Tuesday, October 19, 2010

KUNJUNGAN PENGASAS BALAI KAJIAN PENGEMBANGAN BUDAYA MELAYU DI NEGERI KELANTAN DARUL NAIM (HARI PERTAMA)

DIREKTOR BALAI KAJIAN PENGEMBANGAN BUDAYA MELAYU DAN MELAYU ONLINE MENIKMATI RESEPI ULAM DI KAMPUNG KRAFTANGAN , JAMUAN HARI RAYA DI KLINIK BANDAR , RESEPSI MAKAN JAGUNG DI JETI DAN LAWATAN KE MUZIUM DIRAJA NEGERI KELANTAN

Pada 30 September 2010 , Pengasas Balai Kajian Pengembangan Budaya Melayu sekaligus sebagai pendukung utama bagi melayu online telah ditemani oleh kaum kerabat Sri Ratu Saadong Vii untuk melawat ciri-ciri khas yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang yang mana sejak zaman berzaman kaya dengan kuliner dan segala aspek keseniaan serta kebudayaan masyarakat setempat . Dalam acara bersiar-siar ini , Datuk Mahyuddin Al Mudra selaku pengasas atau tunjang utama bagi perjuangan Melayu yang kini berpusat di Yogyakarta,Indonesia telah mengorbankan masa , tenaga dan segala harta benda semata-mata untuk mencari kebenaran sejarah serta meningkatkan taraf dan kualiti bangsa melayu . Alhamdulilah segala gerak kerjanya mendapat sambutan dan sokongan padu dari segenap lapisan masyarakat yang berada di nusantara ini termasuk para sarjana , ilmuwan tinggi , budayawan dan sejarawan yang terkait bekerjasama dengan BKPBM untuk meluruskan sejarah dan berbincang kegiatan kebudayaan . Tujuan lawatan muhibah ini dijalankan sendiri olehnya demi melihat sendiri akan keunikan dan keistimewaan negeri ini sambil mengaturkan dialog budaya bersama Putri Anis dan menghapuskan beberapa tanggapan negatif yang pernah melanda di negeri kelantan termasuklah masalah politik dan budaya antara dua negara Malaysia-Indonesia . Selain itu juga BKPBM akan turut bekerjasama dengan Sri Ratu Saadong Vii dalam menjalankan aktiviti dan program kebudayaan di tingkat asia mahupun global yang mana juga akan turut membantu Putri Anis dalam melestarikan khazanah 7 keturunan Puteri Saadong di istana adat yang akan didirikan kelak di Gua Musang , Kelantan . Pada jam tengahari , Datuk Mahyuddin Al Mudra di bawa makan di Restoran Kraftangan yang terletak di kawasan istana lama . Di sana pemilik restoran yang digelar ''cikgu'' telah sudi dan baik hati mempromosikan makanannya secara percuma semata-mata untuk melengkapkan kemahuan tetamu dari luar negara yang sangat dikagumi kerana resepi ulam-ulaman ini jarang sekali diketemukan sedemikian rupa banyaknya .  


Setelah menikmati keunikan kuliner di situ , rombongan telah diundang ke Majlis Hari Raya Aidilfitri oleh Panel Penasihat Klinik Bandar , Kota Bharu iaitu Encik Mohd Najib Badaruddin yang juga adalah Motivator Diraja Kelantan . Apa yang menarik di sini adalah Encik Mohd Najib adalah penggemar atau pengumpul tongkat . Banyak koleksi tongkat yang sudah dimilikinya sejak puluhan tahun lagi sepanjang perjalanannya dari satu negara ke negara yang lain . Tongkat adalah senjata utama para rasul , wali bahkan di zaman Rasulullah telah diguna pakai sebagai lambang atau simbol kebesaran mengikut pendapatnya . 


