‘baling najis’ ke atas Kedutaan Malaysia di Jakarta dan bendera Malaysia Jalur Gemilang yang disifatkan sebagai kurang ajar terutama perkara itu berlaku di bulan Ramadhan.
Maka kira-kira 50 ahli Pemuda Umno memberi reaksi balas dengan menghantar memorandum di Kedutaan Indonesia petang tadi sebagai membantah kebiadapan aktivis-aktivis tersebut.
Memorandum itu menuntut agar kerajaan Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu mahupun kumpulan yang terlibat daripada mengeruhkan perselisihan faham antara dua negara.
Exco Pemuda Datuk Ahmad Zaki Zahid menyifatkan keadaan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan kedua-dua negara merupakan serumpun.
Pihak Pemuda juga berharap agar Indonesia dapat bersikap telus dan efektif dalam meredakan bahang perselisihan daripada terus membiarkan pihak tersebut menghina Malaysia.
"Insiden ini berlaku di bulan suci Ramadhan, tidak dapat membayangkan kita berasal daripada rumpun yang sama, serta tidak melambangkan bahawa kita sebagai negara bangsa yang agung dan berdaulat, maka tidak perlu bagi mereka bersikap biadap ke atas kita.
"Pun begitu, kami percaya tidak semua rakyat Indonesia setuju dan mendokong kumpulan aktivis ini. Maka kami berharap kerajaan Indonesia akan mengambil tindakan terhadap dalang di sebalik insiden ini" katanya.
Gesaan turut dibuat Pemuda agar kerajaan Indonesia berhenti mensensasikan sebarang isu yang boleh mengeruhkan hubungan baik kedua-dua negara.
Malah mereka turut menggesa agar perbincangan dua hala melalui forum atau dialog terbuka dilakukan bagi memastikan hubungan baik kekal terpelihara.
Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut mengutuk keras tindakan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) dalam tunjuk perasaan di Kedutaan Malaysia di Jakarta.
Beliau turut menyeru pihak media Indonesia yang dipercayai turut terlibat dalam mengapikan-apikan hubungan baik antara kedua-dua negara supaya melaporkan berita dengan lebih berhemah bagi menjaga keharmonian hubungan dua hala.






Rakyat Indonesia di Malaysia kesal tindakan cemar kedutaan


2010/08/26







KUALA LUMPUR: Rakyat Indonesia yang berada di negara ini melahirkan rasa kesal dengan tindakan kumpulan penunjuk perasaan yang melempar najis ke dalam pintu pagar Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan mengotor serta memijak Jalur Gemilang di atas jalan raya. 

Mereka turut menyifatkan tindakan itu sebagai kelakuan yang tidak mencerminkan nilai dan jati diri bangsa Indonesia dan menegaskan bahawa tindakan kumpulan yang dikenali sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), bukan mewakili sejumlah besar rakyat negara itu.


Berikutan itu, Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) se-Malaysia meminta seluruh media Indonesia dan Malaysia agar lebih profesional atau tidak berpihak dalam menyampaikan laporan yang berkaitan dengan hubungan baik Malaysia-Indonesia untuk menjaga serta menghindari keretakan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
"PPI kesal kerana tidak ada ketegasan dan ketelusan dalam menangani kes penahanan tiga petugas pengawas kelautan dan perikanan dan kurangnya informasi yang disampaikan oleh pemerintah Indonesia dan Malaysia kepada media dalam penyelesaian kes itu sehingga berita beredar di masyarakat Indonesia menjadi simpang siur," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


PPI turut meminta semua pihak arif dan bijaksana dalam melihat permasalahan yang terjadi dan menyelesaikannya secara diplomasi yang baik, bukan dengan emosi dengan menghormati kedaulatan negara masing-masing.


Katanya, satu kesepakatan dua hala juga perlu diadakan segera bagi membincangkan tentang batas wilayah perairan antara Indonesia dan Malaysia dan diharapkan kedua-dua negara menghormati batas wilayah perairan masing-masing.


"Ini perlu disegerakan kerana kita mahu masyarakat kedua-dua negara ini berasa selesa dan selamat berada di kedua-dua negara ini," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Union Migran Indonesia di Malaysia, Muhammad Iqbal, turut mengutuk tindakan segelintir rakyat di negaranya yang bertindak keterlaluan itu.


Beliau berkata, kumpulan penunjuk perasaan itu sepatutnya mencontohi Pergerakan Pemuda UMNO yang berhimpun secara aman serta menyerahkan memorandum dan petisyen berhubung isu terbabit ke Kedutaan Indonesia di sini.


"Cara begitu lebih jelas matlamatnya...bukan melakukan perkara provokasi yang boleh menimbulkan kemarahan banyak pihak. Siapa tidak marah jika bendera negara mereka diperlakukan sedemikian rupa," katanya.


Sementara itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata rakyat tidak seharusnya mengeruhkan keadaan yang akan memudaratkan hubungan di antara kedua-dua negara.


"Biarlah pihak yang bertanggungjawab buat kajian dan siasatan untuk dapatkan laporan terperinci, sebagai rakyat Malaysia jangan melompat, sabar, kita tidak tahu mungkin ada orang diupah untuk lontar najis ke kedutaan kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Masood Khalid di sini hari ini.


Abdul Azeez berkata, beliau yakin Wisma Putra sedang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik bagi mengelakkan hubungan akrab yang terjalin selama ini terjejas.


"Siasatan biar menyeluruh, saya yakin perkara ini dapat diselesaikan secara istiqamah di mana akhirnya ia akan menguntungkan rakyat di kedua-dua negara," katanya.


Isnin lalu 37 anggota Bendera berdemonstrasi di hadapan bangunan kedutaan berkenaan dan membawa lima bungkus najis manusia sebagai "hadiah" kepada Malaysia, yang didakwa telah mencemarkan maruah Indonesia dengan cara lebih kotor daripada itu.


Seorang daripada mereka sempat melempar bungkusan najis ke dalam pintu pagar Kedutaan Besar Malaysia manakala yang lain bertindak melepaskan kotoran itu ke atas Jalur Gemilang yang mereka pijak di atas jalan raya.


Mereka melepaskan kemarahan terhadap Malaysia berikutan insiden di perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Bintan, Kepulauan Riau pada 13 Ogos yang menyaksikan bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia, sementara Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian Indonesia itu. - BERNAMA






Indonesia jamin keselamatan rakyat Malaysia di Jakarta

2010/08/27

KUALA LUMPUR: Indonesia memberi jaminan mengenai keselamatan rakyat Malaysia di republik berkenaan berikutan tindakan penunjuk perasaan anti-Malaysia yang memijak dan membakar Jalur Gemilang serta membaling najis manusia ke halaman Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.


Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Prof Dr Da’i Bachtiar, berkata pihak keselamatan Indonesia akan memastikan bahawa undang-undang negara sentiasa dipatuhi walaupun pemerintah Republik Indonesia membenarkan demonstrasi diadakan.


Polis Indonesia sudah memperkukuhkan kawalan keselamatan di Kedutaan Malaysia dan kediaman rakyat Malaysia di Jakarta supaya kejadian yang tidak diingini dapat dicegah.
“Pihak berkuasa di Indonesia juga sedang menyiasat dan mengumpul bukti berhubung kejadian penunjuk perasaan membaling najis dan memijak Jalur Gemilang dan jika ada pihak yang didapati bersalah, tindakan akan diambil kepada mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Dr Da’i berkata demikian untuk mengulas insiden penunjuk perasaan membaling najis dan memijak Jalur Gemilang di depan Kedutaan Malaysia sejak beberapa hari lalu.


Beliau berkata, tindakan penunjuk perasaan di Kedutaan Malaysia pada 13 Ogos adalah tidak beretika tetapi dakwaan sukar dilakukan kerana peruntukan undang-undang Indonesia membenarkan rakyatnya berkumpul dan menyuarakan pendapat.


