Monday, December 6, 2010

SENYUM TAKJUB DI KERATON YOGYAKARTA

Kraton Yogyakarta dibangun tahun 1756 Masehi atau tahun Jawa 1682 oleh Pangeran Mangkubumi Sukowati yang kemudian bergelar Sri Sultan Hamengku Buwono I

SELANGKAH KE DEPAN MENUJU KERATON DISEGANI RAKYAT INDONESIA

Berhenti seketika di bawah terik matahari di lorong-lorong yang memasuki keraton


Pemerintahan dapat didefinisikan sebagai institusi yang menggubal dasar dan peraturan serta melaksanakan keputusan-keputusan yang berkaitan dengan kepentingan awam.Terdapat pelbagai bentuk sistem pemerintahan dalam tamadun awal dunia yang bertujuan mengurus serta mentadbir sesebuah negara,menegakkan undang-undang negara,menegakkan undang-undang dan perpaduan rakyat. Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem pemerintahan yang terawal dalam tamadun dunia. Pemerintahan beraja boleh dibahagikan kepada pemerintahan berpusat dan wilayah. Antara kerajaan awal di alam melayu yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja adalah seperti kerajaan Angkor, Sriwijaya, Melaka, dan Majapahit.Terdapat pelbagai ciri sistem pemerintahanberaja di Alam Melayu sebelum abad ke15M.Pada kunjungan Putri Anis kali ini , beliau berkesempatan meninjau adat dan tradisi masyarakat yang tinggal di dalam kawasan Keraton Jogja serta melawat di dalam keraton tersebut . Keraton Jogja adalah sebuah peninggalan turun temurun yang dibanggakan rakyat Jogja khususnya kerana di sini kita dapat melihat rakyat dan sultan menyatu dalam etika-etika yang sungguh murni . Nilai yang dipupuk seperti menghormati raja atau sultan disemat hingga kini oleh rakyat atau lebih tepat  digelar ''abdi dalam'' manakala sifat sederhana Sri Sultan Hamengku Buwono yang bergelar Gabenor daerah istimewa Jogja juga sangat diingini rakyatnya .Umum mengetahui raja merupakan autoriti tertinggi dalam pemerintahan negara. Raja memerintah dengan kuasa mutlak.Kekuasaan baginda dikukuhkan dengan cara mengaitkannya dengan asal-usul keturunannya dengan tokoh-tokoh terkenal seperti Iskandar Zulkarnain. Raja melebihi undang-undang dan hukuman ditangannya. Raja boleh mengampun kesalahan walaupun yang melakukan kesalahan adalah dirinya sendiri. Raja kekal daripada sebarang hukuman. Seorang raja juga bertindak sebagai panglima tentera,ketua hakim,ketua agama dan sebagainya. Dalam bidang ketenteraan, raja bertindak sebagai perancang, dan mengetuai pasukan tentera. Dalam hal-hal keagamaan, raja bertanggungjawab dalam pengurusan rumah ibadat, melantik ketua agama, serta upacara keagamaan. Raja berkuasa penuh dalam bidang kewangan, dan ekonomi seperti pungutan cukai, hasil pertanian, perniagaan dan semua perkhidmatan. Raja dianggap tuan punya tanah. Dalam pentadbiran beraja di Alam Melayu sebelum abad ke 15M, raja merupakan ketua tertinggi dengan dibantu oleh golongan bangsawan. Raja dibantu oleh golongan kerabat diraja yang dilantik seperti bendahara, laksamana, temenggung, syahbandar dan lain-lain di Melaka. Di Srivijaya pula, terdapat jemaah menteri yang menasihati raja dalam perkara yang berkaitan dengan masalah rakyat jelata.Raja dianggap mempyai daulat dan kesaktian. Pada zaman Srivijaya, konsep daulat berkembang apabila raja dikaitkan dengan pelbagai mitos tentang asal-usul, jurai keturunan, salasilah serta kelebihan fizikal dan kerohaniannya. Dari segi keturunan, raja-raja dikaitkan dengan dewa-dewa yang dianggap suci. Daulat juga dihubungkan dengan tuah yang dimiliki oleh raja. Apabila keadaan dalam Negara aman dan makmur, maka raja dianggap berdaulat. Rakyat dikehendaki menumpahkan taat setia yang tidak berbelahbagi terhadapnya. Sesiapa yang menentang raja dianggap menderhaka. Penderhaka akan ditimpa tulah dan sumpahan.Demikianlah definasi raja di alam melayu nusantara .