Setelah menikmati pelbagai juadah rasa di klinik tersebut , destinasi seterusnya adalah melawat setiap muzium yang ada di negeri Kelantan termasuklah Muzium Negeri , Muzium Istana Jahar , Muzium Istana Batu dan sebagainya . Rombongan telah disambut dengan keramahan kakitangan-kakitangan yang bekerja di dalam muzium tersebut . Khazanah atau barang-barang pesaka hendaklah dipelihara sebaik mungkin demi pelestarian sejarah untuk anak cucu di masa hadapan . Dalam kunjungan rasmi ini , Putri Anis sedang merangka program-program kebudayaan dalam meningkatan kualiti dan cinta masyarakat kepada sejarah . Menurut beliau , pameran hidup atau 'live exhibition' mengikut konsep bersesuaian perlu diadakan setiap hujung minggu di kawasan muzium bagi menarik minat pelancong yang berkunjung ke negeri ini dan menampakan bahawa negeri ini mempunyai masyarakat yang masih mencintai sejarah dan keturunan . Para pelajar dari setiap sekolah yang ada di negeri ini mahupun di tingkat sekolah rendah atau menengah harus diberi penekanan yang wajar semisalnya melibatkan diri dalam setiap program sejarah dan kebudayaan yang dianjurkan . Ianya juga boleh bekerjasama dengan pihak muzium untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke muzium, sayembara khazanah dan warisan serta aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan sejarah kerana generasi hari ini tidak banyak lagi yang benar-benar tahu akan adat dan istiadat budaya melayu atau sebaliknya .


Setelah dua jam melawat muzium-muzium yang ada di negeri Kelantan , rombongan telah dibawa sekali lagi oleh Encik Mohd Najib ke jeti sungai Kelantan dan melihat bot-bot milik keluarga diraja Kelantan sambil menikmati juadah jagung rebus yang popular di sepanjang jalan menuju Kampung Cina . Sepetang menuju maghrib , rombongan pulang dan menimba ilmu pengetahuan yang luas sepanjang aktiviti berjalan . 

Resepi ulam zaman berzaman . Antara kegemaran Datuk Mahyudin Al-Mudra adalah kacang bendi




Santapan orang istana

Kedai makan yang pernah dikenali sebagai Restoran Ikan Haruan menerima pelanggan mencecah 500 orang sehari. Apakah keistimewaan menunya sehingga ia digemari oleh rakyat biasa hinggalah golongan diraja?

NASI ulam yang dicicah bersama budu bercampur mangga muda parut, cili api, bawang hiris dan tempoyak memang mencabar selera.


RESTORAN Nasi Ulam Kampung Kraftangan (RNUKK) mungkin kelihatan sama seperti lain-lain kedai makan di Kota Bharu. Tetapi sebenarnya ia mempunyai daya tarikan tersendiri.
Menjamu selera di sini melengkapkan kunjungan anda ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Mengapa? Di sinilah lokasi sesuai bagi mereka yang ingin menikmati hidangan sebenar selera orang Kelantan. Walaupun menunya ringkas, tetapi ia mencabar selera sesiapa sahaja termasuk mereka yang pertama kali ke negeri ini.
Terletak di dalam kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka (letaknya rehal gergasi yang menjadi mercu tanda pelancongan di negeri ini), RNUKK tidak sukar dijejaki.
Dikenali juga dengan nama Kedai Cikgu Nasi Ulam sempena nama pemiliknya, Cikgu Hamid Idris, 58, RNUKK mula beroperasi di sini sejak lima tahun lalu. Sehingga kini, ia kekal sebagai antara daya tarikan pengunjung ke Kompleks Kraftangan dan kawasan tumpuan sekitarnya.
Menurut Cikgu Hamid, RNUKK bermula daripada sebuah kedai makan kecil yang dibuka secara suka-suka di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sedekad lalu. Dikenali dengan nama Restoran Ikan Haruan, menunya ketika itu hampir sama seperti yang dihidangkan di RNUKK.
LOKASI restoran Cikgu Hamid terletak dalam kawasan Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka.