Katanya, pihak berkuasa di Indonesia juga belum dapat memastikan dakwaan bahawa sebuah parti politik di republik berkenaan mendalangi demonstrasi berkenaan untuk mendesak Presiden Susilo Bambang Yudhoyono supaya bertegas dengan Malaysia.


................................................................Petikan Akhbar........................................................................





Indonesia-Malaysia Luncurkan Buku Sejarah Dua Negara

Indonesia-Malaysia Luncurkan Buku Sejarah Dua Negara
Para anggota EPG (Eminent Person Group) Indonesia-Malaysia (dari kiri ke kanan) Dr Mukhlis Paeni (ketua masyarakat sejarahwan Indonesia), Omar Mohd Hashim (ketua persatuan sejarah Malaysia), Abdul Halim Ali (anggota EPG Malaysia), Dr Musni Umar dan Dr Pudentia saat meluncurkan buku Membangkitkan Memori Kolektif Kesejarahan Indonesia - Malaysia di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur, Rabu, (19/5). (ANTARA/adi Lazuardi)
Kuala Lumpur (ANTARA News) - Para sejarahwan Indonesia - Malaysia meluncurkan buku sejarah kedua negara "Membangkitkan Memori Kolektif Kesejarahan Indonesia-Malaysia," sebagai hasil konkrit rekomendasi EPG (Eminent Person Group) yang telah diserahkan kepada kedua kepala pemerintahan.


"Buku sejarah ini merupakan hasil karya tulis para sejarahwan Indonesia dan Malaysia yang telah bertemu di Jakarta dan Tanjung Pinang tahun 2009. Dijadikan buku karena salah satu rekomendasi EPG Indonesia-Malaysia adalah penulisan sejarah kedua negara," kata Dr Musni Umar, salah seorang EPG Indonesia, di Kuala Lumpur, Rabu.


Peluncuran buku sejarah kedua negara bertetangga dan serumpun diluncurkan para anggota EPG di Kuala Lumpur bersamaan dengan pertemuan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan PM Najib Tun Razak di Kuala Lumpur dalam rangka pertemuan konsultasi tahunan ke-7.


"Peluncuran buku ini untuk menunjukan kepada generasi muda kedua negara bahwa rakyat kedua negara ini benar-benar bersaudara dan serumpun. Banyak catatan sejarah yang menunjukan begitu akrabnya hubungan kedua bangsa dan rakyat pada masa lalu," kata Musni, dosen Univ Islam Jakarta.


Oleh karena itu, generasi muda Indonesia-Malaysia harus menjaga hubungan baik antara Indonesia-Malaysia pada masa kini dan mendatang dengan melihat sejarahnya, tambad dia.


Salah satu anggota EPG Malaysia Tan Sri Abdul Halim Ali mengatakan, salah satu penyebab seringnya terjadi ketegangan antara kedua negara bertetangga dan serumpun ini akibat berkembangnya kebebasan pers, terutama di Indonesia.


Selain itu, generasi muda Indonesia-Malaysia sering melakukan caci maki dalam dunia internet. Kedua fenomena itu muncul karena kurangnyanya pemahaman sejarah kedua bangsa yang sangat erat di kalangan generasi muda. "Semoga dengan peluncuran buku sejarah Indonesia - Malaysia bisa menjadi faktor makin akrab dan harmonis kedua bangsa serumpun dan bertetangga ini," kata Abdul Halim.


Anggota EPG yang hadir pada acara peluncuran buku itu ialah Tan Sri Abdul Halim Ali dari EPG Malaysia, Dr Musni umar dan Dr Pudentia (EPG Indonesia), dan ketua masyarakat sejarahwan Indonesia Dr Mukhlis PaEni dan ketua persatuan sejarahwan Malaysia Omar Mohd Hashim dan para sejarahwan kedua negara.(Ant/R009)






Berdasarkan isu yang sedang panas melanda antara Malaysia dan Indonesia beberapa minggu ini , Sri Ratu Saadong Vii juga memainkan peranannya dalam meleraikan pasukan-pasukan yang ingin melawan atau bertindak secara kekerasan terhadap negara Malaysia . Dalam hal ini beliau didatangi oleh beberapa ahli lembaga sosial dari Indonesia yang inginkan beliau campur tangan dalam menyelesaikan masalah ini kerana akibat negara yang huru-hara keselamatan masyarakat antara dua negara juga akan terancam sedikit sebanyak termasuk akan memberi impak negatif kepada golongan miskin , para mahasiswa atau mahasiswi yang tidak ada kena mengena langsung  dalam perbalahan ini . Demikianlah Putri Anis ditemani oleh ayahanda dan bonda serta pembantu peribadinya dalam jamuan berbuka puasa dan mesyuarat secara tertutup bersama dua orang wakil dari lembaga sosial dan masyarakat Indonesia di Hotel Renaisance , Kota Bharu Kelantan yang mana dalam perbincangan tersebut  akan merancang untuk mengatur  strategi pendamaian kedua negara ini mengikut filosofi masing-masing dengan pendekatan ilmiah bukan perlawanan mulut atau anggota badan yang sememangnya bukan jalan penyelesaian malah akan mengeruhkan lagi perhubungan dua negara yang sudah sekian lama terjalin ibarat kakak beradik kandung  . Jika Malaysia adalah abang maka Indonesia adalah adik . Jika Indonesia adalah ibu maka Malaysia adalah bapa .Seperti ibu dan bapa ibarat bumbung yang melindungi anak-anak iaitu rakyat di negara masing-masing manakala abang dan adik saling mengalah bukan mencaci cela . Jadi di sini tiada negara yang dianak tirikan melainkan kedua-duanya sungguh bijaksana kerana sudah melahirkan banyak para ilmuan . Di dalam perbincangan ini Putri Anis ingin mengetengahkan masalah sejarah antara malaysia dan indonesia yang sudah dilupakan sehingga tidak akan ada lagi pendebatan atau isu yang menjahamkan rakyat dua negara kerana bagimanpun  kita harus sedar bahawa tanpa daratan malaysia dan indonesia maka tidak akan melahirkan sejarah tertua nusantara yang kita banggakan dan kini yang hilang telah kembali .Sejarah lampau akan memperbetulkan kebodohan akal manusia yang sudah ditindas oleh pengaruh asing yang dikuasai sifat tamak haloba dan inginkan kekuasaan . Sekiranya kita tahu dan berpegang penuh akan sejarah dua negara ini sudah tentu tidak akan keributan yang berlaku secara serius . Pendekatan nilai sejarah ini adalah cara yang akan memberi kesedaran kepada semua pihak yang "super ego" yang mana sedikit sebanyak akan dapat membantu masyarakat kita berfikir apakah benar atau tidak maksud yang hendak disampaikan . 




Sejarah indonesia dan malaysia yang hampir dilupakan yang sudah disebutkan oleh Sri Ratu Saadong Vii :

1.Sekitar tahun 1025  Kerajaan Srivijaya telah hancur  kemudian muncul dua kekuatan besar di nusantara yang terpisah secara geografi iaitu Majapahit dan Langkasuka . Tahukah bahawa 
kita telah menghadapi musuh dari luar iaitu serangan Kerajaan Tamil Chola yang datang menakluk Sumatera dan Kerajaan Kedah Tua di Semenanjung Tanah Melayu sehingga melemahkan Empayar nenek moyang kita, Srivijaya  .Ini jelas membuktikan bahawa daratan malaysia dan indonesia adalah sebaris dan sejajar ibarat air dicincang tiada putus . Nasihat atau teladan yang boleh diambil adalah berbaiklah dua negara malaysia atau indonesia kerana apabila dua negara ini retak menunggu belah , akan ada kekuatan lain yang akan menakluk dan kita tidak boleh berfikir bahwa tidak mungkin terjadi . Di dalam kehidupan hari ini , Tuhan boleh merubah segalanya berbalik kepada asal tetapi mengikut jalan cerita yang mungkin agak berbeza . Sekiranya negeri dalam peperangan atau perang saudara maka pertumpahan darah akan berlaku tanpa disedari yang akan menyebabkan darurat bagi setiap negeri .