Galeri lukisan yang terdapat di dalam Kraton. Semuanya boleh didapati dengan harga yang sangat murah

Bergambar bersama tokoh pembuat wayang kulit dan filosofinya


Sebagaimana yang kita sedia maklum ,wayang kulit adalah seni pertunjukan yang telah berusia lebih dari setengah abad. Kemunculannya memiliki kisah dan maksud tersendiri yang mana banyak terkait dengan masuknya Islam Jawa. Salah satu anggota Wali Songo menciptakannya dengan mengadaptasi Wayang Beber yang berkembang pada masa kejayaan Hindu-Budha. Adaptasi itu dilakukan kerana wayang sinonim dengan orang Jawa sehingga menjadi media yang tepat untuk dakwah menyebarkan Islam, sementara agama Islam melarang bentuk seni rupa. Maka hal tersebut , diciptakan wayang kulit dimana orang hanya bisa melihat bayangan sahaja sesuai dengan peredaran agama yang berjalan pada waktu itu.

Di awal abad ke-9, wayang kulit Melayu yang berasaskan cerita Ramayana kerap dimainkan di Patani, Kelantan, Kedah dan Perak. Dalang wayang kulit dari utara semenanjung mengembara dan mengadakan persembahan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan di kawasan-kawasan pantai timur negeri Johor.

Selain menjadi satu hiburan, wayang kulit juga berfungsi untuk menyalurkan nasihat melalui cerita dan lakonan yang dipersembahkan. Banyak pengajaran dan teladan dapat disampaikan kepada masyarakat. Persembahan wayang kulit Melayu telah lama bertapak dalam masyarakat Melayu sehinggakan ia telah menjadi warisan budaya bangsa.

Persembahan wayang kulit dimainkan oleh seorang yang disebut penghibur publik terhebat di dunia. Bagaimana tidak, selama semalam suntuk, sang dalang memainkan seluruh karakter aktor wayang kulit yang merupakan orang-orangan berbahan kulit kerbau dengan dihias motif hasil kraftangan tatah (ukir kulit). Ia harus mengubah karakter suara, berganti intonasi, mengeluarkan guyonan dan bahkan menyanyi. Untuk menghidupkan suasana, dalang dibantu oleh musik yang memainkan gamelan dan penyanyi latar yang menyanyikan lagu-lagu Jawa.

Tokoh-tokoh dalam wayang keseluruhannya berjumlah ratusan. Orang-orangan yang sedang tidak dimainkan diletakkan dalam batang pisang yang ada berhampiran sang dalang. Saat dimainkan, orang-orang akan tampak sebagai bayangan di layar putih yang ada di depan sang dalang. Bayangan itu tercipta kerana setiap pertunjukan wayang memakai lampu minyak sebagai pencahayaan yang membantu pemantulan orang-orangan yang sedang dimainkan.