"Masa itu gerai dikendalikan isteri, Siti Razam Awang, 53 dan tiada niat nak serius berniaga pun, sekadar buat persediaan untuk bersara sahaja," ujar bekas guru ekonomi lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) ini memulakan bicara.
Penghujung tahun 2002, salah seorang pegawai istana mencadangkan agar konsep kedai makan yang sama dibuka di Kampung Kraftangan.
"Sebenarnya, kawasan kompleks ini adalah milik Sultan Kelantan yang menempatkan beberapa buah istana lama, yang dulunya merupakan kawasan larangan bagi rakyat biasa.
"Setelah dipersetujui, saya dibawa mengadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra bagi mendapat perkenan. Ternyata baginda bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Setelah mengkaji secara mendalam maka pada 1 Januari 2003 RNUKK beroperasi di sini.
"Oleh kerana kedai sebelum ini menjual nasi ulam, maka konsep yang sama dibawa ke sini iaitu hidangan makan tengah hari berupa nasi putih berserta pelbagai jenis ulam-ulaman, ikan keli goreng berempah, ikan bakar dan sos bilis atau budu.
HAMID IDRIS


"Selepas enam bulan beroperasi, sambutan orang ramai amat menggalakkan. Secara tidak langsung, ia melonjakkan populariti kawasan sekitarnya. Lalu pada penghujung bulan Disember 2004, saya menutup kedai makan di hadapan HUSM bagi memberi tumpuan di sini," jelasnya.
Di mana lokasinya? Ia terletak bersebelahan Istana Jahar dan kurang 500 meter dari situ tersergam indah Masjid Muhammadi. Ia merupakan masjid tertua di bandar ini, manakala tidak jauh dari situ ialah bangunan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan (MPTN).
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat, RNUKK mula beroperasi seawal pukul 8 pagi dengan 20 kakitangan. Ini termasuklah lapan di bahagian dapur bagi menyiapkan 10 jenis lauk-pauk seperti ikan keli goreng berempah, ikan keli gulai darat, asam pedas ikan patin, ikan singgang dan sayur lemak campur.
Selain itu, ayam goreng berempah, ikan keli percik, ikan bakar, daging goreng dan lebih 20 jenis ulam-ulaman mentah dan rebus seperti pegaga, tenggek burung, pucuk gajus, ulam raja, pucuk beko dan timun kampung.
Menurut Cikgu Hamid yang juga selaku pengurus restoran, kesemua bekalan bahan mentah diperoleh daripada beberapa pembekal tempatan sekitar Pasir Mas, Bachok dan Pasir Puteh.
"Bagi ulam-ulaman sahaja, kita mendapatkannya daripada enam pembekal mengikut jenis masing-masing yang dihantar setiap hari dengan anggaran nilai RM300 sekali penghantaran.
"Adakalanya kita menghadapi masalah bekalan beberapa jenis ulam, misalnya pada musim tengkujuh dan sebagai ganti kita menukarnya dengan ulam-ulaman bentuk lain seperti sayur kekacang atau menerong.
"Bagi ikan keli, kita mendapatkannya daripada pembekal di Bachok yang menghantar kira-kira 1 tan ikan setiap minggu. Bagi memastikan kesegarannya, ikan-ikan ini disimpan dalam kolah khas di dapur jadi tidak timbul masalah kehabisan ikan keli," ujarnya berseloroh.
Pelanggan bebas memilih, lauk-pauk mengikut selera masing- masing.


Setiap hari tidak kurang 500 pengunjung datang makan ke sini dengan jumlah paling ramai ialah pada pukul 12.30 tengah hari hingga 2 petang. Adakalanya pelanggan terpaksa menunggu giliran walau pun restoran ini mampu memuatkan 400 pengunjung pada satu-satu masa.
Apakah rahsia populariti RNUKK yang dianugerahi Kedai Pilihan Pengguna 2006/2007 oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna sehingga dilimpahi pelanggan?
"Kami mengamalkan konsep bebas memilih, di mana pelanggan mengambil sendiri lauk-pauk mengikut selera masing-masing. Kaedah ini sebenarnya lebih memberi kepuasan kepada pelanggan.
Ikan keli goreng berempah resepi turun- temurun keluarga Cikgu Hamid antara tarikan restoran ini.


"Secara tidak langsung, ia dapat menjalinkan hubungan mesra dengan pemilik restoran," ujarnya yang tidak lekang dengan senyuman.
Aroma ikan keli goreng berempah resepi turun-temurun keluarga Cikgu Hamid yang dicicah bersama budu bercampur mangga muda parut, cili api, bawang hiris dan tempoyak memang cukup mencabar selera.