2.Kita sudah lupa bagaimana pencerobohan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua telah menjadikan hidup bangsa kita di nusantara ini bertambah sengsara dan ada yang telah dibunuh , dirogol dan diseksa dengan kejam . Apakah kita mahu peristiwa ini berulang kembali sedangkan kita punya keluarga yang kita cintai, tanah air yang memberikan kita hidup mencari rezeki, agama yang membawa kita ke arah kebaikan dan petunjuk yang jelas  . Apakah kita tidak pernah ambil tahu dan jadikan pepatah 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga' . Dari manakah asal usul pepatah ini ? pepatah ini dibawa oleh penyair dari India yang datang belayar ke nusantara sewaktu kapal dagangnya hampir karam . Di dalam pelayarannya beliau difitnah dan dikatakan mencuri kelengkapan atau harta tuan kapal pada masa itu dan akibat fitnah melanda diri daripada orang yang tidak menyenanginya , maka beliau diarahkan dipenjara selama mana kapal berlayar dan tidak  diberi makan minum . Akhirnya kerana beliau orang berkat dan doanya , maka kapal tersebut karam dan tiada penumpang terselamat melainkan beliau yang sudah dipenjarakan selamat . Hal ini jelas membuktikan bahawa sesuatu kekacauan yang berlaku dalam negara adalah daya upaya dari orang yang mungkin ada rencana atau tujuan tertentu . Jika salah langkah maka orang yang tidak bersalah seperti rakyat atau apa yang terjadi pada penumpang kapal itu mati bergelimpangan akibat kapal karam dan tidak mustahil jika peperangan antara malaysia dan indonesia berterusan akan menyebabkan bala bagi orang yang tiada salah . 


3.Kita sudah lupa akan suatu sejarah penting yang mana bangsa Siam hampir meranapkan tamadun Melayu pada waktu itu adalah kerajaan Langkasuka di Tanah Semenanjung . Perdana Menteri Majapahit pada waktu itu adalah Gajah Mada yang mempunyai kekuatan armada telah berjaya menghalau tentera Siam  kembali ke Tanah Semenanjung sehinggalah Mahapatih Gajah Mada bertemu dengan rakyat Langkasuka yang mendapat ancaman kuat oleh penjajahan Siam di Patani . Ini membuktikan bahawa konsep peperangan tidak boleh lagi diguna pakai buat zaman ini  kerana secara fizik ianya akan mendatangkan keburukan pada kerajaan yang dipimpin dan boleh membawa kepada permusuhan bangsa buat selamanya . Akhirnya anak cucu di masa hadapan akan saling berdendam hanya kerana masalah sempadan , kuasa dan sebagainya yang saya kira tidak berbaloi bagi kita memandangkan tamadun kita sudah berubah mengikut peredaran masa dan jika kedua negara saling tidak puas hati secara automatik rakyat akan mendalami penderitaan bukannya para pembesar . Saya sebagai badan NGO yang sentiasa menjalankan kerja masyarakat dan kebajikan tidak mahu melihat kedua-dua negara ini pecah akibat penjajahan fikiran manusia yang ingin kepentingan . Cara yang paling berkesan adalah memandang kembali sejarah lampau dan jadikan sebagai satu pengajaran buat kita agar kesungguhan kita membela negara berjalan dengan cara yang munasabah bukan dengan saling membalas atau membidas dengan perkataan yang keji .


4.Apabila sebut Majapahit pastinya ia berhubungan baik dengan kerajaan Langkasuka sehinggakan Gajah Mada menggelarkan Jeddah di Kelantan sebagai Majapahit Barat (Majapahit II atau Jawa Timur). Apakah kita lupa bahwa jalur bangsa yang ada di dalam rumpun Tanah Semenanjung ini juga datang dari daratan dan pulau Indonesia . Malaysia hanya sebuah nama setelah kemerdekaan begitu juga Indonesia yang mendapat gelar Republik Indonesia setelah negara merdeka . Di mana letaknya simbol kedaulatan kedua -dua negara ini ? Saya ingin membangkitkan perasaan kecewa yang amat sangat seolah-olah kita hidup dalam keadaan jahil dan masih buta sejarah bangsa dan kemelayuan , Kita umat Islam sering melaungkan pengertian kafir kepada orang yang bukan agama Islam tetapi bagaimana pula antara kita di dua negara ini memberi contoh kepada orang yang beragama lain . Adakah dengan isu memijak bendera Jalur Gemilang dan membaling najis dapat melabelkan kita sebagai islam sejati ? Saya kira itu tidak walaupun kedua negara saling menuding jaqri dengan mengatakan bahawa kebudayaan Indonesia dirampas dan dicuri juga tidak menepati kerana dulunya kita bersaudara dekat hingga nenek moyang kita meyebar ke serata pelusuk nusantara termasuk malaysia , indonesia , brunei , singapura , thailand , vitnam dan sebagainya maka budaya tadi akan meresap di segenap tempat tersebut hasil daripada penghijrahan keturunan atau bencana alam dan boleh jadi kerana faktor peperangan yang menyebabkan penduduk malaysia ada yang lari ke Indonesia dan penduduk Indonesia ada yang bernikah dengan penduduk Malaysia . Apa yang penting di sini Malaysia juga harus menjaga kualiti bangsa yang menetap atau menjadi warganegara Malaysia yang mana kita juga harus sedar tanpa adanya bangsa Indonesia tidak akan ada bangunan pencakar langit yang telah menempatkan jutaan rakyat atau kakitangan kelas atasan duduk atau tinggal di pejabat/rumah mewah memandangkan di Malaysia sendiri kita masih kekurangan anak muda atau pekerja yang ingin bekerja sebagai buruh kasar . Ingatlah juga bahawasanya sejarah yang ada di Malaysia sudah banyak dikucilkan atau diduplikasikan sedangkan di Indonesia kita boleh melihat banyak lagi tinggalan sejarah yang diamanahkan berada dalam keadaan utuh . Walau bagaimanapun , semua bangsa pelbagai tingkat harus kembali kepada realiti sejarah kerana apabila kita mempelajari dan mencintai sejarah maka kita akan saling merasa kasih sayang antara satu sama lain . Ini tidak mustahil sebentar lagi perubahan ketara akan terjadi antara Malaysia dan Indonesia ibarat Kerajaan Majapahit dan Kerajaan Langkasuka satu ketika dulu cuma masanya belum tiba sehingga Tuhan mengkehandaki sebuah peristiwa , wallah hualam .