Cerita wayang kadangkala dipelajari berdasarkan  beberapa kitab tua misalnya Ramayana, Mahabharata, Pustaka Raja Purwa dan Purwakanda


video
Pengertian istilah Wayang dalam Bahasa Melayu ialah bayang-bayang yang bergerak ke sana ke mari. Dalang membawa erti orang melakukan persembahan wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang di sekelilingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukan wayang



Gerai-gerai di tepi jalan sebleum menuju masuk keraton

Bangunan Kraton Yogyakarta  terdiri tujuh pelantaran. Setiap pelantaran dihadang dengan pintu masuk. Keenam pintu masuk adalah Regol Brojonolo, Sri Manganti, Danapratopo, Kemagangan, Gadungmlati, dan Kemandungan


Ditempat ini Sri Sultan, kerabat istana dan para pemerintah daerah Kraton menyaksikan latihan para prajurit atau beberapa upacara adat

Setiap hari Karaton Puro Pakualaman terbuka untuk kunjungan pelancong mulai pukul 08.30 hingga pukul 13.00, kecuali hari Jumaat Kraton hanya buka sampai dengan pukul 11.00. 

Tugu parajurit atau pahlawan nasional

Konsep Negara – Bangsa sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.
Sejarah- lahir seawal abad ke-15 khusunya selepas berlakunya perubahan politik di Eropah kesan daripada berlakunya Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi secara mendadak. Contoh Negara Bangsa ialah England, Perancis dan Sepanyol.


Kategori Tentera di alam melayu merujuk kepada kerajaan besar  Sriwijaya ,Majapahit dan Melaka  :

Tentera Majapahit dibahagikan kepada 3 kategori iaitu
Sapta Dharmaputra
Bhayangkari
Tentera Biasa

Sapta Dharmaputra ialah pasukan tentera elit yang terdiri daripada putera raja yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental.

Bhayangkari terdiri daripada 15 orang anggota bersenjata yang bertanggungjawab menjaga kawasan istana secara bergilir-gilir.


Tentera Biasa terdiri daripada tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat di pusat dan daerah jajahan takluk.


Tentera Laut :

Kerajaan Majapahit dan Srivijaya mempunyai tentera laut yang kuat.
Angkatan laut berperanan menjaga kawasan perairan daripada serangan musuh dan mengawal aktiviti perlanunan.

Orang Laut merupakan tulang belakang pahlawan tentera laut. Mereka berperanan mengawal jalan laut daripada ancaman lanun dan menguasai perairan di Selat Melaka.

Armada laut ditempatkan di kawasan strategik di seluruh empayar. Laksamana mengetuai armada laut.

Peralatan Perang :

Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan terdiri daripada senjata tradisional seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya.

Mereka juga mahir menggunakan alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan tembaga, rentaka, terkul, pemuras dan lotang.
Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang perang digunakan dalam medan peperangan.

Jenis Tentera :

Tentera di Alam Melayu terdiri daripada tentera kerahan dan tentera upahan.
Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat setia kepada raja yang berdaulat.

Raja dan pembesar mempunyai kuasa untuk mengerah rakyat berkhidmat sebagai tentera.

Tentera upahan berkhidmat mengikut perjanjian.
Orang Laut dijadikan tentera upahan. Mereka tinggal di persisiran laut di sepanjang Selat Melaka.

Terdapat juga tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah pembesar.

Pentadbiran Tentera :

Terdapat organisasi pentadbiran tentera yang mantap.
Tentera Srivijaya di ketuai oleh Raja dan dibantu oleh Parvanda , Senapati (Hulubalang), Pratisara (Komander Tentera) dan Syahbandar.

Tentera Majapahit diketuai oleh Raja dan dibantu oleh Mangkabumi.
Mangkabumi merupakan pegawai kanan tentera yang berperanan memberi arahan kepada tentera.

Pasukan tentera dalam Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh Raja dan dibantu oleh Laksamana, Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung.



Kraton memiliki beberapa museum yang dikenal sebagai Museum Kraton Jogja. Terletak di dalam kompleks kraton, menyimpan beberapa benda yang pernah dipergunakan Sri Sultan Hamengku Buwono IX


Keraton adalah tempat Sultan Yogyakarta tinggal. Baginda adalah tokoh yang paling di hormati di wilayah ini dan Indonesia  serta dianggap memiliki kekuatan untuk membuat negeri  Jogja aman.