Berbeza dengan budu yang dijual di kedai-kedai, sebaliknya Cikgu Hamid memproses sendiri bekalan budu yang diterimanya daripada pembekal dengan sedikit campuran istimewa.
Dengan populariti restoran ini dan atas permintaan pelanggan, sebuah lagi cawangan restoran ini dibuka di Taman Orkid Tengku Anis di Pengkalan Chepa pada awal Januari 2005. Ia dikendalikan oleh isterinya dan dibantu enam anaknya yang lain dengan 20 pekerja.
"Kami juga bersedia mengadakan hidangan menu khas jika diminta pelanggan yang membuat tempahan awal dan datang secara berkumpulan.
"Walaupun tidak menyediakan khidmat katering, tetapi RNUKK menerima tempahan untuk majlis keraian," jelasnya.
Jika peniaga lain bercita-cita membesarkan perniagaan mereka termasuk membuka cawangan di tempat lain misalnya di Lembah Klang tetapi tidak kepada Cikgu Hamid.
Prinsipnya mudah. Mahu memberi tumpuan kepada dua restoran sedia ada dan tidak mahu mengecewakan para pelanggan di sini yang kebanyakannya dianggap sebagai teman karib.
"Peluang itu ada. Beberapa tahun lalu saya dipelawa oleh pegawai kanan Permodalan Nasional Berhad (PNB) agar membuka restoran yang serupa di sebuah lokasi dikenal pasti di ibu negara, tetapi saya menolaknya dengan baik.
-petikan akhbar kosmo-
KHASIAT ULAM-ULAMAN

Secara umumnya selain daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, ulam juga merupakan sumber utama Vitamin A, Vitamin C, Asid folik, serat dan zat galian. Kajian saintifik membuktikan serat dapat membantu melancarkan sistem penghazaman, mengurangkan lemak dan seterusnya merendahkan kadar kolestrol dalam badan. Ulam-ulaman kini juga didapati dalam bentuk jus seperti jus peria, jus pegaga, jus tomato dan lain-lain jus ulam.

Peluang untuk menikmati khasiat ulam-ulaman 
akan terbuka luas dengan meminum jus-jus ulam ini. Dengan ini mudah kita menambahkan Vitamin A, C dan zat-zat galian dalam tabiat pemakanan serta mengimbangkan diet kita dengan baik. Orang tua-tua juga mendakwa berjenis-jenis penyakit dapat disembuhkan termasuk kencing manis, darah tinggi danl ain-lain penyakit merbahaya. Bukti-bukti menunjukkan bahawa ulam juga adalah sumber awet muda. Ulam senang didapati kerana biasanya tumbuh liar atau boleh di tanam tanpa memerlukan penjagaan rapi dan tanah yang luas. Kekal cara hidup sihat, hindarkan diri dari penyakit dan jimatkan belanja dengan mengamalkan tabiat memakan ulam.

Sedang menikmati hidangan tengahari


Restoran ini menyediakan masakan tengah hari yang meyelerakan seperti asam pedas ikan patin, gulai darat ikan keli, ikan dan daging singgang, sayur masak lemak, ayam dan ikan keli goreng berempah serta ikan bakar dan beraneka jenis ulam. Tidak lengkap sekiranya tanpa budu dicampur perahan limau nipis, tempoyak, mangga muda dan cili padi. 
Di kawasan perkampungan kraftangan


Sri Ratu Saadong Vii dan Pengasas Balai Kajian Pengembangan Budaya Melayu , Yogyakarta

Putri Anis bersama setiausahanya memenuhi undangan jamuan hari raya di klinik bandar

Mengabadikan gambar bersama panel klinik bandar iaitu Encik Mohd Najib Badaruddin

Berkongsi pandangan mengenai keajaiban tongkat

Kekuatan ghaib yang dibenarkan syariah punya ciri khas untuk mengenalinya iaitu dengan tidak pernah dimiliki sepenuhnya oleh seorang manusia, kecuali para nabi, khususnya nabi Sulaiman alaihissalam. Sebab hanya beliau saja yang diberikan kelebihan untuk menguasai para jin dan jenis makhluk ghaib lainnya.