5.Kita harus mengimbau kembali bagaimana peristiwa yang berlaku antara Empayar Chermin dan Majapahit yang mana empayar tersebut berkenan menghangtar rombongan diraja bersama tokoh agama saat itu untuk membawa syiar Islam kepada Empayar Majapahit yang pada saat itu adalah dari keturunan hindu-buddha . Ia juga dicapai hasil daripada kesetiaan Majapahit yang telah membantu Langkasuka-Chermin dalam menentang Kerajaan Siam Ayudthaya . Boleh jadi ini juga kerana faktor membalas budi . Apakah kita dapat melihat kebaikan daripada sejarah lampau ini ? Ini membuktikan bahawa sebuah empayar besar juga pada satu masa boleh tunduk dan mengenang budi kepada sebuah kerajaan yang lain . Begitu juga sekiranya Malaysia atau Indonesia menganggap negara mereka adalah paling berkuasa atau hebat , pada suatu masa kerajaan tersebut akan memerlukan satu sama lain bilamana  perihal dalam kerajaan tidak dapat diselesaikan . Sebagai contoh kita harus mengenang budi yang mana Malaysia juga adalah negara yang beruntung kerana sampai ke hari ini maruah para raja dapat diselamatkan dan raja-raja melayu dapat hidup dengan segala kemewahan berbanding dengan banyak kerajaan atau kesultanan di Indonesia yang hanya memangkut adat istiadat dan tidak mempunyai kuasa vito untuk menakluk negeri . Ini mengapa ? ini juga adalah baik untuk negara Indonesia yang maan Tuhan menguji darah-darah keturunan aulia atau darah raja yang mulia apakah benar masih mendaulatkan para leluhur . Dengan kebijaksanaan seluruh keturunan raja yang ada di Indonesia berusaha dan bekerja keras untuk mencapai kemartabatan masing-masing dengan berbakti keoada seluruh masyarakat mereka manakala raja-raja melayu yang ada di Malaysia juga mendapat ujian yang besar kerana mereka mewakili Tuhan untuk menjalankan misi keamanan dunia bukan hanya bermahligai di istana tetapi mereka punya tugas dan tanggungjawab yang berat bagi mengatasi setiap masalah yang datng di dalam negeri . Jika tidak sebuah kerajaan akan hancur . Dengan begini raja-raja melayu akan berfikir bahawa kesenangan yang mereka dapati juga pada hari ini adalah hasil jerih payah dan kesungguhan para leluhur pada masa lampau yang menjayakan sebuah negeri dan jika mereka mengerti kebanyakan leluhur mereka adalah bermastautin dan datang dari kepualauan Indonesia seperti Jambi , Sulawesi , Jawa , Aceh dan banyak lagi . Dengan hal yang terjadi sekarang dapatlah kita lihat akan peranan para raja yang harus mengumpulkan ahli tahfiz atau ulama-ulama untuk membantu misi kesejahteraan di muka bumi ini sebagai balasan atas apa yang mereka nikmati pada hari ini adalah sebenar tergantung kepada sejarah masa lampau .


6.Mengikut pengkajian sejarah yang saya perolehi , Raja Langkasuka yang bergelar Sultan Iskandar Syah telah bernikah dengan Ratu Majapahit iaitu Suhita cucu Raja Majapahit yang paling termasyhur , Hayam Wuruk pada tahun 1427. Sultan Iskandar rela meninggalkan tanah airnya untuk hidup bersama Suhita di Pulau Jawa . Demi kesungguhan cinta juga , Sultan Iskandar telah mengubah namanya menjadi nama Jawa iaitu Sang Ajit Jaya Ningrat sebagai Bentara (Raja) memangku Kerajaan Majapahit pertama yang bukan berasal dari keturunan Jawa . Dapatkah kita semua mengimbau bagaimana peristiwa sejarah meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita . Sanggupkah kita bertikam lidah satu sama lain sedangkan sejarah itu adalah pengorbanan yang besar . Jika Sultan Iskandar pada waktu itu mencintai permaisurinya yang berada di Tanah Besar Jawa sanggup mengalah dan menunjukkan ikrar taat setia kepada permaisurinya maka tidak mustahil hubungan dua negara antara malaysia dan indonesia juga boleh menjadi akrab yang mana hasil tinjauan saya mendapati berapa ramai warga indonesia yang menikahi rakyat malaysia begitu juga masih ramai golongan malaysia yang menimba ilmu serta bernikah di Indonesia . Masing-masing membawa jasa. .Jika kita berfikir pertemuan dua negara boleh membawa kepada kisah percintaan sebagaimana kisah sejarah tersebut , bermula saat ini fikir-fikirkanlah benih yang sudah disemai oleh orang pada zaman lampau dan kini sudah berdarah campuran indonesia dan malaysia .Jika label bodoh dikatakan kepada Indonesia maka malaysia akan turut bodoh kerana darah yang mengalir dalam tubuh badan mereka mungkin ada darah Indonesia begitu juga warga Indonesia yang menunjukan semangat luar biasa menentang malaysia akan tetapi ingatlah bahawa Tanah Semenanjung juga pernah meneroka alam Melayu yang melahirkan srikandi dan pahlawan terbilang sebagaimana sering disebut-sebut dalam hikayat Hang Tuah .


7.Kita sudah lupa akan suatu lagi hal  yang menyangkut masalah kebudayaan . Kebudayaan langkasuka dan Majapahit suatu ketika dahulu masih ada ciri-ciri persamaan terutama kebudayaan negeri Kelantan , Terengganu dan Selatan Thailand sehingga kini masih ada yang mengamalkan budaya pra-islam yang seakan sama dengan asas kebudayaan Majapahit itu sendiri . Berdasarkan huraian saya ini dalam bab ini menjelaskan secara terperinci yang mana mengapa kita dua negara yang bertumpah darah sebumbung cuma lain tiang dalam sekelip mata mengakui musuh dan saling memfitnah dan mempersendakan satu sama lain . Ketika saya tinggal di Indonesia selama bertahun-tahun saya melihat isu yang sering ditimbulkan adalah masalah budaya iaitu Malaysia dituduh mencuri budaya indonesia . Saya ingin menegaskan bulat-bulat kenyataan ini adalah sedikit terpesong dari garis asal . Mengapa demikian ? malaysia tidak mencuri budaya sesiapa melainkan pengembangan budaya setempat itu dipratikkan pada suatu zaman ke peralihan zaman yang berbeza . Semisalnya tarian jawa mungkin lebih terkenal di negeri Kelantan dalam mempersembahkan keseniaan Mak Yong di pentas persembahan . Hal ini dapat dibuktikan bahawa bagaimana negeri Kelantan dapat memainkan tarian ini sejak turun temurun jika tiada tuannya atau pengajar yang mengajar soal tarian tersebut ?Ini adalah suatu hal yang harus dikaji dan diambil kira dari perspektif membangun  . Sudah pasti kemunculan tarian ini sudah berada di negeri Kelantan lebih awal dan mungkin seiring dengan keagungan majapahit ketika itu .Jadi pelopor tarian ini meninggalkan zuriat di Malaysia yang waktu itu adalah negeri kelantan salah satunya lalu penyambung inilah yang meneruskan wasiat  dari generasi ke generasi yang lain bukan perkataan curi yang tidak patut diungkapkan . Begitu juga malaysia yang ada ketikanya terlalu ego dengan kualiti dan mutu sebagai negara yang sudah berjaya di persada dunia .Hal ini jelas dibuktikan bahawa apabila pekerja asing masuk ke malaysia terutama gejala pembantu rumah ianya tidak mendapat perhatian yang serius dari negara malaysia sendiri malah mengatakan tiada apa-apa yang terjadi sehinggalah pada akhirnya orang Indonesia hilang sabar dan mengertak orang malaysia sehinggakan menimbulkan kekecohan yang pada awalnya hanya senyum sinis tetapi sekarang bertukar sebagai madu dan racun . Siapakah agen penyelamat yang turun padang menyelesaikan masalah ini kerana ini bukan masalah wang ringgit tetapi keharmonian dan keamanan dalam negara yang tidak terjamin lagi . 