Aura dari Keraton 



ETIKA SOSIAL PARA BANGSAWAN DARI KACA MATA SRI RATU SAADONG VII
Para bangsawan sudah ditanamkan dengan undang-undang atau larangan di dalam bersosial tambahan pula dipandang oleh masyarakat luar serta rakyat jelata .Ada beberapa hal yang harus para bangsawan hari ini  perhatikan dan mempunyai kepedulian yang tinggi akan perkara yang ingin disampaikan ini kerana semua itu disesuaikan dengan masyarakat atau kehidupan  sosial yang ditujui oleh mereka sendiri.Menurut kepercayaan Putri Anis ada beberapa kriteria untuk menjadi peribadi bangsawan yang santun atau beretika :


Pertama adalah memiliki rasa percaya diri yang kuat dan sehat

Kedua adalah pengendalian diri berupa kemarahan, rasa tidak puas, kecewa perlu dikendalikan.Semua tingkah laku dan tutur kata seharusnya mencerminkan perhatian kepada sesama, mempertimbangkan kepentingan orang lain, menyenangkan dan bersahabat kepada siapa saja tidak kira agama , usia atau kekayaan harta.

        Bahasa yang benar, dari segi positif digunakan tetapi ketika berbicara sebaiknya tidak selalu menggerakkan badan.

Maksud sosial dalam pengertian Putri Anis adalah :Maksud sosial lebih merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat samada masyarakat lokal ataupun antarabangsa yang mana mempengaruhi lingkungan setempat seperti menyambung jaringan antara satu sama lain .Ia meliputi pelbagai aspek di dalam bidang sosial khususnya hak-hak dalam bersosial , kegiatan-kegiatan sosial dan ilmu sosial yang mengajar banyak cabang termasuk gejala sosial negatif .




Punca Keruntuhan Akhlak

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.

2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
Sebelum menempati Kraton Yogyakarta yang ada saat ini, Sri Sultan Hamengku Buwono I atau Sri Sultan Hemengku Buwono Senopati Ingalogo Ngabdulrahman Sayidin Panotogomo Kalifatullah tinggal di Ambar Ketawang Gamping, Sleman. Lima kilometer di sebelah barat Kraton Yogyakarta.



Masa pemerintahan Kraton Yogyakarta Sri Sultan Hamengku Buwono I (GRM Sujono) memerintah tahun 1755-1792. Sri Sultan Hamengku Buwono II (GRM Sundoro) memerintah tahun 1792-1812. Sri Sultan Hamengku Buwono III (GRM Surojo) memimpin tahun 1812-1814.Sri Sultan Hamengku Buwono IV (GRM Ibnu Djarot) memerintah tahun 1814-1823. Sri Sultan Hamengku Buwono V (GRM Gathot Menol) memerintah tahun 1823-1855. Sri Sultan Hamengku Buwono VI (GRM Mustojo) memerintah tahun 1855-1877. Sri Sultan Hamengku Buwono VII (GRM Murtedjo) memerintah tahun 1877-1921.Sri Sultan Hamengku Buwono VIII (GRM Sudjadi) memerintah tahun 1921-1939. Sri Sultan Hamengku Buwono IX (GRM Dorojatun) memimpin tahun 1940-1988. Sri Sultan Hamengku Buwono X (GRM Hardjuno Darpito) memimpin tahun 1989 - sekarang


Kraton diapit dua alun-alun iaitu Alun-alun Utara dan Alun-alun Selatan. Masing-masing alun-alun berukuran lebih kurang 100x100 meter. Sedangkan secara keseluruhan Kraton Yogyakarta berdiri di atas tanah 1,5 km persegi. 

2 comments:

  1. bukan awak ni yang tggl kat tanah merah ke ?tak ingat ke saya, hani?

    ReplyDelete