Dan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu. Dan Kami telah tundukkan segolongan syaitan-syaitan yang menyelam untuknya dan mengerjakan pekerjaan selain daripada itu, dan adalah Kami memelihara mereka itu.

Adapun para nabi lainnya, meski mereka diberikan kemudahan mukjizat dari Allah SWT, tetapi sifatnya bukan sebuah keterampilan yang dimiliki. Melainkan merupakan bentuk pertolongan Allah SWT yang hanya terjadi bila Allah SWT menghendakinya.

Maksudnya, para nabi alaihimussalam itu tidak punya 'remote control' yang bila masa pun diinginkan, akan mendatangkan mukjizat. Tidak ada tongkat ajaib yang bisa dipakai bila-bila saja.
Ketika tongkat nabi Musa as. itu berubah jadi ular besar, tidak ada tombol yang ditekan untuk menampilkan mukjizat itu. Yang terjadi hanyalah Allah SWT menurunkan wahyu dan memerintahkan kepada Nabi Musa as. untuk melemparkan tongkat itu, lalu atas perintah dan izin Allah SWT, tongkat itu tiba-tiba menjadi ular.

Maka Musa menjatuhkan tongkat-nya, lalu seketika itu juga tongkat itu menjadi ular yang sebenarnya.
Seandainya suatu ketika Nabi Musa as. secara senang melemparkan tongkatnya, sekadar untuk melakukan ujikaji atas mukjizat yang dimilikinya, pastilah tongkat itu tetap tidak berubah. Ini yang dimaksudkan bahwa ciri mukjizat itu bukanlah sesuatu yang dikuasai atau dimiliki, juga tdak dipelajari secara khusus.

Dan hal yang sama juga berlaku buat orang-orang beriman yang terkadang Allah SWT membantunya dengan karamah khusus. Kita mengakui adanya karamah yang Allah SWT berikan kepada hamba-hamba-Nya yang dicintai-Nya. Namun hamba-hamba itu tidak pernah merasa memiliki keajaiban dan sesuatu yang melanggar hukum dunia.


Putri Anis di Muzium Istana Jahar

Lokasi
Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ini terletak di atas Lot No. 430, dalam seksyen 7 bandar Kota Bharu. Keluasan kawasan Muzium adalah 1,822 meter persegi. Kedudukannya di kawasan pusat bandar dan ditengah-tengah rangkaian zon budaya menjadikan bangunan Muzium ini mercu tanda dan daya tarikan pelancong ke negeri Kelantan Darulnaim. Bangunan ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan lama dan bersejarah. Di sebelah kiri tersergam indah Istana Balai Besar yang dibina dalam tahun 1840 dan merupakan pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pada waktu itu. Di sebelah kanannya pula berdiri megah MasJid Muhammadi yang menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduk negeri Kelantan. Disebelah belakang pula terdapat sebuah Istana Lama yang pemah menjadi tempat kediaman almarhum Sultan Yahya Petra semasa bergelar Tengku Mahkota. Istana ini dibina dalam tahun 1939 iaitu semasa pemerintahan Sultan Ismail (1920-1944), dan dikenali dengan nama Istana Batu. Kini bangunan ini telah dijadikan Muzium Diraja. Di bahagian hadapan terdapat satu kawasan meletak kenderaan yang agak luas dan selesai. Untuk sampai ke Muzium ini daripada pusat bandar para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan beca roda tiga atau dengan berjalan kaki. Jaraknya cuma 0.5 kilometer sahaja. 

Latarbelakang
Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar) ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haj i Mohd Salleh (Dato' Kaya Bakti). Upacara pembinaannya telah dilakukan dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana merupakan tempat bersemayam dan lambang kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah. Mengikut Arifin bin Abd. Rashid dalam bukunya "Ringkasan Sejarah Kelantan":