8.Satu lagi peristiwa sejarah yang mungkin kita lupa bahawa Sultan Iskandar Syah pernah kembali ke Kelantan bersama perajurit-perajurit Majapahit apabila bangsa Siam beberapa kali menyerang balas setelah berjaya menakluk Temasik pada tahun 1401 . Hasil peristiwa ini baginda Sultan mendeklarasikan Kelantan sebagai Majapahit II dan Kota Mahligai di Bachok sebagai ibu kotanya . Ini adalah rantaian sejarah yang benar-benar mengkisahkan bahawa sejak dari dulu lagi walaupun ke mana kita berada tetapi kita memang diwajibkan saling mendukung apatah lagi dalam usahasama perjuangan kepada tanah air demi kesejahteraan . Saya berpandangan eloklah kiranya para pembesar di tingkat menteri atau raja-raja melayu mendeklarasikan negara serumpun malaysia dan indonesia adalah bersaudara baik dari awal bermula hingga titik penghujung agar nama yang disebut-sebut malaysia -indonesia tidak berakhir dengan sia-sia . Jika Sultan Iskandar itu mengikut sejarah pernah kembali ke Kelantan(Malaysia) inikan pula orang Indonesia yang bila-bila masa boleh mengunjungi malaysia dengan syarat apapun risikonya kita adalah bersaudara walaupun tidak terlahir sama dalam perut kandungan ibu atau bapa , tapi kita terlahir dari Maha Suci Allah swt yang menuasai jagad raya ini . Begitu juga saya melihat bagaimana peniaga atau pemborong yang banyak termakan budi dengan orang indonesia kerana hasil pencarian rezeki mereka bergantung atara dua negara ini . Jika indonesia adalah pembekal bagi pakaian-pakaian maka malaysialah sebagai pemborong dan negara lain atau rakyat sebagai pembeli . Jika malaysia menyediakan ruang pekerjaan kepada warga Indonesia maka warga Indonesia harus mensyukuri hal tersebut . Tanpa adanya undang-undang yang membenarkan pekerja atau tenaga kerja indonesia datang ke malaysia mungkin juga mereka akan berlapar di negara sendiri kerana putus sumber pencarian rezeki . Tuhan sudah adil kepada hamba-hambanya . 


9.Pateh Aria Gajah adalah anak saudara Sultan Iskandar Syah seorang menteri Majapahit II akhirnya menjadi wakil kerajaan Majapahit di Patani setelah kerajaan Majapahit II diruntuhkan oleh kerajaan Siam Ayudthaya . Maka catatan sejarah menyimpulkan keris yang harus diguna pakai sebagai keris kebesaran Sultan Kelantan disebutkan keris Majapahit bersempena dengan kisah sejarah ini . Mengapa saya menimbulkan masalah sejarah Kelantan, Kedah, Patani dan sebagainya kerana saya ingin menyedarkan semua pihak bahawa kita sebenarnya datang daripada pohon  pisang yang sama cuma berlainan akar. Kebanyakan kita manusia yang dapat hidup pada zaman ini adalah kisah penceritaan sejarah masa lalu samada percaya atau dongeng atau tidak sama sekali itu tidak menjadi satu masalh besar melainkan contoh-contoh ini saya akan ambil sebagai semangat perjuangan srikandi muda negara yang akan memulai sejarah lampau yang sudah diberi penghinaan atau diduplikasikan bahan ceritanya . Apabila saya berfikir sejenak , cara politik yang berkesan adalah dengan menggunakan versi rantaian sejarah bukan dengan perlawanan senjata atau mulut yang menimbulkan rasa amarah kedua-dua pihak . Jika ada yang membangkang kita harus ambil petikan si pembangkang sekurangnya kita tahu kelemahan diri kita dan dalam erti kata konteks ini begitulah kisah indonesia -malaysia walau sebarapa lama pun berhentam, balas membalas perkataan kotor dan mengeji sama sendiri mereka tetap bersaudara atas alasan sejarah tadi bukan kerana faktor islam ataupun tidak tetapi faktor perubahan piagam alam yang inginkan satu pencerahan baru dimulai .


10.Kita sudah lupa bahawa Malaysia majoriti adalah penganut agama islam begitu Indonesia yang mempunyai fahaman agama islam yang luas tetapi kita masih tidur yang mana kedua-dua negara ini dijajah oleh bangsa harbi Eropah seperti Portugis, Belanda, Inggeris sehingga tuan rumah malaysia-indonesia mebuka jalan  orang lain bermaharaja lela di tanah kita dan sudah menganggu usaha-usaha dakwah para alim ulama di nusantara .Hal ini saya tidak mahu perdebatkan kerana setiap luas hektar tanah di permukaan bumi ini adalah landasan Maha Pencipta jadi Dia yang akan mengatur segalanya . Saya sekarang melihat atas konteks semangat kejituan atau peranan muslim di negara islam malaysia-indonesia . Kita lupa dan tidak sengaja kita dua negara sudak banyak saling menyakiti satu sama lain . Sebagai contoh , masalah kedaulatan pulau yang membuatkan timbul salah faham antara rakyat dan para pembesar serta bangsa -bangsa negara yang terlibat menjadi aib dan berdendam .Setelah itu beberapa isu sudah diperdebatkan sebelum ini oleh kerajaan malaysia terhadap kerajaan indonesia sehinggakan rakyat indonesia merasakan diri mereka sangat dipandang hina oleh orang malaysia yang dikatakan bongkak dan sombong akibat kebanggaan sisitem peljaran yang sudah maju .Selain itu timbul masalah pembantu rumah didera oleh majikan dan kes pembantu rumah indonesia membawa lari anak majikan . Apakah erti ini semua ? Tidak dari itu negeri Kelantan juga beberapa bulan dihangatkan dengan cerita yang menimpa keluarga diraja Kelantan yang bahan ceritanya memaparkan episod jenaka dan bersimpang siur .Sejauh mana kebenaran hanya mereka yang terlibat lebih mengetahuinya . sejak dari itu timbul lagi isu-isu kemasukan pendatang haram dari indonesia dan semuanya memaparkan masalah dua negara yang saling tidak tumpah seperti anjing dan kucing . Setelah berbaik mereka bergaduh manakala setelah bergaduh panjang mereka bersalaman dan diharapkan agar idea-idea para ilmuan laku untuk mendamaikan indonesia-malaysia berbanding para ilmuan yang hanya mengunci mulut seolah-olah bisu dan kebingungan . Jangan sampai negara islam sejati lagi tulin ini mencakar sama sendiri dan memberi peluang kepada bangsa negara lain menjajah negara kita akibat kelalaian . Bak kata pepatah 'yang dikejar tak dapat , yang dikendong keciciran' . Dalam kesibukan berperang dan sengketa untuk menampakkan diri siapa yang hebat akhirnya di akhir perjalanan menemui kegagalan yang besar . Kita perlu ingat bahawa sejarah dahulu pernah memecah belahkan orang melayu dan agama islam itu sendiri , jangan sampai kita mudah lupa bagaimana bangsa kita telah dirosakan cara berfikir , cara hidup sihat , keseragaman pendidikan , konsep agama dan kenegaraan. Kita tidak mahu ada lagi ideologi penjajahan Barat yang sudah banyak mengambil hasil negeri termasuk indonesia yang paling banyak dan malaysia juga sebagai negara tumpuan pada waktu itu . Gabungan indonesia-malaysia adalah tepat sebagai saudara kerana sewaktu kebangkitan komunisme di Asia Tenggara kita tidak dapat menghitung berapa ramai jumlah kerabat diraja dan ulama yang tidak berdosa mati dibunuh akibat kekejaman komunis . Mereka masuk ke negara kita dengan menyebar ajaran 'kuku besi' bertindak berdasarkan prinsip kekerasan  sehingga akidah bangsa negara kita punah ranah diperdayakan oleh mereka. Pembohongan secara terang-terangan sudah mereka laksanakan kononnya kebangkitan komunisme adalah menentang para penjajahpadahal mereka sendiri menggunakan proksi atau ideologi asing  yang digerakkan oleh proksi Harbi yang bersentimentalkan autokrotik .






Putri Anis bersama Pembantu Peribadi
Kandungan mesyuarat yang dibentangkan oleh wakil lembaga sosial indonesia tersebut adalah artikel berikut :




Tidak timbul isu majikan enggan bayar gaji pekerja,kata Fong






Menteri Sumber Manusia Datuk Dr Fong Chan Onn berkata tidak timbul isu bahawa majikan di negara ini enggan membayar gaji kepada pekerja asing tanpa izin dari Indonesia seperti didakwa oleh kerajaan Indonesia.

Beliau berkata selepas menerima maklumat daripada Kedutaan Indonesia dan siasatan dilakukan, didapati syarikat pembinaan Sri Megah Jaya Sdn Bhd yang didakwa tidak membayar gaji kepada 90 pekerja warga Indonesia sebenarnya telah berbuat demikian.

Katanya wang sejumlah RM500,000 untuk bayaran gaji pekerja terbabit telah diserahkan oleh syarikat berkenaan kepada sub-kontraktornya yang juga merupakan pekerja tanpa izin Indonesia yang dipercayai telah melarikan wang berkenaan.

"Sebenarnya syarikat tersebut telah membayar gaji kepada kontraktor yang menggajikan 90 pekerja itu, kebetulan kontraktor tersebut juga merupakan pekerja asing tanpa izin dari Indonesia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kementerian itu di Putrajaya Rabu.

Beliau berkata setakat ini kementerian itu hanya menerima maklumat bahawa hanya satu syarikat sahaja iaitu Sri Megah Jaya yang didakwa belum membayar gaji kepada 90 pekerja itu.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Tenaga Kerja Indonesia Fahmi Idris baru-baru ini bahawa Sri Megah Jaya akan menjadi syarikat pertama di Malaysia yang akan diambil tindakan oleh republik itu berikutan enggan membayar gaji pekerja mereka.

Fong berkata kementerian akan mengarahkan syarikat berkenaan mengesan sub-kontraktor itu bagi membolehkan gaji 90 pekerja asing tanpa izin itu dibayar.

Perkara itu perlu diselesaikan segera bagi mengelak timbul salah faham di antara kedua-dua negara.

Beliau berkata siasatan oleh kementerian berhubung laporan sebuah lagi syarikat pembinaan, Infirnity Dinamik Sdn Bhd di Seremban yang didakwa tidak membayar gaji kepada 32 pekerja mereka, juga didapati syarikat itu telah berbuat demikian.

"Selepas siasatan, didapati syarikat tersebut telah membayar sejumlah RM90,000 kepada sub-kontraktor tempatan untuk dibayar kepada mereka tetapi 32 pekerja itu tidak dapat dikesan," katanya.

Katanya dipercayai mereka telah pulang ke negara asal semasa tempoh pengampunan.

Beliau berkata tidak timbul persoalan majikan enggan membayar gaji pekerja mereka kerana apa yang sebenarnya berlaku ialah wujud salah faham di antara pihak pekerja dan majikan.
-------------------------------------
Pekerja Indonesia boleh bekerja semula melalui perkhidmatan ORC
Pekerja-pekerja Indonesia yang pulang melalui program pengampunan dan 'Ops Nasihat' dibenarkan kembali bekerja di Malaysia melalui perkhidmatan sehenti One Roof Centre (ORC) untuk memastikan urusan membawa masuk semula mereka dapat dilaksanakan dengan mudah, cepat, teratur dan terkawal.

Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Aseh Che Mat yang mengumumkan perkara itu Selasa, berkata untuk tujuan itu 11 pusat ORC akan dibuka di Indonesia.
Lima daripadanya akan dibuka pada 23 Feb ini manakala selebihnya akan beroperasi pada 1 Mac depan, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kumpulan kerja pertama Malaysia-Indonesia di Kuala Lumpur.

Aseh berkata pusat-pusat itu akan dibuka untuk tempoh lebih kurang tiga bulan dan setiap pekerja yang ingin kembali untuk bekerja mesti mempunyai majikan.

"Perkara ini telah dirundingkan agak lama dan telah dipersetujui oleh pemimpin kedua-dua negara," katanya.

Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengadakan pertemuan empat mata dan disusuli mesyuarat delegasi bagi membincangkan antara lain isu pendatang asing tanpa izin 
Indonesia.

Aseh menjelaskan perkhidmatan pusat itu hanya untuk pekerja yang diberi pengampunan dan yang balik dalam tempoh 'Ops Nasihat' manakala untuk pekerja-pekerja baru dari 
Indonesia yang ingin bekerja di negara ini perlu melalui proses biasa seperti sekarang.

Aseh berkata pendatang tanpa izin 
Indonesia yang mempunyai majikan di sini sekarang termasuk pembantu rumah boleh kembali ke negara asal mereka serta mendaftar di pusat-pusat itu dan kembali semula ke Malaysia untuk menyambung kerja setelah melalui segala proses yang ditetapkan.

Majikan 
Malaysia juga dibenarkan pergi ke pusat-pusat itu untuk mengambil pekerja yang diperlukan, tetapi tertakluk kepada kelulusan.

ORC membabitkan beberapa proses, iaitu permohonan majikan di sini untuk mendapatkan guna tenaga asing perlu dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum mempertimbangkan pengeluaran 
surat yang akan mendapat kelulusan segera sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.

Selepas itu beliau berkata majikan berkenaan perlu ke kedutaan 
Indonesia untuk pengesahan kontrak kerja dan kemudiannya mereka boleh ke pusat-pusat ORC di Indonesia bagi mengenalpasti pekerja yang dikehendaki.

Setelah dikenalpasti, pekerja-pekerja ini akan dibawa ke enam kaunter di 
Indonesia untuk pelbagai urusan seperti urusan pasport dan selepas itu mereka akan dibawa ke kaunter Imigresen Malaysia di pusat-pusat berkenaan untuk disemak surat kelulusan serta penyemakan melalui sistem biometrik serta urusan visa.

Kemudian mereka akan dibawa ke Malaysia menerusi 11 pintu masuk yang telah ditetapkan dan sekali lagi mereka akan melalui penyemakan biometrik, sebelum diberikan pas khas gratis selama tempoh satu bulan dan majikan akan menguruskan pelbagai urusan yang perlu seperti levi, imigresen dan pelekat kerja.

Aseh menjelaskan ejen-ejen pengambilan pekerja asing di negara ini tidak dibenarkan pergi untuk mengambil pekerja-pekerja di pusat-pusat ini.

"Saya mengingatkan semua pekerja asing tanpa izin Indonesia dan majikan di Malaysia menggunakan peluang ini (ORC)...kerana bermula 1 Mac kita akan mulakan operasi besar-besaran," katanya.

Setakat ini lebih 600,000 rakyat asing telah pulang ke negara masing-masing melalui proses pengampunan dengan lebih 340,000 terdiri daripada warga Indonesia.

Kebanyakan pekerja Indonesia di negara ini terlibat dalam sektor perladangan dan pembinaan.

Aseh berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan dewan-dewan perdagangan dan perniagaan, pihak majikan serta pihak-pihak lain yang berkaitan pada Jumaat ini untuk menerangkan perkhidmatan ORC ini.

Sementara itu Ketua Pengarah Imigresen Indonesia M. Iman Santoso berkata pekerja Indonesia yang mempunyai pasport yang sah boleh menggunakan semula pasport mereka ketika proses untuk kembali bekerja di Malaysia.

Menurutnya bagi mereka yang memalsukan nama atau maklumat lain dalam pasport, pihaknya akan menyemak dan membuat pengesahan maklumat yang betul agar mereka turut boleh mendaftar untuk kembali bekerja di Malaysia.

Sebelas pusat ORC ialah di Belawan, Dumai, Tanjung Uban, Jakarta, Semarang, Surabaya, Nusa Tenggara barat (Lombok), Nusa Tenggara Timur (Kupang) Entikong (Kalimantan Barat), Nunukan dan Pari Pari.

Sebelas pintu masuk di Malaysia ialah Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Pelabuhan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Pelabuhan Melaka, Pelabuhan Kelang, Tebedu di Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Sabah, Tawau di Sabah, Sandakan di Sabah dan Stulang Laut di Johor.