"Dalam tradisi pemerintahan Raja-raja Melayu, Istana merupakan tempat untuk kediaman, perlindungan, menerima tamu, mesyuarat dan menjalankan pemerintahan juga sebagai pusat pengajian Islam serta mengeluarkan banyak hasil-hasil sastera ".
Pada tahun 1886 Sultan Muhammad 11 mangkat tetapi bangunan Istana yang baru masih dalam pembinaan. Baginda telah digantikan oleb anakanda baginda yang sulung iaitu Raja Long Sulong. Setelah menaiki takhta baginda memakai gelaran Sultan Ahmad. Baginda Sultan Ahmad menitahkan agar kerja-kerja pembinaan istana baru ini diteruskan sehingga ia siap sepenuhnya. Akhimya pada tahun 1887, setahun selepas kemangkatan ayahandanya (Sultan M6hammad 11), barulah istana ini siap dan boleh didiami.Di samping Istana Jahar ini, Baginda Sultan Ahmad juga menintahkan agar dibina sebuah lagi istana baru di sebelah hilir Istana Balai, Besar untuk Tengku Bongsu. Istana ini kemudiannya dikenali dengan nama Istana Tengku Sri Akar.
-dipetik dari sumber Perbadanan Muzium Negeri Kelantan-


Salah satu daripada pelbagai adat istiadat yang dipamerkan di muzium ini

Bersama dengan pekerja yang berbakti dan makan gaji di muzium kebesaran negeri Kelantan ini

Potret KDYMM Sultan Muhammad V , Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra  yang baru dilantik menjadi Sultan yang ke-29 bagi negeri Kelantan Darul Naim
Biodata Sultan Muhammad ke-V

* Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra

* Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan.

* Anak sulung daripada empat beradik.

* Dimahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985

* Dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009
PENDIDIKAN

* Prasekolah - Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 - 1975.

* Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, 1976 - 1981.

* Kelas Persediaan - The Alice Smith School,

* A-Level - Oakham School Rutland, England 1983-1989

* Pengajian Diplomatik - St Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-91.

* Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan - Huron University College, London

* Pengajian Perhubungan Diplomatik - Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin.

* European Business Administration - European Business School London
HOBI

* Membaca

* Ekspedisi pacuan 4 roda

* Golf

* Kuda lasak

* Menembak

* Memanah

* Badminton

* Bola sepak

* Bowling



(Semoga negeri Kelantan aman makmur dan damai sejahtera di bawah naungan dan pemerintahan Tuanku Sultan Muhammad V)


Salah satu ruangan yang ada di Muzium Istana Batu yang mana merupakan tempat tinggal yang pernah bersemayam KDYMM Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra
Muzium DiRaja (Istana Batu) ini terletak dalam pusat bandar Kota Bharu. Muzium ini amat bersejarah dan menjadi tarikan para pelancong, penyelidik dan juga penduduk tempatan untuk mengenali lebih dekat lagi tentang keluarga DiRaja. Istana ini terletak di Jalan Hilir Kota iaitu berhampiran dengan Istana Balai Besar, Muzium Kraftangan manakala bahagian belakang pula adalah Masjid Muhammadi (Masjid Negeri). Kawasan ini dikenali Zon Budaya yang meliputi bangunan-bangunan bersejarah yang lain.

Perhubungan dengan pusat bandar juga amat mudah dan berhampiran dengan pusat membeli belah iaitu Pasar Besar dan Bazar Buluh Kubu.
Dibina pada tahun 1939 dalam pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail I sebagai hadiah perkahwinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Yahya Petra dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Zainab II.

Istana ini diperbuat daripada Kayu Merbau Berdarah yang telah dikumpul daripada seluruh negeri Kelantan selama 3 tahun. Kseluruhan reka bentuk bangunan ini direka oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail I sendiri.

Menjadi kediaman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Yahya Petra sehingga tahun 1960, kediaman YBM. Dato' Tengku Salwani bt Sultan Yahya Petra sehingga tahun 1969.

Tempat bersemayam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sebagai Tengku Mahkota sehingga tahun 1972.

Pada 25 Julai 1991, Istana Batu dijadikan Muzium Diraja dan telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra bersempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-41.



Putri Anis di tepi sungai yang berdekatan Pelangi Mall , Kota Bharu

Makanan kegemaran Putri Anis adalah jagung . Gambar ini diambil di jeti bot laju kepunyaan keluarga diraja Kelantan

No comments:

Post a Comment