Terdahulu, Aseh dan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja Luar Negeri Indonesia I Gusti Made Arke menandatangani dokumen yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia dan Indonesia bersetuju pada 14 Feb lepas bahawa ops nasihat akan tamat pada penghujung bulan Feb ini dan majikan harus akur akan keputusan itu serta bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pendatang tanpa izin di samping menyelesaikan masalah pentadbiran dan gaji yang berkaitan.
------------------------------------
Operasi berkas pendatang tanpa izin bermula 1 Mac…
Operasi keatas pendatang tanpa izin yang tertangguh kebelakangan ini akan mula dilaksanakan I Mac ini.Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengadakan rundingan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono Isnin berkata Operasi Nasihat yang sedang dijalankan akan dipertingkatkan sehingga hujung bulan ini dan bermula 1 Mac tindakan lebih tegas akan dijalankan.
Di bawah Ops Nasihat, pendatang tanpa izin yang ditahan diberi tempoh seminggu untuk meninggalkan negara dan jika mereka engkar dan ditahan sekali lagi, mereka tidak akan dibenarkan datang bekerja di Malaysia buat selama-lamanya.

Serentak dengan itu beliau mengumumkan Malaysia akan memperkenalkan sistem pengenalan diri biometrik dalam pengambilan pekerja dari Indonesia dalam usaha mengatasi masalah pendatang tanpa izin.

Bercakap dalam sidang akhbar bersama pemimpin 
Indonesia itu beliau menjelaskan sistem itu akan merekodkan nama dan cap jari setiap pekerja Indonesia yang datang ke Malaysia bagi menentukan sama ada kedatangan mereka sah atau tidak.
Abdullah dan Susilo terlebih dahulu mengadakan pertemuan empat mata sebelum mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala sempena lawatan negara pertama Presiden RepublikIndonesia itu ke Malaysia sejak mengambil alih pucuk pimpinan negara itu pada Oktober lepas.

Abdullah berkata kedua-dua negara bersedia bertukar-tukar maklumat bagi mengatasi masalah pendatang tanpa izin.


"Apabila nanti disemak dengan pihak Imigresen, kalau mereka datang secara sah (tentu) akan ada rekod," katanya pada persidangan media bersama dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di sini.

Beliau berkata langkah itu bertujuan mengurangkan masalah pendatang tanpa izin dari negara jiran itu dan "seboleh-bolehnya mentiadakan lagi" golongan itu di negara ini.

Abdullah dan Susilo terlebih dahulu mengadakan pertemuan empat mata sebelum mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala sempena lawatan negara pertama Presiden Republik
Indonesia itu ke Malaysia sejak mengambil alih pucuk pimpinan negara itu pada Oktober lepas.

Abdullah berkata kedua-dua negara bersedia bertukar-tukar maklumat bagi mengatasi masalah pendatang tanpa izin.
Mengenai isu majikan di negara ini yang tidak membayar gaji kepada pekerja tanpa izin dari Indonesia, Abdullah berkata walaupun soal itu tidak membabitkan kerajaan namun kerajaan bersedia membantu dalam soal itu.

Kerajaan akan menasihati dan menggesa majikan berkenaan agar menjelaskan bayaran gaji kepada para pekerja terbabit, katanya.

"Ini adalah satu tanggungjawab yang mereka mesti laksanakan," kata Abdullah, yang turut memberi jaminan bahawa Malaysia akan terus mengambil pekerja dari Indonesia.

Susilo, yang menyatakan terima kasih kepada Malaysia kerana memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Indonesia, memberi jaminan untuk mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin dari negaranya.

"Dari pihak Indonesia, kami akan terus menyempurnakan sistem meskipun kadang-kadang keberangkatan dari Indonesia itu juga melewati agensi-agensi yang sering tidak bertanggungjawab tapi bagaimanapun pemerintah Indonesia bertanggungjawab untuk menyempurnakan proses itu sehingga di masa depan harapan kita mereka datang dengan izin," katanya.


Mengenai soal majikan yang belum bayar gaji kepada pekerja Indonesia,Susilo berkata Indonesia menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan Malaysia untuk menangani isu itu.

Masalah pendatang tanpa izin itu merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam perbincangan mereka selain soal pembangunan semula Aceh setelah dilanda gempa bumi dan ombak besar tsunami pada 26 Dis lepas serta meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi.

Susilo berkata lawatannya itu bertujuan meningkatkan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara di samping menyelesaikan masalah terutama yang berkaitan dengan tenaga kerja tanpa izin dari Indonesia.

"Masalah yang ada sekarang ialah bagaimana kita mengatasi kehadiran golongan yang dikategorikan sebagai pendatang tanpa izin," katanya.

Susilo akan diraikan dalam jamuan negara di Istana Negara Isnin malam. Beliau dijangka berlepas ke Singapura Selasa untuk lawatan dua hari ke republik itu.



(Isu pertama ini dibahaskan dalam rangka pertemuan dan sudah mendapat titik terang)






indosiar.com, - Indonesia dan Malaysia. Hubungan kedua negara mencatat sejarah panjang dan mengalami pasang surut. Belum reda masalah-masalah sebelumnya, kini silang sengketa masuk ke wilayah budaya. Beberapa produk seni budaya bangsa Indonesia, konon diakui sebagai milik Malaysia, salah satunya Reog Ponorogo. Reaksi protes langsung bermunculan di tanah air, dan seperti biasa, harmonisasi hubungan kedua negara menjadi taruhannya.

Segmen 1

Inilah kesenian Reog. Masyarakat di tanah air sudah sangat mengenalnya sebagai kesenian khas daerah Ponorogo Jawa Timur, dan sering ditampilkan pada acara-acara tertentu, seperti pernikahan, khitanan dan hari-hari besar nasional. Dalam perkembangannya, kesenian warisan leluhur ini, menjadi daya tarik para wisatawan, khususnya wisatawan mancanegara.

Kini Reog ramai dibicarakan. Malaysia, negara tetangga, mengklaim kesenian tradisional yang telah mengakar dalam masyarakat kita ini, sebagai milik mereka, sebagaimana disebut dalam Website Kantor Kementerian Kebudayaan, Kesenian Warisan Malaysia, www dot herytage dot gov.my.

Dalihnya, seni tari barongan, demikian mereka menyebut, jenis kesenian melayu dan harus dilindungi. Klaim sepihak ini, keruan saja, memicu protes dari banyak kalangan di tanah air, terutama mereka yang selama ini berkecimpung dalam kesenian Reog. Beberapa hari lalu, mereka, mengatasnamakan Paguyuban Reog se Indonesia, mendatangi kantor Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, menyampaikan protes mereka.

Informasi yang berkembang tak hanya reog yang diklaim negeri jiran tetangga itu, tapi juga Tari Piring, Kuda Kepang, bahkan permainan Congklak. Semua dikemas sedemikian rupa dan diganti namanya, sekedar beda dengan aslinya.

Konflik dengan Malaysia, bukan kali ini terjadi. Sejarah panjang mencatat, hubungan dua negara tetangga memang terus mengalami pasang surut.

Berbagai peristiwa mewarnai panas dinginnya hubungan itu. Banyak kalangan masih ingat, bagaimana kelompok separatis asal Aceh, mendapat suaka di negeri itu. Rebutan Pulau Sipadan Ligitan, juga masih menjadi luka bangsa, apalagi jika membicarakan nasib tenaga kerja kita di sana.

Sejarah bahkan mencatat di tahun 1963, kedua negara terlibat konfrontasi, saat negeri tetangga ini mengobarkan ambisi bernama proyek Malaysia, ingin membentuk negara federasi yang konon akan meliputi meliputi Babah, Serawak, Singapura bahkan Brunai. Buntutnya, Presiden Soekarno geram dan memutuskan hubungan negara Malaysia, sampai kemudian terjalin lagi beberapa tahun setelahnya.

Karena itu, kisruh urusan caplok mencaplok seni budaya oleh Malaysia ini, justru menumbuhkan tanda tanya bagi bangsa ini, apa sebenarnya maksud negeri jiran tetangga satu ini?.

Malaysia, dianggap telah sengaja memantik api dan membuka lagi luka-luka lama. Kemarahan masih belum reda saat Donald Pieters Luther Kolopita, seorang wasit karate asal Indonesia, dianiaya 4 anggota Polisi Diraja Malaysia dalam sebuah razia.

Dalam banyak masalah, konflik kebanyakan dipicu sang tetangga. Ambil contoh masalah TKI di sana, tak terhitung kasus penganiayaan, penangkapan, pelecehan sampai pemerkosaan. Tak heran, kadang, kita jadi geram sendiri, termasuk melihat sikap kompromis pemimpin kita selama ini.

Segmen 2

Silang sengketa Indonesia dan malaysia kali ini, memang seperti memasuki babak baru, dalam persoalan seni budaya. Berbeda dengan sebelumnya, yang lebih banyak karena masalah politik, batas wilayah dan ketenagakerjaan. Karena itu wajar, kalau masyarakat kalangan di tanah air bertanya, apa sebenarnya maunya Malaysia.

Ya. Sengketa di bidang budaya, memang hal baru dalam konteks perselisihan Indonesia dan Malaysia. Langkah Departemen Pariwisata Malaysia memasukkan lagu Rasa Sayange sebagai jingle promosi pariwisata, bersama keragaman seni budaya Indonesia lain sebagai aset budaya mereka, dianggap telah mencederai nilai-nilai persahabatan sebagai dua negara bertetangga, dan lahir dari rumpun yang sama. Melayu.

Adalah masyarakat Maluku pula yang pertama bereaksi, sampai akhirnya menjalar ke sejumlah daerah, dan ujung-ujungnya, membuka lagi berbagai luka lama yang mengarah pada sikap anti pati pada negara tetangga ini.

Apalagi belakangan terungkap, bukan hanya lagu Rasa Sayange yang diklaim Malaysia, tapi juga beberapa seni budaya lainnya, seperti angklung, seni batik yang jelas-jelas tumbuh dan berkembang di tanah Jawa sejak zaman nenek moyang.

Seni batik yang merupakan warisan budaya bangsa kita juga menjadi sasaran Malaysia. Kendati sedikit berbeda motif dan corak, tapi esensi batik Malaysia memiliki ada kemiripan dengan batik Indonesia.

Seni wayang golek tak ketinggalan, ikut pula diakui Malaysia, bahkan dijadikan logo promosi dalam brosur, seperti terlihat di salah satu hotel di Kuala Lumpur, Malaysia.

Dari sinilah, muncul pemahaman masyarakat di tanah air, klaim sepihak Malaysia atas berbagai karya seni budaya leluhur bangsa Indonesia ini, memunculkan pertanyaan, apa maunya negara tetangga kita ini. Karena itu bisa dipahami, kalau masyarakat menyikapinya dengan agak emosional.

Segmen 3

Menghadapi situasi seperti ini, kearifan langkah pimpinan kedua negara memang sangat diperlukan, karena bagaimanapun, prinsip saling membutuhkan antar kedua pihak tetap harus lebih dikedepankan.

Membicarakan kebudayaan Malaysia, tak lepas dari sejarah panjang kehadiran warga negara Indonesia di Malaysia, yang sebenarnya sudah lama, jauh sebelum negara itu memproklamirkan kemerdekaannya 50 tahun silam. Banyak warga Indonesia, terutama dari Suku Bugis, Minang dan Jawa, menetap bahkan telah berganti warga negara.

Apalagi di tahun 1971 pemerintah Malaysia menetapkan kebijakan ekonomi baru, membuka lebar lapangan kerja bagi warga Indonesia, terkait dengan menguatnya pengaruh komunis ketika itu. Bersama warga serumpun Melayu, Malaysia bahu membahu menghalaunya.

Tapi, itu cerita lama. Beberapa kawasan kini dikenal menjadi pusat pemukiman warga Indon dan menjadi simbol harmonisnya hubungan kedua negara seperti di Kampung Chow Kit, Kampung Baru, Bukit Bintang Selatan atau Kampung Pandan dan Kajang, kini justru menjadi pusat pertikaian. Pasukan Sukarelawan Malaysia yang disebut “Rela”, setiap hari seliweran berkeliling memburu orang Indonesia yang mereka anggap sebagai pendatang haram.

Pasukan Rela yang awalnya bertugas membantu polisi dan imigrasi, dalam perkembangannya banyak menangani warga negara asing, terutama warga negara Indonesia yang mereka anggap masuk ke Malaysia dengan status pendatang haram.
Praktek di lapangan mereka tak hanya terlibat penangkapan, tapi juga penganiayaan sampai pemerkosaan. Kerja serampangan tak hanya mengenai TKI, tapi juga mahasiswa, bahkan keluarga diplomat.

Pada aspek lain, kehadiran warga Indonesia di Malaysia, menciptakan pembauran budaya. Mereka yang datang membawa aneka ragam seni tradisional daerah asal, termasuk Reog, angklung dan beberapa jenis seni budaya lain.

Masalah muncul, ketika Malaysia, dalam banyak kesempatan, menggunakan seni budaya asal Indonesia ini, untuk kepentingan pariwisata mereka. Inilah yang memunculkan tudingan, negara itu telah mencaplok kebudayaan asli Indonesia, walau belakangan klaim itu mereka bantah.

Wakil Ketua DPR RI yang membidangi masalah ini, Muhaimin Iskandar melihat, kisruh seperti ini, tidak lepas dari kesalahan kita sendiri, yang kurang memahami pentingnya perlindungan atas karya cipta yang kita miliki sebagai bangsa.

Banyak yang belum paham, bahwa sesuai Undang-undang Hak Cipta, sebuah karya cipta seni, legalitas kepemilikannya dibatasi waktu.

Karena itu, hal-hal seperti ini diharapkan menjadi pelajaran bagi semua pihak terkait, termasuk pemerintah Indonesia. Pemerintah harus pro aktif mengambil langkah, agar kedaulatan kita sebagai bangsa tidak bisa semena-mena diganggu bangsa lain, tak kecuali mereka yang mendengung-dengungkan saudara serumpun. (Firdaus Masrun/Sup)




(Isu kedua dan beberapa isu lain yang sudah dibahaskan dalam mesyuarat ini dan kedua pihak sudah menjawab dengan tepat)





Bonda dan Ayahanda Putri Anis




LAGU INDONESIA RAYA


Indonesia tanah airku
Tanah tumpah darahku
Disanalah aku berdiri
Jadi pandu ibuku
Indonesia kebangsaanku
Bangsa dan Tanah Airku
Marilah kita berseru
Indonesia bersatu
Hiduplah tanahku
Hiduplah negriku
Bangsaku Rakyatku semuanya
Bangunlah jiwanya
Bangunlah badannya
Untuk Indonesia Raya
Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Tanahku negriku yang kucinta
Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Hiduplah Indonesia Raya
Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Tanahku negriku yang kucinta
Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Hiduplah Indonesia Raya
Indonesia Tanah yang mulia
Tanah kita yang kaya
Di sanalah aku berada Untuk slama-lamanya
Indonesia Tanah pusaka Pusaka Kita semuanya
Marilah kita mendoa Indonesia bahagia
Suburlah Tanahnya Suburlah jiwanya
Bangsanya Rakyatnya semuanya
Sadarlah hatinya Sadarlah budinya
Untuk Indonesia Raya
Indonesia Tanah yang suci Tanah kita yang sakti
Disanalah aku berdiri 'njaga ibu sejati
Indonesia! Tanah berseri Tanah yang aku sayangi
Marilah kita berjanji Indonesia abadi
Slamatlah Rakyatnya Slamatlah putranya
Pulaunya lautnya semuanya
Majulah Negrinya Majulah Pandunya
Untuk Indonesia Raya


LAGU KEBANGSAAN NEGARA MALAYSIA

NEGARAKU

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU

RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN

RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA

RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN

RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA

No comments:

Post a Comment